Burung Nuri Terbang Jauh

Taman Greenwood
Gombak
15 Nov 2009
1 petang
Ramai yang tidak tahu, atau mungkin tak mau ambil tahu atau juga pura-pura tidak tahu.
Terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia haiwan.
Serbuan ini dilakukan hasil maklumat mengenai adanya pekedai yang memperdagangkan haiwan yang dilindungi sepenuhnya – maknanya haiwan yang spesisnya terancam, dijual tanpa memikirkan masa depan haiwan terbabit.
Memang benar, ketika saya sampai di kedai menjual ikan perhiasan ini bersama penguatkuasa Unit Jenayah Hidupan Liar, berbagai haiwan dijual di sini selain dari ikan.
Serbuan diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Perhilitan, Celescoriano Razond bersama 4 enggota.
Terdapat arnab dan berbagai jenis burung.
Dan sah, kedai ini turut menjual burung-burung yang dilindungi sepenuhnya – tanpa sembunyi tanpa sorok-sorok.
Hasil pemeriksaan, lapan sanglar burung dengan 4 spesis dirampas – jumlah 14 ekor burung semuanya.
Pada mulanya, pekedai memberi berbagai alasan – dia mendakwa ada lesen /permit memiliki spesis-spesis tersebut, dan apabila diminta menunjukkannya, lain pula alasannya.
Dan dakwanya juga, burung-burung itu bukan untuk dijual, hanya hiasan.
Tapi, bila ditanya, berapa harga, dia menjawab harga jualan, menunjukkan dia memang berniat untuk menjualnya.
Lesen?
“Ada, tapi jauh mau bawak sini”
Pulak dah.
“Ok, takpe, kami tunggu. Lama pun takpe”.
Akhirnya pekedai mengalah, dan mengakui tiada lesen, tapi…
“Encik, ini semua boleh kaw-tim. Tak kan nak mau bagi peluang. Kasi kaw-tim la…”
Dan hampir berlaku pergaduhan apabila pekedai tetap minta tidak dikenakan tindakan.
Malangnya, kesalahan pun dah terang-terang dilakukan, dan mustahil dia tidak tahu akan kesalahan yang dilakukannya kerana sebodoh-bodoh dia pun, dia wajib athu dan ambil tahu mana yang boleh dan tidak boleh diniagakan.
Akhirnya, 7 ekor burung kelicap kunyit, 3 ekor burung murai batu, 3 ekor burung serindit dirampas.
Turut ditemui, seekor burung nuri pelangi kepala hitam (Rainbow Lorry) yang mendapat permintaan dan harga tinggi di kalangan peminat burung.
Burung nuri pelangi merupakan spesis yang berasal dari kepulauan timur Indonesia seperti Kepulauan Maluku, Sumba, Flores serta sekitar Papua Barat.
Burung ini dipercayai diseludup masuk ke negara ini.
Burung murai batu pula merupakan spesis yang amat terancam dan hampir pupus dan sebenarnya tiada sebarang lesen dikelaurkan bagi membolehkan ia didagangkan walau dengan apa cara sekalipun.
Dan bagi semua kesalahan itu, pekedai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68 Akta Hidupan Liar 1972 Akta 76.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM3 ribu atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap spesis yang dirampas.

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2009.11.15 12:05, Mimie.Candy Cane menulis:

    kenapa kena rampas burung2 ni?

    • Pada 2009.11.15 12:27, fadzly ex-extenders menulis:

      sebab burung2 ni ATM yg punya.. yela.. helicopter nuri

      • Pada 2009.11.15 12:43, Mimie.Candy Cane menulis:

        adehh.fadzly..sikiiiiiit lagi aku nak percaya td..

        hehehe..

        • Pada 2009.11.15 13:03, Anonymous menulis:

          burung nuri nak bela kene ade lesen, burung yg lain x pa.

          • Pada 2009.11.16 13:10, Anonymous menulis:

            kesiannyer sinuri tu…ishk..ishk

            • Pada 2009.11.21 04:18, ondscene menulis:

              utk makluman, burung murai batu juga merupakan spesis yg langsung tidak boleh diurusniaga.
              ia dilindungi sepenuhnya sebab kehidupannya amat2 terancam dan hampir pupus di muka bumi ini

              You must be logged in to post a comment.