Mudah ‘Cair’ Dengan SMS

Kuala Lumpur
28 Jan 2011
10.30 pagi

Bermula jam 10.30 pagi tadi, saya menerima beberapa panggilan telefon dari pelbagai pihak untuk menanyakan mengenai kononnya satu kes culik berlaku.

“Jika ada SMS mengenainya, forwardkan kepada saya”

Ini SMS itu :

Sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi puteh bernombor WUSXXX dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung, sila hubungi rashid 019xxxxxxx. Suspek telah melarikan anak pompuan saya berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi

Saya yakin, ramai dari anda menerima SMS ini, malah ianya cepat tersebar di dalam Facebook, ruangan forum,dan blog,  dan saya juga menerimanya di dalam Facebook yang bertanyakan mengenainya.

Membaca SMS itu, saya langsung tidak teruja untuk forward kepada orang lain, malah rakan-rakan yang menelefon, terpaksa saya ceramah pula mereka.

Di masa sama, ramai rakan wartawan turut menerima SMS itu, dan mereka terpaksa membuat rujukan dan panggilan telefon kepada balai polis, Ketua Polis Daerah malah sehingga ke Bukit Aman untuk pengesahan.

Apa boleh buat, buatnya berita itu betul, maka mesti dilakukan susulan.

Akhirnya, menjelang petang, rakan setugas saya, Khaty berjaya menjejaki lokasi rumah yang dipercayai ada kaitan dengan SMS itu, setelah menjelajah sehingga Kajang, Sri Kembangan dan nyaris ke Selayang.

Jam 5.25 petang, Khaty SMS saya:

“Polis report tak adapun buat. dah cal OCPD dan Datuk Bakri Zinin. Ikut Utusan gi rumah org ni. only maid yang ada……….”

PDRM turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan SMS itu adalah palsu.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PERHATIAN : Pihak polis mengesahkan bahawa dakwaan kes penculikan kanak – kanak yang disebarkan melalui internet adalah tidak benar. PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih.

Siasatan juga akan dilakukan bagi mengesan pengirim asal SMS terbabit.

Sebenarnya, anda boleh menilai sendiri samada SMS sebegini yang anda terima dan teruja untuk forwardkannya, adalah benar atau meragukan.

1. Tiada tarikh, masa dan lokasi kejadian

2. Tiada nama kanak-kanak/mangsa terlibat.

3. Tiada nombor laporan polis/ balai polis yang dibuat laporan.

4. Bahasa yang digunakan, tiada petanda ‘urgency’/ kecemasan, malah ditulis seakan-akan sambil lewa. Perkataan ‘pompuan’ nampak seperti ‘main-main’.

5. Nombor yang dipaparkan, apabila dibuat panggilan, tidak berjawab, SMS tidak berbalas.

Jika ditakdirkan SMS itu adalah benar, pengirim asalnya tidak boleh menyalahkan orangramai jika meraguinya kerana SMS itu terlalu ‘longgar’ untuk dipercayai.

Ye, rakyat Malaysia memang prihatin, cepat berita sebegini tersebar.

Tetapi, agak-agaklah jika hendak membantupun, kerana SMS itu sendiri meragukan.

Jika benar hendak meminta bantuan orangramai , tulis maklumat dengan lengkap dan ia hanya mengambil masa tak sampai 5 minit pun.

Kita harap, jika benar berlaku, diminta orang yang terlibat, tampil memberikan penjelasan.

Atau jika anda dianiaya atau teraniaya, lagi baik anda jelaskan juga.

Oleh kerana SMS ini, apa yang pasti dalam sehari ini, buta-buta syarikat telco mengaut entah berapa banyak kredit telefon bimbit anda.

Ingat – rakyat Malaysia bukanlah kedekut atau berkira sangat – tapi jika polis sendiripun sahkan ianya palsu, apakah niat sebenar penulis SMS ini yang telah memperdaya puluhan ribu orangramai.

Nasihat saya, jika anda menerima SMS meragukan begini, jangan sebarkannya, sebaliknya terus rujuk kepada polis untuk pengesahan.

Jika SMS itu langsung tidak diketahui asal-usul atau lokasi berlaku, baik lupakan terus – sebab anda sendiripun tak tahu di mana hendak rujuk/cari mangsa!!!

Post Lain Yang Berkaitan

16 Comments

  • Pada 2011.01.29 01:12, Rozeman menulis:

    Saya tak dapat lagi message/sms tu Abg sham.. nak tengok jugak.. kesahihan berita tu sebabnya nak juga saya call no orang tu bertanya lebih lanjut.
    Rozeman recently posted..Gores dan “merana”!

    • Pada 2011.01.29 01:50, Abang Zul menulis:

      Lagi satu kes naya… hmmm… menyusahkan sungguh.
      Abang Zul recently posted..KENAPA YOU LANGGAR SAYA !

      • Pada 2011.01.29 01:56, Hazrey menulis:

        aku pun ada pertikaikan masa dapat twit pasal kes ni, aku tanya kat mana berlaku, pukul berapa, pompuan tu pakai baju apa. semua orang tak boleh jawab. hahahaha. last last aku cakap, alah ntah ntah ex wife dia ambik balik kot. lols. ehh apa benda comment luv kat bawah ni?

        • Pada 2011.01.29 02:35, Khairul menulis:

          kih kih kih~ andaian saje..

          1. org pertama yg sebar sms @ email tu nak nunjuk die ade beli kete no plat WUSxxxx tu.
          2. mungkin, org tu keje kat telco company, saje nak kasi telco untung.
          3. org tu penah keje kat telco company, tapi dah kene buang, saje die kasi server sms overburden, so die boleh tgk ex-company die kelam kabut kejap.
          4. org tu dengki ngan jiran die ade myvi putih.
          5. org tu nak test kepintaran pakar2 pegawai penyiasat, then die akan popular kalau kene tangkap.
          6. org tu tgh belajar pasal social engineering, then die wat thesis dan statistik.
          7. mmg org tu takde keje.

          ade lagi?

          • Pada 2011.01.29 02:42, azrina nur rusly menulis:

            sebelum ni ada juga dapat macam2 sms yg meragukan, dalam mesej FB pun dapat juga, malas nak amik port. Bak kata bro Sham, SMS longgar, maklumat tak lengkap. Membazir masa dan tenaga aje kalau duk sebarkan.
            azrina nur rusly recently posted..Coretan Ala Belasah III

            • Pada 2011.01.29 05:54, Jobs View menulis:

              Nombor plat kereta ade kan..nombor telefon pun ade..tapi yang jadi masalahnya..tak boleh ke TRACE sape orang mula2 yang hantar?
              Jobs View recently posted..Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

              • Pada 2011.01.29 09:19, Kujie menulis:

                SMS tak dapat, tapi tweet banyak….ramai yang Retweet kerana rasa ingin menjadi masyarakat yang perihatin…sebab selalu kes menjadi teruk bila masyarakat lambat memberi respon atau buat tidak peduli…akhirnya kes ini dibuktikan palsu.

                Kalau………..kalau akan datang ada kes yang betul², masyarakat anggap palsu.

                Susah, kan?
                Kujie recently posted..Membaca Dan Beramal Cara OD

                • Pada 2011.01.31 09:12, abu zaid menulis:

                  seperti kisah gembala dengan kambing biri-birinya..

                • Pada 2011.01.29 15:40, Hasmizal menulis:

                  tak dapat sms tetapi ada membacanya dalam facebook..

                  apa-apapun, moralnya.. sentiasalah berhati-hati dan jangan tinggalkan anak di dalam kereta bersendirian..

                  sesal dahulu mamasih ok.. sesal kemudian hilang anak ooo..

                  hilang kereta boleh beli baru.. hilang anak… fikirlah sendiri…

                  sekadar pendapat sendiri..
                  Hasmizal recently posted..LTDL 2011

                  • Pada 2011.01.29 20:47, mrkay menulis:

                    takde plak dpt sms ni. tp banyak nampak tweet ni. Even lepas polis sahkan berita ni palsu pon still ada yg retweet. kalau dekat twitter orang kita mmg rajin gila retweet benda2 berantai ni. Sebelum ni pon banyak berita kematian org fames yg tersebar kat twitter walhal org tu tgh nazak lagi. dah jadi macam doa plak.
                    mrkay recently posted..Aku pasti merinduimu- 2010

                    • Pada 2011.01.30 21:55, jason menulis:

                      yer, sokong mrkay…pernah jugak dpt email, sms dan surat berantai nie…yg best ada kaitan ngan org femes tu tak boleh blah…

                    • Pada 2011.01.30 00:53, mijie menulis:

                      dapat juga dekat FB tapi buat bodo je la, sbb selalu sgt palsu
                      mijie recently posted..Cuti yang panjang

                      • Pada 2011.01.30 12:14, stss menulis:

                        pembohongan yang besar-besaran – salah satu sifat2 dajjal…. hentikanlah…. sms ‘ayah’ kat balai polis saya tak pernah layan…

                        • Pada 2011.01.30 14:36, Bro Kool menulis:

                          wife ada cite pasal kejadian ni dia dpt alert dari FB.
                          Kita mmg cuak gk la sbb ada baby umur 12month. Tapi saya tertanya2 betul ke benda ni..akhirnya terbongkar jua…tahniah n TQ abg sham di atas info ini..

                          • Pada 2011.01.30 22:28, SBC Admin menulis:

                            Salam.
                            Kecoh gak di facebook semalam kawan-kawan menyebarkan maklumat ini. Saya pun terasa yang mesej ini tidak ada unsur urgency, seperti dibuat-buat. harap-harap polis ambil tindakan yang sepatutnya.
                            SBC Admin recently posted..Link exchange badge

                            • Pada 2011.01.31 16:53, slapper menulis:

                              why benda ni polis tak ambil tindakan pada org yg sebarkan berita palsu ni.
                              Saya boleh ceritakan kejadian ni ..
                              Laki bini ni bergaduh dan si isteri keluar rumah last year dan telah buat beberapa report polis mengatakan si suami ugut nak bunuh dia.
                              Tapi laporan polis demi laporan polis dibuat tiada tindakan dikenakan pada si suami dan asyik terlepas je.
                              At last si isteri filekan kes tuntutan cerai di makhamah syariah kajang.
                              Sebab apa dia tuntut cerai sbb laki dia tak pandai main, tak bagi nafkah batin dgn sempurna,
                              tak bagi nafkah zahir sejak dari kahwin lagi.
                              Rumah yg diduduki si isteri yg bayar dlm RM2200 sebulan. Si suami asyik tukar kereta baru je sebabnya suka menunjuk
                              kat kenkawan yg berada dan si suami cuba suka boros dgn gaji sebagai manager bank.
                              Si suami mulut manis like suka senyum kambing dan sentiasa terliur kat perempuan seksi. Sesiapa yang bercakap dgn dia
                              akan mudah terpedaya dgn mulut manisnya.
                              Dlm kes cerai ni dia akan ceraikan isterinya sekira si isteri tandatangan perjanjian dimana segala harta yg ada akan jadi milik dia,
                              hutang dia yg pakai nama isteri pun isteri kena bayar, hak penjagaan anak jatuh pada dia dan isteri hanya boleh melawat anak sebulan sekali je
                              dan tak boleh bermlm pun dgn anak-anak( anak ada 3 org; 11 tahun, 10 tahun dan setahun ). Segala kos guaman dia ditanggung oleh si isteri.
                              Komitmen si isteri dgn bank terlalu tinggi menyebabkan si isteri tak boleh buat loan pun even nk beli kereta pun tak boleh.
                              Si iteri meminta jasa baik abang kandungnya untuk membeli kereta myVi untuk dia berulang alik pergi kerja.
                              Pada 27/1/2011 si isteri hantar email dgn baik kepada si suami minta nak jumpa anak dan bawa makan anak-anak di Kajang dan lepas luang masa
                              bersama anak si isteri pulang balik pada si suami. Tapi si suami dgn sombong draft satu perjanjian sekiranyanya terjadi apa-apa pada anak-anak
                              maka gugur hak penjagaan untuk si isteri. Pada pagi 28/1/2011 si isteri nekad ingin berjumpa dgn anaknya di Nurseri dgn tujuan ingin
                              dibawa bawa balik kebilik sewaannya. Si isteri membuat laporan polis mengatakan dia mengambil anaknya di nurseri tersebut dan untuk kegunaan dlm Makhamah kelak
                              atas nasihat polis. Selepas anak itu diambil maka pihak nurseri buat laporan pada si suami yang anaknya telah dibawa keluar oleh maknya.
                              Apa lagi si suami terus membuat sebaran sms, bbm dan email bertujuan menyekat kenderaan yang dipandu oleh si isteri.
                              Kini anaknya masih selamat bersama maknya dan sihat wa’alafiat.
                              Yang masih jadi masalah disini kereta myVi sudah menjadi target pada sesiapa yg tidak ketahu sebaran sms itu plasu.
                              Sebaran sms ni sudah dibuat laporan polis tetapi polis Kajang mengatakan kes ini adalah kes rumahtangga sbbnya si suami sudah mandrem pegawai polis kajang.
                              Moralnya : Jgn cepat terpedaya dgn cerita org yg ada kepentingan diri dan tolong bersihkan nama MyVi xxxxxx.

                              You must be logged in to post a comment.