Encik Ni Siapa 2:Wartawan Jenayah Menyusahkan!!!
MALAYSIA
Akhirnya saya mendapat reply@komen entry ‘Encik Ni Siapa’ bertarikh 5 Februari 2009 yang datangnya dari seseorang di percayai dari Bank Negara Malaysia kerana IP addressnya beralamat di Bank Negara Malaysia.
Anonymous has left a new comment on your post “Encik Ni Siapa”:
Erm, just to let you know. Auxiliary Police, as per the ones mentioned working with Bank Negara Malaysia, are accorded with the SAME power as stipulated for the other ‘common’ (for lack of a more explanatory word) police.
As in the case of the auxiliary police with Bank Negara Malaysia, they are far more well trained in what they are supposed to do, than the other common policeman. Just 1 way for you to know, is to test them.
Since you did not transgress your boundaries, they did not too. (Kalau betui nak test, cubalah masuk BNM tengok berapa jauh boleh lepas…)
The above are observations from a person looking at things from a more bird’s-eye view.
Just my 2 cents.
Terima kasih.
Untuk makluman Anon yang enggan perkenalkan diri siapa dia sebenarnya, ingin saya jelaskan, bahawa kuasa PB tidak pernah saya pertikaikan.
Saya sendiri mempunyai ramai rakan yang bertugas sebagai PB di pelbagai agensi besar, kecik dan mereka saya hormat akan bidang tugas mereka.
Tetapi, di dalam kes kontena tersebut, anda sepatutnya tahu, kami wartawan juga menjalankan tugas, dan kami dah berdepan dengan ribuan kes yang lebih dasyat dari itu, sedangkan anda hanya bertugas di ruang lingkup kawasan anda sahaja.
Tidak semua tempat anda boleh gunakan ‘kuasa’ anda kerana anda perlu tahu had, batas anda sendiri yang mana anda tidak diajar selama ini (saya rasa).Hatta polis sendiri pun tidak boleh sebarang atau suka-suka hati menceroboh kediaman atau rumah anda jika tanpa waran atau sebab yang menasabah.
Tolong lah jangan buat andaian yang tidak masuk akal kerana anda seperti mencabar wartawan melakukan perkara yang menjurus kepada provokasi:
(Kalau betui nak test, cubalah masuk BNM tengok berapa jauh boleh lepas…):-)
Wartawan jenayah BUKAN PENJENAYAH. Jadi, apa maksud anda untuk test itu? Kami sendiripun takde sebab nak test sesiapa, dan bukan tugas kami untuk masuk ke dalam kawasan anda dan buat testing. Kami akan masuk jika dijemput.
Untuk makluman , biarlah saya terangkan senario yang dihadapi oleh wartawan ketika bertugas:
WARTAWAN AM/BISNES
1- Jikalah saya merupakan wartawan am/bisnes, sudah tentu kedatangan saya ke jemputan liputan, AMAT DIALU-ALUKAN, kerana kedatangan saya amat penting untuk membuat liputan majlis pelancaran atau sidang akhbar di premis anda. Kami akan disediakan goodies, sarapan, makan tengahari, lawatan dan bilik khas untuk sidang media. Jika diadakan di hotel, kami disambut bagai VVIP.
2. Tidak cukup di situ, jika ada tiket parking, kami diberi keistimewaan, parking percuma, atau parking disediakan khas untuk kami.
3. Tempat duduk kami juga disediakan ruang khas. Semua itu sudah saya lalui dan saya dah jelak dengan benda-benda tu semua. Dan Bank Negara juga saya pernah masuk membuat liputan sautu ketika dulu.
4. Nak tambah lagi? Sehari atau dua sebelum majlis, kami akan dihubungi oleh bahagian perhubungan awam bertanyakan samada kami datang atau tidak untuk coverage. Nak tau datang berapa orang, jam berapa sampai. Sampai begitu sekali harapan pihak yang menjemput.
5. Nak tau lagi? Pagi-pagi buta jam 8 -9 pagi, ada juga yang menelfon nak conformkan sekali lagi kedatangan kami hari itu. Kami wartawan, mudah sahaja, jika editorial meluluskan tugasan itu, kami pergi, jika tidak, takdela.
6. Penting sangat ke wartawan yang akan datang tu? Mungkin ye, mungkin tidak, kerana urusan ada yang dibuat melalui editor (yang tidak keluar ke tugasan itu). Tetapi yang akan mendapat layanan itu adalah kami yang pergi membuat liputan.
WARTAWAN JENAYAH
1. INILAH KUMPULAN WARTAWAN YANG PALING HAMPEH BAGI PIHAK MEMPUNYAI MASALAH WALAUPUN SEHARI SEBELUM ITU MEREKA MELAYAN BAGAI VVIP WARTAWAN YANG MEMBUAT LIPUTAN DI TEMPAT MEREKA.
2. Wartawan jenayah adalah satu panggilan nama am bagi wartawan yang membuat kerja-kerja yang kebanyakan wartawan lain tak sanggup buat. Dalam bahasa wartawan, biasa di panggil ‘CRIME’.
Tetapi ia lebih luas bidangnya dari hanya jenayah melibatkan rompak, bunuh, rogol, samun, kerana istilah ‘CRIME’ pada wartawan meliputi juga kemalangan, kebakaran, bencana alam, masalah-masalah rakyat, demonstrasi, piket, operasi dan macam-macam lagi yang tiada siapa yang beri goodies kepada kami kecuali lumpur, debu, percikan darah dan maki hamun.
3. Ada banyak senario dihadapi wartawan jenayah:
- Sidang media – mereka juga ada kalanya bernasib baik mendapat sarapan pagi, makan tengahari jika ada mana-mana balai polis ke, IPD, IPK buat sidang media. Semua disediakan, dari parking, bilik sidang media, makan-minum, press-release, dan jika ada polis buat pelancaran apa-apa ke, mungkin ada goodies.
- Rompak, bunuh etc – Wartawan setiap hari berdepan dengan pelbagai kes. Ada kematian melibat seorang, dua, tiga empat orang, dan polis akan membuat atau memasang tali kuning di sekeliling kawasan kejadian. Tujuan utama ialah supaya semua bahan bukti tidak dikacau ganggu oleh orang awam atau dialihkan atau teralih yang boleh menjejaskan siasatan. Ia juga sebagai penanda ruang kerja polis/forensik bertugas.
Tiada wartawan yang akan memasuki kawasan di dalam tali kuning kerana ia sebagai gangguan kepada polis bertugas. Tetapi ada keadaan di mana atas kuasa dan budi bicara OCPD atau pegawai bertugas, membenarkan wartawan masuk, tetapi dengan had/sempadan yang telah ditetapkan.
Kes berlaku di mana sahaja. Tepi jalan, tepi lombong, kawasan kondo, dalam rumah, dalam ladang kelapa sawit, dalam sungai.
Belum pernah terjadi dalam sejarah kewartawan, apabila ada polis (bukan polis bantuan) cuba menghalang atau menegah wartawan berada di luar kawasan tali kuning kerana mereka sendiri tahu, wartawan juga menjalankan tugas mereka. Laporan yang keluar di dalam media pada malamnya dan juga akhbar esoknya, adalah sebahagian dari dokumentasi akan tugas mereka. Lagipun, polis tak buat salahpun, sebab bukan mereka yang bunuh mangsa-mangsa itu!!!
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Liputan di kawasan kemalangan tempat kerjalah antara lokasi yang paling tidak digemari oleh wartawan. Bayangkan jika berlaku di dalam kawasan tapak pembinaan, tiada ruang langsung untuk kami mendapatkan visual/foto kerana biasanya ia dikelilingi oleh pagar/tembok dan hanya menunggu saat landrover polis keluar membawa mayat ke hospital.
Belum lagi pengawal-pengawal keselamatan yang sengaja menghalang mengambil gambar sedangkan kami berada di luar tapak pembinaan. Pengalaman berkelahi, bergaduh dan bertekak di lokasi ini, dah lali dilalui. Sedangkan sebulan sebelum itu, kami dilayan dengan baik ketika melakukan lawatan ke tapak pembinaan itu!!!
Banyak kes kemalangan di tempat kerja, pihak kontraktor atau pemaju seboleh mungkin akan menyorok/menyembunyikannya. Ini kerana akibatnya amat buruk kepada mereka. Samada lesen/kontrak mereka dibatalkan, atau pemberhentian kerja sehingga siasatan selesai.
Paling paling ditakuti ialah DOSH -Dept Of Safety n Health -Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.
Dan ada banyak kes yang terus berkubur begitu sahaja kerana tiada siapa yang tahu, apa yang berlaku di sebalik tembok/pagar tapak pembinaan itu.
Dalam kes di dalam entri saya itu, kemalangan berlaku ‘berhampiran’ projek Muzium dan galeri Seni’ milik Bank Negara Malaysia.
Beberapa fakta yang perlu diketahui:
1.Kren yang mengangkat barangan di dalam kontena, berada di dalam kawasan tapak pembinaan
2.Kontena berada di atas jalan, yang merupakan jalan awam.
3. Jalan kedua-dua hala ditutup ketika kenderaan Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan ambulan berada di lokasi.
4. Polis memasang tali kuning dalam jarak kira-kira dua meter mengelilingi kontena.
5. Ramai pekerja yang melihat kerja-kerja menyelamat dilakukan.
6. Biasanya, saya ulangi, biasanya – jika berlaku kes sebegini, kerja-kerja di tapak pembinaan di hentikan serta-merta. Walaupun mungkin alasan boleh diberikan, kejadian berlaku berhampiran tapak pembinaan, tetapi, barangan yang diturunkan adalah untuk kegunaan tapak pembinaan itu.
7. Mungkin andaian ia tiada kaitan dengan tapak pembinaan, maka kerja-kerja tetap diteruskan. Saya merasakan, ia satu keadaan yang agak janggal kerana, seolah-olah langsung tidak menghormati mangsa/mayat yang masih tersepit di dalam kontena.
8. Walau siapapun mangsanya, ia adalah melibatkan kematian. Biar siasatan menentukan siapa yang bersalah.
9. Dan lebih sedih, rakan-rakan mangsa (mangsa warga Bangladesh), diminta meneruskan kerja walaupun ada yang nak menengok keadaan rakan yang maut itu.
10. Saya beranggapan, sepatutnya, kerja-kerja di luar bangunan sepatutnya dihentikan sementara mayat dikeluarkan.
11. Saya juga mendapati, keadaan sekitar tepi jalan langsung tiada ciri-ciri keselamatan kerana banyak batang besi dan bahan pembinaan diletakkan di situ.
12. Saya bukan tidak menghormati tugas PB waktu itu, tetapi, nampak sangat kehadiran wartawan dirasakan memang menimbulkan masalah kepada mereka.
13. Hampir 100 peratus kes sebegini, wartawan adalah musuh utama pihak keselamatan.
14. Saya boleh membuktikan kepada sesiapa juga yang inginkan bukti, saya tidak menghalang tugas sesiapa, saya tidak berada di lokasi yang memungkin kren itu tumbang dan menimpa saya, dan berada di dalam kawasan tali kuning, malah saya berada kira-kira 10 meter di belakang tali kuning.
15. Sejak entri ini dibaca oleh beberapa pihak yang terlibat, saya percaya, satu situasi yang tidak menyenangkan sedang berlaku, tetapi saya tak perlu memohon maaf kerana saya tidak pernah melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan pun.
16. Anggota polis sendiri tidak menghalang saya mengambil gambar.
17. Kenapa tidak dihalang pula orang awam lain dari mengambil gambar menggunakan telefon bimbit mereka?
18. Kepada Anon yang memberikan pandangan, terima kasih terutama anda memberi contoh paling klasik untuk test masuk ke dalam BNM!!! Satu lawak yang saya rasa tak masuk akal kecuali saya telah menukar kerjaya, menjadi penjenayah…!!!
The above are observations from a person looking at things from a more bird’s-eye view.
Bird’s-eye view ialah pandangan yang lebih luas. Sebenarnya, itu bukan pandangan yang lebih luas, tetapi menyempitkan minda. Jika anda benar-benar ada bird’s eye view, anda sepatutnya berfikir juga seperti saya atau sebagai orang awam/wartawan bertugas, dan bukan memandang semua perkara di depan anda sebagai kesalahan.
Jangan sempitkan pandangan anda dari perspektif anda sahaja. Bukan tugas bahagian keselamatan memandang semua perkara adalah salah. Itu silap. Cuba menjadi lebih friendly dan cuba memahami juga tugas pihak lain.
Tak perlulah nak ajar kami untuk test apa juga kerana dalam kebanyakan hal, akhirnya anda juga yang berebut keesokannya membelek dalam akhbar samada gambar anda keluar atau tidak…
Contoh kes:
1,. Saya pernah membuat liputan kebakaran di bangunan Celcom di KL, tetapi akhirnya saya dihalang merakamkan kejadian itu. Seorang pengawal keselamatan memaki hamun saya, tetapi malangnya, saya rakamkan semuanya dan akhirnya kes itu disiarkan. Betapa bodohnya pengawal itu kerana saya langsung tidak menceroboh malah asap kebakaran itu boleh dilihat oleh sesiapa, dan beratus orang awam mengambil gambar menggunakan hp, tetapi kerana saya wartawan, saya dihalang.
2. Sekumpulan wartawan dihalang mengambil gambar kes kemalangan LRT di Bukit Jalil (ada dalam blog ini) dan di halang foto diambil oleh pengawal. Tetapi pertengkaran berlaku apabila kami mendapati, laluan untuk ke lokasi, bukanlah jalan yang di bina oleh LRT atau milik LRT dan merupakan jalan awam di mana makcik tua, pakcik hensem atau atuk glamer pun boleh lalu.Tetapi kerana kami wartAwan, kami dihalang.
SEBENARNYA, TAK SALAH KALAU MELAKUKAN PENDEKATAN FRIENDLY, TETAPI BILA ADA KUASA YANG MANA KUASA ITU ADA HAD/BATAS-BATASNYA, MAKA MANUSIA LEBIH RELA MEMEGANG DAN MENGGUNAKAN KUASA ITU SEWENANGNYA TANPA MEMIKIRKAN RISIKO.
MAAF – SAYA TERPAKSA STOP DI SINI ,KERANA MENDAPAT MAKLUMAT KES TANAH RUNTUH…
tunggu…!!!
Post Lain Yang Berkaitan
21 Comments
You must be logged in to post a comment.



Cayalah bro…. Teruskan usaha murni!!!
Salam En Ondascene.
mungkin mereka ini tidak mengetahui bidang tugas seorang wartawan seperti en. justeru boleh menggangap apa sahaja.
Atau mungkin juga beliau tercabar dengan story yg ditulis oleh e.
By da way, En. Ondascene sebenarnya wartawan paper mana yea..just nak tahu..hehehe..
Ky. salam.
Masalah dengan dunia ni ialah bila ada orang yang merasa mereka lebih pandai dan hebat dari orang lain. tapi malang sekali bila mereka membuka mulut untuk berhujah…hampeh.
Apapun ondscene, anda telah melakukan kerja anda dengan penuh integriti.Tahniah
Hidup crime reporter masalahnya budak crime tak bersatu hati…reporter sport ada persatuan sendiri, wartawan hiburan yang banyak bapukkkk tu pun ada persatuan sendiri, KITA BILA LAGI??? tak akan nak lepak kat kedai mamak je
saper gampang sangat bagi komen baling batu sembunyi tangan. Pada aku, kalau orang macam ni, adalah pengecut, jahil dan syok sendiri. Aku setuju dengan reply kau, apa kebodohnya Anonymous tu sebut suruh kau pi masuk BNM? Pi rompak? Pi ceroboh? Itulah bodoh namanya. Dan biasanyalah kan, seperti yang aku lalui kat masjid abu bakar dulu, pakai uniform dan CUBA gah dengan uniform tu, tapi pasal undang undang depa bodoh. Dan tak tahu membezakan antara kawasan public dan harta persendirian.
Hakikatnya, those bunch of PBR tu mungkin terer to curb people from breaking into BNM tapi kat luar, tak tahu their boundaries.
Aku setuju dengan Kalam Jauhari, memang selalunya orang macam ni kononnya nak bercakap tapi lori kontena kosong – nampak gah di luar, tapi kat dalam kosong – zero.
Atau sham – lets put this reader a benefit of doubt – depa kecik kecik dulu kurang kasih sayang dan tidak diberi perhatian oleh mak bapak dia. Hahahahah
Wahhh macam biasa komen yang pedas dari bro kita di Johor, salam Hazrey
bro…ko mmg btul..
abaikan jer…
truskan usaha kamu..
sebaliktabir- tq, itu jele yg termampu…
kalam- sebenrnya manusia ni bila berkuasa, mereka selalunya bertindak melebihi bidangkuasa yg diberikan.dan realitinya, ego, bongkak dan berfikiran sempit menyebabkan dunia ini akan sentiasa tidak aman.
Nasib baik itergriti, kalau selebriti? haru jadinya…!!!
shah- kau ingat lagi tak zaman dulu2 apabila persatuan itu hanya aku dgn kau je ahlinya…!!! sebenarnya, kalu crime ni ada persatuan, aku rasa macam2 geng yg timbul nanti…!!!
memang benda ni dah lama kita bincang dulu, tapi apa boleh buat, ada yg lebih pentingkan skop dari kebajikan diri.
jadi, aku ambil keputusan, bergerak sendirian lagi bagus, macam apa yg dah aku buat sejak lebih 5 tahun lalu.
hazrey – gampang dan tempang la aku rasa bro. kau ni, bila bagi komen samada aku tergelak, atau kemungkinan pecah perut akan berlaku…!!!
Sungguh tragis contoh testing yg dia org bagi tu.
Sepatutnya, mereka ni semua kena tambah lagi satu subjek utk dipelajari – perhubungan awam/PR dgn manusia.
Di sinilah kita tunjukkan kasih sayng tu dgn mengajar mereka akan dunia ini lebih luas dari yg mereka sangkakan…
kaisu – nak abaikan saje tak bole jugak bro, sebab kalau abai, nampak sgt mereka ni terabai..!! so, kita bagi lesson sikit pd mereka hal ehwal perhubungan awam…
saya baru pertama kali buka blog anda dan ternyata sgt memberi ilmu…saya juga pelajar media dan saya akan promote blog ni pada rakan media saya yg lain utk menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka…sgt best!!
inilah antara attitude sebahagian dari polis yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian suspek mati kerana ‘ASMA’ dan ‘PARU-PARU BERAIR’ ketika dalam tahanan/siasatan..
Shah: hahah salam bro. Tapi kan, betullah aku rasa patut ada kelab wartawan jenayah.. aku setuju.. buatlah bro, aku support. Aku pun baru cadang cadang kat Johor ni, ada perubahan kuasa pada Kelab Media Johor yang hidup segan mati tak mahu ni. Tapi kan, aku pantang sikit, lagilah yang pakai uniform ni. Aku ada kisah, pernah aku ‘ditangkap’ polis sebab tengah buat liputan yang langsung takde kena mengena dengan diaorang, tetapi sebab OCS tunjuk terer. Hahahah.. best giler.
On The Scene / Sham: Itulah yang aku cakap kat CPO Johor dulu, sebab aku pernah bertekak dengan former OCCI kat Johor ni, hahahah.. panjang ceritanya. Tapi betullah, PR memang mengecewakan. Ehh bro, diaorang tahu ke apa kejadahnya PR tu? Bukan PR lah bro, sebenarnya depa tu takder adab, itu jek. Kecik kecik tak diajar beradab, sebab tu tak tahu nak berbudi bahasa. Hahahahah.. best best…
blog ni sungguh sesuai kalau ada mat mat rempit masuk jenguk dan tgk gambar gambar ngeri.. biar sedar sikit dari merempit yg bahayakan nyawa…
Anonymous BNM – polis bantuan tu bukan polis betol pun.. dan kalau tak percaya cuba periksa authority mereka, pun tak sama dengan polis biasa, cuma nama je nak sedap, kalau nak senang panggil ‘jaga’ je….
jawa peranakan said…
inilah antara attitude sebahagian dari polis yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian suspek mati kerana ‘ASMA’ dan ‘PARU-PARU BERAIR’ ketika dalam tahanan/siasatan.
to jawa peranakan kau tau ke kisah sebenar disebalik kes kugan tu..? selidik la dulu jangan dengar dari sebelah pihak je,..
anon..
kadang2 saya tau..
anon -tkasih lawat blog ini.belajar dari pengalaman…
jawa- kebetulan saya tidak cover kes2 sebegini
hazrey – aku no komen bro, kerana di mana2pun memang ada yg begini. kdg2 tu, mereka sendiri tak tau mcmana nak handle wartawan.maka jadilah kadang2 berita yg keluar tersasar fakta sebab nak dpt detailpun susah. tapi tak diakui, ada juga yg sejak dr mula, mereka anti wartawan sebab bagi mereka wartawan menyusahkan mereka. ada juga yg sengaja nak tnjk kuasa, tp bila bos yg lebih besar dtg, rupanya, takde apa2pun yg salah silap, malah yg lebih besar tu, lg la mengalu2kan pertanyaan wartawan atau kedtgn wartawan. ntahle, benda ni amat subjektif. kdng2 ada juga kes di mana, sebab mereka tak ikut prosedur, maka jadila wartawan kena halau, sebab ada juga yg lupa pakai sarung tgn, smoking di lokasi. nanti kalau keluar foto tu, susah mereka nak jwb.
sebab tu aku lebih suka ambil pendekatan, tdk berlebih2 dlm mencari maklumat, sekadar apa yg lojik dan nampak di mata, dah kira ok, sebab ada juga wartawan yg berlebih2, akhirnya mereka yg susah.
biasanya budak2 baru ni terlalu ghairah sampaikan pd CPO pun nak tanya, mayat hantar hospital mana…!!!
knd2 ada yg anggap, PR hanya sesuai pada majlis2 anjuran mereka, dan di lokasi semua tu kena ketepikan.
Apa2pun, bagi aku, kita paling perlu sama2 memahami tugas masing2…
naza- memang ada mat rempit yg tengok, tapi ada yg sekadar tengok sahaja…
PB ada juga serapan dari pengawal keselamatan , terutama organisasi besar yg dah byk duit dan perlu identiti sendiri.
salam,sya dr err..myb ondscene dpt trace sya nya ip adds.bru 1st tme dpt tau blog nih dr mber,bru jek td dia bg link.nie la kbiasaan sya pas workin hour b4 blk umah,bca blog n which is gud 4 ur brain’s health(haha)coz blog nih cm platform utk kta bsuara n dlm tuh ada kbbasan ats kapasiti kta sbg pnulis n pmbca(n of coz rational n critical thinking also common sense plays their part here).psl anon BNM tuh cm klakar lak bca komen dia,nmpk sgt dia x puas ati dr kes ari tuh pas2 bca lak komen ondscene kt 1st entry psl xcident tuh lg bkobar2 smpi ati kcil kta pn bleh jd riak sbsr2nya nauzubillah.rsa org tuh cm pgawai phubungan dorg jek,smpi taip lam wenglish dh tuh siap nk hack lak cm ari2 keje ngadap pc.jd jer la hackers sng,nnti tmpt server tmpt keje aku pn dia leh serang.ok,soklan sya..cmner kta nk trace ip adds org eh,ada sftware ker?dn 1 lg soklan sya cmner ondscene ssguh cpt brada on da scene,mmg wartawan jnayah kna pantas cm2 ker or ada kontek ngn polis?
p.s:ada komen ondscene del,sbg wartawan myb ondscene kna siarkn gak tnpa ada prejudice n censorship dcni..huhue!
Salam,
saya sangat setuju dengan pandangan dan hujah saudara ondscene dalam entry ini. saya sendiri pun pernah terkena dengan situasi begini.
bukan nak merendahkan pengawal2, tapi kadang-kadang mereka main herdik ikut suka hati je.mungkin itulah kelebihan jadi pengawal (atau setaraf), boleh rasa ala2 polis sebenar.
macam mana kita nak respect mereka, kalau mereka tak reti respect orang lain?
p/s: I like reading your blog…keep on posting.
YPHE -terimakasih atas komen panjang lebar itu. itu la jika dah terkena btg hidung mereka sendiri. mulalah seperti cacing kepanasan sedangkan masa buatnya, langsung tak fikir risikonya kemudian hari.
dah termaktub secara tak rasmi, memang kes2 sebegini, pihak pengawal akan diarahkan menghalau waratwan kerana impaknya amat besar jika keluar dlm media akan kes2 begini. dan bayk mana kes yg tak dapat dihidu media, dan akahirnya, berkuburlah kes itu kerana mereka pasti tidak akan melaoprkan kepada DOSH.
tentang IP address tu, ia agak teknikal, dan mungkin nanti saya akan terangkan. oleh kerana saya ni bukan pakar IT,jd oak lembab sikit…!!!
Fuzzy – terimakasih kerana melawat blog ini. sebenarnya, pengalaman macamni bagi kita , adalah sesuatu yg amat berharga. mereka ni, ada yg lebih sudu dari kuah…
Bila ada perasmian atau event… wartawanlah mereka panggil dan layang dengan mesra… Jika ada perkara buruk atau kemalangan, wartawanlah yang kena maki dan dihalang dari membuat liputan….
Inilah sikap double standard org yg berduit… Mereka ingat dengan duit mereka boleh buat apa shj…
eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan
Bro,setuju sgt dgn pengawal keselamatan yg bodoh sombong kat celcom tu,mmg ada sorang guard pompuan,pendek suke2 nak jerit2 kt guest. Pshyco agaknya.
Dan pasal kes construction even bukan dalam site tp punca kemalangan adalah kerana pembinaan tersebut maka mmg perlu dihentikan kerja2 pembinaan,(tak dihentikan??hurm…pelik…????)even yg mati adalah "bangla". He's still a human being. BUt again,back to cruel reality nowadays when u got money and power soul become priceless & the rule is just a RULE. What world we r living in?? TIME is gold and the richest control your time because they pay for it..LMAO.
ini kes bangla mati tersepit dgn lapisan kaca yg dalam kontena….