Bad Vista
Setelah lebih 2 tahun menggunakan Windows Vista, saya terpaksa ambil keputusan untuk membuat sesuatu.
Niat dulu nak guna Mac, tapi apakan daya, harganya benar-benar BIG-MAC.
Terimakasih kepada anda yang telah memberikan beberapa panduan, tips, dan juga link-link yang banyak meluaskan ilmu pengetahuan.
Kebanyakannya telahpun saya praktik, cuba atau uji.
Nampaknya, masalah yang dihadapi saya ini , juga dihadapi oleh banyak pihak lain di merata tempat serata dunia yang menggunakan Vista – dan tiada satupun yang berjaya menyelesaikannya.
Sebenarnya, ianya berlaku secara tiba-tiba , dan tidak dijangka (sebagaimana yang berlaku kepada pengguna Vista lain yang senasib. Cuma bezanya, kronik atau tidak masalah itu datang.}
Dalam kes saya, tiba-tiba wujud beratus-ratus ISATAP yang tidak diundang.
Jawapan paling mudah dalam kebanyakan permasalahan ini ialah – format/tukar OS, (itu bukan jawapan, tapi tindakan untuk lari dari penyelesaian masalah sebenar!!!)
Setelah beberapa hari mencari jawapan dan mencuba pelbagai kaedah, teknik, akhirnya saya ambil keputusan, ia hanya membuang masa.
Masalah ini sebenarnya tiada kaitan dengan virus, trojan atau apa jua yang seumpamanya, tetapi kelemahan Vista itu sendiri.
Dan barulah saya tahu, dari pencarian melalui Google,Vista adalah satu-satunya OS dari Bill Gates yang paling gagal kerana terlalu banyak kelemahannya, berbanding XP yang disifatkan amat berjaya.
Malah jika anda taip Bad Vista pada Google, rupanya banyak akan anda temui mengenainya.
Saya juga memohon maaf kerana masalah ini, beberapa kes terpaksa ‘delay’ posting dan ada juga yang saya lupakan terus!!!
Sekali lagi, terimakasih kepada anda yang cuba membantu.
Post Lain Yang Berkaitan
52 Comments
You must be logged in to post a comment.




salam. sy bersetuju yg Vista suatu kegagalan yang besar. sy sbagai ahli Microsoft Student Partner juga digalakkan tidak menggunakan Vista. utk makluman, sokongan terhadap Vista telah ditamatkan sepenuhnya pd 13 april yang lalu… namun sokongan terhadap XP masih belum tamatkn oleh Microsoft. beralihlah ke arah yang lebih baik.
myFirdaus recently posted..Ini bukan entri utk kanak-kanak…
buat jer pilihan yang terbaek bro… yang penting ondscene idup selalu…
win7..lg ok
tapi “Not Responding” tetap sentiasa di hati Windows…. hehehe
myFirdaus recently posted..Ini bukan entri utk kanak-kanak…
Tu dlm Vista,ade lagi satu bro,dlm Win XP “Don’t Send” haha
,sejak ade internet ni “Send” je jadi pilihan,kasik aduan,biar org Microsoft buat keja skit. Mase x guna broadband dlu terpaksa la “Don’t Send” hehe.
saya dah pakai win7 dekat setahun..setakat ni ok takde problem..saya cadangkan bro sham beralih ke win7 atau OS linux
Jadi apa OS pilihan selepas Vista ni? Win7 kot..? kalau tuan nak reformat hard disk tu, cuba buat dual boot, satu pakai Win7, satu lagi boleh cuba Ubuntu 10.10..
techtalk res-q recently posted..Kembali ke Linux – Ubuntu 1010
ubuntu the best…boot time,shutdown below 10s.sesuai buat para blogger,jima masa dan yang paling bagusnya ianya totaly “FREE”.serta virus “FREE”
longlive to ubuntu… tapi better 10.04 sbb LTS… ape2 pon, klu nak gune ubuntu, kne early start laa… mybe bukan suatu yg mudah utk org bru jinak2 ngan open source
myFirdaus recently posted..Ini bukan entri utk kanak-kanak…
bila nak reformat hard disk tu tuan? apa kata buat dual boot, satu pakai win7, lagi satu boleh cuba Ubuntu Linux pula
techtalk res-q recently posted..Kembali ke Linux – Ubuntu 1010
La…
Tak abis2 dgn Ubuntu. Biarlah Bro Sham yang buat decision nak pakai OS aper mengikut keselesaan & pengalamannya. Yang kita sibuk2 promote ni, kita ni salah sorang developer nyer ke?, ataupon sekadar kipas susah nak mati.
Dan tak yah la start pro & cons tentang Windows vs. Linux. Kang sampai christmas tahun depan pon tak abis nak debate.
saudara R_hush2,
saya pun takde la paksa saudara sham pakai ubuntu, sekadar berkongsi salah ke? saya pun takde la sibuk mempromote ubuntu mahupun kipas susah nak mati.. setiap OS ada prons and cons nya dan saya pun tak de la nak berdebat pasal ni..
sekadar berkongsi ilmu IT ngan saudara Sham, tak salah rasanya..pilihan ditangan masing2.. saya memilih kedua-dua OS tersebut sebagai pilihan saya, sebab saya pun hanya end-user, pengetahuan bidang IT amat minimum sekali, cuma belajar dari kawan2 yg ada..
techtalk res-q recently posted..Kembali ke Linux – Ubuntu 1010
U-Buntu? Entah hapa-hapa tah…
Bertambah buntu lah fikiran Bro Sham tu korang punya idea.
Tak ada software yang boleh lawan Microsoft Windows.
Baik lah kita ikut era semasa…Guna saja Microsoft Windows 7
sape kate takde???jgn ckp semberono je…ubuntu/os linux paling stabil
stabil kalau nak dibanding dgn microsoft
saya rasa takda masalah dgn 2-2 os ni. Yg penting, kita kena tahu, nak buat apa dengan komputer tu. Jika nakkan server, pilih linux, kalau nak pakai software editing, pilih windows atau mac. sememangnya takde software editing yang bagus utk linux. paling kuat pun gimp. kelebihan linux ni mmg open source, kalau lah company support open source ni sangat, manalah nak cari makan. lagipun x banyak tool untuk programming kat linux. banyak sangat standard, biasalah, open source. tiap2 hari update.
Open source/ linux “x banyak tool untuk programming” ???
Banyak sebenarnya. Ada C/C++, C#, Basic, Fortran, Paskal, CIL, Haskell, dan ntah aper2 lagi. Database pon berlonggok2.
Just nak share je.
Ya. Memang setakat ini tiada yang betul-betul dapat memberikan support yang sempurna. Langsung tidak sama dengan yang dibayar.
Berapa lama kita boleh jamin support ini bertahan.
Setakat tools, kita boleh cari. tapi jika kita laburkan berjuta-juta, kita tak dapat jamin melainkan kita sendiri yang buat kesemuanya.
itulah setakat ini dunia masih sangkut dengan microsoft atau mac.
Microsoft Windows: produk, maksudnya produk mesti ada kekurangan & kelebihan dan para pengguna mesti bersedia untuk apa jua kemungkinan atau drawback dari menggunakan ‘produk’ ini hu2. Berbeza dari sumber terbuka macam Linux,BSD dan yg sewaktu dengannya,semua ni adalah research/ujian pengaturcaraan kecuali yang dilesenkan.Konsep masih sama dengan Microsoft Windows,para pengguna mesti bersedia untuk apa jua kemungkinan atau drawback dari menggunakannya
.Cuma margin antara sumber tertutup & sumber terbuka ialah KOS yang anda keluarkan.Harga yang dibayar untuk sekeping CD Asli Windows bukanlah sedikit,mengjangkau ribuan ringgit.Mgkn selebihnya untuk bayaran untuk system support,tp berapa banyak yang boleh dibantu oleh customer support Microsoft melainkan mengeluarkan patch,update atau service pack.Dalam kes Vista,Microsoft mmg sepatutnya menghentikan pengeluaran dan sokongan sistem (system support) untuknya sebab terlalu banyak masalah dan jika masih ada update yg wujud,mgkin akan mengeruhkan lagi keadaan sistem tu.Dalam software engineering ada satu terma yang digunakan sebagai untuk garis panduan:”When usability increase,vulnerabilty & instability increase”,maksudnya bila sesuatu sistem/perisian diisi dengan banyak kemudahan atau features,maka semakin terdedahlah ia kepada bahaya & ketidakstabilan.Mungkin Vista ada banyak kelebihan berbanding XP dari segi UI dan usability,tetapi ia mula mengalami masalah dari bahagian lain,cthnya memory leak dan compatibility.Apa pn, Microsoft agak berjaya menyelamatkan keadaan dengan mengeluarkan Window 7.Mgkn Windows Vista sekadar cubaan sebagaimana terkuburnya Windows Longhorn hu2
I dalam bidang IT, dah biasa dgn semua masalah ni, jgn buang masa, walaopun dapat answer utk penyelesaian tapi apa gunanya? answer hanya utk vista saje, masa depan ade win8 win9 win10.. setiap windows ade masalahnya.. so jgn bazir masa utk troubleshoot, jus format aje..
Biasanya Microsoft tu sebelum keluarkan OS yg stable, mrk akan buat beta utk test market.. sebelum WinXP, win Me adalah betanya so sama dgn Vista beta utk Win7
Salam,
Sempena tahun baru Islam yang bakal datang tak lama lagi, apa salahnya kita berhijrahkan? ke arah yang lebih baik. lebih mudahkan. Ada masa…buang yang lama tidak bermakna benci, sekadar tingkatkan kualiti.
Nanti blog ni pun tak tergendala lagi
Anyss recently posted..Meriahnya AidilAdha di Kelantan- Edisi Pertama
Go for opensource, Linux, agak2 rindu dgn windows, leh install virtualbox dan run windows XP secara virtual, kemudian slowly beralih ke opensource….
ubuntu 10,10 boleh install/uninstall sama spt lain2 perisian lain untuk windows.dual boot.pilih aje mana nak.
Saya telah menggunakan Vista sejak hampir 10 bulan yg lepas (harta company, beribu staff company saya seluruh dunia guna Vista sekarang), dapati tiada masalah..
Mungkin Vista tak sesuai utk home use kot? (sbb kalu company mrk ada IT Team sendiri utk hadapi sebarang masalah).
Setuju, opis saya pn guna Windows Vista dan saya gunakan untuk programming hari-hari.Setakat ni xde masalah sbb selalu patch & update serta penjagaanan antivirus yg rapi hu2.Mgkn juga x sesuai untuk home use,maklum je r kat rumah kn lagi vigorous penggunaannya,gaming,internet,kerja,install virus hehe
Sy pun pakai Vista jugak untuk PC sy. MS Vista Home Premium. Setakat ni masih belum ada problem lg… index rating leh sampai 4.5. mybe sebab Vista ori kut.
kena tengok bro..company selalu beli produk yang ada versi pro atau business .. lain dengan preinstall dalam notebook yang selalunyer home edition.
home edition ni banyak kekangan dan kekurangan dia berbanding dengan pro dan business edition. kalau ribu2 staff bro suma pakai home ..ekekek better cek karang ada wakil m..soft datang sebab home x silap x ble guna di persekitaran opis@syarikat besau…
Tak lah..company saya tak pakai Vista Busines..tapi Vista Enterprise..he..he..
Tukar je windows xp… masih terbaik setakat.. masih sesuai dengan semua software.. windows vista ni ramai dh xnak pakai.. memang banyak masalah… windows 7 pun masih baru.. masih banyak software yang x sesuai dengannya..
Kata si Microsoft support patch,update smpai 2011 kalu x silap,mgkn ade service pack 4-5 mcm Windows 2000 ke.Tp tu r style Microsoft yg sy x bp gemar,asyik provide patch,update memanjang,lame2 sistem pn jadi berat plak sbb dh penuh mcm2 menda ala.Tp kalu untuk rata2 PC hari ni Windows XP masih bagus.Cume kena dgn cara pakai r.
Buat apa Pakai lagi Windows XP…ketinggalan zaman, itu era zaman dinasour…ha ha ha…Sekarang orang dah pakai Windows 7, tak lama lagi Microsoft akan keluarkan Windows 8 pulak…Tak dapat nak kejar lagi la kita ni…
Microsoft buat untung dari kelompangan sistem2 keluarannya…
Nasib kita lah kena main dengan bangsa Yahudi. Sama macam kita kena main dengan syarikat Facebook – pengasasnya bangsa Yahudi – Mark Zuckerberg – dia dah jadi billionair dalam 2 tahun ni- umur baru 23 tahun. Kita dapat apa? Problem tak habis-habis……
tak boleh cakap gitu wak..sebab kekadang ada kes software tu tak boleh jalan kat os lain..terutama software engineering..
xp still the fastest , stable win os. win 7 ni @ vista upgrade + banyak benda automate.
cuba tengok cc sebagai contoh. mostly guna xp . kekekkee
go mobile abg sham……IPAD…..hehehehe…..
Firza recently posted..PROMOSI MUSIM PERKAHWINAN BERMULA
Saya ada google pasal problem network abg sham tu,possibly mgkn ade error/clash antara ipv6/ipv4 component yg menyebabkan xleh connect dgn broadband. Cube try disablekan ipv6 ikut dlm link ni: http://www.mydigitallife.info/2007/09/09/disable-and-turn-off-ipv6-support-in-vista/
Sekadar bantuan,kalu dh buat xpe r hehe
,ade solution lain dialu2 kan,nk kongsi ilmu
biasanya kalau sudah mengalami problem macam bro sham, better format sahaja laptop/pc. usah buang masa troubleshoot, jika berjaya selesaikan masalah itu pun, pasti performance OS sedikit terganggu kerana masalah tadi..masa untuk format OS seperti vista atau win7 hanya sekitar 30minit sahaja dibandingkan kerja troubleshoot yang memakan masa berhari-hari dan akhirnya tidak selesai juga masalah.
pernah juga alami masalah dgn sad vista ni…mat top yg ada tu baru hampir 2 tahun memang ori vista jadi, waktu dia x boleh connect ngan internet aritu, saya antor pi kawan teknisyen lab sekolah….alhamdulillah selamat. dia suggest saya guna win7 tapi, dia jugak kata sayang pulak nak remove vista ni. so, anythin happen after thi memang nak beralih ke win7 lah…hopefully lambat lagi,lah…jgnla sekarang…ni sebok nak beli baju sekolah anak2 plak…adoi!!!
saya cuma nak share… saya pakai windows 7 x64 kat rumah dengan ofis 2… ofis 1 pakai winxp… bagi saya win 7 tetap menjadi pilihan… cuma 1 kelemahan je yang saya jumpa sejak dah pakai setahun… saya punya wifi adapter cap d-link tak leh nak pakai ngan win7 x64… saya dah google kat internet, memang tak leh pakai… kat ofis 2 saya, pakai wifi adapter cap aztech, jalan lancar…. jadi kalau nak pakai win7 dengan wifi adapter, carilah yang compatible… research dulu…
sekadar berkongsi bro sham… apa2 pun, win7 dengan winxp memang best.. saya pernah pakai vista.. seminggu je.. hehe..
salam abam sham, format balik, then pakai win95..hehehe..kembali ke zaman batu..heheheh..nak lagi best pakai win123..lagi lame..hehehhe
lipas …jangan kutuk os lama tu..sejarah tu bro…
TEringat member penah cite,pc rumah dlu2,pkai Win95..kalu boot,dia siap leh siap g mandi lagi hehe,siap je mandi dh beru masuk OS
,kenangan tu win95,ade game kat XP xleh main,tp kt win95 bole,itu la kelebihannya.
Nasib baik x pernah guna Vista sbb bad feedback dr kwn2. Dari XP terus jump ke 7. Hijrah demi kebaikan Bro.. Nanti hit menurun x masyukkk
kroul recently posted..YOUR TOTAL LODGING SOLUTION
boo vista boo…boo
Patut la minggu lepas hari khamis & jumaat susah betul nak on9..signal ada tp xleh nak on9…ingatkan broadband yg problem rupanya vista…haish~~
bad vista? so far im satisfied. what’s ur problems actuali. maybe i can give a suggestion.
vista ni produk separuh siap, mmg patut laa byk problem…saya bekerja as network security engineer dan sampai skrg company saya masih lagi menggunakan windows xp
jika vista yg ori.beralih ke win7.beli pakage upgrade version.save your money.
Salam..
Jadi bro sham pakai OS apa skrg ni?
Ustaz Love recently posted..Soal Jawab – Sms Berantai
kadang2 bila komputer kna virus atau kegagalan OS,kite berusaha untuk buang virus tu,dari menggunakan antivirus yg paling mahal pai lah ke registry.namun masalah ttp ada…jadi lebih baik format sahaja komputer tu,jimat wang dan jimat masa,bkn nak cari jalan mudah…tapi kalau komputer dah kena virus,umpama kereta yg dah eksiden…xkan perfect mcm mula2 pakai,tapi komputer boleh diformat,kereta x boleh.Nasihat saya setelah diformat,pastikan data anda disimpan di dalam drive yg lain,jgn disimpan di dalam my document,nnt susah nak format sbb nak kna backup file.
kekek setuju…dan jadi cam forum it support ..kekekkekeke
asta la vista baby… heee
I’ll be back (but not Vista la)…hehehe
tak mati pun kalau tak pakai Windows..
mmg vista fail..
kan ada keluar win7..apa kata bro sham try dlu..
pastikan ori..dan jangan sesekali hantar kedai..
sbb apa?
kat kedai.akan cakap mcm2 pasal laptop..kene virus la..
kene ni la..kalo org yg taktau..akan ye kan aje..
dan lagi satu yg kurang best..data2 kat dalam laptop tu..akan abis terpadam..padahal,boleh diselamatkan lagi..
x ke rugi?
kalo anda rasa nak test bende lain..elok la guna os linux..
yg sesuai untuk newbie yg br berjinak2 ni..
gunakan la ubuntu..ni website dia http://www.ubuntu.com/
bab2 virus@rosak tu..kurang la risiko dia..
mmg mula2 tak biasa…tapi lama2 ok da..