Menara Taming Sari Melaka-Malangnya Jika Anda Pelancong Asing
Menara Taming Sari
Melaka Bandaraya Bersejarah
14 Jul 2009

Menara Taming Sari setinggi 110 meter ini saya naik untuk mendapat gambaran pandangan dari udara untuk dimasukkan dalam dokumentari tersebut.

Menyewa helikopter untuk pengambaran beberapa minit mungkin alternatif kedua.
Entry ini juga saya harap pihak tertentu mengambil perhatian kerana ia juga bersangkutan dengan imej pelancongan negeri Melaka.
Begini senarionya:

Sebaik menghampiri kaunter bayaran, saya ditanya samada saya ini rakyat tempatan atau pelancong asing.
Pulak…
Ok, jika tempatan, sila tunjukkan Mykad, maka saya akan dapat potongan, dari RM20 jadi RM10 untuk sekali naik.

Tugas saya amat mudah, hanya tunjukkan Mykad, terus saya dapat tiket harga RM10.
Maka saya, Pengarah dan Penulis Skrip, dapatlah harga RM10 setiap tiket.
Kapasiti Menara Taming Sari yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai Menara Berputar (First Revolving Gyro Tower) pertama di Malaysia ialah 66 orang.

Bagaimanapun, ketika itu, hanya kami bertiga yang naik, 7 minit berada pada ketinggian sehingga 80 meter.
Bukan itu persoalannya.
Terfikirkah oleh pihak berkenaan, betapa kecik hatinya pelancong asing apabila mereka dikenakan harga tiket berbeza dengan pelancong tempatan.

Mereka datang dari jauh, semata-mata untuk menikmati semua itu, dan mereka sebenarnya mampu untuk bayar RM100 pun untuk satu tiket.
Saya rasa, tak perlulah bezakan harga tiket itu kerana seolah-olah Melaka tidak berapa suka orang asing naik Menara Taming Sari.

Saya lihat beberapa pelancong asing, hanya melalui kawasan ini, tapi tiada yang berkeinginan untuk naik.
Apa sebabnya, tidaklah diketahui.

Tetapi, kerajaan Melaka dan pengurusan Menara Tamingsari Berhad perlu mengambil kira sensitiviti dan kesan psikologi akan perkara yang mungkin remeh ini.
Sekali lagi, patik mohon derhaka…
Post Lain Yang Berkaitan
25 Comments
You must be logged in to post a comment.



bukan di melaka sj dikenakan charge macamtu, kabel car di langkawi pun sama. harga berbeza local dgn foreigner.
dah pun alami situadi yg same..pastu ader sorang tu siap marah mak sy sbb xberatur pdhl mak bukn nk beli pun cume tunggu kitorg nier sedngkn brlakng xder pun yg beratur,terus aku blah dgn family aku.xkeshlah lau nk bezakan harga pun, tpi xkanlan awk tu bodoh sgt smpikan foreigner n local pun xle bezakan..how sengal…
kenapa diorang tak nak naik?
sbb yg sama (kot) kenapa saya pon tak nak naik
design tak lawa
tak berbaloi
takde ape yg bole di terujakan dengan menara camni
ade ape pon atas tu?
ade ape dgn menara itu?
saya rasa maybe tak berbaloi kot…bayar RM10 tapi permandangan yg dilihat adalah tanah merah kawasan masih dalam pembinaan. maybe ke?????
tapi kan, kat negara india pun sama jugak macam ni. contoh nak tengok taj mahal, rakyat india kena bayar 20 rupees (sila bahagikan dengan 13.8 untuk mendapatkan harganya dalam ringgit) tapi kalau rakyat asing (ikut jenis negara juga), kena bayar lebih. rakyat malaysia perlu membayar 750rupees. lagi lah berganda-ganda. tapi kita tak harus ikut cara mereka. kan??
memang cenggitu harga berbeza. time aku kerja Aquaria pun sama. RM28 utk Mykad, RM38 utk foreigner. Polisi nak bantu org2 malaysia. Kalau murah, barulah orang naik. Kalau mahal mana la mungkin org akan naik. Bg pelancong, mereka tak kisah. Aku pernah tanya student holand datang sini buat elective, aku tanya hari2 naik apa datang hospital, Die kata naik teksi gune meter. Die cakap RM10 sehala. So aku tanya bape Euro? 2 Euro die cakap. So aku tanya 2 Euro boleh buat ape? Die cakap boleh bli kuih je. Itu pun kuih kecik. So bg diorang kire murah. Tak heran mereka. Kata melancong. Kalau ada pun yang kisah ianya minoriti.
out- betul, byk tmpt pelancongan kenakan harga berbeza.
rasionalnya, utk tarik pelancong tempatan.abis tu, pelancong luar tak naik pun tak pe, ataupun, kita 'sembelih' mereka.
apa punya polisi da…
adzakael- aku asa mcm tu jugak knp mereka tak naik. lagipun, itu bukan benda yg menghairankan mereka…
syed nahar – ye betul,lagipun taj mahal memang seantaro dunia dan antara keajaiban dunia.jadi, mereka berbaloi bayar berapapun.
ni, setakat naik 7 minit, hanya 80 meter, rasanya, tak de kerja mereka nak naik…
fadzly – boleh kenakan harga berbeza, tetapi biarlah benda yang menasabah, bukan semua tempat nak bezakan harga. setakat di melaka, dan gyro tu, rasanya, org tempatan pun tak berapa nak naik.
kalaulah benda tu berayun, turun -naik mcm kat theme park, ha…mungkin jugak berebut org naik…
macamana pula, kalau kita bawak kenkawan yg dtg Malaysia, nak naik jugak.kita bayar lain, utk mereka kita bayarkan lain…tak kan tetamu, kita nak mereka bayarkan pulak.
sepanjang 3 tahun aku di Jepun ni,tak pernah rasa dibeza-bezakan.bezanya,warga asing ada kad pengenalan.warganegara Jepun tiada kad pengenalan.apa yang susahnya.
malah,boleh dapat discount kalau beli dari internet.apa yang susahnya.
siapa yang bikin susah ni agaknya?
aku suka cerita-cerita bab kritik ni.kritik baik dan buruk.semoga Msia lebih baik dari sekarang.
ko pie dok jepon je mat…..jgn nak kritik klu dri kt pon x betol lg…
kain org koyak lu nampak kain lu koyak ada perasan…
polisi bangang yang makin membangangkan… segan nak mengaku orang melaka… aku pun x pernah naik..
kecoh arr luu matt..menda nk bantu bangsa sendri pun lu nk kecoh..dia buat cmtu biarlaa..kt luar kita kna sembelih kaw2 punya ada lu kisah kaa mat…aku xpahamlaa ko punya prinsip matt…melayu zaman skrg,cmnilaaa
taman buaya kat sarawak tu pun kenakan harga tiket yang berbeza.. kalau sarawakian kena RM10 je.. tapi kalau orang semenajung kena RM18…..
adoi..bagi diskaun kt rakyat sendiri pun kecoh..[speechless]
saya rasa banyak tempat tourist spot memang lain charge antara pemegang mykad dengan pelancong asing. Di Muzium diraja johor pun rate berbeza antara rakyat johor dengan bukan rakyat.
bukanke di hotel hotel pun ada kelainan caj hotel? banyak hotel mempunyai harga berbeza antara walk in tourist dengan pemegang mykad, itu tak cerita lagi kalau anda seorang government servant.
pada saya, ia adalah langkah yang baik kerana sekurang kurangnya rakyat dapat special treatment berbanding dengan orang luar.
kalau sama sahaja, baik hujan emas dinegeri orang…
bila lagi nak kenakan org puteh ni….
kang mahal2…nt org kata…lebih utamakan org luar dr tempatan…
cam biasa ada pros dan cons benda2 camni…
last month wa pergi taman tamadun islam, terengganu pun camni gak..harga tiket berbeza pd local dan luar negara…
Aku rasa rate nak masuk tandas je kot sama…tak kira la ko malaysia atau luar negara….tak kira panjg or pendek…itam or puteh…ttp bayar 20 or 30 sen…haha
haha..setuju..
5 bintang
ajie.. u lupa ke ? Orang seperti i, juga pelancong, bukan org putih~…
Harga berbeza antara rakyat dan pelancong mmg tak jadi masalah, difahamkan ianya langkah kerajaan mempromosikan cuti dalam negeri.. walaupun majoriti rakyat msia tu sendiri kurang melancong dalam negeri despite kempen2 yang ada…
Yg menjadi turn off nyer, ialah jurang perbezaan harga tu. 2 kali ganda harga untuk pelancong, cukup untuk membuat ibu i sendiri ubah fikiran untuk tidak menaiki menara taming sari tu, walaupun pada mulanya, dia yang beriya~ hence, u lose a customer. Kalau separuh dari pelancong berfikiran seperti ibu i, see how much u lose?
Dari u mengendali sesuatu dengan kerugian, kan lebih baik mengendalikannya dengan profit walaupun sedikit?
La kalo kat overseas sama gak..tiket utk local dan foreigner berbeza. Lagi cekik darah..dh la currency kita lagi rendah. Tiket bas pun ada beza beb. Kalo setakat RM 20 baru Eur 4 je. Celah gigi je bagi diorg. Xyah la risau sgt. Tempat diorg lagi mahal lah..
saya baru sahaja naik menara taming sari tu bulan lepas.. ok jer.. staff2 sume peramah. nak beli tiket pun sejuk hati jer bila di sapa dgn mesra. teruja untuk dtg ke sana lg..!
beruntungnyer awk dpt layanan segitu..xthula napew kene layan teruk dlu..mayber minah kaunter tu de mslh family kot..xpn bru pas kne tinggal ngan husband..uh..
Assalamualaikum. Perbezaan harga di tempat pelancongan memang sudah menjadi kebiasaan. Bukan di Malaysia sahaja, malah di Egypt pun serupa. Lagilah berkali-kali ganda. Nak masuk untuk tengok piramid pun 50 egyptian pounds. Kalau rakyat tempatan cuma 2 pounds sahaja. Begitu juga ketika masuk ke Muzium Egypt.Nak masuk 50 pounds, nak masuk untuk tengok mumia diraja tambah lagi 100pounds sedangkan rakyat Egypt cuma bayar 2pounds sahaja.
Huzaifah recently posted..Life Is Wonderful
terpanggil pula utk memberi komen di sini. sebagai seorang anak jati melaka, saya rasa harga yg berbeza utk pelancong tempatan & luar adalah perkara biasa. salah satu sebab adalah utk menggalakkan pelancong tempatan sendiri menyokong aktiviti pelancongan di negeri tersebut.
: )
bukan xleh..lg bgus sbenarnyer atleast rase beruntung jd warga temptn tpi the way she or he show mnunjukkan bhawa betapa bodohnyer pelancong nie..ayat die lebih kurang camni lh, ” if your are local ples show ur mykad n if not RM20.” makcik, ples queue” dgn muke xleh blah die tu seolah2 pelancog temptn nie kebulur sgt dgn potongn rm10 tu..nasib muke die xkene sepak dgn aku..no hal lh weh..
sy x rs staff mnara taming sari bgitu..br2 nie sy pie sn depa beri layanan baik skali…
As Salam,
Saya mmg minat melancong..tak kirala dlm or luar negeri..tp elokler jelajah negara sendiri dulu sblm jelajah negara org..kang nnt org luar tanya pasal negara sendiri tak reti nak menjawab plak..kan?
Anywhooo…saya ada naik Menara Taming Sari kat Melaka baru2 ni..nak di jadikan cerita, kami pergi beramai-ramai sekeluarga…hampir separuh seat di sebelah kiri tower kami concurr (amikk kau!)OK jer naik menda ni..takdeler thrill sgt, pemandangan agak menarik sbb waktu malam….yang paling seronok, tengok bapak2 budak kekecutan bila tower meluncur naik dan naik dan naik…gelihati pun ader…tapi dalam tu mmg sejuk betul! aircond tak henggat (tapi best!)cume, bila pegi time cuti2 ni…bersedialah utk beratur selama berjam-jam yerr.
Apa pun saya bangga, kita ada TAMING SARI….diorang ader??