PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Pemain Bolasepak Terkandas 9 Jam – Pesawat C-130 Rosak

Hot:

TUDM Subang
Selangor
19 Dis 2009
4-35 pagi
Pasukan bolasepak negara yang beraksi di Sukan SEA ke 25 di Vientiane, Laos terkandas kira-kira 9 jam di Laos apabila pesawat TUDM C-130 yang sepatutnya membawa mereka pulang, dikesan mengalami kerosakan.
Mereka sepatutnya berlepas dari lapanganterbang jam 3 petang semalam (waktu tempatan)
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Dato’ Azzudin Ahmad, yang turut bersama pasukan negara itu, mereka terpaksa kembali semula ke hotel.
Ini berikutan di saat akhir, juruterbang memaklumkan pesawat yang sepatutnya mereka naiki, mengalami masalah teknikal iaitu kebocoran minyak salah sebuah enjinnya.
Dan, akhirnya sebuah pesawat C-130 gantian dari Kuala Lumpur, tiba di Vientiane untuk membawa mereka pulang.
Mereka akhirnya berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 11-30 malam waktu tempatan dan tiba jam 4-35 pagi tadi di TUDM Subang.
Turut berada di dalam pesawat ialah Naib presiden FAM, Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
Posted by ondscene at Saturday, December 19, 2009 1 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Skuad Bolasepak Negara Selamat Tiba

Hot:

 

TUDM SUbang
Selangor
19 Dis 2009
4-35 pagi
Skuad bolasepak negara yang memenangi pingat emas di Sukan SEA ke 25 di Vientiane, Laos, selamat kembali ke tanahair sebentar tadi.
Pesawat C-130 TUDM yang membawa kontinjen negara itu selamat mendarat jam 4-35 pagi sebentar tadi di TUDM Subang.
Posted by ondscene at Saturday, December 19, 2009 2 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark