PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Awas Email dari ‘Gmail’

Hot:

 

PERHATIAN:
Kepada anda yang menerima email sebegini, sila abaikan atau ‘report as spam’ kerana ianya adalah email palsu yang sama-sekali tiada kaitan dengan Gmail.
Email spam ini semata-mata bertujuan untuk menceroboh akaun anda setelah anda memberikan maklumat katalauan (password) anda.
Satu cara paling mudah untuk kesan samada ianya adalah email tulen atau palsu, anda hanya perlu klik pada ’show details’, dan akan dipaparkan email ini dari siapa.

Untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci, anda boleh klik pada tanda arrow di sebelah ‘reply; kemudian klik pada ’show original’

Lihat juga pada logo GMAIL pada email tersebut.Logo Gmail team yang sebenar ialah ini:

Posted by ondscene at Thursday, February 04, 2010 0 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Antara Spam Paling Bangang Pernah Diterima- Pak Lah Ejen VISA

Hot:

 Nak tergelak pun ada, tetapi sebenarnya lebih kepada memikirkan betapa bangangnya manusia-manusia yang mencipta spam bertujuan untuk kegiatan penipuan.

Kalau ye pun nak menipu atau memperdaya orang, berpada-padalah dan biarlah lojik @ masuk akal…

Spam ini saya terima beberapa hari alu.

Sejak bila la pulak Pak Lah jadi ejen VISA, dia pun dah tak jadi PM Malaysia lagi.

Dan , tak pasal-pasal Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara  pun terbabit jugak.

Yang rajin sangat hantar email dan kerja gila ini ,konoinnya  Perdana Menteri Britain – Gordon Brown

——————————————————————————
fromPrime Minister s Office

Share/Save/Bookmark

Influenza CG – Jerat Cinta Di Internet

Hot:

Banyak senario boleh dipaparkan di sini:

Pernahkah anda dilamun cinta?
Jawapannya – ya

Pernahkah anda jadi tak tentu hala semata-mata kerana cinta?
Jawapannya – ya

Pernahkah anda berhabisan terutama wang ringgit kerana cinta?
Jawapannya – pernah juga

Pernahkah anda ibarat mandi tak basah, tidor tak lena, makan tak kenyang bahana dari cinta itu?
Jawapannya – pernah suatu ketika dulu, masa muda-muda.

Pernahkah anda hampir mereng, sewel, nyaris-nyaris INFLUENZA CG gara-gara putus cinta?
Jawapannya – segan le nak jawab. Pernah kot…

Pernahkah anda bertengkar, bergaduh, putus sedara, putus waris, putus kawan, semata-mata kerana cinta?
Jawapannya : Ish…melampau sangat tu. Ada ke sampai macam tu? Pernah jugak dengar tu…

Share/Save/Bookmark

SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Hot:

Notis ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 7 April, 2009

 

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.
Hakikatnya:
-Tiada jabatan “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia
-Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia

 

-Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

 

Share/Save/Bookmark

Ambank Pishing Website – Ada Yang Bakal Tertipu

Hot:

Perhatian: Artikel ini tidak dibayar oleh Ambank atau mana-mana pihak, tetapi adalah inisiatif penulis.
Saya terpaksa menulis artikel mengenai pishing website lagi kerana kali ini, sindiket makin terdesak dan menggunakan bank lain pula setelah ramai pelanggan Maybank tertipu.
Dan sekali lagi, saya juga bukan pelanggan Maybank, RHB Bank mahupun Ambank tetapi tetap menerima email ini.
Ini kerana sindiket akan menghantar pishing ini secara random/rawak tanpa mengetahui siapakah bakal mangsanya yang akan terkena.

Dan , sekali lagi, sindiket menggunakan domain .com.my yang dikawal kerajaan melalui MYNIC Berhad.
Modus operandinya sama seperti yang dilakukan pada website Maybank.
Mangsa akan di bawa kepada ruangan log in ke akaun Ambank anda.

Share/Save/Bookmark

Pelanggan RHB Bank-Awas Email Penipuan

Hot:

Perhatian: Artikel ini tidak dibayar oleh RHB Bank atau mana-mana pihak, tetapi adalah atas inisiatif penulis

Sekali lagi, saya juga bukan pelanggan RHB Bank dan tiba-tiba saya mendapat email dari ‘RHB’ bank palsu ini.

Cubaan pihak ini untuk melakukan penipuan nampaknya agak kurang canggih berbanding dengan Maybak2u Palsu sebelumnya.

Sila rujuk posting ini:

http://ondscene.my/2009/03/12/maybank-palsu-yang-ni-nampak-real/

Email ini kononnya anda mendapat mesej untuk dibaca yang dihantar oleh pihak RHB Bank.

Penyangak ini menggunakan alamat email rhbbank@rhb.com

Dan anda diminta untuk ‘log-in’ pada link yang sebenarnya anda dibawa melawat ke satu link pishing.

Share/Save/Bookmark

Perhatian Untuk YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu

Hot:

Saya menerima email spam ini semalam.

Mungkin anda juga ada menerima banyak spam setiap hari.

Tetapi spam yang ini perlu didedahkan kerana ia membabitkan agensi kerajaan.

Yang pasti , memang email ini bukanlah ‘originated’ dari Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Alamat pengirimnya ialah Yang DiPertua <ydp@mpkb.gov.my>, iaitu kononnya datang dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Dan, sesungguhnya, memang benar YDP yang mengirimkan spam ini kepada mangsa iaitu email mengenai kononnya memenangi juta-juta dollar dari kat ATM yang anda sendiri tak pernah miliki.

Turut dilampir, fail ydp.vcf iaitu attachment phone book/address.

Sekali lagi, bagaimana ia berlaku?

Share/Save/Bookmark

Mudahnya Anda Diperdaya…

Hot:

Selalu kita mendapat SMS mengarut di telefon bimbit kita.

Antaranya yang berbunyi lebihkurang atau umpama seperti ini:

” Sila sebarkan maklumat ini. Seekor gajah sedang berusaha untuk berenang menyeberangi Sungai Congkak. Bagi menyokong usaha ini, sila sebarkan kepada 10 orang dan anda akan mendapat rezki yang melimpah ruah.”

” Seorang pemimpin pernah berkata, kita mesti berbaik-baik, dan tolong menolong terutama menolong orang kaya. Jadi, jika anda hendak kaya, sila sebarkan SMS ini kepada 15 orang. Tunggu hasilnya dalam 15 hari. Anda yang engkar, akan mendapat bala”

Share/Save/Bookmark

Bukan Semua Benda Boleh Dibuat Laporan Polis

Hot:

Setiap hari kita dihidangkan dalam media mengenai laporan-laporan polis yang berbagai jenis yang kini dimonopoli oleh ahli politik.

Polis dengan senang hati menerimanya, dan bagi ahli politik yang sememangnya gilakan publisiti murahan, kehadiran media amat dialu-alukan dan dengan berat hatinya, maka pergilah wartawan/jurufoto atas arahan bos, membuat liputan.

Tak kira parti kerajaan, pembangkang, dua kali lima.

Apakah semua laporan itu akan disiasat atau tindakan lanjut, tidaklah kita ketahui pula.

Tapi tahukah anda, bukan semua perkara kita boleh buat laporan polis, apatah lagi jika kejadian yang memang boleh disabitkan akan, sedang atau telah berlaku perbuatan jenayah, belum tentu polis akan menerima laporan itu.

Share/Save/Bookmark

Maybank Palsu Yang Ni Nampak Real

Hot:

Perhatian:
Artikel ini tidak dibayar atau ditaja oleh Maybank atau mana-mana pihak, tetapi atas inisiatif penulis untuk kebaikan kita bersama.

Artikel ini adalah lanjutan dari posting sebelumnya bertarikh 3 Mac 2009

Share/Save/Bookmark

Ramai Orang Suka Ditipu…

Hot:

Saya bukan pemegang akaun Maybank, dan menerima email yang sebegini dari penipu menunjukkan mereka sudah amat desperate sehingga sanggup hantar kepada sesiapa juga.

Kalau terkena, nasib mereka baik dan yang malang ialah orang seperti anda yang malas nak ambil tahu kes-kes sebegini di media.

Maaf, kepada anda yang dah tahu , abaikan posting ini, tetapi saya lebih menumpukan pada mereka yang tak tahu langsung akan keadaan dunia sekeliling dan menerima apa sahaja yang mereka fikirkan lojik di pandangan mata.

Kepada yang menerima email begini, khas untuk pemegang akaun Maybank, sila lihat panduan ringkas yang saya berikan supaya sedikit sebanyak, anda tahu ia adalah penipuan.

Share/Save/Bookmark

AWAS!!! – Mak Sedara Dari Baghdad

Hot:

Saya memfokuskan topik penipuan melalui internet ini kerana saya amat banyak menerima pertanyaan dari rakan, kenalan dan pembaca yang masih keliru dengan banyak email yang diterima tentang macam-macam tawaran dan ‘kemenangan-kemenangan’ yang tak dijangka menjangkau jutaan ringgit…!!!

Salah satu contoh yang saya baru terima sebentar tadi ialah email ini yang kononnya ingin berkongsi wang USD11juta konon hasil peninggalan suaminya semasa era perang Iraq.

Tak perlu saya ulas, tetapi anda sendiri boleh tafsirkan isi surat mengarut ini.

Perhatikan saja perkataan salamnya, ditulis sebagai SALAM WALAIKUM…

Abaikan surat-surat/email mengarut sebegini yang dahulunya dipelopori dari negara Afrika yang konon in gin berkongsi dan melabur bersama kita.

Share/Save/Bookmark

Tips Mengelakkan ‘Lottery Scams’/Tawaran Hadiah

Hot:

Berikut sedikit panduan untuk anda jika menerima email-email sebegini.

Panduan ini untuk anda fikir dan kaji email yang anda terima dan sekaligus menjauhkan diri anda dari tertipu atau ditipu.

1. Anda tidak akan menang loteri ditawarkan itu jika anda tidakpun menyertainya.
(Tetapi, tak pasal-pasal anda tiba-tiba jadi pemenang!!!)

2. Anda kena beli dahulu tiket loteri ,barulah anda sebenarnya menyertainya.
(Anda tak pernah beli apa-apa loteripun, tapi tiba-tiba anda jadi pemenang…!!!)

3. Tiada skim loteri yang menghubungi pemenangnya, sebaliknya pemenang yang sepatutnya menghubungi mereka dahulu.
(Yang peliknya, skim ini yang hubungi anda bagitau anda pemenang, sedangkan anda tak pernah belipun loteri mereka…)

Share/Save/Bookmark

Email Ini pun sama…

Hot:

Email ini juga sama
Anda yang pernah merasa teruja untuk membalasnya, fikirkanlah.
Tak perlu fikir jutaan kali, cukup dengan sekali fikir, anda terus buang sahaja email sebegini.

Secara psikologinya, mereka yang bercadang untuk menipu anda ini, akan membuat pelbagai pujian untuk menarik hari anda.

Tetapi, di masa sama memberi amaran, tempoh tawaran ‘kemenangan’ anda hampir berakhir dan meminta anda segera bertindak…!!!

***************************************************

CONGRATULATIONS!!! YOU HAVE WON

EURO MILLIONS SPANISH LOTTERY INTERNATIONAL

FROM:INTERNATIONAL PROMOTION /
PRIZE AWARD DEPT.
112-113 AVENIDA DE AMERICA 28980
MADRID – ESPANA.
Email: info.conosl@aol.es
(?) REFERENCE: 67/80/CCL(??)
BATCH: EGGS-541-623-782(No Ticket Sold)**********************************************************

Share/Save/Bookmark

Lagi Email Loteri Cubaan Menipu

Hot:

Ini satu lagi email yang masuk ke kotak email saya.

Anda juga mungkin dapat email yang seumpamanya dan tolong jangan tertipu dengan scam ini.

Bagi yang mungkin baru berjinak dengan email, mungkin email ini satu kebanggaan bagi anda kerana tak pasal-pasal anda dapat email dari luar negara.

Konon betapa bertuahnya anda kerana dapat jadi jutawan dan dari luar negara pula tu.

Ini bukan satu kebanggaan, tetapi satu malapetaka jika anda membalas email-email sebegini.

*******************************************************

Ref Number (42261)

Share/Save/Bookmark