PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Adam Haikal Naik Kereta Putih

Hot:

Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
16 Mac 2010
Akhirnya, adik Muhamad Adam Haikal Jalil ditemui semula dengan selamat.
Bagaimanapun, siapakah lelaki misteri yang membawa Adam Haikal masih tidak diketahui.
Jam 9 pagi tadi, bapa Adam, Jalil Abd Latif menerima panggilan telefon dari rakannya bahara Adam berada di rumahnya di Taman Cheras Utama.
Mereka sekeluarga lalu bergegas ke sana, dan benar, Adam Haikal ada di rumah rakannya dalam keadaan selamat.
 Adam Haikal ditemui di pintu pagar pangsapuri dan menurut Adam dia dihantar ke situ oleh seorang lelaki Melayu dengan menaiki sebuah kereta putih.
Sebelum ini, menurut Adam dia tinggal selama 3 hari di rumah kawannya yang katanya adalah jauh, dan akhirnya dihantar lelaki terbabit ke Taman Cheras Utama.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada kita semua dan syukur kanak-kanak ini ditemui semula dengan selamat.

Share/Save/Bookmark

Pulangkan Adam Haikal

Hot:

  Biodata:
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun
Kes:
 Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
Lokasi terakhir:  
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
Hubungi:
 012-2791044 (bapa)
 012-2608660 (ibu)
012-21559241/ 012-9316653 
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.

Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010

Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.

Share/Save/Bookmark

Kisah Norlaili Afizah @ Pijah

Hot:

Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
19 Feb 2010
Tajuk berita Terkini di bawah sepatutnya berbunyi – Norlaili Akhirnya Pulang Ke Rumah, dan bukan seperti yang ditulis.
 foto menyusul.
saya akan update berita ini secepat mungkin, tetapi yang pasti Norlaili Afizah @ Pijah telah selamat pulang ke rumah.

Semuanya selesai setelah remaja terbabit merasa amat bersalah akan tindakannya dan terlalu rindukan keluarga serta kasihan kepada mereka.
Bagaimanapun ,mengakui, perasaan cinta kepada Sarjo menjadikan dia bertindak di luar kawalan.

Sepanjang 6 hari kehilangannya, Norlaili bersembunyi di sebuah rumah di Sungkai dan merancang melarikan diri Rabu lalu menggunakan laluan haram.

========================================================

Share/Save/Bookmark

Terkini : Norlaili Afizah Telah Ditemui

Hot:

Perhatian :

Norlaili Aafizah @ Pijah, 19 tahun yang dilaporkan hilang 12 Feb lalu, telah ditemui beberapa jam yang lalu.

Berita lanjut dan perkembangan terkini akan saya maklumkan kemudian.

Di Manakah Norlaili Afizah

Posted by ondscene at Friday, February 19, 2010 0 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Di Manakah Norlaili Afizah…

Hot:

 

Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.

 

Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .

 

Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya , Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.
ASSALAMUALAIKUM

 

Share/Save/Bookmark

Radar- Kanak-kanak Perempuan usia 11 Tahun Hilang

Hot:

Nama : Nurhidayah bt Surip

Usia : 11 tahun
Tarikh Hilang : 6 April, 2009 Isnin
Lokasi: Asrama Anak Yatim Darul Kifayah
Taman Koperasi Polis
Gombak
Hubungi: Abdul Razak Salim
Bahagian Hal-Ehwal Pelajar
Politeknik Johor Bahru

Hubungan dengan mangsa : Anak saudara
Tel : 017-7011038
: 016-9326003

atau:
Rakancop: 03-21159999

Kes ini telah dilaporkan di IPK Kuala Lumpur

Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Ruangan Baru – Radar

Hot:

Share/Save/Bookmark