Batek Kg Baru

Kampung Baru

Kuala Lumpur
Cerita dan foto sumbangan ‘ATENG’
Tq banyak-banyak Ateng sumbangan foto ini.
Kejadian berlaku minggu lalu di Kg Baru, KL.
Berikut saya siarkan sepenuhnya petikan email Ateng pada saya, dengan izin.
“Seminggu kebelakangan ini kuala Lumpur sering mengalami hujan lebat.
Sesuatu tidak disangka tetamu yang tidak diundang telah memasukki sebuah rumah yang diduduki seorang lelaki lantas terus menghubungi saya mengatakan ada ular masuk kerumahnya..
OOpps!terkejut beruk saya dibuatnya..cantik sungguh kulit ular sawa ni..kalau disiat bole buat tali pinggang atau sepasang kasut.
Sepanjang 2meter ular sawa sedang melingkar para kayu siling di sebuah rumah Jalan Hj Sirat Kampung Baru..telah ditewaskan dengan kehadiran 3org staff Skuad Kecemasan DBKL membantu menangkap ular sawa.
Mengikut jurucakap DBKL,pihaknya setakat ni telah menanggkap reptilia tu sekurang-kurangnya 4 ekor di Kg Baru saja…minggu lepas di Jalan Sg.Baru,Kg Baru..

Ini berikutan air longkang atau parit telah memenuhi dan menghanyutkannya ke longkang-longkang kecil..dan dekat dengan Sungai Klang berhampiran.”

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2008.09.07 06:27, jawa peranakan menulis:

    UUUUUU!!!
    gua kalau dengan ular ni…gua tewas la..geli siot…

    gua lebih prefer kucing dan arnab..

    ayam pun ok jugak..kalau digoreng tepung lagi ok..

    • Pada 2008.09.07 06:36, on the scene menulis:

      tq tuan jawa singgah di blog ini…

      kucing belum ada lagi goreng tepong, tapi kawan dari negara asing tu, ramai yang lapah kucing…

      arnab okla, tapi belum tengok lagi arnab kena sembelih live…!!!

      • Pada 2008.09.09 05:06, zulazahari menulis:

        Salam,

        Bolehkah saya salin entri dalam blog ini untuk saya e-mailkan kepada kwn2?

        • Pada 2008.09.09 05:52, on the scene menulis:

          Salam saudara Zul,terimaksih kerana singgah di blog saya.
          Boleh, tiada masalah dan diucapkan ribuan terimaksih.
          Saya telah memasukkan link blog anda di dalam blog saya ini.
          Salam

          • Pada 2008.09.10 03:51, lelaki kucing menulis:

            lepas pihak bertanggungjawab (bomba,DBKL dsb) tangkap ular tu, lepas tu apa jadi dengan ular tu? hantar ke Zoo ke? atau jual di mana-mana restoran makanan eksotik dan wang hasil jualan tersebut dimasukkan ke dalam tabung kebajikan jabatan? atau dilepaskan kembali ke habitat asal?

            • Pada 2008.09.10 05:25, on the scene menulis:

              jika mengikut prosedur, haiwan2 seperti itu akan dihantar ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
              Tetapi itu jika ikut prosedur, keadaan sebenarnya saya tak pasti.

              Ada juga di mana binatang seperti ular dilepaskan semula ke habitat asal, tetapi ianya kadang2 lebih membawa kepada keburukan kerana populasi ular di sesuatu tempat itu tidak kita ketahui dan mungkin ular itu akan mendapat culture shock pulak.

              Oleh itu, serahan kepada Perhilitan lebih baik kerana mereka lebih arif.

              Ada juga yang diserahkan kepada zoo, tetapi difahamkan ada juga zoo yang dah full house dengan spesis yang sama…

              Tentang jual ke restoran2 eksotik tu, mungkin ada berlaku tetapi tidak dapat dibuktikan lagi…

              • Pada 2008.09.10 08:44, lelaki kucing menulis:

                ulama muktabar pesan..

                kalau ada ular masuk rumah,kita kena tanya ular tu KAU NI ULAR KE JIN? KALAU JIN SILA KELUAR..

                kita kena tanya macam tu 3 kali.. kalau ular tu keluar maka benarlah ular tu adalah jelmaan jin..jangan dibunuh..takut sedara mara jin tu balas dendam..

                dan harus diingat..perangai jin ni ialah mereka suka balas dendam berlebih-lebihan dan tidak setimpal dengan kesalahan kita.. kita baru terlanggar bahu anak dia, dah dicacatkannya bahu kita dengan kecacatan kekal..itu yang leceh tu..itu baru terlanggar bahu..kalau terbunuh kaum kerabat dia,macam mana? lagi haru..

                tapi kalau dia tak keluar jugak walaupun 3 amaran telah diberikan maka itu memang ular sebenar dan bolehlah dibunuh jika ia mengancam nyawa kita..

                INGAT!! JANGAN BUNUH ULAR SEBELUM BERI 3 AMARAN TU..TAKUT TERBUNUH JIN..

                wallahualam..

                • Pada 2008.09.10 13:31, syahrilkadir menulis:

                  halloooo broooooo
                  miss u lah brooooooooo, bila boleh minum skali, ke dah tak nak kawan ngan gua, huarggghhhhhhhh

                  • Pada 2008.09.11 01:57, on the scene menulis:

                    HALLLUUUUUU..!!!
                    itula…lama sungguh tak jumpa ni, kenangan sama2 gi asgment merapu meraban…!!!
                    gua amat2 sibuk tergaban sekarang ni, tapi masih ingat kawan lama ni
                    ok, nanti kita jumpa semula.

                    • Pada 2008.09.12 03:19, jawa peranakan menulis:

                      bro..
                      lu punya blog ni menarik la..punya kelainan berbanding blog2 yang lazim..

                      tapi kenapa lama sangat dah tak update?

                      • Pada 2008.09.12 06:14, on the scene menulis:

                        Maaf semua, sebab minggu ni merupakan minggu tersibuk, sampai saya tak sempat keluar dari pejabat, berbuka dalam pejabat tiap-tiap hari.
                        Insya Allah, sehari dua lagi akan mengganas…!!!

                        You must be logged in to post a comment.