Gigi Harimau, Gading Gajah

Kuala Lumpur
5 Mac 2009

Tidak ramai mengetahui bahawa, memiliki, menyimpan, menjual haiwan samada yang masih hidup atau dijadikan perhiasan yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Hipudan Liar, adalah menjadi kesalahan yang boleh membawa hukuman denda dan penjara.

Tidak kurang yang mengetahui kesalahan itu, tetapi tetap menyimpan atau melakukan aktiviti yang sebenarnya memberi keuntungan lumayan.

Permit diperlukan untuk memiliki atau menjualnya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara – Perhilitan tertakluk dengan beberapa syarat.

http://www.wildlife.gov.my/

Dalam satu serbuan di 4 premis di satu kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur hari ini, pelbagai barangan perhiasan yang asasnya adalah dari bahagian anggota haiwan yang dilindungi atau dilindungi sepenuhnya, dirampas di premis tersebut.
Antaranya termasuk:

1. Keris dan pedang yang bahagian ulu dan sarungnya diperbuat dari ukiran gading gajah. Ada antara keris terbabit dijual RM30,000 sebilah.

2. Tengkorak haiwan yang belum dikenalpasti spesisnya , berharga lebih RM5000

3. Kuku harimau

4. Pelbagai perhiasan yang dibuat dari gading gajah.

5. Burung cederawasih yang diawet.

6. Pelbagai tulang dari pelbagai spesis haiwan seperti rusa.
Serbuan diketuai Timbalan Pengarah Perhilitan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Celescoriano Razond bersama 19 anggota dan pegawai.
Ada antara premis yang diserbu,pernah dikenakan tindakan beberapa tahun lalu atas kesalahan sama.

Dan ada juga yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu.
Barangan berukiran ini yang dijual merupakan antara tarikan kepada pelancong asing untuk datang membeli dan memberi pulangan lumayan.

Siasatan dilakukan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76 yang mana hukuman yang dikenakan denda sehingga RM3000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Oleh itu, jika anda telah lama bergiata dalam kegiatan ini terutama menjual,atau memburu, sila ambil perhatian kerana anda sebenarnya melakukan kesalahan.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2009.03.06 07:29, al amin ahmad menulis:

    dedulu time kekecik..kat umah atuk…memang banyak benda yang tak bleh disimpan..contoh burung murai batu..tanduk kerbau ke lembu ntah..pedang samurai zaman jepun menjajah tanah melayu..tombak zaman kesultanan melayu kedah..tapi banyak dah di hapuskan oleh pak menakan yang tak larat nak bela..kang kena serbu..tak makan saman…
    tapi satu kemushkilan buat diri saya..benda yang paling tak orang ambik berat..pedang samurai..adakah kita boleh menyimpan atau boleh dijual merata-rata tempat?sebab di sebelah alor setar ni..macam satu permainan..kekadang dekat pasar malam pun ada di jual..tak salah ke?sampai setiap kali ada pergaduhan antara kumpulan samseng..pedang samurai tu lah paling banyak digunakan.

    • Pada 2009.03.08 03:47, on the scene menulis:

      itula jadi masalahnya apabila penguatkuasaan longgar, dan definasi berkenaan brg2 ni, kurang jelas.
      apa kata saudara cuba snap foto, antar kat blog ni, nanti kita buat macamana…

      You must be logged in to post a comment.