Melaka River Cruise- Jangan Malukan Diri Sendiri

Sungai Melaka

Melaka
14 Jul 2009
Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada orang Melaka, mereka dari bahagian pelancongan dan khasnya Kerajaan Negeri Melaka yang membaca entry ini, tetapi ianya sebenarnya adalah untuk kebaikan bersama.

Belanja mempromosikan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah menjangkau jutaan ringgit.

Selasa lalu, saya ke Melaka untuk membuat tinjauan beberapa lokasi di sana untuk dokumentari yang akan saya terbitkan.

Tinjauan dilakukan tanpa sebarang sponsor atau persediaan , semuanya secara ad-hoc kerana kesuntukan masa.

Fokus saya ialah mengenai Sungai Melaka.

Maka, saya bersama Pengarah dan Penulis Skrip, melakukan tinjauan menggunakan bot River Cruise.

Tambang RM10 seorang untuk menyusuri sungai sepanjang kira-kira 9 kilometer selama hampir sejam.

Saya seorang pentingkan ketelitian dan walaupun isu yang saya utarakan ini, bagi anda mungkin remeh, tetapi ia sebenarnya memberi kesan/impak maksima…jika tidak dibaiki segera.

Dalam perjalanan ke arah hilir, bot menyusuri sungai tanpa ada sebarang panduan kepada penumpang, bot semata-mata menyusuri sungai serta melalui di bawah jambatan.

Kononnya seperti di Venice…

Bagaimanapun, ketika bot berpatah balik ke arah pangkalan, barulah pemandu bot memasang CD audio mengenai apa yang ada di kiri kanan sungai.

Setiap spot, akan diterangkan dalam dua bahasa- Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris, berselang seli.

Malangnya, saya ulangi, malangnya:

skrip hancur @ hancus.

suara latar (lelaki) langsung tidak komersial.

Intonasi yang tidak sesuai, gaya bahasa yang tidak sekata

bahasa Inggerisnya teruk, malah di tahap paling memalukan apabila beberapa pelancong dari barat tersipu-sipu mendengar Bahasa Inggeris yang disebut.
nak kata pelat pun tidak, nak kata sengau pun tidak, nak kata sebutan tak betulpun tak tau nak kata apa.

Saya masa itu, mahu sahaja minta pemandu bot berhenti kat mana-mana tebing supaya saya, pengarah dan penulis skrip, turun saja.

Lebih-lebih malang lagi, audio itu tidak update, di mana ketika melalui satu spot yang ada ‘mini eye-on Malaysia’, diterangkan sebagai sama seperti eye on Malaysia yang ada di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Eye On Malaysia yang di Tasik Titiwangsa telahpun berpindah ke Melaka dan dirasmikan pada 8 November 2008, hampir setahun lalu oleh Yang Dipertua Negeri Melaka TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.

Dan jika nak ditambah, mengenai penerangan betapa bersihnya Sungai Melaka sekarang sejak projek pengindahan dilakukan.

Benar, Sungai Melaka yang ada sekarang, jauh lebih ‘bersih’ berbanding beberapa tahun lalu.

Tetapi, tidak perlulah disebut betapa bersihnya Sungai Melaka sekarang, kerana, ayat itu hanya sesuai untuk mereka yang tahu beza keadaan sungai itu dahulu dan sekarang.

Saya, pelancong asing, pelancong tempatan, tetap melihat Sungai Melaka berada ditahap kotor, dengan warna yang kehitaman tanpa sebarang kejernihan, air sungai yang seolah-olah tidak mengalir, kiri-kanan yang masih belum terurus dan kotor serta berlumut.

Ayat itu perlu dibuang dari skrip.

Persoalannya sekarang, kenapa belanja jutaan ringgit boleh dikeluarkan, tetapi hasilnya, mengecewakan kerana kesilapan yang tiada siapa berani menegur.

Kepada Kerajaan Melaka, saya amat-amat berharap, minta pengurusan Melaka River Cruise ubah semula skrip, updatekan informasi,(seperti Eye on Malaysia tu…) gantikan suara latar kepada mereka yang lebih berwibawa dan mempunyai suara komersial dan sebutan bahasa Inggeris yang lebih meyakinkan.

Saya rasa, tak habispun RM10,000 untuk ubah semua itu, dan dapatkan suara yang lebih sesuai serta skrip yang lebih mantap.

Jangan kedekut pada perkara yang boleh menjejaskan reputasi dan keyakinan mereka yang mebyar untuknya…

Sebagai alternatif, sayapun boleh uruskan semua itu…!!!

Post Lain Yang Berkaitan

15 Comments

  • Pada 2009.07.17 02:26, Adzakael menulis:

    saya pon bole bagi yg jauh lebih baik!

    persoalannya
    diorang nak ke?

    selalunya
    diorang akan terima dgn tangan terbuka
    dan
    dgn tangan yg lambat utk sain cheque…
    hahah

    takde la
    lambat bayar tu biase je
    dan bole paham kenapa

    tp molek jugak kalau diorng buat pertandingan
    "Skrip Panduan Pelancongan Melaka Terbaik"

    hmmm….

    • Pada 2009.07.17 09:38, Anonymous menulis:

      saya sebagai pelajar yg pernah belajar di melaka dan banyak menghabiskan cuti sem saya di sekitar melaka juga turut melahirkan rasa kecewa dengan keadaan kawasan tumpuan pelancong di melaka.sungguh menyedihkan.diharapkan ada pihak berkuasa yg sedar akan hal ini dan berbuat sesuatu.terima kasih

      • Pada 2009.07.17 15:07, firdura menulis:

        isk..ingat nak pi melaka minggu depan..dah lama tak ke sana..trus rasa cam malas nak pi lak..huhuhu..

        • Pada 2009.07.17 15:08, ondscene menulis:

          biasanya, benda2 mcm ni, mereka kedekut dan berkira, tapi utk benda lain, mereka tak kisah. biasanya lah…

          tentang lambat bayar tu, biasalah bro, tapi kalau kita dpt juta2 punya, tentu cepat je dapat payment…

          anon- Melaka ibarat bandar tinggal. setelah kerajaan belanja jutaan ringgit, tapi, melaka tetap sunyi dan seolah2 tiada aktiviti terutama waktu siang.
          Muzium pula, tak salah ada 20 lebih. semua benda di Melaka, boleh dijadikan muzium. yang belum nampak, muzium cencalok…

          • Pada 2009.07.18 04:42, Anonymous menulis:

            bro, sy ni org mlk tp mmg kurang arif skit la psl tmpt kt mlk sbb bg sy tmpt yg ade sume bosan giler..A famosa? menara taming sari? huh,xde ape yg menarik perhatian.. xtau le mane pegi duit2 yg diperuntukkan tuk bhgn pelancongan nih.. kalo pikir logik, sume tu keje sape??? haha..lu pikir la sndri!!! mlk ni politik kotor, kalau yg atas2 dah kotor,camni la jadinye.. ni ke kerajaan yg di bangga2 kan sgt? yg di agung2 kn? tu pon org mlk xsedar gak..ish2..dunia2…

            • Pada 2009.07.18 05:58, Datuk SRK menulis:

              hmm..sy x penah pegi Melaka. klau mcm ni la keadaan sbnr, x de niat pon sy nk pegi melaka. membazir je la bg datuk kt org luar. promote bagai nk rak, tp hampeh jer. bile SRK dpt datuk, mesti org luar tertanya2 pasal melaka. ni ke yg kite nk sajikan kt pelancong? lu pikirlah sendiri..!

              • Pada 2009.07.18 23:13, Anonymous menulis:

                bro… apa kata artikal yang bro buat tu.. hantar jer kat e-aduan.. biar diorang tahu betapa bosannya melaka nie.. jangan nak jadi bodoh sombong jer… tutup bangkai gajah ngan nyiru…

                • Pada 2009.07.20 01:49, HAFIZ menulis:

                  saya kerja setahun kat melaka…ramai pelancong asing kat sana…tapi sedih jika benda2 remeh cam ni tidak ditangani….apa yang kita harapkan bila pelancong asing datang ke melaka???? biar diaorang bawak balik cerita yang baik2 pasal melaka seterusnya dapat mempromosikan lagi negeri melaka…..jgn jadi sebaliknya

                  • Pada 2009.07.20 02:30, ondscene menulis:

                    anon- mcm takde feel bila datang, sebab ianya tdk seperti yg diwar2kan dalam promosi.

                    datuk srk – jika tak pernah dtg, saya rasa, baiklah datang…!!! kalau tak, nanti takdelah merasa pengalaman yg dipaparkan tu…
                    tentang SRK dapat datuk tu, rasanya, SRK sendiri pun tak ingat dah pasal Melaka ni…dia pun tak de masa nak ingat semua tu…

                    anon- kalau dia org baca blog ni, rasa2nya, dia org nak bom kot…
                    tapi, serius, keadaannya amat2 lengang.
                    yg paling bengang, pemandu di tengah2 pusat pelancongan tu, pandu dengan amat2 laju. mula saya ingatkan jalan tu, utk bersiar2, sebab jalannya byk yang berwarna-warni. alih2, meluncur laju kereta nak rempuh org ramai.walhal, jalan tu ada garisan kuning, lampu isyarat.
                    Tak fahamlah mereka tu…bukan sebuah, malah kebanykannya pandu mcm tu di tengah2 org ramai.
                    Betul, serius, saya ingatkan laluan utk bersiar2, rupanya jalan utama…

                    hafiz – mereka tak suka pelancong asing dtg agaknya…

                    • Pada 2009.07.20 08:23, zzztidola menulis:

                      pelik la malaysia ni. dah berapa tahun kerajaan stresskan untuk perkasakan bahasa inggeris.

                      Hasilnya: I go hospital because my blood go upstairs! :) sebutan pun belum tentu betul.

                      Kalau kat Melaka ni, bukanke elok pakai suara duta pelancongan melaka ke, DATUK SHAH RUKH KHAN ke…

                      • Pada 2009.07.21 15:52, Anonymous menulis:

                        hahahha…melake…mender nyer…bek lepak tman blakang umh saye…hahahha

                        • Pada 2009.07.27 06:24, anyss menulis:

                          bersetuju sangat2 dgn entri ini. Malangnya, kalau kita komplen sikit, adalah yang kurang senang hati, padahal, kita komplen bukannya nak jatuhkan…tapi nak dia orang perbaiki.

                          Entah bila mentaliti orang malaysia ni nak berubah…

                          • Pada 2010.11.04 12:18, perantau menulis:

                            indah kabar dari rupaa… hermmmm…

                            • Pada 2010.11.26 08:51, Abdul Jalil menulis:

                              Kalau nak buat tu biarlah dengan baik dan sempurna. Janganlah seperti batuk di tangga. Jika betul apa yang dipaparkan di atas maka kerajaan negeri Melaka mesti ambil berat jika tidak mahu nama terjejas.
                              Saya ada juga ke Melaka awal tahun ini tapi tak sempat nak naik cruise. Mungkin saya pun rasa kecewa jika itulah mutu/standard yang dipamerkan oleh pihak yang mengendalikan River Cruise ini.

                              • Pada 2010.12.08 01:05, merantau worrior menulis:

                                Salam, saya anak jati negeri Melaka. Walau apa pun saya tetap bangga dgn negeri saya. Bersih, selamat, terurus, dan indah itu sudah pasti :) . Harap pengurusan Melaka river cruise akan lebih perihatin isu ini. Melaka- jauh di mata tapi dekat dihati…orang merantau je yg akan rasa macam nie :)

                                .:kerana nila setitik rosak susu sebelanga:.TAPI.:Dalam setandan pisang takkan semuanya rosak:. cewah cam karamsingh lak huhuhu

                                You must be logged in to post a comment.