Ular Sawa Ini Lapar…

Kuala Lumpur
8 Dis, 2010
8 pagi

Ular sawa batik ini ditemui tersangkut pada pagar di atas tembuk bekas Penjara Pudu pagi tadi.

Mungkin ular ini  terperangkap dan gagal keluar lalu tersangkut pada pagar tersebut.

Yang pasti, ular sepanjang 3.8 meter ini kelaparan kerana perutnya ‘kosong’ dan kelihatan agak lemah.

Usahanya untuk keluar dari kawasan habitatnya untuk keluar mencari makanan, menyebabkan akhirnya dia terperangkap dicelah pagar dan kerana badannya yang agak besar.

Ular sawa ini ditemui sekumpulan pekerja sebuah tapak pembinaan di belakang bangunan bekas penjara Pudu jam 7.30 pagi tadi.

Usaha menyelamatkan ular ini dilakukan 3 anggota Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluarkannya.

Sebahagian ekornya pula didapati telah ‘putus’ dan mungkin berlaku beberapa bulan lalu.

Beratnya dianggarkan lebih 50 kilogram dan antara ular sawa terbesar ditangkap tahun ini di ibunegara oleh JPAM Kuala Lumpur.

Ular ini mungkin telah berada di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, dan akibat pembangunan, habitatnya telah diganggu.

Ular ini kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Post Lain Yang Berkaitan

27 Comments

  • Pada 2010.12.08 17:06, Wandi menulis:

    Syabas JPAM, kalau ekor tak putus mau 4 meter tuu..

    • Pada 2010.12.08 19:39, 9w2ury menulis:

      kesian ular ni… ntah ape kesalahannya masuk penjara tu…

    • Pada 2010.12.08 20:25, soned menulis:

      dia mogok lapar kot ..
      soned recently posted..Vol 3 sendiri bikin MIVEC activitation panel lamp

      • Pada 2010.12.08 21:12, Lipasfly menulis:

        kesian ular sawa nie..dan syabas untuk yang report kerana anda sangat prihatin. juga untuk JPAM kerana menjalankan tugas murni walaupun untuk seekor haiwan..
        Lipasfly recently posted..Domain LC Kelantan Crew Baru

        • Pada 2010.12.08 21:55, pendi menulis:

          baru je kluar pnjara dah kna tangkap balik

          • Pada 2010.12.09 04:04, ruddie osman menulis:

            aku rasa le,ular sawa nie nak seberang jalan,nak nuju ke Times Squere nak cari makanan,memandangkan jalan dok sibok 24 jam & memandangkan dia pun terlalu panjang,dah nak sama panjang ngan bas Rapid so dia tuggu punya tunggu nak lintas sampai dah makan berbulan lamanyajadi dia gigit sikit2 ekor dia,nak alas perut…

            • Pada 2010.12.09 22:17, Breakeven menulis:

              ikikikikkikikiikikkikiikikkiikikikikikikikikikikikik….gelok gelok…~

              • Pada 2010.12.10 12:49, loqie menulis:

                hahahaha

              • Pada 2010.12.09 08:45, Abd Rahman menulis:

                Aku rasa ada ramai lagi ular yang masih terpenjara kat dalam Penjara Pudu tu..

                • Pada 2010.12.09 08:47, Abd Rahman BPharm menulis:

                  Siapa yang nak selamatkan ular-ular lain yang masih terpenjara kt dalam Penjara Pudu tu…?
                  Abd Rahman BPharm recently posted..PERUT BUNCIT Mati Awal

                  • Pada 2010.12.09 09:37, Breakeven menulis:

                    Kesiannnnnnnn…dia lapaaaaaaa..meh umah kasi nasi goreng ~

                    • Pada 2010.12.09 11:14, AMBONG menulis:

                      haha..kang ular tu dtg betul umah ko…bukan setakat nasi goreng… lu pikir la sendiri…

                      • Pada 2010.12.09 11:43, mummy menulis:

                        hahaha…lawak lar korang nih. Ular pun makhluk Allah gak…Slalunya kes camni apa tindakan lanjut ek…adakah ular tu dilepaskan ke hutan atau ditempatkan kat zoo…

                        • Pada 2010.12.09 11:46, miss L menulis:

                          Huhu kesian pulak tengok ular ni..Lapar sangat tu agaknya sampai tak larat melawan

                          • Pada 2010.12.09 12:35, Firza menulis:

                            uih…bleh tahan besarnya…..
                            Firza recently posted..Love in Black and White

                            • Pada 2010.12.09 14:20, Breakeven menulis:

                              to Ambong
                              ~ jalangan siyes sgt…uwaaaa..~
                              ke awak nak nasi goreng buatan sy juga? meh laa umah~

                              • Pada 2010.12.09 14:24, Breakeven menulis:

                                ~ tgk…salah eja dahhhhhhh~ hahahaha…

                                • Pada 2010.12.09 14:47, ira naqiyyah menulis:

                                  comelnyeee..klu aku yg jmpe kompem simpan pastu wt lesenn..hehehe

                                  • Pada 2010.12.10 11:15, AMBONG menulis:

                                    xde hal..melawak jugak tu… hehee… :)

                                  • Pada 2010.12.10 13:11, usez menulis:

                                    tapi panjang gak umur ular nih

                                    • Pada 2010.12.10 18:27, Pippo menulis:

                                      panjaaaaaaaaaang ular nie!
                                      panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang lagi nyawa ular nie !
                                      sekian :D

                                      • Pada 2010.12.13 09:43, Cik Yam menulis:

                                        giler seram aku nengok ular nih!!
                                        Cik Yam recently posted..GambarSharifah Sofia Mengandung 6 Bulan

                                        • Pada 2010.12.16 02:46, matholo menulis:

                                          jelmaan mahkluk halus kot? atau roh2 bekas banduan?..hehe..biasa nya ular, memang dikaitkan dgn makhluk halus/roh jahat..

                                          You must be logged in to post a comment.