26,126 Hempedu Ular Sawa Dirampas
Ibupejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
16 Mac, 2010
Bermacam-macam boleh didapati daripada seekor ular sawa.
Kulitnya dijadikan bahan untuk membuat dompet, beg tangan, tali pinggang.
Manakala daging ular sawa, khabarnya sedap dibuat sup, ada yang kata, rasanya seakan-akan rasa daging kucing…
Hempedunya pula dikatakan sebagai penawar pelbagai penyakit dalam perubatan traditional dan menjadi buruan ‘singseh’.
Tetapi, jika 26,126 hempedu dirampas, bermakna 26,126 ekor ular sawa telah dibunuh/dilapah untuk mendapatkan hempedu terbabit. (Seekor ular mempunyai satu hempedu).
Ia mungkin rampasan terbesar di dunia membabitkan hempedu ular sawa dipercayai spesis python – python reticulus
Serbuan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Kulim , Kedah pada 9 Mac lalu diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan Perhilitan, Celescoriano Razon bersama Unit Jenayah Hidupan Liar (Wildlife Crime Unit)
Pemeriksaan menemui spesis hidupan liar yang diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76 yang tersimpan di dalam beberapa guni dan kotak.
- 26,196 disyaki hempedu ular sawa (python – python reticulus)
(Berat kira-kira 87 kilogram)
- 31,596 keping (besar) disyaki kulit ular sawa darah (short-tailed python – python curtus brongersmai)
- 4,058 keping (kecil) disyaki kulit ular sawa darah (short-tailed python – python curtus brongersmai)
Menurut Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Saharudin Anan, kesalahan boleh dituduh di bawah Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM 3,000 atau tidak lebih 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Haiwan yang diperlindungi seperti ular sawa boleh diperniagakan tetapi seseorang mesti mendapatkan kelulusan dan permit dari Perhilitan, untuk tujuan kawalan dan pemantauan.
Semakan mendapati, tiada sebarang rekod permohonan dari mana-mana pihak untuk memiliki,menjual hempedu ular sawa.
Hempedu ular sawa mempunyai nilai pasaran tinggi dan dikatakan berharga antara RM500 hingga RM800 untuk sekilogram.
Bagi kulit ular sawa yang telah dipotong, ia dijual mengikut saiz kepingan dan berharga antara RM5 hingga ratusan ringgit mengikut mutu.
Bagaimanapun harga-harga tersebut biasanya ditetapkan oleh pedagang-pedagang haram sesama mereka dan kebanyakannya adalah untuk diseludup ke luar negara.
Soalan : Apakah penjodoh bilangan bagi hempedu?…
Post Lain Yang Berkaitan
9 Comments
You must be logged in to post a comment.












Salam… tentu banyak ular yang terkorban kan… bukan sikit hempedu tu!
salamm..ne aku marah ne!!
nk beli sekor short tail python punye laa maha…tgk2 jadi cm ne..!!geramnye…dasar manusia xder hati perottttttttttttttttttt!!!
memang sesuai kene tangkap
saya paling takut dengan ular , apa salahnya mereka tolong bunuh , tapi jangan la bunuh semua……nanti pupus pula mereka
Penjodoh bilangan utk hempedu adalah….seketul..yeke? hehe
tgk dari jauh dah mcm asam keping pun ade..
penjodoh bilangan: sekeping kot.. hee :p
Ada hadiah tak tuan tanah?? Hehe..
Soalan : Apakah penjodoh bilangan bagi hempedu?…
Jawapan : "Secangkir" Hempedu
umi-e.- ada yg kata, buat masak lemak cili api lg sedap..
ira- ye, makin pupusla spesis ni…
winter- tak taula mcmana boleh begitu byk dikumpul…
awie – teruskan menjawab!!!
friend – macam jering ada tak
jai – secangkir hempedu… macam novel je?
denda rm3000 @ 3 tahun penjara saja?rasanya tak berbaloi dibandingkan dengan kehilangan haiwan telindung ni..mungkin ada spesis yg dah hampir pupus akibat aktiviti haram ni..nampaknya kita perlukan akta yang betul2 menjamin kelangsungan hidupan terlindung ni dan dalam masa yg sama hukuman yg benar2 setimpal dgn penjenayah!penjenayah dah kaya raya dan mampu bayar denda..tapi adakah haiwan dilindungi ni boleh dikembalikan semula?
cik winter..klu smua org berfikiran mcm awk pupus la smua ular2 ne..ular sawa mmg x bahaya if di handle dgn betol..if bahaya pun kita xde hak nk membunuhnye..byk lg cara lain..tapi care ne mmg x leh di terima akal pemikiran yg waras..ne keje gile…xtaw la pd org lain,but to me…stakat denda 3000 n penjara bape tahun tu MEMANG sgt x berbaloi…tgk la..dh brape ratus mati di tgn pihak yg tidak bertanggungjwb ne..
yes,x di nafikan…ade sesetengah spesis dh xder dh pupus….ne yg menyusahkn sesetengh org yg ade lesen minat nk bela..but nk cari bende ne xder…so penjual2 kt kedai haiwan ne sewenangnye la meletakn harge mahal..sebab diorg taw binatang ne susah nk dpt dh…
sedih jugak tgk gmbar2 ne…
padahal jenis short tale ne manje taw even a bit aggresive…