Reality in Real Life

2 Produk Sendayu Tinggi Dirampas – Mengandungi Sibutramine

Kuala Lumpur
16 April, 2012
12 tengahari
 
Nota : Pengurusan Sendayu Tinggi dijangka akan membuat kenyataan media hari ini 17 April, 2012 mengenai kes ini.
 
17 April 2012 – TERKINI :Sendayu Tinggi Mengakui Kesilapan dan Permohonan Maaf

Penyiaran berita-berita terutama mengenai rampasan ubat-ubatan selalunya mendapat reaksi yang pelbagai, malah ada yang menimbulkan ketegangan antara pelbagai pihak.

Dalam menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial ini, pemahaman pembaca adalah berbeza-beza kerana mempunyai latarbelakang yang berbeza.

Tetapi, paling banyak mempertikaikan apabila mendakwa penyiaran berita begini, kononnya adalah untuk ‘membunuh’ perniagaan itu sendiri, dan ungkapan paling popular – ‘bunuh’ perniagaan orang Melayu.

Kepada pembaca semua, silalah rasional dan fikirkan keseluruhan intipati berita ini dan bukan berniat untuk mengelirukan sesiapa.

Persoalan pertama dalam kepala saya selalunya ialah – Adakah saya bertanggungjawab untuk menutup keadaan yang berlaku, atau menyelamatkan puluhan ribu pengguna/orangramai?

Manusia melakukan kesilapan, samada secara disengajakan atau sebaliknya.

Dalam kes ini, 2 produk syarikat kosmetik terkemuka, Sendayu Tinggi dirampas, membabitkan nilai pasaran kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil ujian makmal Kementerian Kesihatan menemui kandungan bahan kimia sibutramine di dalam kedua-dua produk ini. yang dipecayai telah berada di pasaran sejak setahun lalu.

Serbuan dilakukan serentak di 27 premis termasuk ibupejabat, sebuah kilang dan 25 premis stokis di seluruh negara, membabitkan kira-kira 200 anggota penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Operasi diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Mohd Hatta Ahmad.

Ini bukan kerja mudah, kerana ia membabitkan keanggotaan yang ramai dan penyelarasan bersepadu setelah segala risikan, maklumat dan ujian makmal mengesahkan akan kandungan bahan tersebut yang memakan masa beberapa bulan.

Bahagian Penguatkusa Farmasi boleh sahaja mendiamkan operasi ini dan merampas barangan, dan membawa ke mahkamah.

Tetapi bagaimana dengan pengguna, yang mungkin mencecah ribuan orang yang telah membeli, sedang menggunakannya atau bercadang menggunakannya?

Adakah adil bagi mereka terus menelan produk yang telah disahkan amat merbahaya ini.

Betul, kesannya mungkin tidak diketahui serta-merta, tetapi natijah dari pengambilan produk yang dicampur bahan kimia ini amat dasyat.

Dalam serbuan ini, 2 produk ini dirampas.

Ia bukan produk buatan Sendayu Tinggi, sebaliknya siasatan mendapati produk ini merupakan produk yang dibungkus semula melalui sebuah kilang di Nilai.

Dan ia dijual semula sebagai produk Sendayu Tinggi.

Terpulang kepada pembaca untuk menilai situasi ini.

Bagaimanapun, hanya 2 produk ini yang dirampas dan tidak pada produk-produk lain yang menggunakan jenama sama.

Sejak 2010, lebih 20 produk pelangsing badan disenarai hitam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan mengandungi bahan kimia beracun sibutramine termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Produk mengandungi sibutramine sudah sekian lama berlegar di pasaran dengan `menyamar’ sebagai makanan kesihatan

Ia  diharamkan dalam kaedah perubatan di seluruh dunia berikutan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan termasuk kesan tidak siuman dan semput kronik.

Tahun lalu, 8 produk kesihatan dirampas dan 2 produk pada tahun ini.

15 Februari 2007, Suri rumah, Normala Shahidan, 33, dari Kampung Gunung Keriang, Alor Star, Kedah meninggal dunia selepas 2 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dengan kandungan bahan kimia sama.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan bertindak membatalkan pendaftaran ubat tradisional berjenama `Kintop’ digunakan mangsa pada 24 Ogos 2006 selepas didapati mengandungi kimia sibutramine.

Bagaiamanapun, ia masih terdapat di pasaran dan dijual secara haram berikutan sikap syarikat pengeluar yang tamak dan mendapat keuntungan berjuta ringgit hasil dari penjualan produk ini.

Sebelum ini tindakan sama turut diambil terhadap produk kapsul jenama Lami, Bionex, NP Trimz dan pelbagai produk melangsingkan badan yang lain.

Sibutramine digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat badan.

Ia berada dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan merencat pusat  yang mengendalikan nafsu makan.

Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’

Pengambilannya tanpa perskripsi doktor boleh mendatangkan kesan sampingan, antaranya:

- pening kepala

-perubahan selera makan

-sembelit

-pedih ulu hati

-mulut menjadi kering

-sakit di bahagian belakang

-badan menjadi lemah

-gemuruh

-kesusahan untuk tidur

-selsema

-simptom mirip selsema (flu-like symptoms)

-kepanasan

-kesakitan semasa datang bulan

Ada juga kesan sampingan lebih serius, dan symptom itu antaranya:

-denyutan jantung laju

-sakit dada

-sesak nafas

-mual

-sakit perut

-muntah

-keseronokan melampau (extreme excitement)

-resah

-gelisah

-murung

-pening

-kepala menjadi ringan

-pitam

-keliru

-pergerakan luar kawalan

-kekejangan otot

-tangan menggeletar

-sawan

-menggigil

-peluh berlebihan

-demam

-sakit tekak

-anak mata menjadi besar

-ruam

-gatal

-masalah bercakap,bernafas dan telan

-bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki dan buku lalu

-’unusual bleeding or bruising’

Sumber: medline plus 

7 Comments

  1. nadiah's Gravatar nadiah
    31/12/2012    

    kalau x slh sy rs pernah baca dlm satu artikel ttg produk ni..pengasas dia sendiri kata buat sendiri & try sendiri utk tgk kesan produk ni sblm jual kat pengguna..rupa2nya semua ni palsu je semata-mata nak lariskan jualan..produk ni diambil dr org lain cuma dilabel atas nama ST..& ntah betul ke x dia try dulu sblm produk ni dipasarkan?

  2. 19/04/2012    

    sekarang ni dah terrrlalu banyak produk pelangsingan la, produk kuat la, produk otak la – dan sedihnya walau dah byk pededahan demi pendedahan dibuat, ada jugak orang yang masih terpengaruh nak beli.

  3. 17/04/2012    

    Assalamualaikum,
    Terima kasih dengan info ini. Saya sokong cara ini, sebarkan kepada umum. Pengguna patutnya dapatkan maklumat lengkap sebelum guna mana-mana produk. Tak timbul soal jatuhkan bisnes orang melayu ke tak. Kalau nak perniagaan naik dan berjaya, perlu juga ambil kira pengguna.

    saya gembira orang kita maju dan berjaya, tapi biarlah kejayaan itu kerana produknnya yang bagus dan tiada pengguna teraniaya.

    Sendayu tinggi juga kena ambil tindakan yang wajar kalau betul produk mereka kena sabotaj.

  4. Wan Rahim's Gravatar Wan Rahim
    17/04/2012    

    lebih kurang Goji guarana penim lepas 2 jam minum..

  5. mattken's Gravatar mattken
    17/04/2012    

    periksa dan periksa dan periksa sebelum membeli apa2 juga produk kecantikan. nanti side effect kat diri sendiri, bukannya kat tokey kecantikan tu :)

  6. 17/04/2012    

    kebanyakkan barang2 produk makanan kesihatan di Msia banyak yang bukan buat sendiri sebaliknya mengambil dari kilang dan meletakkan label sendiri. Begitu juga produk kecantikan..

  7. 17/04/2012    

    bro sham, kalau boleh & kalau bro sham tau, senaraikan aje nama2 produk kesihatan MLM/Direct Selling yang sumbernya dari kilang yg sama, pengimport yg sama..

    sebab mcm poyo je kalau pengusaha tu ckp dlm kempen radio/tv ” produk kami adalah 100% berasaskan ramuan tradisional & herba serta bebas dr bahan kimia berbahaya”

    lawak2… sedangkan bukan ada kilang pun, ubah packaging je..

  1. Produk Sendayu Tinggi Dirampas – Mengandungi Sibutramine | Blog Dinet.FM | Gosip, Lucu , Artis Malaysia, Berita , Isu Semasa Hanya di Blog Dinet.FM on 19/04/2012 at 19:26
  2. Sendayu Tinggi Mengakui Kesilapan dan Permohonan Maaf | ondscene on 17/04/2012 at 12:46

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting