Kuala Lumpur
18 APril 2009
Terimakasih atas komen anda semua dalam kes GOJI di bawah.
Ada komen yang berpandukan rasa amarah, sakit hati dan tidak memahami situasi sebenar.
Di sini akan saya jelaskan situasi yang berlaku supaya tiada lagi yang keliru atau membuat tafsiran yang berbagai-bagai.
Kepada yang masih berminat untuk komen dalam entry di bawah itu, silakan.
Saya perturunkan dalam bentuk fakta:
1. Yang diserbu ialah kilang. Ia bukan rumah, bukan kondo, bukan banglo. KILANG. Ia terletak di kawasan perindustrian yang sudah tentu adalah kilang. Kilang bukan rumah, dan kilang tidak boleh dijadikan rumah, kecuali ada rumah yang dijadikan kilang. Saya bukan bodoh dan masih boleh melihat dan membezakan antara rumah dengan kilang. Dan saya istiharkan, anda yang salah faham apabila membaca blog ini sebagai bodoh kerana saya menggunakan bahasa Malaysia yang paling mudahpun, anda tak faham.. Ingat, tolong baca dengan teliti, kerana ada komen (dlm bahasa Inggeris) yang menunjukkan dia ni tak faham Bahasa Malaysia.
2. Serbuan adalah terhadap pengilang, bukan pengedar. Saya ulangi – pengilang. Pengilang dan pengedar adalah dua entiti yang berlainan. Tidak semestinya pengilang, mereka juga adalah pengedar. Tetapi, ada juga pengedar, ada mempunyai kilang sendiri, atau mempunyai kaitan dengan kilang atau sebaliknya.
3. Serbuan terhadap pengedar, adalah semata-mata mengambil barangan yang telah dihantar oleh pengilang. Ingat, serbuan bukan atas operasi pengedar. Ia dua perkara berlainan. Jadi kepada yang keliru, harap ambil perhatian mengenai ini.
4. Kilang utama mempunyai lesen. Ia dari pandangan mata, bersih dan mempunyai bilik-bilik tertentu untuk memproses produk. Kilang ini bukan hanya membungkus produk, tetapi memproses dari bahan mentah sehinggalah menjadi serbuk goji kemudian dibungkus.
5. Kilang haram terletak betul-betul di belakang kilang utama, (blok belakang). Bagaimanapun, langsung tiada ciri kebersihan, standard yang tidak dipatuhi untuk menghasilkan bahan makanan. Semua sumber dan packaging, adalah sama seperti di kilang utama. Kedua-duanya dipercayai mempunyai hubungan secara langsung untuk menghasilkan produk yang sama.
6. Hanya satu jenis goji yang dirampas dari beberapa jenis goji yang dihasilkan. Rampasan di kilang utama dan kilang haram, hampir sama banyak. Tiada rampasan pada goji packaging lain, tetapi pengambilan sampel dilakukan untuk diuji.

7. Bahan mentah, bekas/tong plastik, mesin untuk kedua-dua kilang ada dari jenis yang sama termasuk packaging.
8. Serbuan bukan hanya dilakukan di kilang ini, tetapi beberapa lokasi secara serentak di seluruh negara membabitkan pengedar. Siasatan mendapati, semua barangan yang dihantar kepada pengedar berpunca dari kilang yang diserbu. Saya ulangi, tiada kilang di lokasi lain yang diserbu melainkan yang di Sg Chua , Kajang. Sila baca dan fahamkan laporan saya .Sebab itu saya tekankan, perbezaan antara pengilang dan pengedar.
9. Kilang haram tidak mempunyai sebarang lesen pengilangan malah langsung tiada sebarang papantanda, sebaliknya di dalam bangunan yang boleh dimasuki melalui satu pintu.
10. Rampasan berbeza dengan pengambilan/penghantaran sampel. Rampasan dilakukan setelah segala bukti mencukupi untuk melakukan tindakan kepada pihak yang dirampas. Pengambilan sampel dilakukan ketika anggota penguatkuasa yang melakukan lawatan/pemeriksaan di premis. Pengambilan sampel yang tidak tercemar biasanya berlaku apabila pengilang memberikan sampel yang telah diasingkan antara yang betul dengan yang tipu
11. Manakala penghantaran sampel ialah sampel yang dihantar sendiri oleh pengilang kepada Kementerian Kesihatan untuk dianalisis. Biasanya, saya ulangi, BIASANYA, pengilang/pengeluar hanya menghantar sampel yang kononnya untuk dijual, manakala produk sebenar, adalah yang telah dicampur-adukkan.
12. Dalam enjin carian, ramai yang menaip ‘goji diharamkan’ untuk menemui fakta mengenai kes ini. Goji tidak diharamkan, dan rampasan ini bukan bermakna goji diharamkan melainkan setelah Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan rasmi Goji sekian-sekian mengandungi bahan terlarang.
13. Tiada sebarang ‘force’ di dalam operasi rampasan, tetapi pengambilan barangan yang dirampas seperti produk yang telah dibungkus dan mesin , dibawa sebagai bahan bukti untuk dikemukanan di mahkamah, dan semua itu disaksikan oleh mereka yang berkenaan di dalam kilang.
14. Rampasan total dilakukan setelah berbagai proses dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Biasanya aduan awam akan membawa kepada penemuan-penemuan ini. Untuk menguatkan lagi bahawa sesuatu barangan itu tidak mengikut seperti yang diiklankan, atau dicampur dengan bahan terlarang, anggota penguatkuasa akan melalukan penyamaran sebelumnya untuk membeli atau mendapatkan barangan dari kilang yang dimaksudkan.
15. Keputusan ujian makmal oleh pihak lain iaitu swasta sebagai testimonial atau bahan bukti bukan testimonial yang boleh dijadikan sandaran bahawa ia adalah seperti yang dinyatakan. Ini kerana terbukti, beberapa kes mendapati ujian yang dilakukan tidak tepat dan ada unsur penipuan.
16. Walau siapa atau di mana makmal yang menguji, jika sampel yang dihantar adalah sampel yang tidak dicampur bahan terlarang, maka keputusannya akan sentiasa bagus. Hanya serbuan dan rampasan sahaja yang dapat membuktikan bahawa pengilang melakukan unsur penipuan di dalam produk yang dikilangkan kerana mereka tidak akan berpeluang untuk menyorok atau ‘menghilang’ kan sementara barangan itu. Tiada pengusaha yang sebegitu bodoh untuk memberikan sampel yang dah tau salah untuk diuji. Ingat, tiada dalam sejarah, serbuan dilakukan dengan cara menghantar dahulu notis kepada pihak yang hendak diserbu. Melainkan operasi atau tindakan itu bocor kepada pihak yang hendak diserbu, selebihnya, mereka perlu menjawab di mahkamah.
17. Ada yang memberikan bukti sijil akuan makmal yang bertarikh hampir setahun lalu, sedangkan ada pula yang berkata, setiap enam bulan sekali perlu di uji Dan jika tarikh itu bertarikh semalampun, ia masih tetap boleh diragui kerana sijil-sijil itu hanya untuk tujuan testimoni iaitu hanya sampel terpilih sahaja yang dihantar untuk diuji. Jadi, kepada yang mempertahankan ketidakwajaran Kementerian Kesihatan melakukan serbuan, sila fikirkan semula apa bezanya serbuan, lawatan, pemeriksaan. Mungkin keputusan makmal adalah betul, tiada kandungan yang dilarang, tetapi, hakikatnya, itukah yang dijual kepada pengguna?
18. Bukan tugas saya ketika itu mendapatkan penjelasan dari pengilang. Saya bukan berurusan menyertai operasi dengan pengedar. Ingat, serbuan ini adalah terhadap pengilang. Anda kena lihat perspektif saya, bahawa saya tidak peduli apa itu syarikat ABC, syarikat XGT yang mengedar. Fokus saya ialah serbuan terhadap kilang. Setelah laporan disiarkan, anda sebagai ‘pelabur’ yang sepatutnya mendapatkan penjelasan dari syarikat.
19. Tiada istilah goji palsu yang menyebabkan ianya dijual murah di pasaran. Ia adalah goji yang sama dari dua kilang yang hanya terletak bersebelahan (belakang). Harga yang murah kerana ia dihasilkan dengan kilang haram yang tidak memerlukan apa-apa kos tambahan atau spesifikasi yang perlu dipatuhi. Cukup hanya dua pekerja, sebuah mesin pengisar/pengadun, dan mesin pembungkus. Selebihnya, anda lihat sendiri.
20. Jika produk telah berada 20 tahun di pasaranpun, jika akhirnya di tahun ke 21 pengusaha hendak melakukan penipuan, siapa yang mampu melarangnya ? Siapa yang akan buat aduan? Siapa yang akan melakukan serbuan?
21. Goji, bagi kebanyakan orang yang ‘pakar’ mereka mengetahuinya seperti anda semua. Tiada yang salah dengan goji itu, malah anda nak makan banyak manapun, tiada siapa melarang.
22. Mungkin serbuk ngoji yang anda beli bulan lepas, tiada kandungan terlarang, tetapi apa jadi dengan serbuk goji yang dibuat minggu lepas? Maka, itulah serbuan yang dilakukan , yang semata-mata untuk melindungi anda dan bukan untuk menganiaya anda.
23. Kepada yang masih mempertikaikan ketelusan Kementerian Kesihatan dan mendakwa rasuah serta tidak mempercayai akan tindakan yang dilakukan, kita tunggulah hasilnya dari kertas siasatan dan pendakwaan yang bakal dilakukan. Sebab itulah SERBUAN dilakukan. Saya sebenarnya amat simpati dengan anda yang tidak memahami erti SERBUAN. Ada yang anggap ia sebagai sabotaj, sedangkan anda kena fikir, siapakah yang sabotaj siapa. Adakah pengusaha yang sabotaj anda dengan menipu anda selama ini? Adakah anda fikirkan semua itu? Kesannya mungkin tidak nampak atau rasa di waktu terdekat, tetapi ingat, ia secara perlahan-lahan.
24. Dalam peperangan, politik atau perniagaan, ada strategi dipanggil Reverse psychology iaitu meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk melindungi kesalahan yang dilakukan. Maka itulah yang berlaku kepada beberapa komen yang secara terang, cuba mmpertahankan apa yang mereka sudah tahu sebenarnya.
25. Kandungan sildenafil, walaupun dengan kuantiti amat sedikit, adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang negara kerana penggunaan sildenafil bukan dengan sewenang-wenang, dan perlu mendapatkan nasihat doktor dan dos tertentu tertakluk di bawah Akta Racun 1952.
26. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan pada 22 Jun 2008 telah mengharamkan penggunaan sildenafil yang diklasifikasikan sebagai racun berjadual di dalam kandungan ubatan traditional atau apa jua makanan kesihatan.
27. Bagaimanapun masalah timbul apabila sildenafil tidak diistiharkan sebagai sebahagian kandungan di dalam apa yang didakwa sebagai produk herba. Ia berlaku apabila sildenafil dicampur bersama produk dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna. Maka tanpa penguatkuasaan yang tegas dan serbuan mengejut, maka perkara ini akan tetap berlaku.
28. Untuk maklumat lanjut mengenai sildenafil, anda boleh rujuk sendiri di pelbagai laman web, seperti: http://en.wikipedia.org/wiki/Viagra
29. Kepada ‘anon-anon’ yang berlindung di sebalik tanpa identiti dan membidas tak tentu pasal, anda tolong berhati-hati ketika memberi komen, Saya tidak perlukan komen-komen yang berunsurkan perasaan atau pemikiran yang tiada berkaitan. Hujah-hujah yang merujuk seperti perkataan sabotaj, rasuah, sila kemukakan bukti. Jangan pandai bercakap, seperti ini blog politik. Ini blog di tempat kejadian. Jika anda dapat ambil foto seseorang penguatkuasa diberi rasuah, boleh hubungi saya. Saya akan usahakan unuk disiarkan di semua media yang ada di negara ini. Takde masalah. Ingat, ini bukan blog politk.
30. Ada komen yang dah dijawab oleh pembaca lain, maka tak perlu saya ulas lagi.
31. Jangan ajar saya untuk menjawab bagi pihak Kementerian Kesihatan. Mereka yang akan menjawab. Mereka jalankan tugas, dan saya juga jalankan tugas saya ketika itu. Seperti produk yang baru diumumkan baru-baru ini yang mengandungi bahan terlarang oleh Kementerian Kesihatan, maka Insya-Allah perkara yang sama akan dilakukan juga nanti. Untuk menyelesaikannya, bukan siap dalam sehari, dua hari.
32. Tentang laporan media yang menyebut nama produk dan syarikat yang diharamkan dan mengapa tidak dalam kes ini- ini kerana kes itu telah selesai dan lengkap tanpa cacat cela untuk memungkinkan Kementerian Kesihatan membuat kenyataan rasmi. Dalam kes ini, berita media melaporkan mengenai serbuan itu dan sebagai tanggungjawab bersama, tiada nama produk diumumkan walaupun mereka boleh berbuat demikian. Manakala di dalam blog ini juga, tiada nama khusus produk atau nama syarikat saya umumkan walaupun saya juga boleh lakukannya.Hanya perkataan goji tanpa merujuk nama khas kepada produk terbabit.Ingat, goji adalah satu nama umum bagi buah goji yang bukan berasal dari Malaysia.
33. Oleh itu, kepada anda yang beria-ia sangat nak menegakkan bukti anda, anda simpan dulu bukti-bukti itu untuk membantu syarikat yang memayungi anda selama ini.Jika itu dapat membantu anda dan syarikat itu, silakanlah lakukannya. Tiada siapa yang melarang. Masukkan sekali bukti rasuah yang anda nyatakan itu berserta dengan bukti sabotaj itu. Kemudian anda boleh minta saya buat ‘coverage’.
34. Tugas saya bukan setakat goji ini, sebab bagi saya, serbuan itu hanyalah sebahagian rutin saya, dan tiada apa yang pelik dengan serbuan itu, kerana saya sudah berdepan dengan banyak serbuan sebelum ini, dengan kegiatan yang hampir sama kecuali syarikat dan produk yang berlainan.
35. Saya akan membuat artikel mengenai modus-operandi atau taktik-taktik syarikat yang pernah diserbu dan dikenakan tindakan oleh pihak seperti Kementerian Kesihatan, JAKIM, KPDN-HEP serta tips dan panduan bagaimana untuk mengetahui ketulenan sesuatu AJL dan apa yang mereka buat sebenarnya.
36. Last but not least – jangan emotional, hidup dalam realiti, jangan hanya fikir diri sendiri sahaja yang betul, sesekali isikan di dalam hati, untuk menerima kenyataan dan hakikat. Jangan hanya tahu menyalahkan pihak lain, sedangkan anda tidak semestinya berada di pihak yang betul. Jika keputusan rasmi dah dikeluarkan nanti, bolehlah belanja saya makan buah goji, bukan serbuk goji…
Link berkaitan:








pergghh
panjang nyerr
haha kalau ada lagi yang tak paham x tau la
Syndrome of denial terbawak bawak sampai ke bidang bisnes juga.
Well done bro.
Kesot Kesot
hehehe..bagos bro..
sape yg xreti bhs melayu tuh boleh la minta tlg sesapa bacekan..cari org yg pandai bhs mlayu ek..mane tau kang tukang bace pon same mengong.. hehe
Kah kah kah kah kah kah.. inilah pertama kali aku jumpa orang paling bodoh, bahalol, bodoh, gampang, dan secara terang menyundalkan realiti demi kepentingan diri.
Aku baru ada kesempatan membaca entry pasal serbuan goji tu. Aku gelak berguling guling. Suruh budak bodoh, jahil dan gampang serta jelas menyundalkan diri dia demi produk itu untuk saman TV3 dan Harian Metro kerana melaporkan cerita yang tak benar. Kah kah kah kah kah…
Seriously bro, confirm budak tak abis belajar, lepas tu jual goji dan tetiba masuk tv DIPERCAYAI DICAMPURKAN DENGAN BAHAN TERLARANG. Paham tak? Hahahahah.. bodohnya… aku nak panggil dia apa pun aku tak tau, nama pun takder, so takper, aku panggil dia PENJUAL SUNDAL. Sebab berjaya menyundalkan realiti kerana duit.
Hahahaha..
Dan ada satu lagi, ada satu comment berbahasa Inggeris, aku tergelak gila babi baca, itu kalau suruh anak sedara aku pun tergelak. Bahasa lintang pukang.. grammar out, pastu nak tulis dalam bahasa Inggeris. Kalaulah dia baca comment aku ni, aku nak tanya, adakah kau ni orang Nigeria yang selalu datang jual jam kat aku tetapi sekarang jual goji? Patutlah dah lama tak nampak.. lols lols lols..
Sebab tu aku cakap, banyak MLM kat Malaysia ni penuh dengan dusta nestapa. Hahahaha.. Ada yang betul, tapi BANYAK yang tak betul.
Yang orang Malaysia ni pulak pun satu, especially jantan jantan ni semua, nak kuat macam mana lagi dah? Kalau dah tahap enjin kancil, korang nak power macam BMW, rosaklah piston. Hahahahah.. bodoh. Yang jual pun bodoh, yang beli pun bodoh, so sesama bodoh.
Dan aku baca juga, ada sang isteri mengadu laki dia sesak nafas selepas makan goji tu.. hahahah.. first sebab ada bahan terlarang, kedua, terperanjat 'anu' tak turun turun kot. hahahahahahah… gampangggggg…
Sorrylah bro, aku macam teruja nak menulis. Hari ni banyak sangat assignment yang memerlukan aku memplastikkan senyumanku. Hahahahah…
Lastly, hidup Roji <– ni nama kawan aku di Batu Pahat, staff reporter. Aku suka dia. lols.
Lepas ni siapa pun tak boleh belanja penulis minum serbuk kopi. Kena makan biji kopi saja. Apa-apa saja yang dah diproses jadi serbuk tak boleh makan. Kena cari yang asal samada dalam bentuk buah, biji atau akar atau daun sahaja.
penulis menulis sekadar berkongsi info dengan pembaca. sepatutnya pembaca bersyukur dapat info berkenaan goji yg dicampur bahan terlarang ni sehingga dirampas.
sudah2lah menyalahkan penulis. kalau rasa nak sihat tak payah makan lagi…. dan jangan komen lagi. kalau nak tanggung akibat dr kesan penggunaan campuran bahan terlarang, sila la makan lagi dan lagi… tp tak payah la nak komen atau salahkan orang lain yg bermurah hati berkongsi info.
NAK HIDUP SIHAT ATAU NAK MATI CEPAT ADALAH PILIHAN MANUSIA ITU SENDIRI…..
Org dulu2 sihat dan kuat sebab suka makan yang asli2. bukan yang dah diproses jadi serbuk ni..mcm tu juga org china, cina ni terkenal dengan herba2 aslinya..bukan serbuk herba..hehe. Sapa yg nak lagi power pegi la amik akar tongkat ali, pas tu tumbuk2 utk keluarkan bisa dan buat sup…hihi. tp pahit sket la..kompom x leh tido…tp rasanya lg selamat dari segi bahan kimianya. Tp org putih kata lagi pahit lagi ‘kau’. Klu bahan kimia ni time muda2 mungkin kita x nampak kesan, tp bila dah tua nt lagi nampak la kesanya.
susah nak bagi orang taksub ni faham sebenarnya bro…
macam politik jugak la…huhuhu
aku nak tanya la..
serbuk2 yang diproses ni bahaya sangat ek?
sbb aku ada jugak minum dr serbuk organik dr produk MELILEA..
boleh sesapa bgtau tak yang produk ni ada masukkan “benda2″ terlarang??
*aku serius tanya nih..tolong sesapa jawab taw?
@Rika Hasriana, Secara soriousnya jg, tahap kebahayaan serbuk2 ni sebenarnya bergantung dengan bahan dan kandungan yang dicampur. Kalau bahan yang dicampur melebihi perskripsi doktor atau sukatannya melebihi yang sepatutnya boleh jadi bahaya…mcm overdose jugak la. tapi sebaik-baiknya Rika carik la serbuk yang disahkan oleh KKM dan Halal dari JAKIM. Selamat…
Rika, tak boleh minum segala jenis serbuk yg diproses. Itulah yg saya faham dari posting di atas. Kopi tak boleh minum sebab dah diproses dari biji kopi. Nescafe pun tak boleh sebab dah diproses dari biji kopi dan bahan lain. Milo pun tak boleh sebab dah diproses dari buah koko. Pelbagai lagilah contoh-contoh yg tak boleh…
hamdan- saya rasa anda perlu belajar Bahasa Malaysia lebih mendalam. Tiada ayat yg penulis memberitahu tentang tak boleh minum segala serbuk yang diproses. maknanya pemahaman anda begitu cetek dan anda perlu belajar lagi. Berita ini hal rampasan makanan kesihatan. Nescafe, Milo bukan kategori itu. nak kata bodoh, saya rasa sesuai lah tu. panjang lebar dihuraikan, tapi masih tak faham, tak dapatlah nak menolong lagi. Jangan buat sesuatu komen yang menjurus kepada memutarbelitkan fakta yg dah sedia ada kerana kebodohan anda. Tolong baca dgn teliti entry ini. Saya sendiri dah baca sekali, faham apa maksud penulis. Inilah manusia-manusia yang bertopengkan kononnya tahu, tetapu rupanya hidup hasil memutarbelitkan fakta. itulah baghal namanya.
Yeob Ginseng, Biaq la depa kalau tak nak dengar cakap. Kalau degil juga samada ‘overdose’ atau tak pun ‘overdie’ terus la.
Bro Sham
Aku tengok yang membidas tu kebanyakkannya nak tunjuk pandai.
Walhal kita dah Grade Master Degree, depa tu baru je masuk sekolah menengah.
Apa pun, aku tetap suka dengan ‘Berita beranalisa’ dari brother.
Kita bukan bodoh dan bukan otak short form (menurut kajian, orang yang suka mengeja short form dalam komputer contohnya: ‘i x sk mkn ns sb x a lk pds’
(tah hapa benda dia nak tulis sebenarnya ni???? sampai hari ni aku tak faham – faham, walau pun aku ni seorang Master Degree Graduate…)
Orang yang suka mengeja short, aqalnya pendek, bila aqalnya pendek dia suka menghentam dan membidas membabi buta tanpa membuat kajian seperti yang Bro Sham selalu lakukan.
Akhr kata, tulisan datang daripada hati dan aqal. Jika bagus komen pembaca di sini maka, baguslah hati dan aqalnya, jika bodoh komennya, maka memang pembaca blog ini adalah bodoh.
Nota: Bukan nak menunjuk saya ada Master Degreee, tapi kena tunjukkan yang kita dah berjaya ke tahap itu. Kebanggaan Malaysia. he he he he he
bro semua, semua bisnes kalau kene kacau mesti in the state on denial… biasa laa… MLM ni lebih byk menipu dari yg betul… cara paling senang nak tarik orang, sex enhancement health products… ptui… gi mampos lah…
yeob ginseng… biasa la orang baca dengan hidung, mana nak faham… biaq pi depa makan byk2… saya peduli apa… kalau approach saya, saya kata gi mampos saja…
aku dah agak lama dgr produk goji guarana ni sbb abang ipar aku minum. dia kata produk ni mmg best, nak tau kena try. aku masa tu tak amik port sgt. lepas tu aku dgr wife aku citer staff2 lelaki opis dia dok sibuk promote produk ni.. masing2 mcm teruja la dgn kehebatan produk ni. pulak baru2 ni opismate aku, pompuan, dia tanya ko taknak minum goji ke? aku yg selama ni byk dgr citer je ckp la mintak la sampel 1, dia pun bwkkan. aku try, mmg la effect dia, anu tu jd power. actually aku pernah try viagra (yg ori beli dr farmasi dgn yg kat chow kit pun pernah), cialis, pronoton, pastu ada satu lagi produk mayfirst yg serbuk gak tu mcm eno tu… sumer tu jenis2 yg kuatkan batin la. dan bile minum goji ni, effectnya sama mcm amik bende2 yg aku mention tu. rasa mcm heartbeat laju sket (pump darah xtra), pastu rasa pernafasan mcm agak sempit, body temp akan rasa suam2 sket, yg pastinya anu tu mmg akan jd keras, meskipun tanpa apa2 ransangan. aku wondering jugak, takut ada bahan yg sama mcm dlm pronoton tu. masa aku terfikir tu aku x ingat nama dia sildenafil. tapi aku beli gak la beberapa paket lepas try tu. aku biasa minum belah pagi kat opis. so biasanya dlm sejam lepas minum anu akan naik. kdg2 rasa x selesa la pulak sbb kat opis kan. then hari ni, hari aku taip komen ni, aku dpt emel fwd dari member psl serbuan ni la. thanks la kat member aku tu, esp kat sape org yg buat coverage ni.
maybe ada yg baca komen aku ni kata eh, takdelah, aku minum takde rasa mcm org ni citer pun, aku minum rasa sihat aje, cergas. yelah, maybe ko minum paket yg btol2 clean, paket yg sama yg dihantar ke makmal (yg ada mamat tu siap kasi url ke ape tah tunjuk bukti ujian makmal). maybe yg aku minum batch paket yg ada sildenafil. who knows.
kpd yg ignorant tu, biarle, buat sakit ati je argue dgn org mcm tu kat internet ni. kesian jugak dgn derang ni sebenarnya. kalo aku pun terlibat dlm MLM ni sure melatah gak, yg penting jgn emo. jgn lepas baca tros reply comments, survey dulu, kwn aku haikal selalu pesan, jgn emosional, bile ko emo, ko akan jadi bodoh. yg kata house tu pun satu, siap speaking. ko ingat bile nama kilang ni kena bangunan besar mcm kilang motorola, kilang proton ke? ada kilang2 kecil, yg shoplot je, ada yg sederhana, ada yg besar. tgk, kan dah nampakkan kebodohan. pastu speaking konon nak nampak educated la kan… hehehe. oklah, oklah… byk plak aku membebel.
so, ada lagi 3 peket tu sape nak minum….? aku abiskan aje la.
ish..ishh..aku ade jual goji kering yang organik.bkn serbuk tau..original goji.lg power dan halal.tkde campur bahn pengawet @ terlarang.100% bersih..tak payah korang susah2 nk beli goji guarana tu..perggh..sepeket pun mahal beb…
Assalammualaikum! aqu sjer nak tumpang sekaki, sebab tak suker org yg suker ambik kesempatan nak kaya dan senang dengan menjual produk yg leh mudaratkan org lain.aqu dulu pon haus tapak kasut, jln satu Malaysia jadi salesman tp kalu boleh dlm aty tak terfikir nk jual barang asal barang jadi duit. Kena pikir dlm pale otak kiter kalau kiter sendiri nak sumer yg baik2 untuk diri sendiri gitu jgerler ngan org lain,iaitu kastemer kiter.kalu kita dah terjual brg yg x baik at leh mudaratkan camner nak tarik balik.lebih baik pikir dulu sblm nak jual atau kaji halus2 dulu sblm nak jual, tapi kalu dah buat camtu kemd terkena juger itu bukan salah kiter lgpon Allah tahu keikhlasan hati kiter.kalu mser tu org marah dan pukul kiter pon blh jadi Allah leh selamatkan kiter, kalu kiter mati kena pukul pon dalam kubor kita selamat lg,sebab Allah lbh mengatahui.Hal ni pernah berlaku mser aqu jual brg kat Kedah. Niat aqu baik tapi sorang pakcik ni baran org nyer.Dier marah dan kejar aku ngan parang.Aqu lari dan nasib baik tak masuk dlm perdu limau, memang aku dah selamat tapi aku pyer kasut yg harga ratus ringgit dah tertinggal kat pintu masuk umah pakcik tu. AQU PON BERDOA DAN MOHON AALLAH KEMBALIKAN MILIK AKU KERANA AKU TAK BERNIAT NAK NANYA ORG LAIN. DENGAN TAK DISANGKA2 PAKCIK TU BALING KASUT TU KAT AKU. Aku ingat dia nak baling parang tapi itulah bukti Allah Maha Mengatahui segala-galanya.JAGALAH HUBUNGAN KITA DGN ALLAH DAN HUBUNGAN KITA NGAN MANUSIA.