Akhirnya ‘Buyung Gagu’ Berjaya Ditangkap
Kg Gagu,
Kuala Klawang,
N Sembilan
24 Feb 2011
Itulah gelaran @ nama yang diberikan kepada gajah jantan ini oleh penduduk Kg Gagu, Kuala Klawang, N Sembilan.
Usianya dipercayai telah mencecah 40 tahun.
Kira-kira 3 tahun lalu, usaha untuk menangkapnya oleh Perhilitan gagal.
Buyung Gagu berjaya melarikan diri dan menyembunyikan dirinya.
Buyung Gagu hidup sebatang kara – ibubapanya telah meninggal dunia, begitu juga abangnya.
Menurut Penghulu Kampung Gagu ,Saad Harun, Buyung hidup bersendirian di hutan terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Sejak 2009, mungkin disebabkan pembinaan empangan, ia mula muncul di kawasan kampung dan merosakkan tanaman – dan menakutkan penduduk kampung.
Mereka bimbang jika gajah jenis Gajah Asia itu mengamuk, lalu meminta bantuan Perhilitan.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu, renjer Perhilitan berjaya mengesannya di kawasan hutan , tapak Empangan Triang.
Buyung Gagu kemudian diberikan suntikan pelali untuk memudahkan ia dibawa keluar dari kawasan ini.
3 ekor gajah betina , Mek, 50 tahun ,Timur dan Kaler , kedua-duanya berusia kira-kira 35 tahun, dibawa bertujuan untuk menenang, menggoda dan menarik Buyung Gagu.
Timur dan Kaler disahkan masih dara, manakala Mek tidak dara lagi, dan ketiga-tiganya adalah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.
Kerja-kerja membawa/menarik Buyung dengan rantai besi sejauh kira-kira 1 kilometer sehingga ke lori, mengambil masa kira-kira sejam.
Buyung kemudian diangkut ke lori untuk dilepaskan ke Taman Negara pada petang ini jika segalanya berjalan lancar.
Operasi ini membabitkan 25 renjer dari Perhilitan N Sembilan dan Pahang dan julung-julung kali dilakukan di Negeri Sembilan sejak lima tahun ini.
Operasi bermula 9 pagi tadi, dan berakhir 4 jam kemudian.
Foto-foto oleh Shah Paskal.
Post Lain Yang Berkaitan
29 Comments
You must be logged in to post a comment.





tgk tajuk td ingatkn penjenayah mana td..hihihi..rupanye gajah
HAHAHA. kenapa mesti ada statement gajah tu dara lagi ke tak? macam promotion la plak
mrkay recently posted..Sentiasa bersyukur
tula.. lawak pun ada. hahaha
LuthfiMY recently posted..Tutorial – Jom privatekan status dan aktiviti anda di Facebook!
betol2…gelak aku baca
kampung saya msuk ondscene…kampung DATO’ SERI UTAMA DR RAIS YATIM jugee tu..hehe
As salam en sham dn semua pembaca,
Dalam dunia kita, kita mengatakan haiwan(spt gajah) merosakkan tanaman atau ladang tetapi hakikatnya dalam dunia mereka, manusia yang memusnahkan tmpt tinggal dn tmpt mereka mencari makan. Dunia semulajadi mereka semakin sempit dek kerana pencerobohan manusia ats nama pembangunan.
Daun recently posted..Kerabu Beronoq @ Beronok
Setuju,binatang2 ni pon kalu bole nak duduk jauh dari manusia.Kes2 mcm binatang serang manusia,musnahkan tanaman dsbnya bukan sbb ia saje2 nk makan/musnahkan tanaman sbb binatang2 ni pon dh xde tempat tinggal & cr mkn.Atas sbb pembalakan & pembangunan,maka terpaksa la lari & pindah ke tempat lain & akhirnya bertembung dgn penempatan/kebun manusia.Sebenarnya binatang2 ni pon xde keinginan nk serang manusia,tp dsbbkn lapr dan merasakan manusia ini satu ancaman,terjadilah kisah harimau serang manusia,babi hutan serang manusia dsbnya.Sudah dinyatakan dlm Al-Quran yang tangan-tangan manusia itu sendiri yg membuat kerosakan di atas muka bumi:).
Salam,
Sangat setuju dengan kedua-dua komen ni. manusia dah binasakan alam semulajadi haiwan, depa tu dah tak ada kg halaman tempat bermain.
Kalau saya balik kampung, selalu jugak nampak babi hutan belakang rumah. Sebelum ni tak pernah nampak, tapi bila semua kawasan hutan, semak samun dan diterangkan untuk buat rumah…depa ni pun tak tau dah nak tinggal dan cari makan kat mana. boleh pulak dok pi menumpang kat belakang rumah kami
Anyss recently posted..Rakyat Malaysia di Libya Dibawa Pulang
gajah gajah gajah ..
kesian..gajah…kwsn kne ceroboh…
aim-a recently posted..Rindu pada
kampung den… hehehe
akhirnye dapat gak perhilitan tangkap gajah.. syabas atas usaha anda
keluarga3343 recently posted..Aku Hanya Wanita Biasa
~ hey hey hey…salam…
oooohhh..kenapa la sy rasa entry ni sgt cute ? nak nangis pun ada..
oohh buyung gagu..kita samalah senasib sebatang kara…mesti dia boring duk hutan seseko..bagusla ada inisiatif nak bawak dia ke tempat lain…siap offer awek lagi..hihihihhi..sy sukakan entry nie..pic buyung gagu berdiri dlm treler tu …sangat cute..hihihihh..
i love animals so much..they do deserved better place..
Syabas kepada Renjer2 semua…
seperti manusia..
gajah pun kalau diumpan dengan lain jantina.. kalah juga yer.. tambah-tambah lagi kena goda dengan gajah dara… hihihi..
Hasmizal recently posted..RIDE FLUORO @ HSB
gajah yang mengganggu manusia ke manusia yang menganggu gajah..?
latep recently posted..XPDC LAOS-CAMBODIADay 9 & 10
comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..sian dia yatim piatu..takde mak ayah..senasib nee
ira naqiyyah recently posted..Aku bukan KASHAF
kasihan gajah lonely ni .dah jadi yatim piatu kena buli pula.harap dia akan dapt kenalan baru di zoo .
wintergurl recently posted..Hate Motorist
kali ini entry lain dari yang lain …… pergghhhh …. seronok membacanya !!!
suka betul aku tgk gajah 3 ekor tu g tarik yg sekor nih. sbb bukan slalu dpt tgk.
mdfaizal recently posted..Anda tak suka Facebook Photo Viewer yg baru Ada caranya
abang, saya ambil gambar buyung naik lori tu ye bang, nak post dalam blog saya. corat-coret dunia haiwan kita, nanti saya give kredit to this website. leh thanks you so much
haha.. tajuk suspen je.. rupanya gajah daaaa… haha.. gajah tu umur da 35thn pun dara lagi tau…. gajah pun tertarik dgn gajah berlainan jantina.. ekekeke.. apedaa aku merepek
akuhann recently posted..kecik dan puteh
siap ada status gajah2 pompuan tu lagi..hehhe..
macam mane diaorang tahu status gajah tu ek? hehehehe
adoi..gajah pun pakai status huhu..
sian pulak kat encik buyung ni..sebatang kara dia rupanya, dah la kawasan tempat tinggal makin ‘sempit’..hopefully nanti tak kesunyian dan kelaparan lagi
miss L recently posted..Goodbye
Sbb hidup sebatang kara, mungkin Buyung Gagu(BG)juga masih teruna….kihikih. Timur dan Kaler boleh jadi pasangan BG. Disahkan masih dara tu cam lawak je ayatnya.
salam..
kisah seekora gajah rupanya
az man JINKAMEN recently posted..Serangan gengster Kuantan
ambik kau, sekali dapat 3 ekor.. kalah abg jem (sinar.fm).. hehe
~ hye…~ Buyung Gagu apa cerita hari ni ? dah ngedate ke? Siapa yang dipilih ? Timur ATAU Kaler? aaaahhh? Buyung Gagu Gay? hihih…noo nooo…~
alahai comelnyer….
sy org kg 2…. ad org tua2 kata yg buyung gagu 2 ialah penunggu bg kwasan gagu… dia hnya menjaga kg sesiapa org luar yg niatnya buruk akn ditimpa musibah… setiap kg di n.9 mempunyai penunggu… tp jgn salah sangka taw… sy bkn x caya kekuasaan tuhan… sebelum gajah i2 dhantar ke pahang… org2 tua membaca doa smoga gajah 2 slamat smpai ke destinasi… sblom lori membawanya bergerak gajah i2 melambai belalai n mengalirkn air mata… n smua org2 tua menangis ketika itu… kerana org2 tua lebih mengetahui tntng gajah i2… nie je yg dpt sy ceritakn… wasalam…:)