Tulang Harimau Ni Nak Buat Apa…

Ibu Pejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
10 Jun 2009Mungkin untuk tujuan perubatan tradisional.
Kerana rakyat Malaysia selalunya percaya kepada benda-benda mengarut ni, maka benda-benda macam ni laku di pasaran gelap.
Oleh sebab itu, penyeludup menggunakan apa jua cara, atau sanggup buat apa saja untuk dapatkan benda begini untuk dijual.Pulangannya amat lumayan.

Serpihan tulang dipercayai milik seeokor harimau belang (panthera tigris) ini ditemui di dalam sebuah kereta dinaiki dua lelaki di Lebuhraya Timur Barat berdekatan Grik, Perak.
Hasil maklumat, sepasukan anggota dari Wildlife Crime Unit, Perhilitan bersama anggota Polis, melakukan pemeriksaan pada kereta yang mencurigakan itu, 30 Mei lalu.

Hasil pemeriksaan , ditemui:

71 unit tulang dan tengkorak harimau belang
6 unit kuku harimau belang
7 unit gigi dan taring harimau belangMenurut Pengarah Perhilitan, Saharudin Anan, tulang dan serpihannya ini dipercayai dari seekor harimau belang.Dianggarkan, di Semenanjung Malaysia, harimau belang hanya ada kira-kira 500 ekor sahaja lagi dan dikategorikan sebagai spesis haiwan yang dilindungi sepenuhnya kerana populasinya yang makin terancam.
Difahamkan, tulang harimau ini dipercayai digunakan dalam bidang perubatan tradisional yang kononnya mampu mengubat pelbagai penyakit terutama diwar-warkan untuk penyakit batin…

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.