PERHATIAN Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel
http://www.kerrelynn.blogspot.com
|
Seremban
N.Sembilan
8 Mac, 2010
11 mlm
Hari ini tiada di Kuala Lumpur, bermakna terpaksa melupakan apa-apa kes yang berlaku di sekitarnya.
Seawal jam 8 pagi tadi, saya mendapat panggilan kemalangan maut di Higwway Plus berhampiran Rawang. Seorang maut kemalangan 3 kenderaan melanggar lembu. Butiran lanjut boleh baca paper esok.
Jam 3 petang, kemalangan maut di lebuhraya Duke membabitkan sebuah motosikal melanggar belakang sebuah bas. Penunggang motor maut.
Bagaimanapun, esok saya sudah ada temujanji dengan seorang ibu tunggal meminta bantuan untuk mencari/mendapatkan semula anaknya di Pulau Pinang.
Kiri (belakang)- Ummu, Tengah- Eida, Kanan – Eila
Segamat ,
Johor
8 Mac 2010
3ptg
Hari ini tak sempat update blog, sebab dari awal pagi tadi, saya ke Buloh Kasap Segamat.
Sekarang di Restoran RZ, Segamat.
Meriah kat sini, penat jugak kebetulan ada yang tau diri ini adalah ondscene..!!!Ha,ha, kelakar..
Terima kasih kepada anda yang sudi datang semalam dalam perjumpaan bloggers dan telah banyak blog yang update mengenainya.
Menurut buku rekod, sejumlah 43 blogger yang mendaftar dan 35 yang tiada blog/ kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menjadikan 78 orang menghadiri perjumpaan itu.
Bloggers termuda ialah adik Intan Safura , 11 tahun.
Saya akan siarkan semua 43 bloggers dan blog mereka yang menghadiri perjumpaan itu selepas ini setelah semua link disahkan.
Posted by ondscene at Sunday, March 07, 2010 4 comments
Permanent link to this post (91 words, 7 images, estimated 22 secs reading time)
Commonwealth Forest Park & Resort
Rawang, Selangor
Semalam saya melakukan tinjauan singkat di lokasi perjumpaan Blogger yg akan diadakan esok, 6 Mac 2010.
Untuk makluman semua, kerja-kerja persiapan akhir untuk perjumpaan kita pada Sabtu 6 Mac ini sedang giat dilakukan.
Kami sebenarnya tidak mengetahui jumlah sebenar yang akan hadir, sehinggalah hari pendaftaran.
Oleh itu, persiapan ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa situasi yang tidak dijangka jika berlaku.
Petang ini saya akan ke lokasi perjumpaan untuk membuat tinjauan akhir
Rakan-rakan lain terutama Mazidul dan Fatther of Sweets sedang bertungkus-lumus mendapatkan seberapa banyak sponsor khas untuk kita.
Seorang pembaca pula, bersetuju menghadiahkan 10 kek untuk majlis kita nanti.
Saya ditugaskan sebagai mengetuai bahagian lojistik dan urusetia yang banyak dibantu oleh rakan-rakan dari mediacom999
Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum perjumpaan kita direalisasikan.
Sebenarnya, kami yang menganjurkan perjumpaan ini, tidak mensasarkan berapa ramai yang sudi atau berkesempatan hadir.
Jika dapat dalam 50 orangpun, dah dikira cukup baik.
 Perjumpaan ini dirancang secara ad-hoc dan kami akan cuba lakukan yang terbaik bagi kita sama-sama dapat bertemu dan bersuai-kenal disamping bersama keluarga bersantai
Dan ia terbuka kepada sesiapa juga samada anda mempunyai blog atau tidak, anda dialu-alukan.
Yang menjadi dalang dalam kejadian perjumpaan blogger ini ialah:
ondscene
Mazidul - bro Mazidul dengan tenang berjaya mendapatkan sponsor 2000 tin minuman keluaran sebuah syarikat, khas untuk anda yang hadir pada perjumpaan ini.
Minuman ini hanya akan dilancarkan Mei depan, jadi anda antara yang bertuah dapat merasainya, PERCUMA!!!
Bapak gula-gula
Salam kepada semua pembaca
Saya sebenarnya rasa amat bersalah setelah beberapa kali rancangan untuk kita bertemu dan bersuai-kenal, tertangguh. Bukan disengajakan, tetapi memang selalunya waktu yang terbabas membuatkan semuanya tak menjadi.
Akhirnya, tengahmalam 3 hari lalu, Bapak Gula-gula, blogger laser tak sayang mulut, Hazrey dari JB menelefon saya untuk saya menjadi tuanrumah pertemuan untuk kita direalisakikan dengan tarikh dicadangnya ialah Sabtu 6 Mac ini.
Dan malam tadi sehingga jam 3 pagi, saya bersama Shah Military of Malaysia dan beberapa rakan, membuat perbincangan mengenai perjumpaan yang harap terlaksana jugak, Insya-Allah.
Ia merupakan pertemuan antara kira-kira 5- 8 blogger bersama pembaca dan ahli keluarga.
Saya tertarik dengan 2 komen di bawah ini yang terpapar di blog ini:
1
Sememangnya saya bersetuju ! Untuk makluman encik , kami di forum cari mmg selalu copy paste cerita gossip murahan sebab kami excited sangat nak mengumpat. Adalah silap kami x letak kredit.. Minta maaf ya! lagipun moderator kat forum tu kena tegas sikit! kena tapis setiap topik yg keluar…kene tanya forumer dari mana dia dpt artikel …
oh ya !! encik , pengendali laman web oh!artis pun kadang2 saya tengok entah dari mana dia cilok gambar , kemudian die letak watermark die sendiri… itu lagi jahat! sebab apa , setakat ni pelawat ramai , so dia boleh buat keuntungan dengan pengiklanan.
Saya seperti kebanyakan dari anda juga, bukanlah blogger yang dibayar atau digajikan oleh sesiapa.
Apalagi di sponsor oleh mana-mana pihak.
Malah ada yang membuat blog untuk sama-sama berkongsi ilmu, pengetahuan atau apa saja yang bermenafaat (dan tidak bermenafaat…).
Bagaimanapun, malangnya, saya ulangi, malangnya, ramai yang menumpang glamor dan juga memanipulasi hasil kerja orang lain untuk kepentingan peribadi atau batu loncatan untuk menaikkan nama sendiri atau ruangan mereka.
Rekod pemantauan saya sejak setahun lalu, ruangan forum merupakan mereka yang dengan sesuka hati mengambil kandungan dalam blog seseorang, ‘copy-paste’ dalam forum kemudian berjela-jela hingga sampai berpuluh-puluh mukasurat thread itu melalut.

Kepada pembaca berbangsa Tionghua, saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai dan terimakasih kerana tetap memberikan sokongan pada blog ini.
Kepada anda semua , berhati-hatilah ketika memandu.
Malang tidak berbau, walaupun kita telah berhati-hati dan mematuhi undang-undang, namun masih ramai yang sebenarnya menjadi bodoh sombong dan berlagak tak tentu pasal ketika membawa kenderaan yang akhirnya, mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Selamat bercuti dan raikan perayaan ini dengan penuh muhibbah, selamat pergi dan kembali ke destinasi masing-masing.
Ingat yang tersayang.
ondscene
Kuala Lumpur
5 Feb 2010
Secara jujur, saya tidak mengetahui Allahyarham Datuk Mohd Hazam Abd Halim adalah seorang berpangkat Datuk sehingga saat kematiannya.
This is a preview of Allahyarham Datuk Mohd Hazam Abd Halim Yang Saya Kenali . Read the full post (936 words, 15 images, estimated 3:45 mins reading time)
Perhatian
Jenazah Allahyarham Datuk Mohd Hazam yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya tengahmalam tadi, dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban dan dijangka tiba sedikit masa lagi, dari Hospital Kuala Kubu Bahru
Jenazah diiringi beberapa pegawai atasan dan anggota polis menuju ke kediamannya untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan .
Alamat kediaman Allahyarham di:
No.1, Jalan TTJS 3/1C
Taman Tuanku Jaafar,
Seremban.
(saya akan menyambung entry kes kemalangan membabitkan Allahyarham sebentar lagi dan bebeberapa coretan kenangan sepanjang saya mengenali arwah – seorang pegawai polis yang begitu berdedikasi, serta cekap dalam menjalankan tugas dan sentiasa merendah diri.)
Semoga Allah m,encucuri rahmat ke atas rohnya.
Alfatihah.
Posted by ondscene at Friday, February 05, 2010 3 comments
Permanent link to this post (129 words, 7 images, estimated 31 secs reading time)
Saya memohon maaf kepada anda pembaca ondscene atas kelewatan update beberapa kes yang dipaparkan terutama kes kilang tepung yang menjijikkan itu.
Kepada anda yang setia menanti, saya akan cuba update semuanya malam ini bagi memberikan gambaran lebih jelas dan telus.
Saya tidak berkesempatan untuk arrange dan watermark foto-foto kerana sejak semalam hingga saat ini saya terlalu teramat sibuk.
Yang terkini, kes kemalangan maut lagi di MRR2 Ampang – penunggang motosikal digilis lori kontena.
Ada yang memberi komen berbau lucah, ada yang berbau perkauman terlampau- saya nasihatkan, ini bukan tempatnya.
Saya rasa masih ramai yang tidak faham isu/kes ini.
Yang dirampas kerana mengandungi dexamethasone hanyalah produk Penawar Sendi Tulang. Ia juga tidak berdaftar.
Manakala enam produk lain dirampas kerana tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Persoalan-persoalan lain yang timbul dari rampasan ini, seperti kandungan di dalam enam produk lain itu dan proses pembuatan serta pelabelan, logo halal, adalah persoalan tambahan dari perkara itu.
Terlalu banyak yang dapat dibincangkan tetapi tujuan rampasan bukan untuk sensasi.
Kita kena tunggu apakah perkara seterusnya berlaku iaitu apabila kes di bawa ke mahkamah.
|
WARNING !!! VIEW AND READ AT YOUR OWN RISK
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable
While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.
Creative Digital Media Nak Buang?
Jangan!!!
lawati blog ini:
http://mycreativedigital.blogspot.com
|
Recent Comments