Pelanggan RHB Bank-Awas Email Penipuan

Perhatian: Artikel ini tidak dibayar oleh RHB Bank atau mana-mana pihak, tetapi adalah atas inisiatif penulis

Sekali lagi, saya juga bukan pelanggan RHB Bank dan tiba-tiba saya mendapat email dari ‘RHB’ bank palsu ini.

Cubaan pihak ini untuk melakukan penipuan nampaknya agak kurang canggih berbanding dengan Maybak2u Palsu sebelumnya.

Sila rujuk posting ini:

http://ondscene.my/2009/03/12/maybank-palsu-yang-ni-nampak-real/
Email ini kononnya anda mendapat mesej untuk dibaca yang dihantar oleh pihak RBH Bank.
Penyangak ini menggunakan alamat email [email protected]

Dan anda diminta untuk ‘log-in’ pada link yang sebenarnya anda dibawa melawat ke satu link pishing.

Apa yang berlaku ialah, anda sebenarnya dibawa ke satu link yang kini telahpun dilapor sebagai pishing website.

Link ini sebenarnya tiada kena mengena dengan RHB Bank.

Dan untuk meyakinkan lagi mangsa, di akhir email ini, anda diberikan satu lagi link untuk log on yang sebenarnya membawa anda kepada link serupa di atas.

Mungkin bagi yang tidak tahu apa-apa, atau berminat untuk mengetahui apakah yang berlaku seterusnya, mereka akan terus mengikut arahan selanjutnya.

Selebihnya, anda terpaksa tanggung risiko sendiri dan saya nasihatkan anda supaya tidak klik pada link tersebut/buang terus email tersebut atau block sender.

Tetapi jika anda masih tetap gatal jari untuk klik, maka inilah hasilnya.

Anda akan dibawa kepada satu paparanmuka yang kononnya dari RHB Bank untuk anda login.


Jika anda meneruskan arahan ini,bermakna akan bermulalah episod malang seperti ramai lagi mangsa yang pernah terkena sebelum ini…

Alamat sebenar RHB Bank ialah:

http://www.rhb.com.my/

(Bagaimanapun, saya sendiri masih keliru, mengapakah RHB Bank mempunyai dua link seperti di atas?)

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.