Bukan Semua Benda Boleh Dibuat Laporan Polis
Setiap hari kita dihidangkan dalam media mengenai laporan-laporan polis yang berbagai jenis yang kini dimonopoli oleh ahli politik.
Polis dengan senang hati menerimanya, dan bagi ahli politik yang sememangnya gilakan publisiti murahan, kehadiran media amat dialu-alukan dan dengan berat hatinya, maka pergilah wartawan/jurufoto atas arahan bos, membuat liputan.
Tak kira parti kerajaan, pembangkang, dua kali lima.
Apakah semua laporan itu akan disiasat atau tindakan lanjut, tidaklah kita ketahui pula.
Tapi tahukah anda, bukan semua perkara kita boleh buat laporan polis, apatah lagi jika kejadian yang memang boleh disabitkan akan, sedang atau telah berlaku perbuatan jenayah, belum tentu polis akan menerima laporan itu.
Polis siap boleh nasihatkan kita, tak perlu buat laporan…
Ikuti kisah benar ini:
Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan beberapa hari lalu.
Rakan itu mengadu, bahawa kawannya nyaris terpedaya dengan satu SMS yang kononnya dia memenangi peraduan Power Root.
Kawannya yang begitu teruja kononnya memenangi hadiah cabutan bertuah RM10,000, menelefon nombor yang tertera dalam SMS nya.
Segala butiran diberikan dari No Kad Pengenalan, Nama Penuh dan nama Bank nya.
Kawan itu tidak sempat memberikan nombor akaun kerana tiada padanya ketika itu.
Penyangak pula bercakap loghat Melayu seperti mereka dari Malaysia Timur.
Tetapi, dia rasa tidak sedap hati, lalu menelefon rakan saya mengenai itu.
Dua-dua (wanita), kemudian meminta nasihat saya.
Saya minta SMS itu diforwardkan kepada saya dan nyata ia adalah seperti SMS-SMS penipuan lain yang anda juga mungkin pernah terima.
Semua jelas, dari nombor telefon penipu hinggalah nombor untuk dihubungi.
Forwarded from +60178951709
TAHNIAH! simCrd Anda memenangi Cabutan BERTUAH Wang Rm10,000 dr POWER ROOT SDN BHD.Sila Hub Office Ditalian: 017-864-2367 Terimakasih
Saya minta kawan kepada rakan saya itu pergi buat laporan polis.
Alasan saya mudah:
1. Dalam kes ini, penyangak telahpun mengetahui SMS mereka ada tindakbalas. Komunikasi telahpun berlaku. Penyangak boleh lakukan pelbagai cara untuk mencari pemanggil berdasarkan nombor telefon itu.
2. SMS itu telah polis ketahui, adalah penipuan. jadi, apa nak tunggu, siasat sajalah.
3. Dua nombor dah ada, nombor penghantar SMS dan untuk dihubungi. Apa guna kita mendaftar talian telefon prabayar, jika ia bukan untuk dikesan jika berlaku jenayah sebegini?
4. Mangsa hampir terjerat, yang akhirnya menyedari hampir tertipu.Adakah polis hanya menyiasat jika mangsa telahpun mengalami kerugian?
5. Nombor-nombor itu adalah nombor yang amat familiar terutama dari Cawangan Jenayah Perdagangan, walaupun tidak sama, kerana sindiket yang pernah ditumpaskan di Sabah tidak lama dulu, menggunakan nombor yang hampir sama (017-8xxxxxxx)
6.Bagi saya, jika laporan dah dibuat, bukan susah untuk mengesan penyangak itu kerana butiran semua ada, dan jika butiran itu palsupun, padan muka pihak berkuasa kerana penguatkuasaan yang amat lemah menyebabkan telco dengan senang hati mengaktifkan nombor penyagak itu.
7. Yang jadi mangsa ialah kita, yang kayanya Telco.
Dengan penuh debaran kerana bimbang akaunnya atau dirinya dalam bahaya, kawan itu pergi ke sebuah Balai Polis di Shah Alam untuk membuat laporan.
Dengan muka selamba, anggota polis di balai berkata:
“Puan tak perlu buat laporan…”
Dengan hampa, kecewa, kawan ini yang memang tak tahu apa-apa, akur dan balik la dia…
Dan akhirnya, saya pula yang dicop sebagai lebih-lebih dan memandai-mandai suruh buat laporan polis…!!!
Sebenarnya, memang saya amat kecewa dengan keadaan ini. Mau rasanya masa tu juga nak telefon Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara akan attitude anak buahnya yang bangang dan baghal itu.
(Tan Sri Musa, apa yang saya kenal sejak dari dulu semasa dia masih pegawai polis yang belum pakai paku bersilang-silang ni,dan dipanggil Tuan Musa, adalah seorang yang good-listener dan tegas.)
Anda nak tahu satu perkara?
Saya pernah dihubungi oleh anggota polis (tak perlulah bagitau dari balai mana/cawangan apa), meminta nasihat mengenai satu SMS mengenai AF (Akademi Fantasia) yang diterima anaknya.
“Bang, anak saya dapat RM10,000. Menang SMS Akademi Fantasia. Betulke tu?”
Mak ai…betapa anggota polis sendiri pun tak tahu akan penipuan sindiket sebegini. Jadi apalah sangat jika mereka juga tak mau terima jika ada orang awam nak buat laporan mengenainya.
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.



pernah dpt msg yg di suruh reply kat 1 no phone ni.. dlm sms tu bgth klau kite reply dia akan tambah credit kite.. sms kononnye dr telco..
tp hampeh sebenarnye dia nak cilok credit kite je.. masa tu terbang le RM10.. bengang btl..
call member kat telco.. terus diorang block no tu.. mmg byk dah report psl no tu.. tp psl lmbt sgt nak block nye..
dah pasni pakai public phone je.. leh ghitu..:D
ingat, kawan-kawan!
kat dunia ni xde sape yg nk bagi korang senang..
klu x, semua org dh jdi kaya raya..
sume dpt kerja..
kau kerja hempas pulas, gaji seribu je..
(kalu seribu! time mcm ni tak dpt r.)
ni kan org nk bagi free rm10,000 dan blah blah blah..
igt!
usaha! dan guna ilmu dgn baik..
jgn dgr rm10,000 dh gelap mata!
klu yg rs dh byk duit pula, jgn baik hati sgt bg duit kt pengemis jalanan.
most of them, sindiket haram..
derma saja kat surau, kuil, rumah anak yatim, org tua..
jgn jd bodoh!
dh r duit tu xbyk.
pstu bantai buat kerja bodoh!
igt!
kt semua tak kan dipanggil bodoh kalau tak buat benda bodoh!
yg sempurna hnya Allah..
salam sejahtera,
saya bukan nak memperlekehkan pihak PDRM, tetapi pada hakikatnya ini bukan kes VVIP..di ulang bukan kes VVIP. yang bermaksud kes yang di war2kan oleh media sampai pihak PDRM terima tekanan untuk menyelesaikan siasatan. contoh siasatan mengenai SMS khabar angin yang pihak PDRM sekelip mata dapat memberkas OKT.
Seperti di Alor Setar, ada satu kes di mana seorang pelajar maybe bekas pelajar sekolah SMK Simpang Kuala Kedah telah menggunakan youtube untuk menghina dan memfitnah cikgu disiplin termasuk pengetua sekolah tersebut. Laporan polis telah di buat, tapi macam tiada siasatan, saya cuba membantu dengan melakukan siasatan sendiri. Wallah..!memacam maklumat yang saya dapat sampaikan pihak admin youtube sendiri memberi maklumbalas mereka hanya akan dapat memberi maklumat peribadi user ini apabila mereka terima surat dari pihak PDRM. bila guru yang membuat laporan ke balai polis, pegawai yang menyiasat menyatakan mereka sudah hantar surat ke youtube dan hanya menunggu maklumbalas. sehingga kini tiada sebarang tindakan. dan bila di periksa kembali ke pihak youtube. Surat yang di tunggu langsung tak di terima walaupun setelah menunggu selama 3 bulan..di ulang pihak youtube menunggu selama 3 bulan surat dari pihak PDRM.
persoalannya:
1. dimanakah integriti pihak PDRM?
2.macammana kita sebagai rakyat mahu mempercayai ketelusan mereka ketika bertugas?
3.adakah memang benar pihak PDRM hanya akan pulun menyiasat kes VVIP sahaja?
saya sebenarnya salah seorang pemuda yang paling banyak kacau sistem rakancop. sampaikan polis daerah2 tertentu dalam kedah ni naik meluat dengan gangguan sms dan panggilan telefon oleh saya. bukan GILA, tapi niat bekerjasama membenteras jenayah dan mengelak dari kecelakaan. dan memang pihak PDRM masih lagi tak sampai ke tahap yang baik..teknologi yang di gunakan boleh di katakan tahap polis BRITISH tahun 1880..
dah sistem cap jari kita ada dalam mykad yang berteknologi tinggi pon masih tak mampu menolong pihak forensik mengesan suspek yang melakukan jenayah..apa guna brush dengan serbuk magnet hitam tu?
pepakat5 la fikir2 kan!
wassalam
Jadi, jangan marahlah kalau tahap perkhidmatan awam kita termasuk PDRM masih boleh dipanggil ‘Cap Ayam’.
polis sibuk la bro..
macam bro cakap,sekarang ni banyak sangat laporan polis yang dibuat..
kadang2 tu kesnya 1 tapi laporannya beratus..
contoh terbaik..setakat ni ada hampir 100 laporan polis dibuat berhubung kes karpal singh sebut PEMUDA UMNO CILAKA!!
bayangkan..itu baru 1 kes..belum lagi kes mesyuarat bawah pokok, kes pecahkan batu asas bawah pokok, kes fitnah sana, fitnah sini dan 1001 kes yang aneh2 yang lain..
maka boleh dikatakan polis terlalu sibuk untuk siasat kes2 sebegitu..
maka mereka takde masa untuk kes2 penipuan macam ni..
sreshaziela- betul, sms mintak kredit ni pun bole ramai yg terkena. tak faham mengapa ada yang terpedaya…heheh…
ahmad – masalahnya, ramai yang nak ambil jalan mudah yg akhirnya memusnahkan diri sendiri.
manala ada org saja2 nak bagi duit tak pasal2. aku rasa, org gilapun tak buat macam tu. org gila/kurang siuman pun tau erti dan nilai duit.
al amin- benda macam ni sebenarnya perlukan bukti, walaupun kita memang tau dan tak payah bersuluh lagi. kita yg bukan vip atau vvip, kenala terlopong dengar atau terima apa saja yg mereka buat. nak lebih2 lagi, tak pasal pulak kita dituduh atau ditangkap pulak…!!!
aku juga kagum dgn usaha kau yg bersungguh2 tu, walaupun maybe ada pihak salah anggap kita pulak lebih2 dan menyusahkan. jika youtube dah bole bagi kerjasama, apa masalah pulak pihak berkuasa nak teruskan siasatan. sebab tu lah, ada pihak berkuasa tak suka dengan media, kerana bila dah keluar media, mereka kena siasat juga.jika tak, jawabnya berkubur la laporan yg dibuat. kepada yg tak suka media, kena pikir jugalah peranan media yg banyak bantu selesaikan masalah yg selama ini terpendam, tapi bila dah didedahkan, barulah mereka kelamkabut.
rakancop pun sepatutnya berterimakah kpd orgramai yg beri maklumat, dan jgn ambik mudah mengenainya. tak de siapa yg suka2 hati nak cal mereka jika tiada maklumat, kerana semua nombor pemanggil boleh di detect oleh mereka.
teruskan usaha anda. ada apa2 yg boleh dibantu, sila email.
pakguard – betul tu. mungkin ada juga yg gelarkan cap badak, cap tenuk…
kerana, byk benda yg berlaku, adalah berdasarkan siapakah yg membuat laporan, dan boleh pilih2 pulak. entahle…maaf la kalau ada yg terkena batang hidung.
tahap perkhidmatan cap ayam ini cuma akan jadi isu, jika yg terkena adalah mereka sendiri. org lain, boleh blah…!!!
usain- betul tu bro. 100 org buat satu laporan yg sama.
tapi 1 org buat laporan atas 100 org yg terkena, mereka buat bodoh je.
jawapannya – masih dalam siasatan…itu jela yg dapat bertahun2.
siasat apa lagi yg tak lengkap tak tahulah sedangkan bukti semua dah ada…
so, kita jgnlah ganggu tugas polis yg sekarang amat sibuk itu sampai mereka pun takde masa utk layan kes-kes ciput mcm tu…