Jalan Ayer Keroh, Kg Semarak
Kuala Lumpur
23 Disember 2012
6 petang
Kejadian ini berlaku Ahad lalu, tapi saya hanya berkesempatan untuk memuatnaik hari ini (kurang sihat)
Biasanya, seekor, tetapi kali ini 2 ekor sekali keluar.
Ular-ular sawa ini dipercayai telah lama bermastautin di kawasan sekitar.
Namun akibat pembangunan pesat di sekeliling, maka habitatnya terganggu.
Kira-kira 20 orang pengunjung gerai makan berhampiran PPRT Sri Semarak terkejut dengan kehadiran 2 ekor ular sawa ini.
Dianggarkan sepanjang lebih 3 meter setiap seekor di mana seekor darinya mengalami kecederaan.
Mereka segera menelefon talian kecemasan, dan kira-kira 10 minit kemudian, 3 anggota Jabatan Pertahanan Awam, JPAM tiba di lokasi.
Seekor dari ular sawa ini pula telah menghilangkan diri ke dalam semak-samun berhampiran.
Bagaimanapun, ia akhirnya berjaya ditangkap.
Kepada anda yang berdepan dengan situasi sebegini, jangan panik, dan anda tidak perlu memukul ular tersebut sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Ular terutama ular sawa, tidak mendatangkan bahaya keterlaluan kepada manusia terutama di ruang terbuka, kecuali ular-ular berbisa seperti ular tedung.
Segera telefon talian kecemasan dan biasanya, bantuan akan datang samada dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam ataupun pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Menangkap haiwan liar seperti ular memerlukan kemahiran khusus dan mereka yang melakukannya biasanya telah menjalani latihan untuk berdepan dengan situasi begini.
Ular juga makhluk Allah dan perlu untuk meneruskan kesinambungan kehidupan mereka, tetapi apabila habitat telah terganggu oleh pembangunan terutamanya, maka ada manusia menganggap haiwan ini sebagai musuh.

















Lapor la tu hujan2 mcm ni,teringin gk dia nk mkn tom yam ayam panas2 kot..
harap harap pengakhiran ular kapel itu di hantar ker zoo atau di lepaskan ke hutan simpan@ tempat selamat. mereka juga makhluk tuhan. semoga hayatnya tidak berakhir di belanga sup restoran eksotik!
mesti jantan betina…mcm manusia juge, bulan 12 ni kan musim mengawan…
Syukur Alhamdulillah… tidak mendatangkan mudarat kepada pelanggan dan rakyat sekitar
Nak komen sikit.
Kenapa le peralatan dalam van JPAM tu sangat tidak teratur. dan sangat menyesakkan mata. macam tak profesional. Van pasar lagi kemas. Harap boleh 5S kan van tu. fire extinguisher pun mcm sedih jek..
amboi admin..lawa ayat “ular bermastautin kt kawasan ni”,hehe…ular ni kire penduduk tetap nih…good job admin..semoga admin cepat sembuh.
fuh..hebat diorang ye. kagum. kagum.