Reality in Real Life

Diskaun Tol -Penjelasan PLUS

Rupa-rupanya entry saya di bawah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Terimakasih banyak-banyak atas penjelasan panjang lebar yang diberikan yang saya jangkakan adalah kakitangan PLUS sendiri.

Saya sendiri tidak menyangka, entry di dalam blog ini mendapat perhatian pihak terbabit sehingga mereka memberikan penjelasan yang amat lengkap itu.

Sebenarnya, apa yang saya utarakan adalah suara hati pengguna lebuhraya.

Ia bukan mewakili saya seorang atau beberapa orang, tetapi pengguna lain yang setia menggunakan lebuhraya samada mereka rela , terpaksa atau memang keperluan untuk menggunakannya.

Sebab itu entry saya bertajuk ‘Berapa Peratuskah…’, iaitu pertanyaan berbentuk soalan umum tanpa mempertikaikan kewajaran memberikan diskaun itu.

Saya rasa, entry saya itu tidak sesekali bagi memberikan gambaran atau cuba memesongkan niat murni pihak PLUS.

Tetapi, ianya adalah sebagai pertanyaan yang sudah lama bermain di dalam kepala, cuma pengguna tiada jawapan yang selengkap ini.

Sebab itu, entry saya menyebut, pengiraan matematik yang mudah digunakan dalam kaedah pengiraan diskaun yang mana mungkin pelajar sekolah rendahpun akan bertanya kepada ibu bapanya yang tak mungkin dapat dijawab oleh mereka.

Saya tiada data lengkap atau menyeluruh, siapakah pembaca blog saya ini.

Tetapi, sekurang-kurangnya kedua-dua pihak, pengguna dan PLUS ada ruang untuk menjelaskannya kerana dari mereka tertanya-tanya perkara yang mungkin bagi pihak PLUS, amat remeh, maka terpulanglah pula pada pengguna.

Pendekatan pengguna amat mudah. Jika 10 peratus, maka 10 peratuslah yang mereka mahu kerana mereka membayar yang ada ketikanya, mereka juga perlu jawapan PLUS akan banyak perkara.

Bagi pihak PLUS, walau apapun penjelasan yang diberikan, mampukah maklumat itu sampai dan difahami atau diterima sepenuhnya oleh pengguna?

Pernahkah PLUS memikirkan jalan penyelesaian terbaik, ketika di dalam lebuhraya, amatlah selesa, tetapi sebaik keluar dari plaza tol, kesesakan yang amat kronik, sedangkan laluan itu masih dalam laluan penyelenggaran PLUS.

Adakah pengguna rasa berbaloi membayar dengan harga yang dikenakan, atau adakah benar, melalui lebuhraya boleh sampai cepat ke destinasi, sedangkan, di luar plaza tol, sesak, padat?

Dicadangkan, perlu ada zon penampan/buffer zone, yang memisahkan kesesakan laluan lebuhraya itu dengan jalan persekutuan.

PLUS akan memberikan jawapan, bahawa kesesakan lepas keluar tol adalah akibat sesak yang dah sedia ada dari jalan persekutuan.

Tetapi tahukah anda, bahawa kesesakan itu akibat ‘bottle-neck’ selepas plaza tol, kerana bayangkan, dari kira-kira 10 lorong keluar plaza tol, kemudian terus mengecil kepada 2 atau 3 lorong.

Pihak jurutera PLUS seharusnya cari jalan penyelesaian akan masalah yang selama ini menjadi mimpi buruk pengguna jalanraya.

Sebenarnya, isu 10 peratus itu, hanyalah sebahagian dari apa yang terlintas di fikiran pengguna.

Ianya amat kecil untuk dijadikan isu negara, kerana tidak akan ada pengguna yang pedulikan fakta matematik yang diberikan.

Pengguna tidak boleh dipaksa untuk menghafal dari mana kiraan lebuhraya itu bermula, atau berapakah kilometer yang tepat mereka lalui.

Apa yang mereka tahu, sebaik memasuki Plaza tol, maka mereka dah berada di dalam kawasan lebuhraya dan apabila hendak membayar tol, mereka terpaksa berbaris panjang.

Apa yang mereka mahu dan jangkakan, jika guna lebuhraya, maka akan mempercepatkan perjalanan.

Itu belum lagi jika berlaku kemalangan, yang menyebabkan kadang-kadang laluan jadi lumpuh.

Belum lagi fakta tiadanya pasukan tindak-cepat PLUS yang sepatutnya turut mengandungi pasukan perubatan/ambulan/penyelamat.

PLUS tidak boleh mengharapkan sepenuhnya ambulan/pasukan penyelamat dari luar lebuhraya.

Ambulan/anggota bomba sepatutnya menumpukan pada laluan persekutuan yang lebih memerlukan yang sekaligus mungkin menafikan hak pengguna di luar lebuhraya.

Pengguna membayar menggunakan lebuhraya, dan bayaran itu sepatutnya ditimbal balas dengan perkhidmatan yang cekap dan cepat serta nilai kemanusiaan.

Sudah tiba masanya pihak PLUS mempunyai ambulan sendiri, pasukan penyelamat yang mungkin menggunakan kenderaan penyelamat kecil dengan anggota terlatih.

Ini kerana pihak anda yang mendapat maklumat pertama akan sesuatu kes di lebuhraya anda, menjadikan anda sebagai first-responder.

Apalah gunakanya jika yang sampai dahulu adalah polis bantuan anda, dan Propel yang hanya mampu melihat mangsa tersepit, cedera parah, kemudian mengawal lalu-lintas.

Sedangkan kelebihan ada di pihak anda untuk membantu mangsa sebagai first-responder.

Bantuan dari luar, seharusnya sebagai pasukan ‘back-up’ akan kes-kes kecemasan tersebut.

Saya rasa, pihak Kementerian Kesihatan, atau Bomba dan Penyelamat atau Jabatan Pertahanan Awam, amat berbesar hati dapat melatih kakitangan PLUS dalam mengendalikan kes-kes sebegini sebelum mereka tiba memberikan bantuan sokongan.

Contoh paling klasik dalam hal ini, kemalangan yang akhirnya membawa maut kepada seorang penunggang motosikal setelah lebih sejam ambulan baru tiba pada 23 Oktober 2008

Kemalangan di susur Subang, sedangkan dalam ‘peta’ panggilan 999, ambulan dalam jagaan mereka adalah dari Hospital Sg Buloh, satu jarak yang sangat jauh dan tidak praktikal.

Sebabnya? Kerana PLUS terlalu bergantung kepada pihak luar untuk kes yang berlaku di dalam kawasan seliaan mereka.

http://ondscene.my/2008/10/23/lebih-sejam-menanti-ambulan-akhirnya-mangsa-kemalangan-menemui-ajal/

Oleh itu, PLUS harus memikirkan, adakah berbaloi sebenarnya wang yang pengguna keluarkan berbanding dengan apa yang mereka dapat?

PLUS harus sesekali menukarkan senario itu jika berlaku kepada mereka sebagai pengguna.

Berikut, kenyataan yang diberikan di dalam ruangan komen yang saya ‘copy-paste’ semula di sini.

Annuar Marzuki said…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sila lihat keadaan sebenar.

Cuba tgk harga sekilometer:sekarang 13.52 sen/kilometer13.52 sen selepas di diskaun 10% adalah 12.168 senJarak antara Sg Besi – Kajang adalah 7.6 kilometer.

Kalau tak tahu rujuk kepada .

maka harga sebenar sepatutnya dibayar adalah7.6 x 13.52sen = 102.752 sen atau RM1.00dan 92 sen utk selepas diskaun!

So kenapa bayar 80 sen lebih?

Sewaktu anda berjalan ke sungai besi anda telah melalui sebahagian jalan PLUS,yang jaraknya adalah 6KMMaka keseluruhan perjalanan adalah 13.6 KM

kalau didarabkan 13.6 KM x 13.52 = 183.872 sen atau bundar RM 1.80maka apabila didiskaunkan 13.6KM x 12.168 atau 12.17 sen = 165.512 sen atau nak senang RM1.65sen.

Tapi disebabkan 5 sen adalah agak sukar dan keseluruhan pembayaran dibundarkan kepada puluh yang hampir.

maka 1.65 sen = RM1.70.

Tapi nanti ramai cakap mana pergi 5 sen?

Disebabkan ini adalah diskaun daripada pihak Plus sendri, adalah wajar bagi mereka utk mendapatkan semula 4 sen yang telah hilang sewaktu tiada diskaun.

Antara lain juga tujuannya utk memudahkan pengguna.

Jelas sekali, ini merupakan hak plus kerana mereka yang memberikan diskaun kepada pengguna maka tertakluk kepada merekalah yang menentukan harga selaras dengan harga diskaun yang dipersetujui.

Begitu juga dengan bangi, jaraknya 14.2KM + 6 KM = 20.2KM.

harga tol 20.2km x 13.52sen/km = 273.104sen atau 273.10sen bundarkan jadi RM 2.70kalau diskaun pula 20.2KM x 12.17sen/km = 245.834 atau dibundarkan 246 sen atau RM 2.50.

Saya harap jelas. Diharapkan anda sebelum membuat kenyataan dapat merujuk kepada yang tahu dahulu, kerana persepsi sebegini adalah tidak baik kepada masyarakat.

Lihat sahaja komen diatas. Belom apa2 lagi, sudah dihentam.

Kami pihak plus menjalankan tugas kami setelus dan berintigrasi mungkin.

Ini soal amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kami dan kami sebaik mungkin menjalankan apa yang diamanahkan.

Jelas dari pihak Plus, berganding bahu dengan pihak kerajaan memudahkan rakyat adalah perkara yang serius.

Tidak ada satu pun konsesi selain kami memberikan diskaun selepas jam 12.00 malam dan kami tidak pun mengharapkan jasa baik budi terima kasih daripada pengguna kerana bagi kami, apalah salahnya kami menyumbang sedikit kepada masyarakat.

Tetapi, ini pula terjadi, masyarakat memandang serong terhadap niat murni kami.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak kami agar dapat lagi penjelasan yang sebenarnya. Sekian.

04 July, 2009 04:22

Annuar Marzuki said…

maaf, saya terlupa ingin masukkan jarak selepas tol. maka selepas itu, harga nya mungkin lagi lebih daripada apa yang diatas. Namun biasanya jarak2 ini tidak la mempengaruhi sangat kerana purata kebanyakan jarak selepas tol adalah sekitar 100 meter sahaja.

04 July, 2009 04:58

7 Comments

  1. Anonymous's Gravatar Anonymous
    13/07/2009    

    itu ari intevw org plus pgkt big bos… rupanya diorg ni takot nak kena intvw tv.. sampai gigil2. hilang seme idea.. gua jugak yg kena bagi idea apa patot diorg jwb .. lawak tol laaaa

  2. akira's Gravatar akira
    06/07/2009    

    betul tu semua,kadang2 nak cepat balik kerja nak elak jem kat LDP..

    tiba2 masuk tol di damansara jem teruk rasa menyesal plak masuk highway..
    tgk2 sebab xsiden sampai ambil masa 4 jam nak settle sedangkan di singapore 15 minit jer bantuan sampai.

    sama jugak waktu pagi keluar rumah di puchong sebelum subuh lagi tu sampai damansara jem teruk.

    menyesal keluar rumah awal sangat.

  3. ondscene's Gravatar ondscene
    06/07/2009    

    lanunlawak-kalau umumkan pun, apa yg kita boleh buat, sekadar guna kalkulator je lah kira untung. apa yg penting, timbal balas kepada pengguna supaya perkhidmatan itu, ada 'value for money'.

    anon – perkaran begini sepatutnya dah lama dilakukan.tapi, entahlah, tak tahulah apa halangan yg membuatkan mereka masih berdiam diri dan membiarkan ia hanya tinggal cadangan.
    Apa guna papan elektronik tulis besar2, yg ada tulis no tel bantuan tu. sepatutnya ianya menyeluruh, bukan hanya bantuan pada kereta habis minyak, rosak, tetapi juga bantuan kemanusiaan.

    dan mengenai jalan sesak tu,nanti akan ada penjelasan lain agaknya… tunggu…

    insan – saya setuju dgn pengalaman anda itu adalah sesuatu yg patut diambil kira. kerja2 naik taraf utk kemudahan di masa depan. itu biasanya slogan yg keluar. tatapi, siapa yg fikirkan masa depan itu? apa yg pengguna mahu, ialah ketika dan saat mereka tersekat dlm jem itu. mereka guna highway utk cepat, utk selamat, tapi, di masa dan saat yg amat memerlukan itu, mereka tersekat beberapa jam.
    Cadangan amat dialu2kan, semoga ada antaranya yg mendapat perhatian pihak lebuhraya…

  4. Insan Selalu Balik Kg Jauh's Gravatar Insan Selalu Balik Kg Jauh
    04/07/2009    

    Err…satu lagi…bila pihak PLUS baiki lebuhraya, yang mengakibatkan lebuhraya di tutup lorong, maka jam panjang…tak kisah la sebab untuk keselesaan masa depan…

    Tapi boleh tak masa tu pihak PLUS bagi diskaun untuk pengguna, tak kira siang atau malam, pasal kalau dah bayar tol penuh tapi slow sebab jalan tgh repair…maka hukumnya sama macam guna jalan tak bertol jugak kan…

    Serius, saya pernah kena dari tol Alor Setar (Selatan) ke Sungai Dua sampai 2 jam, sebab repair jalan kat area Pendang, maka jam panjang…

    Terima kasih, dan sori ye Bro Sham sebab guna ruang ni bagi cadangan kat PLUS…

  5. Anonymous's Gravatar Anonymous
    04/07/2009    

    ade betulnyer pihak plus perlu ade sendiri pasukan penyelemat yg tersendiri…jgnlah mengharapkan sgt pasukan penyelemat yg berada diluarkan kawasan highway….

    kepada en anuar marzuki,

    en telah berkata yg kami pengguna highway telah membayar untuk penggunaan highway sepanjang 6km selepas sg besi tol…tapi apa yg saya mahu katakan ialah…senario yg saya dpt setiap pagi selepas plaza tol sg besi…adelah jln persekutuan yg kesesekannyer amat teruk sekali….adekah kami wajar membayarnyer….atau pihak tuan boleh mengecualikan pembayarannyer semasa waktu puncak….???

  6. lanunlawak's Gravatar lanunlawak
    04/07/2009    

    jem kat tol ? kalau tak de tol, mesti takde jem .. kalau tak de jem, mesti takde tol..

  7. lanunlawak's Gravatar lanunlawak
    04/07/2009    

    boleh tak pihak plus war-warkan kutipan tol setiap hari di setiap pondok tol. dan kutipan yg disalur utk maintenance pun diberitahu. pengguna pun bijak gak, kalau dah tahu kutipan sikit atau tak untung, mereka pun tak kisah bagi "keep the change" .. derma sikit apa salahnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting