| Hot: |
Bayan Lepas
Pulau Pinang
5 Jan 2010
Nota: foto-foto ini saya dikirimkan pembaca ondscene, Shazwan Shukor dari Pulau Pinang.
Anda boleh melawatnya di sini:
Saya memohon maaf kepada ramai pembaca yang mengirim foto untuk disiarkan di sini tetapi tidak disiarkan kerana beberapa sebab.
Sebab utamanya ialah kadang-kadang saya tak sempat untuk menyiarkannya dan ada juga yang hanya menghantar foto, tetapi tiada butiran atau maklumat yang amat sedikit membuatkan sukar untuk saya membuat pengesahan untuk disiarkan.
Dan seboleh-bolehnya, emailkan pada hari yang sama kejadian berlaku.
Gunakan petua 5W, 1H (When, What, Why, Where, Who, How)
Kemalangan ini berlaku semalam di lebuhraya dari Queensbay menghala ke Pusat Perindustrian Bebas Bayan Lepas kira-kira jam 10 pagi
Ia berlaku berhampiran susur ke Queensbay di bawah jejantas menghala ke Bukit Jambul.
Penunggang motosikal ini maut apabila digilis sebuah lori yang gagal mengelak mangsa yang terjatuh di atas jalan.
Motosikal mangsa sebelumnya dipercayai hilang kawalan setelah bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja.






Recent Comments