Anak Buaya Tersesat Di Sekolah

SK Dato Abu Bakar Baginda
Sepang, Selangor
17 Feb 2011
10 malam

foto – ehsan JPAM Putrajaya

Anak buaya pergi sekolah?

Ye, itulah yang berlaku lewat petang semalam (17 Feb 2011).

Kira-kira jam 6.30 petang, sekumpulan pelajar di SK Dato Abu Bakar Baginda yang sedang menghadiri kelas tambahan, terkejut akan penemuan ini.

Seekor anak buaya sepanjang kira-kira 1 meter ditemui terperangkap di dalam terowong longkang yang sempit di sekolah itu.

Jam 6.43 petang, pengawal keselamatan kemudian segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Putrajaya untuk meminta bantuan.

Pasukan penyelamat diketuai Kpl Mohamad Hafizan Azmi kemudian menuju ke lokasi bersama kekuatan 10 anggota menuju ke lokasi.

Setibanya di lokasi, mereka mendapati buaya tersebut berada di dalam terowong longkang yang sempit dan berair yang sekaligus menyukarkan untuk menangkapnya.

Kira-kira 3 jam masa diambil untuk menangkap anak buaya tersebut kerana keadaan longkang yang sempit, gelap dan berair.

Mereka juga menggunakan besi panjang yang diikat dengan botol untuk menolak anak buaya tersebut.

Operasi turut dibantu beberapa orang penduduk kampung.

Hafizan berkata, pihaknya mengalami kesukaran sehinggalah salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang untuk menjerut leher buaya tersebut.

Anak buaya yang berjaya dibawa keluar itu kemudiannya dihantar ke pejabat JPAM Putrajaya sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan  Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Anak buaya ini dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah

Post Lain Yang Berkaitan

28 Comments

You must be logged in to post a comment.