Akhirnya Kantoi – Jual Hidupan Liar di Internet
Shah Alam
Selangor
28 Jan 2010
Kepada yang minat berniaga di internet, agak-agaklah jika nak jual barangan.
Akhirnya, 3 lelaki menerima padah apabila pelanggan mereka sebenarnya ialah penguatkuasa dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan.
Mereka mengiklankan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972 sebagai barangan untuk dijual di internet termasuk di portal mudah.my
Kes pertama pada 23 Jan 2010 lalu, apabila seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama seekor burung kelicap kunyit (zosterops palpebrosa) di dalam sebuah kereta di Taman Maluri, Kuala Lumpur
Juga pada 23 jan 2010, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di rumah kediamannya di Bandar Baru Bangi dan merampas 2 ekor burung murai batu (copsychus malabaricus)
Dan pada 26 Jan lalu, seorang lelaki usia 28 tahun ditahan di tempat letak kereta Jusco Bukit Tinggi, Klang dan merampas 2 ekor green iguana diletakkan di dalam kereta miliknya.
Pemeriksaan di rumahnya pula, dirampas haiwan berikut:
Seekor biawak (spesis tidak diketahui)
Seekor ular senduk (naja naja)
Seekor ular blood pyhton (python curtus)
Seekor ular red tailed boa (boa constrictor)
Seekor ular burmese python (python molurus bivittatus)
Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) di mana denda maksima yang boleh dikenakan tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Oleh itu, kepada mereka yang ingin berniaga haiwan peliharaan, anda kena semak dahulu status haiwan tersebut, kerana silap haribulan, anda akan dikenakan tindakan…
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.







