Anak Beruk Lebih Bernasib Baik Dari Bayi Yang Dibuang
Perhilitan
Cheras
20 Mac 2010
Di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar, beruk merupakan haiwan yang dilindungi.
Memilikinya perlukan lesen, dan akibat spesisnya yang terancam, populasinya perlu dipantau dan kawalan.
Walaupun kadang-kadang kita agak marah dengan tabiat beruk ini yang biasanya terlalu aktif, namun sekurang-kurangnya ada undang-undang yang melindunginya.
Bukan untuk menyamakan dengan manusia, tetapi, ada manusia lebih kejam dari binatang kerana bayi dibuang, dibunuh dengan kejam.
Bukan itu sahaja, ada bayi didagangkan untuk mendapatkan wang.
Bukan tiada undang-undang dan bukan tiada hukuman, namun kadang-kadang ada manusia lebih kejam dan lebih binatang dari binatang itu sendiri.
Anak beruk (pig-tailed macaque – macaca nemestrina) ini dirampas di Johor Bahru 18 Mac lalu dari pemiliknya yang tidak berlesen dan dipercayai untuk didagangkan.
Siasatan di bawah Seksyen 70 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,500 atau tidak lebih 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.









Kes buang bayi dan mendera bayi semakin menjadi2 lewat kebelakangan ini. Nak baca surat khabar pun rasa benci dan sebak.
seandainya balasan didunia terlepas,tunggulah balasan diakhirat nanti…
teringat kata²
beruk dihutan disusukan
Anak dirumah mati kelaparan.hehe
Tapi kesian jugak beruk3 yang takder tempat tinggal.banyak kawasannya ditoreh tanpa belas kasihan.