Dari Dapur Ondscene-Rendang/Kari Musang Pulut (Bercili)

                                                                  (Cadangan Hiasan)

Apa nak masak hari ini?

Apa kata, kita cuba masakan resipi mistik dan eksotik dan penuh keaslian – khas dari dapur ondscene.

Rendang/Kari Musang Pulut Bercili…
Bahan-bahan:
1 ekor musang pulut ( common palm civet – paradoxurus hermaphroditus)
   (dilapah/buang kulit)
4.2kg daging ular sawa (phthon – python reticulatus
   (dilapah, kulit ambil untuk buat tali pinggang atau handbag LV tiruan anda)
8 batang kaki rusa (sambur deer – cervus unicolor equinus)
   (kerat dari 2 ekor rusa dewasa, badan rusa buat BBQ)
Cili , Bawang, rempah-ratus.

Masaklah seperti anda biasa masak kari, atau anda juga boleh jadikan ia sebagai rendang.

Masak kurmah pun sedap – lagi pedas lagi sedap…

Kepada anda yang ingin berniaga, maka dicadangkan masakan itu dijual kira-kira RM30 satu bekas.
Selain itu, anda boleh simpan di dalam peti sejuk, kemudian hanya panaskan sahaja untuk memakannya.
Cadangan lain :

Selain dari musang ,jika anda susah hendak menangkapnya  anda juga boleh gantikan ia dengan landak raya (malayan porcupine – hystrix brachyura)

Nota:
Semua bahan-bahan tersebut merupakan rampasan di 3 buah restoran di Johor Bahru oleh anggota Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan.

8 kaki rusa
4.8kg daging ular sawa
1 ekor mulang pulut yang telah dilapah
5.5kg daging musang pulut
7.5kg daging landak raya.

Siasatan dilakukan setiap barangan yang dirampas ialah di bawah Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000 atau tidak lebih 3 tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Post Lain Yang Berkaitan

14 Comments

  • Pada 2010.06.11 01:33, Avatar Cun menulis:

    hmmm yummy…

    • Pada 2010.06.11 01:53, Faizal The Newscaster menulis:

      sapa lah nafsu makan pelik2 ini..semalam ada nampak dalam buletin utama..

      geli aa musang pun ada orang nak makan…

      • Pada 2010.06.11 02:55, depablo menulis:

        buat malu aku org johor nie..tp aku tak heran..satu kaum jek yg belasah tak kira bende alah apa pon..penah aku tanya sorang tuh dia ckp "yg kat darat kerusi ngn meja je jgn makan psl x de tpt nk makan nanti…kat udara plk kapal terbang je x bole makan..yg lain selagi bole telan ko telan laaahhh…"

        • Pada 2010.06.11 03:56, Kuwe menulis:

          Ada jugak kan orang terliur benda lagu nih.

          macam macam.

          • Pada 2010.06.11 03:58, suhaisweet menulis:

            mengerikan ler binatang2 ni..anyway bang peep my latest here Check it Out!

            • Pada 2010.06.11 04:07, a kl citizen menulis:

              kembang tekak….

              • Pada 2010.06.11 04:11, sapik jason menulis:

                slm abg sham..rindu ni nk baca ondscene..tertunggu tunggu skali buka da resepi lak..hahaha..ni bleh bwt utk resepi berbuka puasa,ramadhan dh dekat..time raya hidang kt bdk2 dtg raya konfem x mintak duit raya;p trus lari balik hahaha

                • Pada 2010.06.11 04:12, Nerzhul menulis:

                  akibat ikut sangat nafsu makan pelik pelik gitu.

                  • Pada 2010.06.11 04:25, AdryDaud menulis:

                    salam bro…, denda utk kesalahan ni rendah sgt. Org yg buat slh tak heran dgn denda seciput itu. Sepatutnya hukuman / denda yg lbh berat dikenakan utk kesalahan spt ini.

                    • Pada 2010.06.11 06:57, Friend menulis:

                      sape duk di hutan, nilah makanannye hari²..

                      sib baik indiana jones x buat filem kat malaysia.. klau x mcm negare india penah kena dulu la.. sup mate kerbau, askrem otak beruk.. kumbang taik crisp n spicy.. walauweh..

                      • Pada 2010.06.11 14:43, Suzila menulis:

                        Oh tidakkkk!!!! eeeee tolonglah, ada byk lg benda2 lain yg halal dimkn.Foyolah sape yg suke mknan ekzotik nih.uwekkkkk

                        • Pada 2010.06.11 17:36, abanglong menulis:

                          bang… musang sweet sour tadek ka ??

                          takpun landak 3 rasa ??
                          .
                          .
                          .
                          .
                          lagi exotic lagi mahal kan !

                          • Pada 2010.06.12 02:18, Ustaz Love menulis:

                            Salam..
                            Tapi ada antara makanan eksotik tu boleh dimakan..macam landak dan rusa..tapi saya suspek ni restoran cina..sbb restoran melayu lebih mementingkan tongkat2 ni..hehe

                            • Pada 2010.06.14 01:38, Sri Mersing menulis:

                              tgk daging yang tersedia belum di masak tu pun da geli… mcmana lak bley ada yang nak mkn??
                              O_o

                              Tapi yang landak raya tu ada beberapa kedai mkn contohnya mcm kat Sg. Tengi dan juga Sekinchan yang ada masak Landak Raya tu… katanya landak ternak.
                              Tak tau la….

                              You must be logged in to post a comment.