Siapa Yang Nak Makan Biawak Ni…
Kuala Lumpur
20 Disember 2008

Kepada sesiapa yang pernah memakan daging biawak, tentu tau apa keistimewaannya.

Dan kerana itulah ia menjadi buruan mereka yang hendak untung lebih, dan menjualnya kepada pembeli-pembeli sedia ada.

Biawak Malaysia memang terkenal sebagai antara biawak yang paling sedap dimakan, samada dibuat sup, digoreng (bercili atau biawak halia), atau di panggang.

18 Disember lalu, pertama kali dalam sejarah , sejumlah besar biawak hidup ditemui dan menunggu masa untuk menaiki pesawat terbang ke luar negara.

Sejumlah 676 biawak tikus (clouded monitor – varanus bengalensis) dirampas sepasukan 7 anggota Wildlife Crime Unit WCU dari ibu pejabat Perhilitan Kuala Lumpur di ketuai Timbalan Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaannya, Celescoriano Razond.

Rampasan dilakukan di Komplek Kargo, KLIA dan menjumpai spesis hidupan liar yang diperlindungi sepenuhnya itu di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76.
Semua biawak terbabit ditemui dibungkus di dalam guni putih dan dimasukkan ke dalam 52 kotak polisterin yang diubahsuai

Untuk mengabui pihak berkuasa, biawak tersebut yang diisi 15 ekor setiap guni, diletakkan di bawah timbunan ikan di dalam setiap kotak.
Dan turut diletakkan air yang dibekukan di dalam botol, konon sebagai penyejuk kepada biawak-biawak itu yang kepanasan di dalam kotak.

Dan amat malang bagi mereka yang tertunggu-tunggu bekalan biawak itu, yang akhirnya tak kunjung tiba ke destinasi kerana sempat dipintas oleh Perhilitan.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



BIAWAK GORENG BERCILI?!
BIAWAK MASAK HALIA?!
WOW!! kecur air liur.. agak2nya berapa harga sepinggan ye?
PS-apapun jangan makan hidangan ini di cafe milik Dato’ S tu sebab pasti ‘service charge’nya tinggi.. maklum la..makanan eksotik..
Bro,
read your comment at my blog. Thank you for the opportunity. Please proceed as requested. Appreciate credit is being given to the blog. Thank you.
Cheers.
kat my hometown, belakang rumah tuh ramai jer orang Thai datang menangkap si biawak niehhhhhhh.
goreng pon sodapppp!!!
tuan jawa – mmm…saya belum penah lagi dengar atau lihat, apatah lagi rasa tomyam biawak.
Kalau di cafe dato s tu, nanti service charge lebih mahal dari harga kopi-o …
hazrey- tq bro. nanti akan buat baikkkk punye stori..!!!
idya juhar – ha, barule saya tau, nak buat tomyam biawak le tu…!!!