Kadar Tol Naik Lagi? Mengapa Bayar Lebih…
Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan – semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.
Tetapi, dimanakah ‘perjanjian konsesi’ dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.
Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.
Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.
Tahukah anda:
Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.
Tetapi, sedarkah anda:
Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan tinggalan zaman penjajah dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.
Tahukah anda:
Laluan bertol memang selesa,ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam.
Tetapi , sedarkah anda:
Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.
Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.
Contoh 2:Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, tetapi sebaik membayar tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.
Contoh 3:
Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papantanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah, bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2.
Tahukah anda:
Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.
Tetapi sedarkah anda:
Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya, tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.
Contoh1: Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.
Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai.
Contoh2: Lebuhraya Persekutuan
Untuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.
Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.
Tahukah anda:
Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat, rawat.
Tetapi sedarkah anda:
Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.
Contoh1: Lebuhraya KL-Putrajaya
Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1-50 dan Putrajaya RM2-00
Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2 kemudian U -turn dan bayar sekali lagi RM2 untuk berpatah balik.
Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu…)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.
Contoh 2:Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong/sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya.
Dan, sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.
Tahukah anda:
Lebuhraya adalah laluan yang cepat ketika melaluinya (saya ulangi- ketika melaluinya),
Tetapi, sedarkah anda
Iitu hanyalah di dalam lebuhraya, tetapi sebaik menghampiri tol dan selepas menghampiri tol, kadang-kadang lebih lama masa diambil kerana kesesakan. Nampak sangat tiada penyelarasan antara lebuhraya dengan laluan yang menyambunginya.
Tahukah anda
Banyak kemalangan berlaku di lebuhraya dan tidak kurang nyawa melayang. Betapa bagusnya pihak lebuhraya menyediakan khidmat meronda. Tetapi, hanya setakat meronda sahaja…
Tetapi, sedarkah anda
Mengapa pihak lebuhraya utama seperti PLUS tidak menyediakan perkhidmatan ambulan, pasukan penyelamat bagi menanggani kes-kes kemalangan teruk dan melibatkan nyawa dan perlu direspon segera.
Adakah memakan belanja yang amat besar untuk menubuhkan unit ambulan dan penyelamat? Lebuhraya hanya dua hala, kiri dan kanan.
Tetapi apa yang berlaku, lebuhraya menggunakan sepenuhnya khidmat ambulan ,pasukan penyelamat dari luar lebuhraya, sedangkan lebuhraya sepatutnya memberikan respon awal setiap kes dan kemudian dibantu oleh pasukan luar.
Contoh yang bukan lebuhraya tetapi lengkap – ialah Genting Highland yang mempunyai pasukan penyelamat, bomba serta ambulannya sendiri untuk respon awal kes-kes yang berlaku
akan bersambung..
Post Lain Yang Berkaitan
9 Comments
You must be logged in to post a comment.



Untuk pengetahuan juga hentian TOL kita adalah seluas lapangan terbang biarpun laluan lebuhrayanya hanya 2 lane. Dan biasanya luas hentian TOL mungkin 2 atau 3 kali ganda lebuhraya. Contoh mudah (Jambatan Pulau Pinang).hehehe…confirm berebut lepas bayar tol…
Bro Sam…
Kenapa TOL dinaikkan?
Klau harga makanan dan minuman tu lainlah, sebab harga bahan masakan dan minuman naik.
Tapi kalau lebuhraya ni, mungkin kos penyelenggaraan dah naik atau ada pihak yang nak untung lagi besar.
Contohnya, tol Jalan Kuching di Lapurkan mengaut keuntungan Beratus ratus juta RM, walhal jalannya tidaklah sehebat mana. Bila Tol Jlan Kucing di tutup, nampaknya lebih selesa, lancar dan lebih cantek keadaan jalan tersebut.
Serangkap pantun untuk Bro Sam:
Orang kaya tempat meminta
Orang pandai tempat bertanya
Orang miskin papa kedana
Orang wartawan banyak berita
Terima kasih
susah2..sebab tu la nanti whose nak mintak posting ke tmpat yang tak mempunyai tol…nak g kejer kene tol, nak g jalan2 kene tol..balik kampg pn kene tol..jgn nanti nak g surau atau masjid pun kene tol…wawawa…
sebaliktabir- betul, hentian amatlah luas, sebab tapi apa guna hentian luas jika nilai perkhidmatan yg kita dapat, akhirnya menyusahkan pengguna. Kajian dan tindakan harus dilakukan kerana masa menunggu masuk ke plaza tol, membayar tol dan selepas tol biasanya adalah lebuh lama dari kita berada di dalam lebuhraya…
alidyangon -sebab itu, rakyat juga perlu menuntut perjanjian konsesi antara mereka yg berjanji dgn rakyat sendiri.
-tentang pantun tu, tq byk2, sebab memang kerja wartawan cari dan laporkan berita…!!!
whose- masalahnya, jalan tanpa tol yg kononnya dijadikan jalan alternatif, akhirnya ditukar jadi jalan bertol juga!!!
dan, untuk pengetahuan, peminta sedekah depan masjid, surau tu, sebenarnya adalah sistem tol yg dah lama wujud dan itu terang2 utk kegunaan mereka sendiri…
emmm…
betol..betol..betol..
pe fungsi bayar tol kalo still gak lebuhraya sesak..
especially time balik raya..
rasa nk jd superman jer bile time cuti raye
okay…as a user, sama2 la kita redakan keaadaan. contohnya;
1. untuk mengelakkan kesesakan bertambah buruk, jangan sesekali kita guna "emergency lane" waktu jalan dah jam. emergency lane ni untuk kegunaan peronda lebuhraya, polis n ambulan.
2, beli lah 1 set smartTAG, yang duk buat bagi jam kat tol ni time kita buat transaction. kalau jam lepas bayar tol tu, lain la ceritanya…kalau dah takde sangat duit nak beli smartTAG, beli jerla kad TnG..
"Tahukah anda:
Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol."
kalau tak silap LDP pun antara salah satu contoh. dulu ada jalan lama (tiada tol) antara uniten kajang-puchong-hicom. sekarang, nak lalu ikut mana lagi? terpaksa guna LDP, ada dua tol.
start bln 4, aku menjadi pengguna tegar LDP..trn dr rumah d kinrara menuju ke damansara, and aku akui, sume "fakta" kat atas betul..dan bile aku blk ke rumah mentua aku di kedah, guna PLUS, pon "fakta" kat atas betul lg..
same jugak bile aku balik ke rumah parent aku d terengganu, guna MTD, n karak, "Fakta" kat atas betul lg..
so, just persoalan aku, kat mane slogan "Rakyat Didahulukan" tu..
sekadar bertanya..:)
kalau federal highway tu mmg patut dimansuhkan tol. mmg tak mcm highway. jem teruk hari2