Reality in Real Life

Spesis Haiwan DiLindungi

Tahukah anda, untuk menyimpan, memelihara, memiliki haiwan yang dilindungi memerlukan permit?

Permit boleh diperolehi (dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan) dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan.


Lang Hantu (blyth’s hawk eagle – spizaetus alboniger)

Oleh kerana tidak mempunyai permit, maka tindakan boleh dilakukan kepada pihak yang menyimpan haiwan-haiwan tersebut.

Oleh kerana itulah, sebuah Taman Hidupan Liar di Perak diserbu baru-baru ini kerana tidak memiliki permit menyimpan haiwan-haiwan tersebut.


Burung Jampuk ( collared scops owl – otus bakkamoena)

Bagi yang mengunjugi Taman tersebut, mereka perlu membayar wang semata-mata untuk melihat haiwan-haiwan itu.

Ketika diserbu anggota penguatkuasa Perhilitan WCU-Wildlife Crime Unit, semua haiwan ini berada dalam sangkar.



Ular Sawa- python – python reticulates

Salah seekor dari ular sawa pula, dipercayai baru diberi makan berdasarkan keadaan perutnya.

Spesis haiwan yang dirampas merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76

Ular senduk – cobra – naja-naja

Memilikinya tanpa permit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 68 AKta yang sama dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000 atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat atau pertanyaan:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN), Semenanjung Malaysia
KM 10. Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-90752872
Faks: 03-90752873

5 Comments

  1. jawa peranakan's Gravatar jawa peranakan
    09/10/2008    

    ya!!

    saya amat setuju & menyanjungi cadangan encik on the scene tu.. baru dia tau langit tu tinggi ke rendah..

  2. on the scene's Gravatar on the scene
    09/10/2008    

    kemudian, kita letak sekali dalam sangkar ular tu ke, sangkar burung lang tu ke….

  3. jawa peranakan's Gravatar jawa peranakan
    09/10/2008    

    ala..encik P5..

    tak perlu tunggu lesen..kita buru je pemburu2 haram tu secara haram..

  4. P5's Gravatar P5
    07/10/2008    

    kalau perhilitan ada keluarkan lesen memburu pemburu haram… syok juga. kita tembak pemburu haram ni, masuk dalam kandang untuk tontonan.

    tapi kenapa nama taman hidupan liar yang diserbu itu tak siarkan? ini supaya orang ramai boleh memboikot organisasi seperti ini.

  5. roti john's Gravatar roti john
    07/10/2008    

    agaknya diaorang tu kurang paham atau keliru dengan makna DILINDUNGI tu kot..

    mungkin mereka beranggapan DILINDUNGI tu bermaksud DILINDUNGI DI DALAM KANDANG..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting