Kajian Mengenai Lanyard, Tin Minuman dan Belt-Stopper

Kajian ini adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapat tajaan atau dorongan mana-mana pihak.

Hasil kajian dan rumusan mengenainya tidak pernah diterbit atau disiarkan di mana-mana sebelum ini dan dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia!

Saya tidak memerlukan puluhan ribu malah ratusan ribu atau jutaan ringgit, semata-mata untuk melakukan kajian ini, tetapi kajian ini kelak saya percaya akan digunakan oleh banyak pihak untuk mereka mungkin mendapatkan puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit itu…!!!

Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

Nota: Luangkan Masa Isi ruangan Poll melalui Nuffnang di sidebar kanan blog mengenai kajian ini.

1.Lanyard/tali gantung name-tag

 Selepas membaca artikel ini, anda pergi ke kereta anda. Lihat lanyard yang anda gantung melalui cermin pandang belakang itu. Harganya murah, tak sampaipun RM5 satu dan biasanya anda mendapat secara percuma dari majikan anda.

Menggantung lanyard menjadi trend kepada ramai pemandu kerana beberapa sebab:

i-supaya anda tidak terlupa/tertinggal di rumah-maka anda akan gantungnya dan akan

memakainya sebaik keluar dari kereta

ii-sebagai tanda riak kepada orang yang terlihat name-tag anda bahawa anda bekerja kakitangan syarikat A yang gah itu.

iii-sebagai isyarat kepada pemandu di sebelah anda , “saya ingin berkenalan, this is my name-tag. Carilah saya , nama saya anda boleh lihat…”

Tetapi, tahukah anda, ia mungkin merupakan pembunuh senyap, atau penyebab kemalangan?

Lanyard itu jika terutamanya digantung dengan talinya terlalu panjang ke bawah sehingga melepasi paras stereng kereta, ia mampu membelit stereng kereta anda ketika keadaan-keadaan tertentu seperti ketika anda mengambil selekoh tajam atau kenderaan anda terhentak akibat terlanggar lubang atau bonggol jalan.

Atau juga ketika anak anda bermain-main dengan lanyard itu ketika anda memandu sehingga akhirnya ia membelit streng kereta. Akibatnya, anda gagal mengawal kenderaan anda, akhirnya akan menyebabkan kemalangan.

2.Tin/botol minuman

Lihat atau lakukan ‘spring-cleaning’ di dalam kereta anda. Lihat di bawah tempat duduk. Bermacam-macam sampah akan anda temui. Tumpuan diberikan kepada botol atau tin minuman. Dengan harga setin Coke sekitar RM1.50, ia juga mampu membunuh anda.

Begitu juga, ketika memandu, anda akan meletakkan tin atau botol minuman di tepi sebelah pintu pemandu, atau ruang yang disediakan biasanya berhampiran gear.

Tetapi, tahukah anda, tin atau botol itu, pernah jatuh di atas lantai kereta dan bergolek ketika anda memandu. Apakah risikonya?

Tin atau botol itu akan bergolek sehingga ke bawah pedal minyak atau pedal brek kereta anda. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat mengawal kereta kerana brek atau pedak minyak tersekat akibat botol atau tin minuman telah menyekatnya.

Di dalam laporan kes-kes kemalangan terutama kemalangan maut, kita biasa membaca sebegini:

“Kereta dipandu tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik”

Ye, kereta itu hilang kawalan, tetapi apakah penyebab kepada hilang kawalan itu? Memandu laju? Bergaduh ketika memandu?

Belum ada bukti secara saintifik menunjukkan bahawa lanyard dan tin minuman adalah penyebab kemalangan.

Tidak mungkin kita akan mendapat jawapan kerana pemandu kereta telahpun maut dalam kemalangan itu…

Jadi, lanyard dan tin minuman itu tetap menjadi misteri…

3.Belt-stopper

 Dari semurah RM3 hingga puluhan ringgit seperti ada berbagai logo dan karektor kartun, belt-stopper juga mampu meragut nyawa manusia ketika kemalangan. Macam tak lojik bukan?

Belt-stopper direka supaya menjadi penahan kepada tali pinggang keledar supaya ia tidak ‘menjerut’ perut dan pinggang pemandu/penumpang kereta . Ia akan melonggarkan tali pinggang keledar supaya kononnya pemandu dan penumpang tidak menjadi rimas atau rasa ‘terperangkap’. Wanita amat gemar menggunakan belt-stopper terutama ibu mengandung dan mereka yang tidak mahu tali pinggang keledar itu ‘menjerut’ buah dada mereka.

Tali pinggang keledar hanya akan berfungsi apabila terdapat ‘sentakan’ atau ‘rentapan’ padanya dengan kadar yang cepat, laju atau mengejut. Ketika kemalangan, mangsa akan tertolak ke hadapan, dan ketika itulah tali pinggang keledar akan berfungsi dan menguncinya sekaligus menahan mangsa dari melambung atau ter’lajak’ sehingga mengenai stereng ataupun cermin hadapan.

Menggunakan belt-sotpper’ akan menyebabkan terdapat ruangan di antara tali pinggang dengan badan mangsa menyebabkan tiadanya daya ‘sentapan’ atau ‘rentapan’ bagi memberhentikan pergerakan tali pinggang itu. Ini sekaligus boleh ‘membatalkan’ penguncian tali pinggang itu menyebabkan mangsa terus terhumban ke hapadan.

Kajian ini juga mungkin tidak pernah dilakukan oleh pegawai penyiasat kemalangan.

Apabila ketiga-tiga bahan disebutkan di atas, bertindak secara serentak ketika anda menekan brek ketika kecemasan, ini akan berlaku:

Tali lanyard akan melilit stereng kereta, botol dan tin bergolek ke arah pedal minyak, clutch dan brek, manakala tali pinggang keledar tidak akan berfungsi kerana di’bebaskan’ oleh belt-stopper.

Saya ulangi – Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

Post Lain Yang Berkaitan

23 Comments

  • Pada 2010.08.09 03:36, gayapeneroka menulis:

    MANA BOLEH TAK PERCAYA …saya percaya 100%..
    memang pun..

    • Pada 2010.08.09 03:59, ~*PiNx.BomBYx.MOri*~ menulis:

      Ermm~!

      Belt-stopper itu betol.
      Amoi dah mengalaminya..

      Naseb baek kete Emak xde
      benda alah tu..

      • Pada 2010.08.09 04:06, IJAM menulis:

        pasal lanyard tu saya percaya. Yang terjadi kat saya ialah wayar charger GPS saya. Masa saya putar steering secara tiba2, lalu tangan saya terbelit dgn wayar tu sekali. Habis tercabut GPS tu dgn wayar2 tu sekali. Mujur kereta masih dlm kawalan.
        Botol minuman pun pernah jadi jugak, tapi setakat terpijak je. Alhamdulillah, belum ada apa2. Tapi kemungkinan tu mmg ada.

        • Pada 2010.08.09 04:20, odeng133 menulis:

          mmg betul..tp utk tin minuman tu,bukan setakat tin minuman,kasut,selipar,steering lock,make sure xde atas lantai kete terutama di sebelah pemandu dan penumpang blkg,dlm keadaan brek emergency semua benda bole terolak ke depan..

          • Pada 2010.08.09 04:25, A.N.Z.A.R.T.I.K.A menulis:

            saja nak kongsi..

            yang no satu tu selain landyard tasbih yg panjang pun saya rasa sama gak.

            2.tin minuman saya pernah kena sbb penumpang belakang letak botol brek mengejut semua benda tergolek keluar kat bawah seat tgk2 orang belakang punya.

            sticker vip mcdonalds pun boleh jadi jugak sbb saya pernah tampal kat cermin tanpa sedar sticker tu menutup sebuah kereta kancil.nasib baik semapt tgk.sbb tu sampai sekarang saya tak tampal sebarang stiker dekat kereta melainkan roadtax dan utk stiker parking sajer.
            lagi satu saya tgk orang yang letak gps tu pun boleh membahayakan orang lain sbb mata dia dok tgk gps bukan nak tgk jalan.kadang2 mereka memandu kejap2 kekiri kejap2 kekanan leaps tu dok tgh2 sbb mata dia tgk GPS.
            kalau orang drive smabil sms ni takyah cerita mmg mengacau orang jer.

            • Pada 2010.08.09 04:30, Queen menulis:

              betul la..bahaya…

              lanyard tu dah buang lama dah…sebab hubby bising2 dia kata mengganggu…

              belt stopper takde..

              tapi bekas minuman ada..kene clear kan ni..maklumla..lebih2 lagi botol air masak..heee

              • Pada 2010.08.09 04:44, fazleephixel menulis:

                ada juga sesetengah kenderaan suka letak bantal & anak patung kat bahagian belakang, sekaligus mengganggu penglihatan cermin pandang belakang.

                • Pada 2010.08.09 05:03, Kujie menulis:

                  No 1 – saya surirumah – tak logik nak pakai – nak tayang kat sapa 'i am domestic engineer' – :p

                  No 2 – betul sangat betul sebab pernah berlaku beberapa kali dengan botol air mineral 500ml.

                  No 3 – tak guna.

                  Nampaknya kena bagi lebih bahagian untuk kajian no 2.

                  Terimakasih.

                  • Pada 2010.08.09 05:07, abol menulis:

                    hmmm syabas bro sebab terbitkan artikel yang super menarik ni….

                    • Pada 2010.08.09 05:25, Scott Republic menulis:

                      Yang no 1…ada letak tapi belit kat cermin tu dua tiga kali sebab anak suka main……jadi cermin pandang blakangku asik kena diperbetulkan je…

                      No 2 ….belum terjadi lagi tapi memang ada gak mende2 camtu dalam kete…kena bersihkan la nanti

                      No 3…..tak pakai sebab tak pakai belt….jarak perut saya ngan stereng kurang 1 inci hahahaha

                      • Pada 2010.08.09 05:51, Ghost menulis:

                        betul tu bro…

                        pada saya lanyard yg tinggal kat dalam keta tu selain accident boleh menyebabkan kereta di 'mark', contohnya kalau kerja ngan kompeni komputer, kemungkinan besar ada laptop kat bonet…

                        selain botol, lighter pun sama, ada kes kawan saya yg lighter meletup dalam kereta sbb tinggal kat tempat panas… tapi setakat meletup aje x terbakar… kalau tengah bawak keta tak ke naya…

                        keep up the good work bro, Allah aje yg dapat membalas usaha murni bro…

                        • Pada 2010.08.09 06:52, black_canary menulis:

                          betul saya sokong…tapi mmg kita ambik mudah perkara ini…ada kajian (dari luar negara)..meletakkan sesuatu di dashboard juga merupakan penyebabkemalangan dan mungkin membunuh…contohnya botol pewangi kereta…mmg beratnya berapa gram aje..tapi impak dari kemalangan akan menyebabkan berat yg berapa gram tu akan berubah menjadi berapa KG dan bila kena kepala…tahu tahu sajalah…

                          • Pada 2010.08.09 07:37, MiA BoUTiQuE menulis:

                            Thanks Bro! Gud job..

                            Minta share yer..

                            Saya copy nie tp letak nama bro la…

                            untuk peringatan kepada insan2 tersaynag :)

                            Thanks again..

                            • Pada 2010.08.09 08:04, buns menulis:

                              macam2 kemungkinan bulih berlaku…

                              cam aku lak… masa memandu… tetiba sekor lipas melintas di atas dashboard ketaku.. apalagi terkojut la den… sib baik tak terbabas… eheee….

                              moralnya… buang ler sisa2 makanan selepas makan didalam keta.. jgn jadi kan kereta kita tempat pembiakan lipas dan makhluk2 lain… theheheheheeee…

                              • Pada 2010.08.09 09:20, Kar menulis:

                                100% benar apa yg dibagitau oleh tuan rumah ni. Sebenarnya, apa2 pun nak letak dalam kete, kena jauhkan dari kawasan drebar. So semua benda yg telah diberikan amaran tu, biasanya aku akan lemparkan ke kawasan lantai penumpang sebelah drebar. Tak mengganggu pemanduan. Satu lagi yg aku perasan adalah suka cari CD waktu drive; sebaiknya sebelum driving lagi dah pilih apa cd nak mainkan. SMS, baca GPS sambil driving mmg ler sah2 membahayakan semua org. Satu lagi org bawak motor selalu sangat aku tgk tanggalkan helmat utk jawab hphone masa tgh bergerak. itu yg kalau jatuh tu, otak bersepah.Tak reti gamaknya nak pakai handsfree atau bluetooth. Ok sekian

                                • Pada 2010.08.09 12:27, Pan menulis:

                                  lanyard saya gantung kat leher sepanjang perjalanan, tak blh gantung kat cermin pandang belakang sbb cermin saya tu kena angin (cermin motor)..
                                  Kelebihan pakai lanyard atau name tag ni ada bagus juga, kalau apa-apa terjadi dan saya tak sedarkan diri atau tak akan sedar-sedar senang org nak cari company saya, dan company pula akan segera hubungi keluarga..
                                  Tak tidur lama sgt dlm peti beku kat hospital..
                                  praktikal bukan?

                                  • Pada 2010.08.09 14:10, Azrul menulis:

                                    Lau letak bunga yg gerak² tu bahaya x. skung ramai org letak bunga tue.

                                    • Pada 2010.08.09 14:41, Zizou menulis:

                                      beberapa perkara yang nak tambah:
                                      1. Apa saje objek yang diletakkan di hadapan/atas dashboard memang merbahaya. bayangkan bunga gerak2 (macam yang azrul mention) tu bergerak dlm kelajuan 90km/j dan menghentam muka kita time kemalangan.
                                      2. kebun bunga kat bahagian penumpang. suke sangat letak jambangan bunga kat belakang sampai melindung pandangan. bukan ke bunga tu melindung pandangan pemandu sekaligus merbahaya…kreativiti biar bertempat

                                      • Pada 2010.08.10 03:26, airforcetribes menulis:

                                        Tul, infact pd pendapat sy, tabiat sesentengah pmandu yg suker wt koleksi gantung lanyard, tai n segala mcm benda alah kat cermin pndg belakang pun leh mengundang risiko.. Ia mmpu mungurangkan kadar visibility pemandu tnpa kiter sedari.

                                        • Pada 2010.08.10 11:28, sOFiAn menulis:

                                          maklumat berguna…saya dah publish di blog saya…harap memberi pengajaran dan maklumat yang penting untuk semua..

                                          • Pada 2010.08.11 00:18, Mohd Affendi menulis:

                                            salam,

                                            pasal lanyard tu memang betul pon, nampak macam tiada apa2 ancaman tapi dlm keadaan kemalangan ia memang boleh membunuh… kebanyakan pemandu suka meletakkan pelbagai benda di atas dashboard kereta sebagai aksesori dan juga peralatan tambahan (solar charger, rokok, lighter, minyak wangi, patung gerak2 dan etc). benda tu semua boleh jadi bahaya…

                                            sempena ramadhan ni patut pihak berkuasa turut menekankan tentang perkara2 macam ni dlm setiap kempen mereka

                                            • Pada 2010.08.12 04:58, farahanim menulis:

                                              malang ade di mana2.klau tuhan nk bg bala,dgn tin minuman pon bleh bt kemalgn bsr yg tk terbayangkan.yg penting,berdoa pade tuhan dan ambil langkah berjaga2.

                                              • Pada 2010.11.15 10:30, yati menulis:

                                                setuju.. lanyard tu dulu2 saya penah letak tapi memang rimas terutama bila nak corner.. tersauk lanyard tu skali..

                                                tang tin minuman tu pun sama, husband suka selit tin kosong dalam keta lepas minum. berhari2 terselit sampailah bila tin tu menggelongsor dan kena kaki saya baru saya tau ada bende yang dia sorok. Zaman bujang dulu keta saya bersih je, tapi lepas kawin lipas pun banyak sebab husband memang suka selit plastik twisties lah, cheezel lah.. aiyoooo…

                                                You must be logged in to post a comment.