Taktik Cubaan Seludup Burung Murai Batu Gagal

Ibupejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
Harganya di pasaran ada yang mampu mencapai sehingga RM10,000 seekor.

Ia menjadi buruan pihak yang gemar memelihari haiwan peliharaan.Namun, ia menjadi kesalahan untuk menangkap, menjual dan memilikinya.
Oleh kerana pasarannya yang begitu menggalakkan terutama di luar negara seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat, ada pihak yang sanggup menyeludupnya ke luar negara.
6 Jun lalu, seorang buruh warga Indonesia ditanah di Kompleks LCCT Sepang kerana cubaan menyeludup 10 ekor burung murai batu (copsychus malabaricus).

Semua burung murau batu ini disorokkan setiap seekor di dalam paip PVC yang telah dipotong mengikut panjang burung tersebut.
Ia kemudian diisi ke dalam sebuah kotak dan dengan selambanya lelaki tersebut membawa bungkusan kotak itu.

Malangnya, ketika melalui ‘scan’ di LCCT, objek yang bergerak-gerak di dalam paip PVC itu berjaya dikesan.Akhirnya, lelaki terbabit ditahan dan pemeriksaan menemui burung murai batu tersebut.

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.