Kura-kura Dari Madagascar

Kura-kura yang anda lihat dalam foto-foto ini adalah dari 3 spesis:
                                                     Radiated Tortoise (astrochelys radiata)
Spider Tortoise (pyxis arachnoides)

Ploughshare/Madagascar Tortoise (astrochelys yniphora)

Jauh perjalanannya…

Ketiga-tiga spesis ini, 285 ekor Radiated Tortoise (astrochelys radiata), 14 ekor Spider Tortoise (pyxis arachnoides) dan 1 ekor Ploughshare/Madagascar Tortoise (astrochelys yniphora) diseludup dari Kepulauan Madagascar.

Semua 300 ekor kura-kura ini sempat menaiki dua penerbangan sebelum tiba di KLIA 1 Jun lalu.
                                                                  Celescoriano Razond
                                                    Timbalan Pengarah Penguat kuasa,
                                  Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat

Dua bagasi yang penuh dengan kura-kura ini turut diselitkan dadah jenis ganja.

Dari Madagascar, bagasi ini transit di Kepulauan Mauritius di mana ia kemudian dipindahkan ke dalam pesawat Air Mauritius untuk ke KLIA.

Penyeludup kura-kura ini mempunyai caranya tersendiri supaya haiwan itu tidak bergerak-gerak ketika dalam perjalanan. – maka badan dan kaki kura-kura ini diplasterkan…

Fyzza Majid – Wartawan Penyiaran RTM
Setibanya di KLIA, sepasukan anggota Kastam yang mencurigai kandungan bagasi, melakukan pemeriksaan – dan menemui 300 ekor kura-kura terbabit , bersama sejumlah ganja di dalamnya.
Dan , sudah pasti pemilik bagasi tidak menuntutnya bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan.
Kura-kura ini kemudian diserahkan kepada Perhilitan dan tindakan selanjutnya ialah mengesan pemilik asal kura-kura ini di Madagascar sebelum ianya dipulangkan kembali ke negara asalnya itu.
                                                       Suhaimi – Jurukamera Bernama TV
Dan pemilik asal perlu membayar kos pemulangan itu yang dianggarkan lebih RM10,000 untuk bayaran penghantaran.
                                                     
Pemulangan ini selaras dengan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Flora dan Fauna Terancam (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna – CITES)  di mana Malaysia antara 175 negara di dunia yang menganggotainya.
 
                                hadapan: Ploughshare/Madagascar Tortoise (astrochelys yniphora)
                belakang- dari kiri: Wan (Sinar Harian), Raja Noraina (Harian Metro), Ondscene,
                                                               Atiqah (Kosmo), Faizal (Bernama)
                    belakang sekali : Angie (Utusan Malaysia), Celescoriano Razond (Perhilitan)
Sebelum kura-kura ini dikembalikan ke negara asalnya, beberapa foto kenangan sempat dirakamkan, kerana untuk ke Mauritus, mungkin agak mustahil, jadi dapat pegang kura-kura Mauritius pun jadi le…

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2010.06.10 14:19, Awie menulis:

    Jauh perjalanan luas pemandangan…
    kura-kura yg paling besar tu corak cengkerangnye mcm stripe bola sepak….huhu
    World cup start esok =p

    • Pada 2010.06.10 17:39, Friend menulis:

      i love to movit movit..

      • Pada 2010.06.11 07:34, mkazhar menulis:

        huh,mula2 tgk kura2 ni cantek rupa badan dia…tp cantik lagi cik kak yg tgh pegang kura2 tu…sape tu en ondscene?huhuuhhu(gurau2 je)

        • Pada 2010.10.27 10:29, maya zyra menulis:

          kenapa wartawan sibuk nak tunjuk muka..gila glamour ke??wartawan sekarang mengejar populariti shj

          You must be logged in to post a comment.