Celcom – APa Dah Jadi?

MALAYSIA
Apa dah jadi?
Dan bukan sedikit manusia yang terjejas samada secara totalnya kritikal atau juga parah apabila talian Celcom dua hari lalu selama 2 hari out.
Bayangkan impaknya yang berlaku kepada pengguna talian ini, dan bayangkan betapa celarunya hari raya tahun ini disambut dengan kenyataan oleh Celcom mengenai masalah yang dihadapi.
Sebenarnya, alasan yang diberi, tak boleh diterima akal yang sihat ini kerana ianya sebenarnya melambangkan betapa lemahnya organisasi yang dikatakan gah ini.
Mungkin saya tak perlu cerita banyak, tetapi yang pasti, telco Maxis dan Digi mendapat menafaat yang amat besar dan sekaligus menjatuhkan martabat dan maruah Celcom ditahap paling bawah pernah dialaminya.
Jika di luar negara, beberapa perkara ini mungkin berlaku:
samada:
-CEO atau pengurusan tertinggi meletakkan jawatan
- pengguna diberi rebat atau seumpamanya
- pengguna akan menyaman telco terbabit dengan angka mungkin mencecah berbillion dollar.
Talian telefon bimbit bukan sekadar untuk bercakap, berbual, tetapi ianya kini telah menjadi benar-benar talian hayat kepada pengguna.
Entahle…bengang tak habis lagi ni.
Untuk membaca luahan yang lebih terperinci, dan dengan huraian dan hujahnya sekali mengenai tragedi Celcom ini, sila lawati ini disamping mendapat gula-gula percuma…
======================================================
Update: 27 Sept 2009
Sejak malam tadi, talian Celcom saya masih bermasalah, dan oleh kerana saya ingatkan hp buruk saya yang bermasalah, maka saya tukar kepada hp jenama lain. Sama: takde line, Emergency.
Ok, mungkin SIM kad saya ada masalah (019), maka saya aktifkan satu lagi SIM kad 013 yang jarang-jarang saya gunakan.
Sama: Emergency…
Untuk disalahkan kesesakan talian, dah tak boleh terima, kerana Hari Raya sudahpun berlaku 6 hari, jadi, sebenarnya, apakah masalahnya yang sebenarnya…
Akhirnya talian saya ok semula kira-kira jam 2 pagi tadi.
Dan seperti biasa, bertalu-talu mesej panggilan tak berjawab dan puluhan sms baru masuk dan ada yang dah basi pun baru masuk…
Apalah malangnya…

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2009.09.26 13:55, ...rux... menulis:

    CELCOM = SAMPAH

    • Pada 2009.09.26 15:20, xen menulis:

      nak buat macam mana
      kita pengguna jew. nasib baik aku guna max n celcom.. kalau x mampuih aku kat tgh pekan ipoh tu nak tepon orang..
      giler.. aku hampir xdapat g maen futsal malam tu, hmpir sesat mencari orang dgn minyak kete nak abih.
      segalanya kerana CELCOM!!!!

      • Pada 2009.09.26 15:55, fADzly (wAK) menulis:

        betul tu..
        alasan yg x diterima akal..
        sy betul2 sakit ati bila celcom down tempoh hari..
        3 jam perjalanan ke Perak jd sia2 gara2 celcom buat hal..

        • Pada 2009.09.27 01:32, Anonymous menulis:

          bkn celcom, tp SENGALcom

          • Pada 2009.09.27 05:25, Anonymous menulis:

            tak der line? pakai elok ajer … erm .. x paham

            • Pada 2009.09.27 14:12, ondscene menulis:

              rux- kena daftar dalam kamus tu…

              xen- tu belum lagi sampai bergaduh laki bini, temujanji yg terbatal, sesat yang tak jumpa2…betapa tragedi ini tak sepatutnya berlaku…

              wak-kena listkan apa kerugian wak sebab tragedi ni, then kemukakan tuntutan pada celcom..yg akhirnya, kita tak dapat apapun…

              anon- betul…

              anon- hang belum kena turn kot…

              • Pada 2009.09.27 15:31, Deqna menulis:

                aku pengguna celcom..dulu mengagung2 kan celcom nie..tapi sekarang nie..aku rasa nak buat sim kad sendiri jer…hampeh celcom..macam cipan…..

                • Pada 2009.09.27 23:26, Ahmad Nor Azlie Bin Ramli menulis:

                  alah korang ni semua tidak boleh terima kekurangan, mana2 operator sama je, kalu pun susah guna la operator oversea lagi bagus kan.

                  MAxis – India punya
                  Digi – Cina punya (plus Dutch)
                  Celcom – dah korang claim sampah so aper citer (initially Malay company)

                  their reason sebab overcapacity mmg munasabah seba pengguna too many, each server at each station has limitation and capacity to handle sms and call. Macam orang gak ada limitation utk bersabar, bila hilang sabar meletop la marah kan (like few others above)

                  Apa pun nama pun manusia jadi adalah kekurangannya, ciptaan manusia bukan lah sempurna jadi ada sedikit kekurangan itu kita kene tolak ansur. Marah marah jugak tp bila sudah ada langkah dr mereka walaupun pada anda alasan tidak boleh diterima namun ia dilihat satu inisiatif utk melegakan pengguna.

                  Tak puass hati migrate pi nombo lain mudah kan

                  Selamat ari raye

                  • Pada 2009.09.28 05:20, Anonymous menulis:

                    saya x menyokong mana mana pihak cuma rasa pelik kalau 'awak' dah tahu pekerjaan awak tu penting, dan bergantung sangat-sangat pd handfon knp x melabur sj lebih sedikit guna line spare. xpun kan sekarang ni prepaid segera pun murah je. x perlu lah nk marah2 memaki2 menyaman bagai. selamat hari raya, maaf zahir batin.

                    • Pada 2009.09.28 19:10, ujang menulis:

                      bye bye celcom.. digi always the smarter choice…

                      • Pada 2009.09.30 01:13, ?Ms Yuki? menulis:

                        sabarlah..
                        x baik memaki..
                        x kira negara mana, mereka telah menyumbang n beri perkhidmatan kat korang..

                        Appreciate lah buatan Malaysia.
                        Belia zaman sekarang ni…… ntahlah belia2 zaman ini…

                        You must be logged in to post a comment.