Beg Kulit Yak

Kuala Lumpur

Tahukah anda, Yak (bos mutus) merupakan seekor haiwan yang dikategorikan hampir pupus dan disenaraikan sebagai spesis terancam.

Ia hanya hidup di kawasan Asia Tengah seperti pergunungan Himalaya dan akibat dari hampir pupus ini, maka ia dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.

Malaysia antara 173 negara di dunia yang mengakui kehidupan Yak yang terancam di bawah Apendiks 1, CITES -Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora

Beberapa hari lalu, 9 beg tangan diperbuat dari kulit Yak, dirampas hasil dari maklumat yang diterima oleh Penguatkuasa Perhilitan di KLIA

Penghantaran dari Perancis itu dirampas kerana pengimport tidak mempunyai permit atau kebenaran untuk membawa masuk beg tangan tersebut.

Beg buatan negara Hungary itu dipercayai cuba dijual di negara ini sempena Hari Raya Aidil Fitri baru lalu.

Beg kulit Yak dianggap sebagai barangan mewah kerana mutunya dan berharga tinggi di pasaran.

Oleh itu, kepada sesiapa yang memiliki beg kulit dari Yak ini, ingatlah, haiwan ini sebenarnya sedang terancam menghadapi kepupusan…

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.