Berapa Peratuskah Sebenarnya Diskaun Tol PLUS?

Lebuhraya Utara Selatan

rujuk laman web Kementerian Kerjaraya Malaysia yang memetik kenyataan di dalam akhbar:

http://www.kkr.gov.my/ms/node/4368

Bermula 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2010, pemegang konsesi Lebuhraya Utara Selatan PLUS memberikan diskaun bayaran tol kepada kenderaan ringan (Kelas 1) antara jam 12 tengahmalam hingga 7 pagi.

Insentif ini terbahagi kepada 3 jenis:

1- Diskaun tol 10 peratus setiap hari.

2. Tambahan diskaun 10 peratus lagi untuk penggunaan pada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas.

3.Rebet lima peratus untuk mereka yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimun RM 200 setiap bulan kepada pengguna berdaftar Program Loyalti PLUS

Tetapi, benarkah diskaun yang diberikan itu bersamaan dengan nilai 10 peratus?

Contoh:
Sebelum diskaun:
Tol Sg Besi – Tol Kajang – RM1-80

Selepas diskaun 10 peratus:
Tol Sg Besi- Tol Kajang – RM1-70

Bermakna, penjimatan -10 sen kepada pengguna.

Ambil kiraan matematik mudah ini:

10 peratus dari RM1-80 : RM0.18 sen

Jika diambil kiraan ini: RM1.80 – RM0.18sen

: RM1.62 sen

dan jika dibuat kiraan pada angka genap terdekat, ianya adalah RM1.60

tetapi, mengapakah pengguna perlu bayar RM 1.70 dan bukannya RM1.60 ?

Atau jika kita ke depan sedikit, kita andaikan masuk di Tol Sg Besi dan keluar di Tol Bangi:

sebelum diskaun:
Tol Sg Besi – Tol Bangi : RM 2.70

selepas diskaun:
Tol Sg Besi – Tol Bangi : RM2.50

bermakna penjimatan 20 sen

Ambil kiraan matematik mudah ini:

10 peratus dari RM2.70 : RM0.27sen

Jika diambil kiraan mudah ini: RM2.70 – RM0.27sen

: RM2.43 sen

Tetapi mengapa pengguna perlu bayar RM2.50 dan bukannya RM2.40 atau RM2.45 ?

Asas matematik manakah yang digunakan?

Atau saya yang tersalah kira?

Atau saya tersalah maklumat?

Atau saya mendapat maklumat salah?

Atau mesin kira saya rosak?

Atau congakan mudah ini sebenarnya amat payah?

Atau mesin teller PLUS tak pandai baca angka 5 sen atau yang bukan angka kosong di akhirannya?

Atau sebenarnya bukan 10 peratus, tetapi saya yang memandai-mandai kata 10 peratus?

Atau saya tersalah masuk Lebuhraya?

Untuk membuat semakan kadar tol di bawah pengurusan PLUS, sila lawat link berikut:

http://www.plus.com.my/

Post Lain Yang Berkaitan

18 Comments

  • Pada 2009.07.02 03:46, h4ni3 menulis:

    asas matematik yang mudah, diorang jer yang buat jadi complicated.

    rasanya diorang just kira 10% daripada angka paling depan kut.

    • Pada 2009.07.02 03:51, Anonymous menulis:

      alah,

      mmg dari dulu klentong tol nih..
      bertaun2 x abis2 lagi konsesi..
      sume sbb nk amik untung..

      balik raya pakai tol, krajaan makap
      balik raya isi petrol, krajaan makap
      balik raya naik bas, tiket mahal

      sialannn

      • Pada 2009.07.02 04:39, ShaZMi menulis:

        dia kira tolak 10% tapi dibulatkan kepada 10sen takda perpuluhan. bukan 5 sen mcm kat kedai. KEDEKUT!

        • Pada 2009.07.02 04:53, akitratna menulis:

          UMNO MEMANG MACAM TU CEKIK DARAH,CUBA TGK PR,
          RAMAI SEKARANG NI DAH SUKA KAT PR

          • Pada 2009.07.02 06:43, sreSHAziela menulis:

            huh.. sha pon kompues di sini.. sha kira pon dpt same je dgn bro.. ke kite ni tak pas ilmu hisap time sekolah dolo2… pelik2..

            aqeel nye statement tak boleh blah ok.. k*ling dgr leh riot oooOooO

            • Pada 2009.07.02 07:59, Fever Nova menulis:

              shaziela kata 'ilmu hisap' … hehe.. funny ..

              • Pada 2009.07.02 09:20, Anonymous menulis:

                dah lame dah perasan ni

                tp biase la
                sape nak dengar suare rakyat mcm kite ni

                btw, en sham, tinggal di kaw bangi / kajang ke?

                >MM

                • Pada 2009.07.02 09:41, ondscene menulis:

                  hani3- apapun method dia org guna, ia tetap tidak menjadi 10 peratus. takkan la jika RM-1.42, dikira RM1.50. tak boleh ke jadikan RM1.40sen.

                  anon- saya rasa, jalan terbaik, siapa yg minat nak bukak jln bertol, bagi cadangan kat gomen, lepas tu sain konsesi 30 tahun ke, 50 tahun ke.

                  shazmi -ini bukan kedekut, tapi matematik kelabu asap.

                  akitratna – jika anda berminat utk menyebarkan ideolagi politik tak kira anda umno ke, dap ke, pas ke, pr ke, sila pergi ke blog lain. terimakasih byk2.
                  blog ini tidk mengira samada anda umno, pr, pas atau pbds ke, ia sama sahaja. kematian, kemalangan, bencana alam, bayar tol , ia tdk memilih siapa anda.

                  aqeel – saya nasihatkan anda, tak perlu keluarkan perkataan sebegitu, sebab blog ini bukan sewenang2 utk sesiapa keluarkan perkataan, ayat yg menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. jadi saya terpaksa delete komen anda.

                  sreshaziela – kdn2, apa yg kita pikir, tak de siapapun yg ambik peduli. tapi, kalau isu ini di bawak ke parlimen, rasanya, laku jugak ni…

                  anon – komen anda juga terpaksa di delete. saya terpaksa lakukan kerana tdk mahu blog ini ja ruang utk perkara2 yg menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. atau mungkin, komen dari anon terpaksa saya offkan.

                  fever nova- itulah bahasa yg digunakan dahulu yg mungkin masa tu anda belum lahir lagi.
                  dulu dipanggil ilmu hisab, kira-kira dan sekarang matematik.

                  tapi ejaannya bukan 'ilmu hisap', tapi 'ilmu hisab'…

                  anon- saya juga dah lama nak tulis kat blog hal ni, tapi selalu terlupa. kdng2 bila kes berlaku di kawasan ini, selalu perasan masa nak bayar tol, bahwa ada sesuatu tak kena mengenainya.

                  • Pada 2009.07.02 09:44, Anonymous menulis:

                    ade baiknyer kalau bro keluarkan dlm pape bro…kita nie rakyat biasa je…bila buat demo..depa panggil semut merah,x kan kita nak jadi mcm luar negara….silap sedikit pasang BOM.

                    • Pada 2009.07.02 10:00, lol menulis:

                      ye patut kasi informasi ni kepada member2 yang kerja kat surat khabar , kalau boleh kasi ramai sikit tau .

                      • Pada 2009.07.02 19:32, jawa peranakan menulis:

                        inilah dasar kapitalis bro..

                        • Pada 2009.07.03 03:23, pinkypearlyana menulis:

                          sy pun dh lame prasan bende nih tp mls nk ambil port sbb jrg sgt gune highway lps 12tgh mlm…ade anak kecik, lgpun takut husband ngantuk drive mlm2…bahaya plk…kg kami b'dua pun dkt aje dr pj nih, blh blk hri je…tp prnh jgk t'lwt smpai rmh lbh kol 12tgh mlm…bile nk byr tol kat sg. buloh, ade diskaun plk…bile pk blk bru sy & husband t'ingat plus bg diskaun lps 12tgh mlm…seingat sy diskaun 10% tp bile congak2 pakai kpla otak, dpt lg murah…xpuas hati punye psl, sy guna kalkulator hp…kire blk pun dpt lg murah…konfius, konfius…tp nk wat camne, xkan nk gaduh kire2 ngan tol gate girl 2 plk kan…hehehe!!

                          • Pada 2009.07.03 03:39, mizzyN menulis:

                            saya bayar tol kat federal highway ptg slps midnite rm1 drpd rm1.10.

                            • Pada 2009.07.03 20:22, Annuar Marzuki menulis:

                              Assalamualaikum dan salam sejahtera

                              Sila lihat keadaan sebenar.

                              Cuba tgk harga sekilometer:

                              sekarang 13.52 sen/kilometer

                              13.52 sen selepas di diskaun 10% adalah 12.168 sen

                              Jarak antara Sg Besi – Kajang adalah 7.6 kilometer
                              Kalau tak tahu rujuk kepada .

                              maka harga sebenar sepatutnya dibayar adalah

                              7.6 x 13.52sen = 102.752 sen atau RM1.00

                              dan 92 sen utk selepas diskaun!

                              So kenapa bayar 80 sen lebih? Sewaktu anda berjalan ke sungai besi anda telah melalui sebahagian jalan PLUS,yang jaraknya adalah 6KM

                              Maka keseluruhan perjalanan adalah 13.6 KM
                              kalau didarabkan 13.6 KM x 13.52 = 183.872 sen atau bundar RM 1.80
                              maka apabila didiskaunkan 13.6KM x 12.168 atau 12.17 sen = 165.512 sen atau nak senang RM1.65sen. Tapi disebabkan 5 sen adalah agak sukar dan keseluruhan pembayaran dibundarkan kepada puluh yang hampir. maka 1.65 sen = RM1.70.

                              Tapi nanti ramai cakap mana pergi 5 sen? Disebabkan ini adalah diskaun daripada pihak Plus sendri, adalah wajar bagi mereka utk mendapatkan semula 4 sen yang telah hilang sewaktu tiada diskaun. Antara lain juga tujuannya utk memudahkan pengguna. Jelas sekali, ini merupakan hak plus kerana mereka yang memberikan diskaun kepada pengguna maka tertakluk kepada merekalah yang menentukan harga selaras dengan harga diskaun yang dipersetujui.

                              Begitu juga dengan bangi, jaraknya 14.2KM + 6 KM = 20.2KM. harga tol 20.2km x 13.52sen/km = 273.104sen atau 273.10sen bundarkan jadi RM 2.70

                              kalau diskaun pula
                              20.2KM x 12.17sen/km = 245.834 atau dibundarkan 246 sen atau RM 2.50.

                              Saya harap jelas. Diharapkan anda sebelum membuat kenyataan dapat merujuk kepada yang tahu dahulu, kerana persepsi sebegini adalah tidak baik kepada masyarakat. Lihat sahaja komen diatas. Belom apa2 lagi, sudah dihentam. Kami pihak plus menjalankan tugas kami setelus dan berintigrasi mungkin. Ini soal amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kami dan kami sebaik mungkin menjalankan apa yang diamanahkan.

                              Jelas dari pihak Plus, berganding bahu dengan pihak kerajaan memudahkan rakyat adalah perkara yang serius. Tidak ada satu pun konsesi selain kami memberikan diskaun selepas jam 12.00 malam dan kami tidak pun mengharapkan jasa baik budi terima kasih daripada pengguna kerana bagi kami, apalah salahnya kami menyumbang sedikit kepada masyarakat. Tetapi, ini pula terjadi, masyarakat memandang serong terhadap niat murni kami.

                              Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak kami agar dapat lagi penjelasan yang sebenarnya.

                              Sekian.

                              • Pada 2009.07.03 20:58, Annuar Marzuki menulis:

                                maaf, saya terlupa ingin masukkan jarak selepas tol. maka selepas itu, harga nya mungkin lagi lebih daripada apa yang diatas. Namun biasanya jarak2 ini tidak la mempengaruhi sangat kerana purata kebanyakan jarak selepas tol adalah sekitar 100 meter sahaja.

                                • Pada 2009.07.03 21:03, 24145 menulis:

                                  .

                                  • Pada 2009.07.04 01:57, Anonymous menulis:

                                    terima kasih en annuar marzuki sbb keterangan yg jelas

                                    >MM

                                    • Pada 2009.07.04 05:14, lanunlawak menulis:

                                      terima kasih en annuar.. nak tanya sikit, kalau sub kat saya jaga satu pondok tol boleh tak ? dapat untung sehari 1% pun jadikla.. hehe

                                      You must be logged in to post a comment.