Kepak Ayam + Musang + Babi Hutan + Kuku Beruang + Peha Rusa
Kepong
Kuala Lumpur
19 Disember 2008
Kedudukannya yang terletak di dalam kawasan pasar, sukar untuk dikesan pihak berkuasa apalagi oleh orangramai.
Aktivitinya secara kasar dan dapat dilihat ialah sebagai pengedar kepak ayam (chicken wings) dan udang yang telah dibuang kulit.
Itu sahaja aktivtinya, tetapi mempunyai kawasan yang amat luas dan berada di dalam kawasan pasar basah di Kepong.
Bagaimanapun, hasil kerja keras dari maklumat dan risikan Penguatkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan, akhirnya mereka berjaya menemui tempat ini.
Operasi diketuai Timbalan Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaannya, Celescoriano Razon bersama unit Wildlife Crime Unit (WCU) nya.
Itupun setelah hampir tiga jam melakukan rondaan dan pencarian kerana alamat yang tidak lengkap.
Pagi tadi, kira-kira jam 9 pagi, akhirnya mereka menemui lokasi ini dan meminta bantuan polis dari Balai Kepong sebagai perlindungan ketika untuk memasuki premis.
Tiada siapa di dalamnya, malah sebuah bilik pula dipercayai tempat tinggal pekerja, lampu masih terpasang dan alat penghawa dingin masih terpasang.
Pintu bilik sejuk terpaksa dipotong kuncinya tetapi malangnya, mereka hanya menemui timbunan beratus-ratus guni yang apabila dibuka, hanyalah kepak ayam.
Tetapi, mereka terus menyelongkar bilik sejuk terbabit dan akhirnya menemui apa yang dicari:
3 bahagian badan babi hutan yang telah dilapah
4 ekor musang yang telah dibekukan dan dibuang bulu
1 kuku beruang
1 kemaluan haiwan yang belum dikenalpasti
430 hempedu haiwan pelbagai jenis
2417 helai guni untuk diisi biawak hidup
1 lukisan yang diperbuat dari kulit dipercayai rusa
1 peha dipercayai rusa
3 kulit ular sawa
pelbagai cebisan organ haiwan yang belum dikenalpasti spesisnya.
Dan kira-kira sejam kemudian, muncul seorang lelaki berusia kira-kira 50 handan mengaku sebagai pemilik barangan tersebut dan mengaku untuk kegunaan sendiri.

Bagaimanapun, dia gagal menunjukkan sebarang permit memiliki barangan tersebut.
Siasatan dilakukan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 Akta 76 dan lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
———————————————————————–
Antara persoalan yang timbul dari serbuan ini antaranya ialah:
1 – Kemanakah kepak-kepak ayam itu dijual kerana yang pasti, ianya bukan kepak ayam halal. Dari jumlah guni, dianggarkan ribuan kepak ayam disimpan di dalam bilik sejuk terbabit.
Adakah ada antara kita pernah terbeli kepak ayam yang asalnya dari sini?…
2. Babi hutan yang masih basah dengan darah, dengan senang hati bercampur dengan kepak ayam…
3. Walaupun tiada sebarang tanda halal dan tidak diketahui sasaran pasarannya, tidak mustahil kepak-kepak ayam itu mampu ‘terbang’ sehingga ke dalam kuali umat Islam…
4. Siapakah yang akan membeli dan memakan musang, hempedu, organ-organ tersebut?
5. Dan macam-macam lagilah…
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



Siapalah yg selalu buat BBQ bakar kepak ayam yek…
Bahaya bro kalau beli ayam beku…ntah mana mana datang.
Yg haru kalau dah siap masak kat kedai…kita tak tahu mana datangnya.
Satu lagi dah berapa lama agaknya kepak ayam tu usianya? ada 1 atau 2 tahun?
Berapa ribu ekor ayam untuk dapatkan kepak sebanyak itu…
Macam la buntut ayam juga…banyak peminatnya…
Agak agaknya hotel mana ambik ayam kat Kepong ni?
Lan Hingaq
INILAH HALAL HUB YANG DIPERJUANGKAN OLEH MALAYSIA..
alamak…lepas ni nak check kat hypermarket mana dia dapat chicken wings..potong selera betul…but still, i can’t imagine anyone
who would want to eat wild boars…hmm..kegunaan sendiri… dia kata eh..musykil betul
..dah takde ke benda lain nak makan…(tapi untuk makan ke pun sebenarnya?)…