Sentuh dan Pegang RM5 , Bergambar RM10…
Shah Alam
Selangor
17 Dis 2009
Kes yang ini lain pula. apabila selain dari berniaga haiwan yang dilindungi tanpa lesen, ia juga mengenakan bayaran jika anda hendak menyentuh ular-ular ini…
Dan untuk bergambar pula dengan ular ini, lain pula bayarannya.
6 ekor ular ini dirampas dari sebuah kedai haiwan peliharaan di Dataran Shah Alam semalam.
3 ekor Ball Phthon, 2 ekor Burmese Pyhton dan seekor Ular Sawa Batik dirampas.
Dari bekas/sangkar ini, dikesan bahawa kedai ini mengenakan bayaran seperti:
Sentuh dan pegang Ular, bayaran RM5
Dan untuk bergambar dengan ular ini, RM10.
Perhatikan ejaan yang tunggang-langgang, namun bagi mereka ini, yang penting, dapat duit.
Ular-ular ini pula dijual dengan harga berbeza bergantung pada saiz antara RM550 hingga RM950 seekor.
Apa yang melucu dan lawak bodohnya kedai ini, apabila harga jualan yang dikenakan kepada pembeli itu, adalah termasuk kos bayaran lesen memiliki ular itu – SEDANGKAN KEDAI ITU SENDIRI TIADA LESEN…
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.














eh ada ye kedai haiwan kat dataran shah alam? mane eh? i live in sec9, tengah mencari hamster jantan untuk my hamster momogu loh.
salam,blog yang menarik&byk info.TAHNIAH dr org taiping
tahniah