Jalan Ambong Kiri
Kepong, Kuala Lumpur
16 Ogos 2012
4 petang
Mangsa : 340 ekor Burung Ciak Tempua (Ploceus Philippinus)
Sepatutnya burung-burung ini hidup bebas atau sekurang-kurang haiwan ini berada dalam situasi selesa.
Burung tempua dikenali dengan sifatnya yang cerdik dan mempunyai bentuk sarang yang unik.
Namun, menempatkan burung-burung ini di dalam sangkar sehingga 50 -60 ekor dalam 1 sangkar, ianya kejam.

Pegawai Penguatkuasa Perhilitan KL ,Celescoriano Razon dan Emilia Emilly Joeneh bersama 4 ekor ciak tempua yang ditemui mati di dalam sangkar
Akhirnya, 4 ekor darinya ditemui mati, malah banyak lagi ditemui dalam keadaan murung dan sakit.
Dalam serbuan di sebuah kedai burung dan haiwan peliharaan ini, 6 sangkar dipenuhi 340 ekor burung ciak tempua ditemui.
Bukan kali pertama, malah kedai ini sebelumnya pernah dikenakan penalti atas 2 kesalahan membabitkan hidupan liar dilindungi.
Hasil maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan, diketuai pegawai penguatkuasanya, Celescoriano Razond melakukan serbuan di kedai ini.
Bekalan ciak tempua ini difahamkan baru sahaja sampai di kedai ini dan dipercayai dari Perak.
Pemilik kedai mendakwa, burung ini dijual antara RM2 hingga RM3 untuk seekor dan mempunyai ramai peminat untuk membelinya.
Burung ciak tempua atau baya weaver (ploceus philippinus) dikategorikan sebagai haiwan liar yang dilindungi dan memerlukan lesen untuk mengambil atau menyimpannya.
Ia tertakluk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
3 Kesalahan didapati oleh peniaga ini dan boleh dikenakan tindakan di bawah:
Seksyen 60(1)(a):
memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi (selain hidupan liar yang dilindungi yang tidak matang atau hidupan liar betina yang dilindungi) tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduaduanya.
Seksyen 62 : (untuk hidupan liar betina)
Mana-mana orang yang memburu atau menyimpan hidupan liar betina yang dilindungi tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
dan untuk kezaliman ke atas haiwan terbabit:
Seksyen 86(1)(c):
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, mana-mana orang yang menyimpan, menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar dalam apa-apa cara yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak patut termasuk menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar di dalam mana-mana premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar itu, maka:
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]
Bermula 28 Disember 2010, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] mula berkuatkuasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam warta P.U. (B) 545 bertarikh 27 Disember 2010.
Peruntukan Peralihan
Dengan yang demikian, Seksyen 136 Akta menghendaki, mana-mana orang yang pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang mengusahakan suatu aktiviti yang Akta ini terpakai baginya hendaklah dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon bagi suatu lesen, permit atau permit khas di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tempoh peralihan ini akan tamat pada 27 Jun 2011. Selepas tempoh peralihan ini tindakan undang-undang akan dikenakan kepada sesiapa yang masih tidak mempunyai lesen, permit atau permit khas sepertimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.
Permohonan lesen, permit atau permit khas bolehlah dibuat di pejabat PERHILITAN negeri-negeri yang berhampiran. Maklumat bagi alamat semua pejabat negeri-negeri boleh diperoleh di dalam Laman Web Rasmi Jabatan.


















selamat hari raya maaf zahir batin dari saya
follow sini juga
kesiannya burung tempua tu… teringat kes petknode yg banyak kucing mati tu kerana seminggu ditinggalkan begitu aja dalam kedai waktu raya
Undang-undang dah termaktub, penjawat awam penguatkuasa pun dah sedia ada makan gaji, kenapalah susah sangat nak kuatkuasakan undang-undang tu, terkena je pada orang2 tertentu tambahan lagi yg rapat dgn orang politik akhirnya kes tangkapan ini hanya dijadikan sebagai amaran sahaja ataupun saman paling minima pun yg masih boleh diskaun 90%, ini baru kes burung belum lagi kes yg lagi besar, macammana Malaysia ni nak betul kalau cara lemah lembut begini diamalkan, jika hanya alasan nak cari makan yg diberikan, bukankah banyak lagi cara berniaga lain yg dibenarkan/tidak salah yg boleh dilakukan…….
denda ciput…sbb tu peniaga yg sama tak heran w/pun pernah dikompaun sblm ini…