Airod – Kejayaan Yang Amat Membanggakan

Airod Sdn Bhd sekali lagi melakarkan sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak penyelenggaraan dan pembaikian dua pesawat milik Tansafrik International dari Afrika.
Kontrak bernilai kira-kira RM4juta itu membabitkan dua pesaat – Hercules L-100 dan Boeing 727.
Setelah kira-kira 3 bulan, kerja-kerja selesai dan penyerahan kembali kedua-dua pesawat tersebut dilakukan di Subang hari ini.
Tansafrik International merupakan syarikat pengangkutan kargo udara yang beroperasi di Afrika dan mendapat kontrak dengan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu, United Nations.
Pesawat Hercules L-100 ini merupakan pesawat yang digunakan dalam program Pemakanan Food For Life di Anggola yang ditugaskan membawa bekalan makanan.
Kedua-dua pesawat dari Republik Sao Tome e Principice, Afrika Selatan diserahkan kepada wakil teknikal Hercules dan Boeing, Howard Bond serta Alvaro Lavadosaldias.
Airod sehingga ini telah mempunyai 50 pelanggan dari 28 negara seluruh dunia.
Beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu, perniagaan Airod yang berteraskan MRO (Maintenance, Repair, Overhaul) telah mendapat tempat di kalangan negara Asia Tenggara.
Airod kini sedang mengembangkan perniagaannya dengan mendapatkan pelanggan dari negara Afrika, Asia Barat dan Asia Pasifik.
Terbaru, Tentera Udara Kuwiat dijangkan akan menghantar pesawatnya untuk diselenggara di Airod bulan hadapan.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.





kuih ketayap tu buat saya rasa lapar.haha.
selain ketayap,
karipap,ayam goreng,roti jala dan nasi lemak tu pun boleh buat saya rasa lapar..
buat duit bg kaya company ja nak bg bonus dgn increment pun susah. ntah la keja ke dgn company aviation bonus dgn increment pun susah nak dpt. sy dah lebih 10 thn keja ngan airod gaji ciput ja tak sampai 2k biar satu malaya tau…….
macam tak puas hati aje banggg dgn Airod!!Biasa la yg keje sampai sepender hitam legam,,,yg dapat makan yang duduk kangkang…hahaha