Kajang ,
Selangor
14 April, 2009
Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.
Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.
Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.
——————————————————
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.
Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.
Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.
Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.
Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.
Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.
Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.
Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.
Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.
Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.
Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen..
Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.
Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.
Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.
Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.
Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.
Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.
Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.
‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :
- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.
-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.
- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.
Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.
Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.
Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.
Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.
Dan pemerhatian juga mendapati, ‘Goji’ terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.




Salam…
Alamak..aku dah jual banyak GOJI ni..tapi apa nak buat..Kita tak tau..dulu dah selidik..tapi semua ok…Ujian DADAH dari makmal KBioCORP Certificate No. HPLC 0011/08 di KULIM Kedah pada 26 May 2008 boleh tengok kat pun ada mengatakan tiada SILDANAFIL..apa nak buat tunggu dulu lah..mana nak tau kot2 ada jawapan yang POSITIF..InsyaALLAH.
InsyaALLAH..kalau benar2 ianya produk yang bagus & membantu..berita baik akan kita dengar… bukan kata sildanafil..ujian melamin pun ada buat… boleh tgk kat
Hahahahah.. speak of the devil, hahahahah.. member aku seorang pegawai kanan agensi penguatkuasa baru cerita pasal benda alah ni. Hahahahah.. tup tup kau dah cerita.
kenali goji dulu bang….memanglah takde jual kat kedai melayu…kalau taktau tanyalah kat member cina…
buah goji banyak jual kat kedai sinseh…
tanya kat crew tv3 yg dah g ke daerah ningxia kat china…90% penduduknya muslim…yg dah amalkan goji ribuan tahun….
Hahaha…Goji, ada dadah viagra kan benda ni…
salam. Selalunya rampasan pertama dari kementerian kesihatan adalah bertujuan untuk dibuat ujian makmal. Jadi, sebarang berita yg keluar yg dah mengesahkan sudah adanya sildenafil dlm goji adalah tulisan wartawan saja. Belum sah adanya dlm goji. Ujian makmal sentiasa dilakukan oleh pihak syarikat pemasar goji dan oleh sebahagian pengedar goji sendiri. Semua ujian keputusannya tiada sildenafil .
Tambahan. Goji telah berada dipasaran semenjak 4 tahun yg lepas. Setiap 6 bulan akan dihantar ke makmal KBioCorp iaitu anak syarikat kerajaan negeri Kedah yg mempunyai alatan moden dan terkini. Semua keputusan ujian menunjukkan tiada sildenafil atau dadah terlarang.
betul tu bang….banyak betul kilang yg kena serbu…walhal kilang ada satu je…memang sabotaj…
sabar je laa…pihak syarikat akan betulkan keadaan ASAP….
Harap2 ok lah..Stok aku belambak lagi tu..Stok tak terjual ada berkotak2 & stok MAYA yang belum PV pon belambak …Pakat2 DOA la..kalau betul Allah akan sebelahi kita..Kalau tak kena Redho la..tapi yang pelik Kata penulis..Sebuah dari kilang, dipercayai beroperasi secara haram.
Setahu aku Health Builders ada satu kilang jer kat Sg. Chua tu….Wallahu aklam..
Aku bab bab makanan kesihatan atau produk jualan langsung ni aku tak akan percaya. Sama macam kopi dan teh macam macam jenis.
Aku tak tahu apa bahan campuran dalam dia dan penguatkuasaan di Malaysia ni lemah.
Bahan yg dihantar ke makmal bahan standard yg mungkin bersih tapi yg dibuat di kilang mungkin dah campur.
Apa yang aku buat kalau rasa selsema aku cuma beli jenama teh biasa atau bancuh kpi yg mak aku proses sendiri (tumbuk) dan bubuh halia fresh banyak banyak. Itu lebih mujarab.
Pun begitu aku ada juga makan Paracetamol yg diberi oleh klinik.
Macam macam dunia le ni kalau nak kaya.
Kah kah, apalah korang program kepala korang macam ni…Kementerian Kesihatan bukan bodoh sangat dan nak menganiaya orang lain.
Selepas dia buat ujian dadah lah, dia pergi serbu kilang Goji tu. Ingat senang-senang ke nak pergi serbu.
Pengalaman saya sebagai wartawan dan sudah banyak menyertai operasi…bila sudah kena serbu, mula lah ugut nak saman kementerian kesihatan atau akhbar kononya, produk2 ini disabotaj.
Kalau betul pasal apa tak saman, cuba anda teliti suratkhabar ada tak produk xxxx saman akhbar atau Kementerian Kesihatan kalau mereka di pihak yang benar.
Satu lagi pasal ujian dadah, produk berkenaan buat ujian melamin sahaja (masa tu kecoh pada isu susu ada melamin) tetapi ujian dadah sildelafil tidak dibuat.
Saya tahu kat sini ramai yang kecewa dan nak pertahankan produk itu pasal masing2 ada kepentingan perniagaan.
Tapi percayalah, takde sebab Kementerian Kesihatan nak sabotaj…
Satu lagi, wartawan tidak ada sebab nak reka2 cerita. Kami ada etika, kalau silap tulis, kena saman dan kena buang kerja.
Tulisan wartawan biasanya berfakta, kami bukan wartawan untuk suratkhabar misteri, gossip atau politik. Kredibilti kena jaga baiiiii…
Sekian Terima Kasih…
orang kat china makan buah goji tu…bukan serbuk goji dari kilang.
Cara rampasan dilakukan meragukan keadilannya. Tiada bukti ujian yg disertakan semasa rampasan yg menunjukkan Goji ada sildenafil. Tiada makluman kepada pihak syarikat pengeluar tentang keputusan ujian yg menunjukkan adanya sildenafil sedangkan pihak syarikat mempunyai bukti ujian dari KBioCorp dan dari Singapore yg jelas tiada sildenafil. Ujian bersama juga sedia dilakukan oleh pihak syarikat di mana-mana makmal.
Tulisan wartawan juga tidak adil. Tiada pertemuan dengan pihak syarikat pengeluar untuk dapatkan penjelasan dari pihak mereka. Pihak pengeluar adalah pihak yg bertanggungjawab dan sedia diadakan ujian makmal bersama di mana-mana makmal. Pihak syarikat pengeluar diterajui oleh kerabat DiRaja dan boleh dihubungi bila-bila masa.
Prosedur rampasan juga tidak adil. Tiada komunikasi atau notis atau amaran pertama. Tindakan pertama ialah terus diserbu dan ulasan wartawan ialah terus disabitkan adanya sildenafil dlm Goji. Pihak tertuduh tidak diberi peluang mempertahankan diri dan penemuan kilang haram yg mengeluarkan Goji Palsu juga tidak dapat dijelaskan oleh pihak syarikat pengeluar. Persoalan tentang adanya produk Goji yg dijual jauh lebih murah dari harga pasaran sudah terjawab dengan penemuan kilang haram yg membuat Goji Palsu ini.
goji ? tak penah dengar. gaji ? selalu lambat dapat sekarang ni.
.
.
.
salam
sabar sabar.. klu dah betol benda tu tak boleh diminum, kena lah reda dan terima hakikat. jgn lah nak tagakkan benang yg basah.
segala prosedur yg mat cakap tu tak betul. klu nak cakap biar berdasarkan fakta. klu nak serbu takkan nak bg tau. itu bukan serbu namanya!!
yg korang tau mmg la kilang ada satu sbb hanya satu jer yg berdaftar. takkan dia nak istiharkan kilang haram kot!! logik ke?? lagi satu klu kilang haram tu bukan dia punya, kenapa dia bukak kilang tu betul betul kat belakang kilang yg berdaftar tu?? fikir logik la bro!! lu fikir lah sendiri..
Mr Reporter and dearest readers,
Did you really know about goji products? Have you ever really try it yourself? Did you even tested the products your ownself in lab? Did you yourself see when the test being carrying on? So is this what you called with ‘prove’?
Did you really know what and how government done their job? How they humiliate including you? Even if your government, does that mean those officer have the right to humiliate? Not mention being totally rude.
Commen sense. How long these products been out in market? It’s almost 4 years. Did you ever heard any bad things bout it? How many buyers? If these products did contain what all of you said ‘viagra’, why there’s no any casualty so far? Especially when part of the buyers are as well, facing heart problems, high blood pressure.
Did you really report the facts? Or you just report based on what you see and what you hear?
Where’s justice i wonder? Did you really reveal all the truth? No. You did not. If the exact truth being carried out, i bet you’ll be sorry for your report in here.
A suggestion, bring the products, test it in lab, be in there when the test is being carried. That’s what we called FACT, PROVE!!!!
And not to be mentioned, tests being carried out in lab with higher and better technology in Singapore. It’s tested ‘CLEAN’. Mr reporter, you don’t even know the truth. Not only in Singapore’s lab, local’s lab as well, it’s tested ‘CLEAN’. So why only in government’s lab, it tested positive? And worst is that they give reason bout not accepting any analysis which carried out from other labs except government lab BUT they don’t even allow witness to be in there when test being carried out, or even let them do the test in the lab? Hiding something? It’s obvious that it’s a sabotage. And there’s stil few truth that did not being told. So stop saying you are telling the facts and truth.
You think government have no time for all these? That’s totally a joke then. Just take corruption cases. Governemnt CAN DO EVERYTHING THEY WANT. Proves and facts can be created. Bear in mind.
Besides, please becareful with the word ‘force’. Did your friends put a gun on your head to ask you to buy?
salam..
husband saya ada minum goji nie..
sbb member dia jual,
n sbb nak amik hati beli sampai sekotak..
dan semenjak minum goji tu ada jgak dia sesak nafas berkali2..
dan kami xaspect sbb minuman kesihatan ni.
terima kasih kerana mmberi maklumat,
adakah perlu suami saya pergi medical check-up?
Minuman goji ini sudah diuji dan keputusannya dipastikan ‘BERSIH’ oleh beberapa lab. Pada minggu pertama mengamali minuman ini, pengguna akan mengalami proses keberkesanan. Pengguna akan mengalami kesakitan pinggang etc. Setiap pengguna yang mula mengguna akan dinasihati memulakan dengan setengah uncang. Tapi proses ini hanya berlanjut seminggu. Ini berlaku disebabkan pengguna sendiri terdapat toksik dalam badan. Fungsi goji adalah mengeluarkan dan seterusnya memperbaiki kesihatan dan maintaining. Terdapat pengguna yang mempunyai penyakit sakit jangtung, high blood pressure, namun mereka tidak mengalami sebarang masalah malah menjadi sihat. Kalau betul mengandungi ‘sidanafil’, kesihatan mereka pasti sudah terjejas dan aduan sudah dibuat dari dulu.
hahahaha! aku nak tegelak baca sorg anon kat atas ni..ni aku tepek ye..
tapi betol la..cina kat china mkn goji asli..bukan yang serbuk2 bagai..
___________
Anonymous said…
orang kat china makan buah goji tu…bukan serbuk goji dari kilang.
Org kat cina tuh ….makan buah GOJI asli bukan makan serbuk Goji yang diadun oleg mamat “SAINTIS” Dari india yang lari lintang pukang apabila diserbu hahahah …..buah Goji di China tuh takder campuer aper2 bahan dijemur dah di proses bukan di proses seperti di malaysia… ingatlah wahai bangsa dan rakan senegaraku sekarang ni malaysia 2009 bukan malaysia 1969 ….. jangan jd bodoh hanya kerana duit anda sanggup membunuh bangsa anda secara perlahan ………….chario 73 babai
salam…
saya adalah salah seorang yang pernah meminum minuman jenama goji, setahu saya, goji adalah salah satu minuman kesihatan,saya meminum goji selama ini tidak mengalami apa2 kesakitan seperti apa yang dinyatakan dalam blog anda…macam mana anda boleh mengatakan bahawa prodak ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti lemah jantung sedangkan anda tidak mencubanya lagi dan anda adakah pasti bahawa goji ini mengandungi `sildenafil`…. saya hanya ingin tahu dan adakah anda boleh menjelaskan kepada saya…….
tuan..
saya ada sorang teman yang menggunakan GOJI ni dan dalam masa yang sama dia juga jadi dealer kecil-kecilan..pembungkusnya sama macam yang tuan tunjukkan di dalam entry ini..
saya dah tunjuk entry tuan kepada beliau namun beliau menolak maklumat ini kerana kata beliau GOJI yang beliau gunakan datang dari China..
ada dua sumber GOJI ke? satu tempatan dan satu dari China?
adakah you pasti itu betul2 ‘saintis’ sedangkan you tidak tau apa2? you hanya tau dari berita, tapi dapatkah berita membuktikan kewujudan saintis yg dikatakan? malah mengata bahawa melarikan diri.
Ade dua syarikat yang mengedar Goji ini, satu dari Health Builder dan juga dari Syarikat Halalgel. Adakah kedua2 produk ini di bekalkan dari kilang yang sama. Jika tidak harap pihak KKM menyiasat perkara ini. Jangan tunggu sehingga 4 tahun baru nak buat pendedahan dan serbuan. Jangan jadi macam cerita kopi CNI konon yang di uji ada ‘sildenafil’ tapi masih boleh dibeli/minum di warong2 kopi sehingga kini. Ape cerita??
kpd tuan punye blog…
mane black & white result lab gomen yg kater semua produk Goji ade kandungan sildenafil?
boleh x tunjukkan?
health-builders dah tunjuk dah bukti produk diorg takde sildenafil;
ko boleh x tunjukkan bukti lab gomen plak?
gomen & campur tangan politik susah nak dipisahkan…paham2 la maksud aku…
Maaf…nak mencelah sikit. Kita ni kalau orang bagitau ada ubat untuk kesihatan dan menambahkan kekuatan pasti nak cuba. Mana ada ubat sekali makan terus kuat macam kuda..kalau makan terus kuat orang tua umur 60 tahun dah tentu hilang arah…..mulalah nampak dahi yang licin aje…takutnya.Hanya mereka yang minum aje tahu baik dan buruknya..so waspadalah. Wassalam
Anon…itu lab swasta, boleh dibeli dan dirasuahkan. Pulak lab swasta perlukan wang untuk operasi dia. Kau ingat kerajaan nak bagi duit free ke untuk lab tu. Lab itu memerlukan wang dan kena jaga hati customer untuk dapat dana.
Terang-terang, lab itu menggunakan perkataan Sdn.Bhd, jelas lab itu merupakan entiti perniagaan. Kau masih tak dapat terima hakikat.
Tunggujelah keputusan makmal kerajaan…kalau makmal Kementerian Kesihatan salah, saman lah, apa lagi.
Campur tangan politik apa bendanya…kalau projek bisnes bernilai jutaan dan bilion ringgit aku percayalah.
Kalau betul ada campurtangan politik. Sila BUKTIKAN. Kau nak takut apa, kau kan pakai ANONYMOUS.
jadi takde siapa yang tahu siapa kau. Kau bukan pecahkan rahsia negara pun. Jangan buat kiasan atau bidalan je. Kita hidup dalam dunia berfakta.
Lagipun bukan kerja Ondscene nak tunjukkan bukti. Kau ingat dia nak pergi buang masa, buang petrol dan buang tenaga untuk dapatkan bukti dari lab kerajaan.
Karutlah korang ini…apa benda pun korang kaitkan dengan politik. Dari tuduhan pembunuhan seorang wanita Mongolia, EC725, projek buat masjid sampai hatta ke isu ubat kesihatan pun nak dikaitkan dengan politik.
Kalau satu hari nanti…kilang Gori ni terbakar, kau akan buat tuduhan politik ke, “Ni mesti Umno yang bakar pasal takut Gori akan bersaing dengan tongkat Ali”.
Apa ni brooooooooo…balik minum Stout lagi bagus.
goji!!…goji!!..goji!!..
cerita sama macam tongkat ali..kkm check peratus kandungan tongkat ali xsampaipun 1.0%…inikan goji…berapa persen je serbuk goji dalam satu uncang…janganlah terpedaya semua nie..buka sikit minda…bersepah sayur ulam-ulam yang jauh lebih baik dari goji nie..ikut cara dierong buat ape..dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung…
semua orang nak ambil mudah..semuanya 3in1…mati pun 3in1(Diabetes Pakej)
badan pun kecik2 lagi da macam 3in1(gemuk nak mampus)…
sekarang semua kejar untung..semua nak jimat pengeluar product pun nak jimat nak untung lipatan 10 thai tekong..
pendek nasihat
berfikir secara normal..cari maklumat tentang kesihatan dari sumber yang tepat..dan buat keputusan..xbleh juga minta nasihat dari doktor yang di iktiraf…xbleh juga tawakal dan banyakkan doa…bagi yang islam(try kerap mengaji Al-Quran, bukan nak tunjuk baik tapi sape cuba insyallah dia dapat nikmatNya…Renung-renungkan dan selamat beramal….
Aku lupa nak tambah…analisis makmal tu bertarikh May 2008. Dah berlapuk BRO. Masa tu dan sebelum ini mungkin tidak ada.
Mungkin sejak Julai 2008, ada kekurangan bekalan buah Goji dari China, jadi pengilang masukkan dadah, Kaau Tau keee..
Satu lagi, bukan semua produk Goji diharamkan…cuma satu jee yang dirampassss..PLEASEEEEEEEEE
shahpaskal > sokong 100%
lagi satu, yang marah tue..atas sebab kepentingan je…yang berakal fikir2kanlah…
shahpaskal > benda da sedap…semua jadi buta dek dadah…siapa yang makan xbleh nak berhenti tue hati2 la..dah gian latue…
Prosedur rampasan juga tidak adil. Tiada komunikasi atau notis atau amaran pertama. Tindakan pertama ialah terus diserbu dan ulasan wartawan ialah terus disabitkan adanya sildenafil dlm Goji. Pihak tertuduh tidak diberi peluang mempertahankan diri dan penemuan kilang haram yg mengeluarkan Goji Palsu juga tidak dapat dijelaskan oleh pihak syarikat pengeluar. Persoalan tentang adanya produk Goji yg dijual jauh lebih murah dari harga pasaran sudah terjawab dengan penemuan kilang haram yg membuat Goji Palsu ini.
(MANA ADER DALAM DUNIA OPERASI RAMPASAN NAK KENE BAGI NOTIS@KOMUNIKASI(RASUAH) INGAT PENGUATKUASA KAT MALAYSIA NIE KOKAK SANGAT KER , KALAU MCM TUH ORG TENGAH NAK MAIN BUAT MAKSIAT KENE KETUK BAGI SURAT BARU BOLEH SERBU KER HAHAHAHAH )
Aku heran juga bila ada yg kata dia dah minum Goji tapi elok sihat jer.
Habis tu tak kan la kau makan Goji tup tup terus kojoi…dia makan pelan pelan…side effect dia ambil masa bertahun.
Sekali lagi aku nak kat produk semacam ni baik minuman/makanan kesihatan boleh dikatakan tidak boleh dipercayai.
Mula mula keluar memang yg bagus punya…kemudian lepas tu bila buat besar besaran banyak la penipuan.
Kesimpulan kesihatan kena jaga tapi jangan percaya kepada ubat segera di pasaran. Entah entah tauke dia pun tak makan makanan tu.
Kesot Kesot
Aku rasa, saper2 yg mati-matian mempertahankan goji yg kena rampas tu, samada dia ada kepentingan dlm kompeni tu, atau dia dah melabur byk RM beli stok goji, ataupun, dia tu dah termalu dgn pembeli dan bakal pembeli kerana dah mati2 kempen betapa hebat goji tu, tapi akhirnya jadi mcm ni.
Ketahulah wahai yg merapu meraban, bahwa sebenarnya anda dah lama pun ditipu dan sekarang anda pula yg jadi menipu pelanggan. Setau aku, tidak pernah dalam sejarah, kementerian kesihatan disaman atau mengaku tersilap dlm merampas brgn kesihatan ini.
mereka akan buat kajian dan mcm2 teknik, ujian dan saringan, sebelum ia benar2 sah ada benda terlarang.
dah conform, baru serbuan dibuat.
kemudian beberapa lagi siri ujian akan dibuat atas brgn yg dirampas sebagai perwsediaan kertas pendakwaan utk di bawa ke mahkamah.
semua bukti saintifik dan bukti di lokasi, serta kesan2nya akan dibentangkan di mahkamah.
malangnya, denda yg dikenakan terlalu sedikit, malah mungkin nilainya, adalah setwngah hari jualan produk itu di malaysia. maka mereka boleh bayar.
kemudian, mereka bukak syarikat lain, jual produk yg diperbaiki, jual kat kamu, dah laku, baru letak benda terlarang, tapi sampel diberi, adalah sampel yg tak tercemar.
bila serbuan, mereka tak ada ruang utk sorok atau tipu kandungan. itu namanya serbuan.
jgnlah kau org jd ngok sgt dgn semua ini. rasionala, lagipun bukti yg dikemukakan oleh tokey2 tu, semuanya mereka reka sendiri.
kau org apa tau? percaya dan percaya, akhirnya terpedaya.
aku tunggu jugak penafian pihak yg kena serbu dlm paper ke,ada ke tdk mereka menafi atau nak saman kementerian kesihatan. takdepun, malah mereka aku rasa sekarang sedang menikus.
kalau akulah jadi ahli AJL jual produk ni, apa yg aku buat, aku buat piket, serbuan atau tindakan saman pulak mereka yg buat kerja kotor ni. ni tdk, mati2an pulak nak pertahankan. apa la punya dunia terbalik.
tapi, kalau bab2 politik, bab2 pilihanraya, sanggup pulak musnahkan bangsa sendiri memfitnah, mengadu domba, mengganggu ketenteraman awam, menyusahkan byk pihak. cuba buat macm tu pd yg didakwa menipu ini. yg aku tau, semua akan jadi pengecut, penakut, nak buat semua tu. sebab apa? sebab kau org takut, duit kau org tak dapat balik.
piii rahhhh pd yg cakap besar tu, tapi pengecut. yg aku sedih, boleh pulak pertahankan semua tu.
aku bukan sokong saper2, tapi ini lah bukti rakyat malaysia yg hanya pentingkan periuk nasi sendiri, bila dah terkena, taknak mengaku, pengecut, bacul dan cakap berdegar2.
aku nak ketawa tgk bukti2 bodoh yg kau org kemukakan itu sebab semua itu taktik lapuk yg semua pihak berkuasa dah tau., dan yg aku tau, semua itu adalah strategi pemasaran.strategi yg kebanyakannya menipu.
jadi, kepada yg berkenaan, muhasabahlah diri, fikirkan hikmahnya, kerana Allah itu selalu memberi ruang kepada umatnya utk bertaubat, setelah tersesat dlm kegelapan hati.
aku pernah tengok paket goji ni. yg jadi aku tak percaya langsung, bila takde logo halal malaysia, takder nombor lesen kementerian kesihatan dan tiada nombor pendaftaran MAL. benda paling asas tu pun, kau org boleh buta hati
dari gambar tu pulak , cubalah tengok, betapa kotornya tempat tu, dengan pakai selipar, tak pakai sarung tangan, sarung kepala, bekas yg letak atas lantai dan ntah apa2 lagi.
itu yg kau org minum? itu yg kau org jualkan dan bagi org minum?
dan aku percaya, kilang betul dan kilang haram, aling berkaitan sebab kata dok sebelah belakang masing2.
padahal, kata ada yg tau kenapa ada harga murah. sebab kilang haram yg turut dipayungi kilang ‘halal’ itu.
bukaklah pintu hati semua, sebab aku rasa, benda2 nilah yg gelapkan hati kau org.
aku yakin, tak lama lagi kementerian kesihatan akan keluarkan statement rasmi seperti juga kes kopi tongkat ali beberapa hari lalu.
memangla kesan tak kena serta-merta sebab benda tu letak sikit, tapi ia bagi kesan jangkapanjang.
ntahle, aku bukan doktor, aku keja bawak van, tapi van kompeni aku belum penah lagi bwk goji.van aku bwk kicap. utk jaga kesihatan bwk van hantar brg2, aku minum air suam, tak minum air sejuk. syukur, aku masih sihat wal afiat. rahsianya, aku tak makan benda2 mengarut tu semua.
matround 225
shahpaskal > sokong 100%
lagi satu, yang marah tue..atas sebab kepentingan je…yang berakal fikir2kanlah…
Aku pernah makan Viagra…
dan aku pernah minum serbuk Goji…
jadi aku tau bahawa apa yang aku rasa kesan dari kedua-dua Viagra dan Goji ialah SAMA…mata aku sikit berpinau-pinau…hidung aku berair sikit…tapi seksual aku memang naik hebat…
Ni pengalaman sebenar aku…tak yah la para pengedar semua nak kata takde pape…korang tak caya, minum Goji hari ni…esok pegi plak beli Viagra try, yang 50mg cukup le…try tengok apa rasa…
Salah satu hasil ujikaji makmal yang dilakukan sendiri oleh salah seorang pengguna Goji:
http://gojisebenar.blogspot.com.
ni lah masa nak tarik crowd…jgn tunggu buat link…citer goji…pasti kecoh beb…
ni lah masa nak tarik crowd…jgn tunggu buat link…citer goji…pasti kecoh beb…
………….
ni lah masa nak tarik crowd…jgn tunggu buat link…citer goji…pasti kecoh beb…
Kalau Goji ni bagus, kenapa tak beli kat sinseh je? kenapa nak beli yang dah proses?
salam semua,
aku pun pengguna goji juga..(walau pun tak jual.. sekadar pass utk kawan2 saja. )
aku akui sendiri ada kesan bagusnya.. bila aku minum goji ni.
tapi, bila aku tgk berita kt TV3 baru2 ni. aku pun musykil juga.
kt rumah aku ada 2kotak lagi goji tak abis lagi guna. satu ektra satu biasa.
pada aku simple saja.. tak kira apa kepentingan pun – kalau kementrian kesihatan punya result dari hasil rampasan ni menunjukkan ada mengandungi kandungan sildenafil dalam goji ni.. aku nk tgk berapa peratusannya..
kalau kecil sangat tidak melebihi dosage dalam viagra yg power tu.., aku takde masalah utk terus guna goji.
apa yg korang takut sangat sildenafil? kadang media ni takut2 kan orang lebih2! sildenafil adlah bahan kimia yg terbukti bukan hanya boleh naikkan shahwat semata2.. tapi utk membantu pengaliran darah juga.
cuma agak2 laa.. kalau dah tau sendiri ada macam2 penyakit.. jgn laa teruskan makan goji.. bila nampak apa2 kesan negatif pada badan.
aku makan so far takde kesan2 negatif.. selain dari yg elok saja.., aku punya bowel movement lebih lancar.., badan rasa lagi cergas.. dan keletihan berkurangan.
goji bukan di iklankan sebagai produk magik pun.. ianya di pasarkan sebagai supplement saja.
so .. tak perlu bermatian-matian utk 2-2 belah pihak.. nak pertahankan fakta masing2..
yg sokong .. teruslah sokong.! tapi kalau laporan tu tunjuk banyak sangat negatif.. takkan anda nk bergantung jugak kepada laporan makmal dari s’pore tu kot?
kita ni kt malaysia – apa2 pun kena lah ikut piawaian malaysia.. kita ada SIRIM dan kementrian kesihatan malaysia. Ikutlah apa yg di tetapkan oleh negara kita.
apa pun.. keputusan rasmi dari rampasan ni.. dan laporan makmal yg telus dari pihak kementrian kesihatan sangatlah penting.. agar kerajaan tidak dinampak berniat sengaja menganiaya mana2 pertubuhan perniagaan.
patutnya tunjuk result dulu – baru serbu.. atau paparkan segala fakta tentang kandungan goji ni.. sekali dgn serbuan tu. baru lah rakyat nampak agensi penguatkuasaan kerajaan menjalankan kerja lebih professional.
**patutnya tunjuk result dulu – baru serbu.. atau paparkan segala fakta tentang kandungan goji ni.. sekali dgn serbuan tu. baru lah rakyat nampak agensi penguatkuasaan kerajaan menjalankan kerja lebih professional.
>> dah kalo tunjuk result baru nak serbu, ape ko dapat? pikiaq la sket!!
>> aku pelik bile ade org kate "aku dh lame makan, member aku dh lame makan, xde ape2 pon. buat ape nk rampas?". tapi bile tang len plak kate "tu la penguatkuasa, nk tggu org mati dulu baru terhegeh2 nk amik tindakan". pikir2 kan la ye..
>>
pasal ujian nih, aku x salahkan la korang2 yg salah interpret. sbb korang xphm mksd test tu. yg ditest hanye la melamin – negatif. sildenafil xde test, bkn maksudnye xwujud. contohnye korang yg nk kawen buat ujian hiv. ujian tu stakat bgtau korg ade hiv ke x je, xde pon detect demam kepialu ke, paru-paru bernanah ke hape ke.. btul x?
>>http://1.bp.blogspot.com/_bOQgE_WnTwU/Se5tzV4XQUI/AAAAAAAAABM/GsTaRr4qsgo/s1600-h/analysis1.jpeg
hehe.. 17/4/09 – dah serbu baru hntar sample? sample yg bersih ek? cepat jugak test tu siap ye, 3 hari je.. mesti mahal buat test tu.
{{Kesimpulan}}
ikut korg la. tapi kementerian dah test bende nih boleh bahayakan kesihatan korang. kalo yg xbeli tu jgn la bli lg. yg ade lg stok tu kalo korg xnk aniaya org len stop la pnjualan dulu, insyaallah niat baik n ikhlas korg akan dibalas Allah.
kpd yg still nk terus jual, jgn smbunyikan fakta. bgtau customer korg yg produk ni kmnterian pnh rampas psl ade racun sildenafil. pastu korg crite la knp korg nk jual jgk produk nih. biar customer korg decide. ada bran?
ok, calo
BRO RSEDIA,
saya abdullah adalah salah seorang yg berkongsi duit untuk ujian yg dibuat di makmal dynapharm.
rm750 je untuk 3 jenis dadah.
walaupun bermacam2 tohmahan dilemparkan kepada penjual goji guarana, namun kami bukan pembohong.
kami ikhlas berniaga demi menyara hidup keluarga masing2.
kami akan akur dengan sebarang keputusan kelak oleh kementerian.
ttg keputusan ujian tu…call 04-390 4092 (no lab dynapharm)untuk kepastian. Jgn la dok hentam keromo…dosa beb…
hmmm,viagra@sildenafil x bahaya walaupun dalam peratusan yang kecil?…pelik tul aku dgr..maknanya kalo ubat2 lain pn aku leh makan la yek?..tp aku amik sikit je la..tul ke camtu?..hmm,balik nie aku nk selongkar ubat darah tinggi bapak aku la..makan hari2..tp amik sikit je la..xpn amik ubat kencing manis?..tp makan skit je la…hmm,bleh ke camtu yek?
salam…
ape- ape goji yg dijual seperti yg dirampas tidak selamt untuk diminum. keannya mungkin tidak dapat dilihat pada ms pendek. berhati- hati. nyawa anda bukan mainan. ikutilah amaran dari bahgain perkhidmatan farmasi KKM. ini telah disahkan.
ambil ubat atau suplement yang diluluskan sahaja.
skrg ni banyk orang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
kenali ubat anda, tanyalah pada ahli farmasi!
kalau bab seks, nak pulak bertekak.
kementerian kesihatan nak pegi serbu bukan suka2 wahai encik-encik peminum goji yg tegar.
diorang dah kaji selidik dulu. sebab bab kesihatan ni bukan benda main2. kang kalau beribu2 orang masuk hospital pasal minum goji ni, tak ke huru hara malaysia nanti?
masa tu baru la nak saman orang tu, nak saman orang ni. kata yang kementerian kesihatan tak buat kerja la.
macam2 hal..hidup je kita kalau tak minum goji. tak payah nak serius sangat bab ni.
Alhamduliiah sejak minum goji, kesihatan bertambah baik..aku ni ade darah tinggi tapi paras border…nak try abiskan 2 kotak ni dulu baru gi cek…..insyaallah kalau produk ni baik…akan ‘clean; ler namanya …kalau tak….alamat ‘bungkus’ ler kompeni ni lepas ni….macam pronoton dulu…tapi akau heran gak…sampai sekarang takde keputusan dr KKM pasal ujian tu.
kepada en azmi…
saya nasihatkan en azmi berhenti dari minum goji SEKARANG JUGAK…
produk ni merbahaya utk pesakit darah tinggi..boleh mengakibatkan sakit jantung…percayalah…
Salam utk semua,
aku pon nak komen skit jer….
kalau di namakan ubat rasanya pahit dan orang tak berapa suka..
tapi kalau rasanya sedap, orang suka dah tak di namakan ubat..tapi penyakit kalau berlebihan
lagi satu, kalau pasal ubat kuat, orang kita memang suka…walaupun kena tipu
Lagi satu, aku heran juga sekarang ni, dgn ambil satu jenis minuman banyak penyakit boleh di ubati.. pelik tu selalunya ubat tertentu hanya untuk penyakit tertentu je
Yang mamat dari india tu lari lintang pukang apabila di serbu tu apa cite. Kalau tau tak salah, jadilah macam minah indon yang betul tak tau apa2 tu. Buat bodoh je bila diserbu, sebab dia pun tak tau apa ada dalam tu. Sah-sah mamat india tu apa yang dia buat tu salah. Sendiri pikirlah.
hahahaha…. betul la ada rakan sorang tu tulis.. bab seks aje, ramai yang emo.
1. buah goji dan produk goji adalah dua yang berbeza – satu buah dia yang asli tulin. satu lagi dah kena proses, campur tolak memacam.
2. yang kena serbu, rampas, diuji adalah produk goji yang dikeluarkan oleh satu kilang tersebut seperti yang tersiar.
3. sildanafil adalah racun berjadual. pasal apa? bukannya suka-suka SATU DUNIA mengawal dan mewajibkan preskripsi untuk membeli dan mengambil viagra ni.
4. kalau ada yang ambil produk goji ni dan juga ambil viagra, dan tidak memudharatkan, alhamdulillah la. tapi, tak bermakna, tidak boleh memudharatkan orang lain.
5. orang belajar ilmu kebal ada yang minum paraquat tak mati. tapi lagi ramai yang mati. boleh ke dirumuskan, paraquat tu kalau ambil sikit aje.. tak boleh mati?
6. banyak lagi nak tulis, tapi ye la.. kalau dah tak terbuka minda tu, sama bebal la macam kaum bebal tu.
7. boleh sarankan, sebelum serbu kilang heroin atau ecstasy, bagi notis dahulu supaya adil.
8. saya selalu angin, bila baca serbuan di akhbar, contoh kilang sembelih ayam yg tak menepati hukum – tidak dimaklumkan kilang apa dan dibekal kepada siapa. camana pengguna islam nak elakkan dari bangkai ayam ni?
9. ondscene – terima kasih! tulis la lagi.. supaya orang yang inginkan maklumat tanpa tapisan dapat terus menerima manafaat.
org klate
mana yg ada stok goji tu, kalau berani buat bekal utk minum sendiri ajelah yeop.
terima kasih kepada pihak wartawan yang sanggup mendedahkan isu seperti ini, bagi aku kebanyakan yang cuba mempertahankan goji ni mempunyai kepentingan sendiri tanpa menghiraukan pihak lain, mana taknye, duit dah beribu ribu keluar, kita ni memang senang sangat ditipu, yang kaya adalah golongan yang pandai menipu, patut la aku nampak makin ramai org kaya, bagi aku tolong la periksa dulu latar belakang sesuatu syarikat sebelum menjual atau menggunakan produk mereka…
oops…
saya minum goji satu peket pagi
satu peket malam. Sejak bulan okt 2008 hingga sekarang. Saya tak jual hanya makan sendiri. So far ok.
dulu tangan dan bahu sakit sekarang tak
saya dalam dilema nak teruskan atau tidak.
aku pnh beli goji ni dalam tahun lps x silap aku, kotak dia msh aku simpan, goji guarana, ada logo halalnye, aku x minum pun suami aku yg minum ni aku baru check kt website jakim x de plk barcode ni, atau dia dh tukar barcode baru, aku x sure la sbb aku beli ni dlm tahun lps, aku rasa sapa2 yg beli tu lbh baik korang check kt website “halal.gov.my” dari korang bertekak n menegakkan benang basah tu, x kan la kkm suka suki nk g serbu n aniaya org.
Tapi i makan juga transfer factor, selenium, vit E dan
garlic 20000 i.u.
Kerajaan dikatakan telah bertahun2 memantau aktiviti pengedaran goji. Bertahun2 juga kajian makmal dibuat bagi mengesahkan goji adalah merbahaya. Saya rasa adalah wajar kerajaan mengumumkan di akhbar, radio dan TV keputusan sebenarnya. Mengikut website ini:
Kilang Goji Diserbu
14 April, 2009. Sg Chua Kajang ,
Selangor
Sudah hampir sebulan, tak guna kerajaan tunggu lama-lama.
goji gua merana… apa kebende la nak gaduh2… member dah merana makan goji nie, hampir botak sikit hari lagi… kaj l dulu sebelum makan jangan main tarah je. kalau nak kaya pun buat cara lain yang based fresh original dari hutan. kita kan kaya dengan hutan herba. pergi buat kajian sendiri. ini nak kaya cara mudah jual produk goji, lepas tu org lain merana, sapa nak tanggung kerajaan ke? org yang menjual senyapkan diri.. mana tanggung jawab korang?
Goji…perkataan yang baru bagi aku..hampir setahun lalu aku dengar kawan2 cerita kehebatan goji tapi tak kurang yang menceritakan kesan awal penggunaannya buatkan aku tak berminat lansung utk mencubanya..kawan aku seorang dealer Goji memberitahu kebanyakan orang yang menggunakan Goji akan rasa sakit kepala, pening, gangguan sistem penghadaman, jika sakit ghaut akan lebih sakit buat sementara dalam masa beberapa hari tapi akan jadi lebih baik dan sembuh jika berterusan menggunakan Goji. ada kalangan pelanggannya yang tidak mahu meneruskan minum Goji kerana tidak tahan dengan ‘kesan awal’ Goji ni tapi dia cuba yakinkan dengan membawa beberapa orang yang ‘telah sembuh’ setelah lama menggunakan Goji ni.
aku masih tak berminat dengan benda2 ni sebab aku selalu sgt dengar dari pengedar ubat atau makanan tambahan akan menyatakan akan ada kesan awal selepas menggunakan produk mereka..satu hari dalam satu majlis keramaian bersama kawan2 aku tgk ramai kawan2 begitu ghairah minum Goji yang diberi percuma oleh seorang kawan pengedar dan semua mereka menceritakan benda yang sama…sakit kepala, sakit sendi, gastrik tapi akan sembuh selepas beberapa kali mengunakannya tapi yang paling menarik untuk mereka terus menggunakannya ialah ‘KERAS PELIK’..yang dah lanjut usia juga kata ‘aku rasa macam muda2 dulu’..dalam keadaan yang tak berminat tu aku juga ditawarkan depan kawan untuk mencubanya dan utk menjaga hati aku membeli sekotak Goji Guarana Extra keluaran Health Builders..selepas tiga hari baru aku cuba minum dan memang aku rasa sakit kepala, gangguan penghadaman dan pening tapi aku akui ketegangan zakar memang luar biasa tapi hanya utk sementara..aku tidak minum tiga hari keadaan mcm dulu dan hari kelima aku minum keadaan yang sama berlaku dan aku katakan kpd kawan2 Goji ni sebenarnya bukan minuman kseihatan yang boleh menyembuhkan berbagai2 penyakit seperti didakwa tapi hanyalah minuman yang telah dicampurkan ‘sesuatu’ hanya utk ketegangan zakar saja..semua kwn2 akui kehebatan Goji hanya disitu saja..aku cari dikotak dan bungkusan tak jumpa pun kelulusan KKM, aku buka website Health Builders pun tak jumpa kelulusan KKM tapi tgk Board Director Health Builders ni rasa tak mungkin ada yang tak kena..aku buat keputusan dan mengajak kawan2 supaya jgn minum Goji ni lagi sebab tidak ada kelulusan daripada KKM dan bercadang menghantar sampel ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang utk analisis bahan yang terdapat dalam Goji ni..sekarang aku tak mau buat apa2 lagi sebab dah cukup bukti yang serbuk soya yang dicampur Goji tak mungkin boleh hasilkan begitu hebat ketegangan pada zakar lelaki tua dan muda selain bahan2 yang digunakan dalam ubatan seperti viagra dan calais dan yang sama dengannya..kepada dealer tu aku nasihatkan jgn hanya kira keuntungan tapi kita juga kena lihat jauh apa yang kita lakukan bukan hanya untuk hari ini tapi yang lebih penting bagi orang Islam ialah apa yang kita akan bawa dihari kita dibangkitkan kelak..wallahualam.
Saya adalah pengguna setia Goji Guarana. Asthma saya dah kurang 80% dan mata saya makin terang, lupa pakai spec pun boleh tak sedar.
Sepatutnya, orang KKM kena beri tahu sebab apa mereka serbu. Dalam pasaran ada Goji Guarana imitation, boleh beli RM40 sekotak kat Mat Indon di Chow Kit. Yang palsu ini memang pakai sidenafil dgn soya saja, takde gaji, guarana atau madu.
Sepatutnya, KKM pi serbu pirate ini, tapi yg original pulak yg kena.
Lagi pun, semua orang tahu penguatkuasa mana2 jabatan kerajaan semuanya makan rasuah. Oleh kerana Goji hebat dan merosotkan jualan produk pesaing, adakah mungkin pesaing yg merasuahkan termasuk penulis blog ini.
Hanya Tuhan yang tahu kebenaran kerana tiap2 batch yg dihantar ke Singapura di test oleh lab sana sabelum dipasarkan.
Ada orang Cina cakap dgn saya, kalau orang Melayu tak makan rasuah, baru depa takut.
banyak lagi makanan / minuman berkhasiat kat dalam malaysia ni.
anyway, nanti bila dah kiamat, bolehla kita tau sapa yg betul, sapa salah..
tunggu je la.
Goji oh Goji..
Office mate citer, dia ada heart condition. Si penjual plak propose makan guarana for 4 days. Haa merana masuk emergency kat spital, degup jantung terlalu laju.. guarana merana…
aku rasa korg silap nih….goji yg dirampas adalah yang diproses, bkn buah goji…..buah goji yang natural tak dicampur apae2 substan lain…
Apa nak bising2 ni,aku pun tak pernah try goji tu..Tunggu je lah Kementrian publish kat berita ke atau newspaper.ini lah masaalah org kita..tunggu lah berita yg sahih…nak ambik silakan tak mau ambik sudah.jgn bergaduh
Salam, bukan semuanya syarikat yg memasarkan goji tidak baik ada setengah syarikat MLM mengambil kesempatan untuk buat duit secara tipu pengguna, di Malaysia banyak syarikat yg memasarkan goji tetapi tiada masalah dgn pihak KKM,
di web ini pun ada biz memasar goji
http://www.goji2u.net/dumik
Bari ini pihak syarikat pengeluar goji ni dah keluarkan satu lagi produk diberi nama GOJI YUMBERRY. Saya dah try…..memang hebat lebih hebat dari goji guarana yang kena serbu tu. Saya difahamkan pihak kementerian nak cover balik atas keterlanjuran mereka lalu produk ini diluluskan dengan segera bersama produk2 lain syarikat. Mungkin mereka tak berapa aware yang empunya syarikat tu Tengku Mahkota K——n. Takut nanti Tengku nak pergi jumpa PM. Apa pun pada pendapat saya satu organisasi besar yang control pasaran ubat-ubatan dari Amerika ni yang buat kacau kerana produk mereka merosot dek produk goji ni.
bapa saya amalkan goji kurang dari setahu. ada sakit jantung & darah tinggi. dia claimed rasa sihat & segar. baru2 ni hidung berdarah 5 hari tanpa henti. blood vessel pecah. tp doc xdpt rectified apa punca.
Skrg ni, produk goji guarana adalah mixtures of 2 benda; goji berries + Guarana (a.k.a brazillian cocoa). Goji berries adlh sumber antioxidant, rich in pigments eg: carotenoids, beta carotene etc. Ini yg korang dok kata cina makan buah, bkn serbuk.Correct.
Guarana on the other hand lebih bersifat stimulating, kerana kandungan caffein nya 3X lbih dari coffee. Sbb itu rasa bertenaga and lebih segar dari biasa. this stimulant akan directly take charge of yr central nervous system. MUNGKIN (mungkin ya)….Goji Guarana asli tidak mengandungi sedafil tetapi caffein asli ini sudah cukup utk stimulate.
Tapi, soalnya, adakah 100% guarana di guna utk proses goji? jika ya bagus. jika tidak apakah bahan stimulant sintetik yg plg sng dapat utk menggantikan sifat caffein asli dlm guarana??
Kaitanya dgn cerita bapa saya..Kedua goji n guarana adalah SANGAT TIDAK SESUAI untuk pesakit2 yg mengambil certain drugs. Lebih2 lagi dadah anti-coagulant. Pesakit jantung & darah tinggi adlh golongan yg sentiasa dekat dgn dadah jenis ini. Bapa saya mengambil ASPIRIN dan CLOPIDOGREL. Mungkin salah satu kesan adverse reaction dadah & bahan aktif dari buah goji n guarana menyebabkan blood vessel ruptures and nosebleeds yg berpanjangan.
Moral of the story: supplement bagus. Tapi awas ADVERSE REACTION. Kesan tidak dpt dilihat sebulan dua…it might take years! Tahukah anda hampir 80% ubatan yg ada dipasaran/yg doktor prescribe tu has not been tested to ASIAN population??? Kita punya genetic pool yg berbeza dgn Eurasian, African, Caucasian etc etc.
Sharing is caring!
banyak pakar2 saintis kat sini ekk..
termasuk pakar2 undang2 ngan pakar2 wartawan..
hehe
aku setuju kate2
"labu"
bersepah sayur ulam-ulam yang jauh lebih baik dari goji nie.
JAGE MAKAN LAAA KENKAWAN~
aku selalu jage makan, bkn nak tunjuk hebat tapi keberkesanan nye aku sihat sampai sekarang, takde ambik makanan2 tambahan nie, tak pernah demam, skit2 sebab kene hujan tu ade la,, manusia, biase laa..
KALAW TUHAN NAK KAMU SAKIT, SAKIT JUGAKLAH KAMO, TELAN LA UBAT YANG PALING MUJARAB DI ATAS DUNIA SEKALI PON, SAKIT JUGAK…
sebab da kehendakNYA~
kita da duduk dinegara Malaysia, ikutla undang2 Malaysia, kalaw takmo duduk di Singapura, sebab kat Singapura, sebab kat Singapura dapat kelulusan GOJI nie, ataw pon kat China, kalaw betul la lulus,,
lagi satu En Wartawan.. mungkin ini periuk nasik kamo la kot, tapi sepatutnye kamo membawa berita kan?? bukan menyebelahi sesiape kan?? kenape kamo tak buat artikel tentang goji ni gak, bangkit kan penafian diorang kat blogger nie ttg goji nie.. sebab ape nak bangkit kan??? hai~ kamo kan wartawan..
nak mencari berite,, mesti lagi hebat artikel kamo nie,,, sebab aku tgk macam kaw lak yer yer buat serbuan nie~
heheheh
jangan marah, aku bercerite mane yang patut, ni kan blogger, semua orang ade hak bercakap, tapi berhati2 la..
Selamat Berpuase, dan Selamat Hari Raye
lagi satu,,
kalo betul goji itu sangat bagus!
kenape tak jual buah goji, makan goji sahaja,, baru betul 100% goji…
baru betul khasiat goji..
tapi kalaw nak kene tambah e2 ini bukan khasiat goji la tu brader~!
maknenye goji nie tak cukup untuk berkhasiat lagi laa..
orang malaysia mudah kena tipu.
kementerian dah buat macam2 peraturan, tapi kalau masih ramai yang lebih percaya kepada auta, sendiri tanggung nahas lah.
selagi mana ada pembeli yang tak berhati2, selagi tu lah produk2 berbahaya ni ada pasaran.
kementerian nak serbu2 bukan mudah beb, banyak prosedurnya, kena dapatkan bukti kukuh baru boleh serbu. kalau main serbu2 je boleh kena saman.
daripada peniaga goji ntah apa2 ni bubuh racun dalam badan ko, baik ko tabur pasir dalam periuk dia dulu.
senang cerita, jangan beli apa2 makanan ‘kesihatan’ yang tak berdaftar.