Siapa Yang Nak Makan Katak Tomato
Ibu Pejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
15 Jul 2010
47 ekor Katak Tomato ini dan spesis chameleon (sesumpah),
serta 369 kura-kura spesis radiated tortoise (geochelone radiata) dan 5 ekor madagascar tortoise (astrochelys yniphora) akhirnya dirampas di KLIA semalam.
Gelagat dua wanita yang berlagak ala pelancong itu, dikesan mencurigakan oleh pihak kastam KLIA sebaik tiba ke negara ini dari Madagascar.
Mereka membawa dua bagasi, yang apabila diperiksa, ia sebenarnya diisi dengan haiwan dilindungi itu.
Kedua-dua wanita terbabit kemudian ditahan dilokap Balai Polis Dengkil.
Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih RM100 ribu bagi setiap spesis , tetapi tidak melebihi RM1 juta , atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Nota: Katak Tomato bukan untuk dimakan, samada digoreng, panggang atau juga dijadikan rendang. Ia dipelihara oleh penggemar haiwan eksotik.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.

















Ingatkan Katak Ni Dah Di Goreng Tadi… Hehehe…
Cantik katak tu….tapi rasanya beracun…macam strawberi frog yang dok kat Amazon tu….tapi dari bela katak baik bela cicak heheh
ish yg gmbr no 2 tu cam lain je fokusnya.. hehe
tu la psl.. nmpk mende laen dlu br nmpk katak.. katak pn kene sludup skung.. sadis tol