Ular Sawa Yang Cedera…

Lembah Pantai
Kuala Lumpur
20 Jul 2011
9 pagi
 

Melihat keadaan ular sawa ini, haiwan ini dipercayai mengalami kecederaan parah.

Banyak bahagian kulitnya terkoyak dan beberapa bahagian badannya juga berdarah.

Ia ditemui dalam keadaan begini oleh seorang pengawal keselamatan di dalam longkang di hadapan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai.

Ular sawa sepanjang kira-kira 2.5 meter dan berat kira-kira 10 kg ini dipercayai tersesat dari kawasan hutan berhampiran.

Apa yang pasti, ular ini yang ditemui dalam keadaan lemah, perlukan rawatan dan sebab mengapa ia cedera, tidak diketahui.

Ular ini kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan lanjut.

 Pix – China Press

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

You must be logged in to post a comment.