Kemalangan ‘Cable Car’ Palsu Dan Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Sejak 2 minggu lalu, saya menerima banyak panggilan telefon/SMS dari rakan dan yang tidak dikenali menanyakan mengenai, benarkah satu kes kemalangan ‘cable car’ di Genting Highland berlaku.

Banyak laman blog juga telah menyiarkannya secara membuta-tuli walaupun penerangan di dalam email itu amat meragukan kerana tiada butiran lengkap.

Saya menjadi lebih tertarik, apabila ianya turut disiarkan blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM

Panggilan juga saya terima dari rakan-rakan wartawan menanyakan kesahihannya.

Saya yang agak terkejut dengan pertanyaan itu, lalu membuat semakan dengan pihak yang berada di atas bukit itu.

“Bang,  ’cable car’ elok je tengah ‘bergayut’ tu. Saya rasa, saya tak rabun lagilah !”


Semakan saya juga mendapati, tiada sebarang kejadian seumpama itu dilaporkan berlaku samada beberapa bulan sebelum itu atau sebelumnya, hinggalah hari ini.

Email mengenai ‘kes’ ini sebenarnya telah berlegar sejak lebih 2 tahun lalu.

Sila rujuk juga entry saya mengenai ular sawa bertarikh 12 Sept 2008 – Email Palsu – Ular Sawa Mana Pulak Ni…

Di dalam berita palsu ‘cable car’ tersebut, ini kandungannya :

GENTING CABLE CAR FELL DOWN – (not reported in news)

Anything we use is a RISK, whether on plane, boat or our own vehicles.
As usual, THEY paid people off not to expose the incident.
This was kept under wraps.
Cable car rides not recommended since it is not safe. Warn your friends.

Ianya  disiarkan di dalam sebuah blog bertarikh 19 Oktober 2008 beserta beberapa keping foto.

3 Jun 2009, Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Resort World Bhd menghantar notis kepada pemilik blog supaya mengeluarkan posting itu dalam tempoh 1 hari termasuk dari mana-mana blog lain yang mengambil sumber darinya dan menuntut permohonan maaf.

Bagaimanapun, ‘berita’ itu tetap terus disebarkan terutama melalui email hinggalah ke hari ini.

Tahukah anda, apakah sebenarnya yang berlaku?

Foto yang disiarkan itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan kemalangan ‘cable car’ di Genting Highland.

Ianya adalah mengenai satu kes di mana seorang lelaki sedang cuba diselamatkan oleh anggota bomba dalam cubaannya untuk membunuh diri.(lihat bulatan merah)

Kebetulan, ketika kejadian itu, semua perjalanan ‘cable car; terpaksa dihentikan untuk kerja-kerja tersebut.

Lihat foto sebenar kejadian ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star di sini

Oleh itu, berhati-hatilah dalam keghairahan menyiarkan semula bahan yang tidak pasti yang diterima dalam kotak email anda kerana ia mungkin boleh memudaratkan anda kemudian.

————————————————————–

Email dari Resort World Bhd kepada pemilik blog berkenaan:

3 June 2009

Dear xxxxxx

We refer to your blog sites known as http://xxxxxxxxxxxx.com/2008/10/genting-cable-car-fell-down.html of which you have shown one incident purportedly to have taken at Genting Highlands vide the form of photographs, entitled Genting Cable Car Fell Down.

The Site embarked on an unjustifiable attack on the reputation and credibility of Resorts World Bhd (‘RWB’). The title of the Site is false, untrue and as a whole, highly defamatory to us.

Your actions may and could to a certain extent, create doubt and mistrust in the integrity and professionalism of RWB in the eyes of its shareholders, investors and the community at large.

You will be aware that since the date your blog was first published on 19 October 2008, the Site has been accessed/circulated widely.

Given the above, we hereby demand that you carry out the following within ONE (1) DAY from the date of this letter:-

(a) delete/remove the Site from the blog and any other websites in which you have published or caused to be published with contents which are identical to or similar or materially similar thereto;
(b) you shall not at any time whatsoever, further publish or cause to be published the photographs in whatever manner.
(c) publish a full and complete withdrawal of the Site and an apology, in terms to be approved by us, in as prominent a position as the Site complained of herein.

TAKE NOTE that we reserve our rights to claim, among others, damages from you whereupon, if you fail to agree to the above within ONE (1) DAY from the date hereof.

Should you have any questions, please feel free to contact us directly at 03-6105 2008.

Yours sincerely

Public Relations & Communications
RESORTS WORLD BHD

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2011.04.07 15:08, Hazman menulis:

    Zaman sekarang memang banyak e-mail palsu berlegar kat internet. Saya pun banyak dapat e-mail palsu, tapi malas nak layan. Selain e-mail, banyak jugak video2 yang orang share tapi x tahu sahih ke tak, terutamanya kat Facebook. Contohnya video kes budak perempuan bunuh diri kat stesen KTM, sedangkan terang2 la tren yang datang tu warna merah. *tren KTM tak ada yang warna merah. Orang sekarang ni asyik sangat share benda2 mcm ni tanpa buat rujukan kat sumber yg boleh dipercayai. kadang-kadang diorang x fikir langsung pun sebelum share.. asal nampak menarik je terus share.

    • Pada 2011.04.07 16:25, mdfaizal menulis:

      Masih ramai antara kita yg gemar main foward sahaja emel / blog yang dibaca tanpa buat research.. sbb tu masih berlaku. aku rasa ia tetap akan berlaku sampai bila2.
      mdfaizal recently posted..Video bagaimana menghasilkan Telur Ayam Tiruan!

      • Pada 2011.04.07 18:34, Anyss menulis:

        Assalamualaikum,
        Bukan semua blogger ada dan tahu tentang etika bila menulis. Juga bukan mudah untuk sahkan sesuatu perkara itu betul atau salah. Yang mudahnya, “like” dan sebarkan…dalam beberapa saat dah pun kalut sedunia ;)

        Patutnya hal sebegini lebih disedari ramai. Nasib baik ada blog ondscene kan ;) —–> confirm betul dan sah ;)
        Anyss recently posted..Sentiasalah Mekar Untuk Dia

        • Pada 2011.04.07 21:35, faizalrsd menulis:

          Sama la macam video kereta peronda polis diperolokkan MR2 warna biru.Sekali tengok pun dah tau sebenarnya video tu rakam scene filem baru.Rupanya memang betul pun,scene tu untuk filem baru Shahiezy Sam,Kongsi.
          faizalrsd recently posted..Menjentik Isu Politik Tempatan

          • [...] dipercayai sebelum saya tekan button publish entri di blog ini.Jangan jadi seperti kes ini – Kemalangan ‘Cable Car’ Palsu Dan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Korang jangan main April Fool dengan Makcik Jie, dia penjejak maya, bukan main serap je apa info [...]

            You must be logged in to post a comment.