Jab Imigresen Wangsa maju
Kuala Lumpur
13 Jul 2009
2-20 petang
8 bintang dan 12 bulan harus diberikan kepada Jabatan Imigresen.
Bukan sahaja mereka cekap bekerja, malah ‘melanggar janji’ mereka dalam Piagam Pelanggan.
Sebabnya?
Dahulu, suatu masa di zaman teknologi baru nak berkembang, untuk membuat paspot, ia akan memakan masa berhari-hari baru siap.
Semuanya perlahan, dan bayangkan jika ada yang perlu segera ke luar negara, sedangkan paspot baru hendak dibuat, jawabnya, terpaksa lah sabar.
Isnin lalu 13 Julai, 2009, saya ke Jabatan Imigresen Cawangan Wangsa Maju untuk membuat paspot baru setelah paspot lama tamat tempoh 3 tahun lalu.
Saya tiba di sini kira-kira jam 2-25 petang dan ada kira-kira 30 orang sedang menunggu.
Setelah mengisi borang, saya diberikan nombor giliran oleh petugas kaunter yang begitu berhemah.
Dan tak sampai 5 minit kemudian, nombor saya dipanggil untuk membuat bayaran RM300.
Dengan penuh berhemah juga, juruwang memberikan saya resit dan memaklumkan, nombor saya akan dipanggil semula dalam tempoh sejam.
Saya membayangkan, saya hanya akan dipanggil semula kira-kira jam 3-40 petang, sejam kemudian.
Saya keluar minum di kedai berhampiran, tetapi tetap rasa tak sedap hati, ketika jam dah menunjukkan 3-10 petang.
3-15 petang, saya masuk semula, dan benar, kira-kira jam 3-20, nombor saya dipanggil, dan paspot saya dahpun siap.
Segala-galanya selesai dalam tempoh 50 minit.
Walaupun pada resit mengatakan, kutipan 2 jam selepas waktu bayaran, namun, kecekapan tidak sampai sejam membuktikan, dedikasi kakitangan, komitmen dan dibantu dengan teknologi canggih, segala-galanya lancar.
Tahniah kakitangan dan pegawai Jabatan Imigresen Wangsa Maju.
Dan mungkin, 5 tahun lagi pula , saya akan berurusan semula dengan Jabatan Imigresen setelah paspot ini tamat tempoh…







Wangsa Maju mmg cepat, kalau dah prepare semua dokumen mmg skjp jer
Aslmualaikum wbt.
Saya juga ada buat paspot di PKNS Shah Alam baru2 ni. Alhmdulilah, mmg layanan dan servis cukup memuaskan.
Mula2 agak mesti siap lambat. tapi blh bagi kredit pd Imigresen sebb semakin berdaya saing. Moga jabatan lain pn akan ikut servis yg mcm ni.
Bravo Imigresen!!
damansara ramai. tp servis dia ok jugak
Orang x byk..bolehlah cepat. Tapi kalu ramai, kaunter tambahan akan dibuka. Ala2 cam Tesco…kurangkan masa queue..
masa saya buat passport tahun 2005 dulu di Shah Alam, 3 hari baru siap. bulan mei lepas saya buat passport untuk anak2 di hentian kajang, alhamdulillah, 2 jam je siap. masa tu dah mentally prepared untuk queue sampai ke petang. puas hati jugak la
baru buat pasport anak bulan lepas kat wisma persekutuan, jb…
sgt bagus, cepat.. dalam sejam dah siap.
tahniah
Aku ingatkan kau nak belasan imegeresen, buat saspen je.
Aku ada pengalaman dengan imegresen, tapi pengalaman yang macam hampeh. Aku dilahirkan di luar negara tapi dah jadi warganegara Malaysia. Masa nak buat pasport antarabangsa, aku kemukakan semua dokumen termasuk MYKAD aku.
Nampaknya MYKAD aku dah bukti aku bekerja di Malaysia seolah-olah tidak laku. Apa MYKAD kita tidak ada kredibiliti ke?
Pegawai imigresen tetap nak passport dari negara asal aku yang aku pernah pegang semasa berusia setahun.
Ko bayangkan mana nak cari passport yang aku dah tak nampak sejak 34 tahun dulu.
Alhamdullilah nasib baik, mak aku simpan. Itu pun jadi isu juga pasal kat pasport itu ada gambar kartun. Itu pun pegawai imegresen pelik, pasal apa ada gambar kartun? aku nak ketawa pun ada, nak maki pun ada, terasa bodoh pun ada.
Pasport adalah hak KERAJAAN MALAYSIA. x leh suker2 cakar2 yer…. hilang pon jgn kalo boleh…..
faizal- memang benar, lagipun, jika sambung paspot, tak perlu lagi bawak birth cert sebab rekod dah ada.
yusuf- harap di kaunter cekap, dan di scene juga cekap tangkap PATI2 ni semua…
out-of my mind- memang situ crowded, nak parking bawah bangunan tu pun ngeri…almaklumla, bangunan dah uzur…
rosyfitrah- tapi, jika ramaipun org, dan kakitangan cekap, memang boleh cepat. sebab itu, mereka letakkan dalam resit, jangkaan dua jam, jika org ramai, sebagai safer-side.
hani3 -jika ramai org, sesak, kita pun faham sebab apa lama menunggu.tapi, yang pasti, takdelah mcm dulu, berhari2 baru siap. kalau dlm 1 hari siappun, dah kira sgt2 ok…
anon- kena salute pd mereka tu…
shahpaskal- eh, ok per tajuk tu. memang dia org tu tak tepati paigam pelanggam…!!!
mungkin dia tak percaya kau ni org negara jiran kot, atau mungkin ejen mana2 agensi perisikan ke…
tentang kartun tu, siapa punya angkara tu shah?…
Bro Sham
Saya sokong
Memang tepat tajuk tu…
(tapi kena baca sampai habis….he he he… kalau tak nanti, salah faham)
Saya sokong sebab dalam 5 tahun ni
(maklumlah Pasport saya ni suka sangat di cop oleh pihak Myanmar Embassy, Yangon Imigresen, Changi Airport, Bangkok Airport dan Sabah Sarawak, kalau mereka guna Automatic Gate mesti tahan sampai 5 tahun)
sudah 3 kali berurusan di kaunter mereka, kali ke-2 dan ke-3 adalah yang paling cepat.
Pada hemat saya, memang susah nak cari jabatan lain yang suka melanggar Piagam sebegini.
Tahniah untuk Jabatan Imigresen…
Tepuk tangan semua – Standing Ovation!
alid- tapi, hang perasan tak, cuba belek kat paspot hang tu, imigresen mana2 negara pun, biasanya akan cop suka2 hati kat mukasurat tu. ada yg tengah, tepi, bawah, dan ada tu, satu m/s, 1 negara. kalau dah kontrakan keluar dan masuk, maka, 16 kali je le boleh guna paspot yg 32 mukasurat…
Kat Rampai sana memang cepat…pujian and bonus patut diberikan.
Ong
anon, ong – begitu juga jiran sebelah, iaitu jabatan pendaftaran. juga servis yg cepat.
pling senang berurusan dengan derang…semua staff derang berhemah dan sopan…10 bintang
Pasport dah mati 3 tahun. dedulu, ambik masa 3 hari dan kena ambik cuti sehari suntuk untuk pegi pejabat ni…nampak gayanya, bolehlah pegi perbaharui semula ni…
KWSP cawangan Kajang pun boleh tabik spring. Cekap dan mesra pelanggan
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia
Salam.
Saya adalah warga asing yang sedang menempuh studi di sebuah university Malaysia ( yang merupakan kegiatan menimba ilmu atau sedang berada fii sabilillah, istilah dalam agama islamnya).
Mengingat waktu yang cukup panjang yang dibutuhkan dalam studi ini iaitu kira-kira 3 tahun, maka suami harus mendampingi saya dan empat orang putra-putri kami pun terpaksa harus kami ikut sertakan.
Namun sayang, bahwa kebijakan kerajaan malaysia yang melarang suami untuk bekerja mencari nafkah bagi kesejahteraan keluarga kami.
Sepengetahuan kami di negara Australia, memberikan izin bagi suami yang istrinya menuntut ilmu untuk bekerja selama mendampingi pasangannya yang sedang menempuh pendidikan.
Dapatkah pihak Imigresen memberikankan surat izin kerja (work permit) bagi suami ?
Bila tidak boleh, MENGAPA ? Apakah akan merugikan negara ini ?
Kami ingin dapat bekerja secara legal sehingga rezki yang kami peroleh menjadi halal bagi keluarga.
Karena kami tidak ingin menjadi tamu yang melanggar peraturan di negeri Tuan.
Terimakasih