"Kau Ni Macam Ungkalah…!!!"
Ibupejabat Perhilitan
Cheras
20 Mac 2010
KAU NI MACAM UNGKALAH…!!!
Kadang-kadang, apabila dalam keadaan marah kepada anak-anak, ibu atau ayah terkeluar ayat itu.
Lebih-lebih lagi jika anak-anak degil dan selalu terjerit-jerit..!!! Ha..ha..!!!
“Apa ibu? Ungka? Ungka tu apa bu?” Tanya anak kepada ibunya.
“Yang dalam Zoo tu. Macam tu lah rupanya…” Ibu bagi jawapan dengan nada yang bengang…
“Mana ada ibu dengan papa bawa kita pergi Zoo…Ungka tu macam Unta ke bu? Atau macam Nangka?” Tanya si anak dengan jujur…
Maka…bertambah bengangla ibu…
Anak ungka (white-handed gibbon – hylobates lar) ini dirampas 18 Mac lalu dari seorang lelaki di sebuah rumah di Johor Bahru oleh anggota Wildlife Crime Unit Perhilitan.
Ungka merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.
Sabit kesalahan memilikinya, boleh dikenaka denda tidak lebih RM6000 atau tidak melebihi 6 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.












Jgn sesekali menyebut perkataan sedemikian pada anak2 tatkala marah..itu antara pesan arwah ibu mentua pada sy…itulah yg sy amalkan selama ini..perkataan yg tidak baik itu sebenarnya salah satu doa juga..akibatnya .."ini"lah yg terjadi pada anak2…wallahuallam!
ungka ni baik je. .sopan lg..
adalah satu pujian jika dikatakan mcm ungka.. hehe..
ni spesis bijak pandai ni….sebab hari2 baca suratkhabar.. he he he
setuju dengan hayatiharun..
Mak ayah yang sebut anak dia mcm ungka dia kene ingat plak…siapa mak ayah ungka tu??? huhuhu