Mudahnya Anda Diperdaya…

Selalu kita mendapat SMS mengarut di telefon bimbit kita.

Antaranya yang berbunyi lebihkurang atau umpama seperti ini:

” Sila sebarkan maklumat ini. Seekor gajah sedang berusaha untuk berenang menyeberangi Sungai Congkak. Bagi menyokong usaha ini, sila sebarkan kepada 10 orang dan anda akan mendapat rezki yang melimpah ruah.”

” Seorang pemimpin pernah berkata, kita mesti berbaik-baik, dan tolong menolong terutama menolong orang kaya. Jadi, jika anda hendak kaya, sila sebarkan SMS ini kepada 15 orang. Tunggu hasilnya dalam 15 hari. Anda yang engkar, akan mendapat bala”

” Anda seorang yang baik, cantik, kacak, bergaya serta hebat. Tetapi anda sebanarnya tiada kawan. Untuk memastikan anda sebenarnya ada ramai kawan, sebarkan SMS ini kepada 21 orang dan jika anda mendapat balasan dari 10 orang bermakna anda memang hebat. Selagi anda tidak mendapat balasan dari 10 orang, sebarkan ia sampai anda mencapai matlamat ini.”

” Syeikh Bla..bla.bla pernah menasihatkan umat manusia supaya bersedekah. Rezki akan menjadi tersekat jika anda tidak bersedekah. Mereka yang tidak mengikut arahan ini, akan menjadi miskin seperti yang berlaku kepada XYZ. Oleh itu, arahan Syeikh Bla..bla ialah menyebarkan SMS ini kepada 40 orang untuk mendapat berkat”

Tahukah anda, ianya merupakan scam yang sebenarnya memperdaya kita untuk menyebarkannya.

Apakah tujuannya?
Tujuan – untuk membodohkan diri anda sendiri kerana mengikut arahan baghal dan keldai ini.

Siapakah pengirim asal?
Belum dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi kajian mendapati dipercayai oleh kumpulan atau pasukan yang digaji oleh syarikat Telco dan/atau dari Telco sendiri semata-mata untuk menjana atau menambah pendapatan syarikat mereka dari caj SMS yang dihantar.

Siapakah yang membantu menyebarkannya?
Anda sendiri kerana anda amat mudah terpedaya dan tidak berfikir panjang.

Jadi, supaya anda tidak dicop sebagai baghal atau kaldai dan menjadi bahan tertawa syarikat Telco, hentikanlah segera perbuatan yang buang masa, membazir dan bodoh ini…

Maaf, kaldai lagi cerdik kerana kaldai tak pakai handphone dan tak pandai forward SMS macam tu…

Post Lain Yang Berkaitan

14 Comments

  • Pada 2009.03.12 05:58, fADzly (wAK) menulis:

    “Maaf, kaldai lagi cerdik kerana kaldai tak pakai handphone dan tak pandai forward SMS macam tu…”

    betul..btul..betul..hehe

    • Pada 2009.03.12 06:19, Anonymous menulis:

      saya memang terus delete je bila dapat mesej camni…da terang-terangan mengarut…yg klakarnya ada gak yg percaya…percaya lebih kat mesej yg dapat daripada kitab al-quran…

      • Pada 2009.03.12 06:32, ahmad menulis:

        alhamdulillah..
        sy tergolong dlm insan yg bijak..
        syukur ku panjatkan..
        yg lain, berhati2 k..

        • Pada 2009.03.12 13:42, al amin ahmad menulis:

          sistem sms yang canggih…ada kebaikan dan ada keburukan..bila berlaku sesatu kejutan budaya, maka akan timbullah benda pepelik ni..yang tak dak kerja..pi cari kerja..yang tengah boring , pi perabih kredit anto sms cenggitu…
          hakikatnya TELCO tak pernah mengkayakan penggunanya…
          contoh sistem IGOMOBILE (saya teringin nak tengok seseorang yang bergelar wartawan explore system ni..banyak buruk dari baiknya)
          wassalam

          • Pada 2009.03.13 03:13, alidyangon menulis:

            Bro Sham

            Memang ada betulnya kenyataan Bro tu.

            Jika telco dengan spam SMS nya

            Software pula dengan virusnya

            Pernah seorang rakan semasa di USA, bekerja di Silicon Valley hanya untuk membangunkan program antivirus, turut membuat beberapa virus trojan dan beberapa worm, demi untuk disebarkan ke seluruh dunia.

            Dan faedahnya ialah antivirus mereka akan laris.

            Saya pun pernah membuat ‘virus’ MS ini, ianya memang nyata bahawa direkacipta dengan dua tujuan, 1. untuk suka suka, maklumlah, remaja atau sesiapa sahaja akan seronok bila sms ciptaannya tersebar seluruh dunia. dan yang kedua, memang diakui bertujuan commercial. Perkara ini memang dipantau tapi tak tahu pula tindakan nya bila?????

            Ala sama macam iklan along tempelan di tepi jalan, bukan pihak yang berkenaan tak nampak, cuma tindakan tu lambat sangat, kecuali terkena batang hidung sendiri.

            Sekian

            Wasalam

            • Pada 2009.03.13 10:31, Anonymous menulis:

              Aku pun hairan sebab banyak juga SMS dan email yg iklan produk meningkatkan tahap batin.

              Macam macam ubat keluar sedangkan kita tak tahu pun apa sebenarnya bahan ramuan dia. Banyak racun barangkali.

              Lagi satu seolah olah orang Malaysia ni macam kuat nafsu batin.

              Miaw

              • Pada 2009.03.13 17:24, al amin ahmad menulis:

                Law yang di cipta dan di kuatkuasakan tidak berfungsi dan tidak mampu menyekat permasaalahan seperti ini, yang bisnes kata tak salah, yang berwajib kata salah, yang pi jual bermasaalah, yang terkena..kompom kitaaa lah…tetap tiada huraiaan mengenai nak selesaikanlah..jadi lah..terpaksalah kita menghadapilah dengan berkelah dan berhemah…

                punya lah longgar law..kita dok telan air mineral bertahun-tahun..tetiba kluar statement kata air mineral ni tak dapat kelulusan dan bukan air mineral yang sebenar.. yang dok telan selama ni air paip ke hapo?

                • Pada 2009.03.14 02:53, on the scene menulis:

                  FADZLY -upin ipin yang dah sah kartun tu pun lagi pandai kan…

                  anon-mereka percaya sebab mereka nak keuntungan atau ‘rezki’ atau duit dgn jalan mudah yg akhirnya menjadikan mereka kayap…

                  ahmad- kaldai yg forward tu pun bijak juga, sebab keldai tak tau membacapun sebenarnya..!!tapi kaldai tau pulak baca arahan sms tu…

                  al amin – mereka perabih kredit kerana beranggapan, nanti rezki lebih besar dtg menggolek.
                  mengenai igomobile tu, sy sebenarnya sdng buat kajian mengenai sistem2 sms yg byk sekarang ni. nanti dah siap, saya siarkan

                  alidyangon- memang benar, manusia hanya akan bertindak pantas jika terkena diri sendiri.
                  apa yang anda bgtau tu, memang benar mengenai kerja pencipta virus dan syarikat antivirus ini, cumanya sukar utk dibuktikan kecuali ada pengakuan terbuka dari mereka atau org yg membuatnya.
                  memang kebnykan cari glamer atau suka2, tapi di masa sama, merugikan diri sendiri dan mengayokan pihak yg dah sah memang kayo…

                  anon miaw-sebab itulah mentaliti ramai org kita. saya sendiri tak pernah percaya tentang produk2 kopi terutama kopi yg mcm2 yg kononnya ada bg kuat la, itu la, ini la, kerana saya selalu sertai operasi Bahagian Farmasi kementerian Kesihatan, dan tau, kebanyakan adalah menipu.

                  Org malaysia bukan kuat nafsu batin, mereka lemah nafsu batin, sebab tu nak cari benda yg kononnya boleh kuatkan. Org yg kuat, dah tak perlu benda tu semua…!!!

                  al amin – sayangnya, byk kes2 mcm tu, saya dah cover beberapa tahun kebelakangan, menyebabkan ia tdk disiarkan di sini. saya akan usahakan utk siarkan kes2 beberapa tahun lalu yg byk penemuan mengejutkan yg tdk pernah disiarkan di mana2 sebelum ini.

                  • Pada 2009.03.14 04:09, al amin ahmad menulis:

                    awat tak habaq kata dok study kes sms nih..kekekeke

                    saya antara puluhan mangsa yang beberapa kali peserta2 yang lain pi tuntut wang di kembalikan…RM5000, tapi system tah apa-apa.

                    IGOMOBILE:
                    di war2 kan-
                    a. system yang hebat dapat membantu menjana ekonomi kalau diusahakan tetambah tertumpu ke pemuda pemudi yang baru graduate universiti
                    b. system yang amat mudah digunakan, kiranya orang yang buta huruf pun mampu menggunakannya
                    c.charge 50sen yang di kenakan 100% di berikan kepada pemilik IGOMOBILE
                    d. pembayaran keuntungan di jalankan selepas 3 bulan system di gunakan.

                    tapi pada hakikatnya..jeng jeng jeng…

                    a: kalau tak dak duit nak iklankan dalam paper..jgn harap la nak dapat keuntungan..idea yang bernas perlu ada untuk menjana pendapatan..takat ada modal cecukup makan memang system tu tak berbaloi..tempat kursus hanya di adakan di KL sahaja..bebudak kluar Universiti mana ada duit banyak tu!
                    b:system yang merumitkan..pepakcik atau memakcik yang tak terer english memang tak berpeluang untuk menggunakan system ini dengan mudah..kiranya dierorg paksa beli..yang terbeli..cam kera tengok besi jer la..tak tau guna.
                    c:charge yang di kenakan oleh TELCO tidak pernah di sentuh langsung oleh syarikat pengeluar IGOMOBILE..bila dah dapat audit akaun..hampir 60% TELCO ambik…pemilik IGOMOBILE dapat 40% ja..
                    d:pembayaran keuntungan makan masa sampai 6 bulan…dah boleh di tuntut duit..di masukkan plak ke WALLET mereka..pastu kena tunggu lagi sebulan baru duit di masukkan ke dalam akaun..bisnes apo 7 bulan xmerasa keuntungan? tiada charge tersembunyi langsung tak wujud..banyak charge tersembunyi…termasuk yuran tahunan RM250..jadi pemilik IGOMOBILE terpaksa makan pasir dulu baru merasa duit..tu pon kalau aktif…

                    banyak lagi saya nak explain..tapi memandangkan nak kena pi 6 kenduri hari ni…nenanti la saya sambung…
                    wassalam

                    • Pada 2009.03.14 17:22, jawa peranakan menulis:

                      ini bahaya bro..
                      ia bersangkutan dengan akidah (bagi yang islam)..
                      mempercayai diri akan diberkati dan dianugerahkan kesenangan selepas menghantar sms sebegitu boleh merosakkan akidah..

                      • Pada 2009.03.16 06:07, on the scene menulis:

                        al amin – terimakasih byk atas maklumat yg amat berguna itu, saya akan buat follow up nanti.ada apa2, sila email kepada saya.

                        jawa- perkara sebegini dah lama berlaku dan mereka lebih gentar dan percayakan sms sebegitu.

                        • Pada 2009.03.19 05:46, cHaDacHaDa menulis:

                          oh.my lecturer dia pun kene.
                          ada org guna nama dia ckp dia stuck kat afrika or ntah mana,and needs money to go back to malaysia.

                          gile bodo.
                          prof dato’ hamdan adnan sedang elok mengajar kami dan petah bercerita!
                          ada jugak yea yg hampir terpedaya dan nak masukkan duit kat akaun ‘pelesu’ itu.
                          ini dinamakan salah guna teknologi.

                          • Pada 2009.03.20 14:06, on the scene menulis:

                            chadachada- itu bukan salahguna teknologi, tetapi memanipulasikan teknologi utk penipuan, manakala mangsa pula tidak peduli kepada teknolgi, tetapi ghairah utk mendapat wang segera. akhirnya, golongan cerdik pandai sendiri ramai yang ditipu/tertipu

                            • Pada 2011.06.07 11:42, barrmetal menulis:

                              hahaaa mmg lawak ah..

                              kebelakangan ni gejala sms cam ni semakin menjadi-jadi. iklan2 sms pun dah tak terkawal..

                              You must be logged in to post a comment.