Lebih 3 Jam Untuk Menangkap Seekor Ular Sawa

Ladang Sg Jernih
Kerling, Hulu Selangor
Selangor
16 Mei, 2010
2 pagi
Ular sawa ini sebenarnya dalam kelaparan ketika ditemui.
Panjangnya kira-kira 8 meter (kira-kira 24 kaki) dan seberat 220 kg.

Ia ditemui oleh seorang penoreh getah kira-kira jam 9-30 malam semalam ketika hendak menoreh getah.
Ia ditemui di dalam semak di tepi jalan Ladang Sg Jernih, Kerling, Hulu Selangor.
Ular sawa ini dipercayai ketika ditemui, sedang menunggu peluang untuk menangkap dan menelan mangsanya.
Menurut Penolong Pengurus Ladang Sg Jernih, Faizal Kamarudin, usaha menangkap ular ini menemui jalan buntu setelah kira-kira 3 jam dilakukan
Pelbagai cara dilakukan, sehinggakan dengan menetak badan ular ini menggunakan parang.
Bagaimanapun, usaha itu sia-sia kerana badan ular ini seolah-oleh tidak lut ketika ditetak.
Selain itu, tali juga digunakan dengan menjerut ular itu.
Usaha itu juga gagal kerana badan ular itu licin.
Pelbagai pihak datang membantu untuk menangkapnya termasuk penduduk kampung.

Akhirnya, setelah bertungkus-lumus, ular ini berjaya ditangkap jam 12-40 malam.

Sebuah kenderaan pacuan 4 roda terpaksa digunakan bagi membawa ular ini ke Balai Polis Kerling kira-kira jam 1 pagi.

Ular ini kemudian diserahkan kepada Perhilitan.

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2010.05.16 13:59, dUrRaNi menulis:

    waa…pnjg glaa….geli pla tgk..

    • Pada 2010.05.16 14:03, hayatiharun menulis:

      Ular sawa ni sebijik mcm yg pernah hadir dlm mimpi saya lama dulu…

      • Pada 2010.05.16 14:49, Kuwe menulis:

        Rasanya lagi besar ular yang kat Melaka tempoh hari. Apa pun, kambing sekor sekali hadam ni.

        • Pada 2010.05.16 15:24, kak wan menulis:

          ..sejak akhir akhir ni banyak pulak ular sawa besar ni keluar.

          • Pada 2010.05.16 16:51, Nur menulis:

            salam bro
            ceta ular sawa ni mengingatkan aku waktu pulang ke kg di BP dulu. masa tuh aku baru je 8 thn. masih ingat lg sampai skrg sekor anak ular sawa dapat di tangkap oleh bapak aku dgn jiran2 tgh mkn ayam 3ekor. berketul2 dlm badan ular tuh.. eeeeee

            • Pada 2010.05.17 06:55, Syefa Amanina menulis:

              kesian ular ni..nape lak g tetak ular ni..

              • Pada 2010.05.17 09:13, mizzyN menulis:

                kenapa nak tetak ular tu? walaupun dia tengah lapar dan berbahaya dia belum makan orang jadi janganla mereka cederakan ia.

                • Pada 2010.05.19 03:51, Friend menulis:

                  dulu penah gak ular masuk rumah.. wlaupun ular ni x cderakan org.. bomba dtg, tangkap.. bunuh.. pastu dgr citer dorang potong² ular tu bg makan kat ikan ariwana dlm kolam balai dorg..

                  • Pada 2010.05.21 01:22, Azhar Desa menulis:

                    ntahnya …..main tetak jer ..
                    kalau dah mati ular tu ..ingat senang ke ular nak membesar sampai 8meter

                    dah tu, kenapa dah tangkap baru nak panggil perhilitan ..memasing tunjuk hero ker??

                    lagi satu , ular tu bukannya masuk rumah pun .. dia pun carik makan nak idup jugak`

                    • Pada 2010.05.25 07:30, sepul menulis:

                      dulu aku ade jumpe natang, igtkan ular, rupanya tenggiling.

                      • Pada 2010.09.05 14:37, Farid Ibrahim menulis:

                        Salam, Pembetulan Fakta Kes.

                        Name: Reticulated python
                        Scientific Name: Python reticulatus
                        Also Known As: Retic
                        Kingdom: Animalia
                        Phylum: Chordata
                        Subphylum: Vertebrata
                        Class: Reptilia
                        Order: Squamata
                        Suborder: Serpentes
                        Family: Boidae
                        Genus: Python
                        Species: Python reticulates
                        Sex: Female
                        Length: 5.62 Meter
                        Weight: 95 Kilogram
                        Captured at: +3° 19′ 14.94″, +101° 24′ 41.43″

                        You must be logged in to post a comment.