Disangka Ikan, Rupanya Buaya…
Bandar Kinrara
Puchong, Selangor
21 Jun 2011
Jaring dipasang, dengan harapan, dapat memerangkap ikan.
Boleh juga dijadikan lauk untuk makan sekeluarga.
Jam 5 pagi, ,kawasan lombong di Bandar Kinrara, Puchong itu, tenang seperti biasa.
Telah tiba masanya untuk membelek jaring, kalau-kalau ada rezeki, tersangkut juga ikan-ikan.
Ketika sedang memeriksa jaring dalam kedinginan pagi itu, terasa mungkin rezeki besar mendatang, kerana apabila diraba-raba jaring, SUNGGUH BESAR IKAN itu!
Ye, ekornya sangat besar, dan mungkin seminggu tak habis nak buat macam-macam lauk!
Tidak pasti ikan apa, kerana keadaan di sekitar masih gelap, lalu ekor ‘ikan’ itu cuba ditarik, tapi ianya meronta-ronta kerana nampaknya jaring itu telah ‘menjeratnya’!
Namun, alangkah terkejutnya lelaki itu apabila bukan ikan yang ditariknya,lagipun ekornya dirasakan begitu lain untuk disamakan dengan ekor seekor ikan, tetapi adalah seekor anak BUAYA!
—————
Jam 5.47 pagi, Jabatan Pertahanan Awam JPAM Putrajaya menerima satu panggilan kecemasan dari Pusat Kawalan Operasi Negeri mengenai kes tersebut.
6 anggota diketuai Pbt Rosli Mohd Din segera ke lokasi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Akhirnya, buaya terbabit yang tersangkut, dapat dikeluarkan dari jaring kira-kira 3 minit kemudian.
Anak buaya seberat kira-kira 30kg ini kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan.
Nota :
17 Feb 2011 , seekor anak buaya ditemui sesat di kawasan sekolah.
Sila rujuk entry ini : Anak Buaya Tersesat Di Sekolah
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



Air yang tenang jangan disangka tiada buaya…
Manusia terjah rumah mereka, mereka pun terjah la kawasan manusia. Ini la teruknya bila manusia buat pembangunan yang tak terkawal..
arena84 recently posted..Nuffnang, ManggaOnline Ad dan Adsniaga – Mana Bayar Lebih?
Assalamualaikum,
Fuyooooooo!
Kalau selalu jadi macam ni…haru jugak! hati-hati ya kaki pancing
Anyss recently posted..Doa Cari Jodoh, Doakan Untuk Aku Juga
salam… terlebih dahulu saya memohon maaf andai kata apa yg saya komen ini mengguris perasaan sesetengah pihak.
saya terasa amat terkilan apabila membaca artikal ini kerana apa yg ditulis di dalam artikel ini langsung tiada kebenarannya
dan direka semata-mata. saya berani berkata demikian kerana orang yg menaikkan buaya ini adalah kawan saya yg berkerja di MOX,yg
selalu memancing dengan saya di lombong kinrara. sebenarnya buaya ini dipancing bukannya terkena jaring yg dipasang.secara tidak sengaja buaya
ini dapat didaratkan. asalnya kami memancing haruan… semasa kejadian kawan saya ternampak kelibat air yg besar dan disangkanya
ikan haruan yg besar. kawan saya terus membaling umpan katak.lalu sambarnya. sambaran yg pertama menyebabkan tali 30 paun power pro putus. lalu dibaling sekali lagi juga putus. akhir sekali kawan saya menukar pancing lg satu yg talinya 60 paun lalu dibaling sekali lagi… apabila disambar dia terus menarik dan disangkanya batang kayu. apabila cuba merentap secara kasar untuk memutuskan tali barulah dia sedar yg disangkakan kayu tadi adalah seekor binatang. apabila dia melawan sehingga ke gigi air baru dia tahu itu adalah seekor buaya.3 rakan lagi turut membantu dengan membaling tali yg ada mata kail dan melekat di badan buaya tersebut. dan seorang rakan lg mengambil tangguk.tangguk tersebut pecah kerana buaya itu bergelut dan kesudahannya bingkai besi tangguk tersebut membelit bahagian mulut buaya tersebut. semua rakan yg ada membantu menarik buaya tersebut naik ke tebing. dan semuanya terpinga-pinga apa yg nak dibuat dengan binatang ini. seorang rakan menelifon bosnya jika bos dia nak jual je buaya tu.tp bos dia tak nak. lalu rakan saya yg sorang lagi bg idea suruh call polis. dan pihak polis menyambungkan dengan JPA.dalam surat kabar cakap 6 minit selepas tu JPA sampai. tapi sebenarnya hampir 35 minit baru JPA. Itulah cerita yg sebenarnya. sekiranya ada yg tidak berpuas hati atau tidak percaya dengan cerita ini boleh terus call saya no 0193293324.ada bukti gambar kawan saya yg tengah memegang buaya ini. sekian……..
Yusuf Yar
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=209932229051999&set=t.100001072566073&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=209932225718666&set=t.100001072566073&type=1&theater
My FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001072566073