Pelacuran – Takkan Hari-hari Nak Serbu

Hari ini sambutan Maulidul Rasul.

Umat Islam seluruh dunia menyambutnya dengan sama-sama membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati perjuangan dan sejarah Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Nilai-nilai murni inilah yang harus dijadikan ikutan dan panduan dan dalam menyatukan ummah manusia.

Umat yang bersatu sekalipun, tetapi jika di’jajah’ oleh pihak lain, pasti akan menghancurkan jua.

Jadi?

Apakah masalahnya?

Sila baca rungkaian yang saya cuba kupas mengenai isu ini melalui siasatan saya hari ini.

Saya tertarik membaca tulisan/siasatan blogger Kickdefella mengenai isu pelacuran di sini dan di sini.

Bagaimanapun, ia memerlukan perancangan teliti dan juga penyamaran bagi mendapatkan gambaran sebenar dan sejelasnya.

Di Kuala Lumpur, pelacuran ada banyak ‘taraf’ – bermula dari taraf paling daif hinggalah ke tahap VVIP.

Berbagai usaha dilakukan pihak berkuasa terutama pihak polis (D7 – Judi , Maksiat dan Kongsi Gelap)- namun ia bagai tak berkesudahan.

Suatu ketika dahulu, saya selalu mengikuti pelbagai operasi dijalankan polis – sehingga saya kini sudah lagi tidak ‘bergiat’ dalam liputan operasi serbuan.

Saya kemudian beralih ke bidang ‘jalanraya’ dan bahan seperti yang anda baca dalam blog ondscene ini.

Wartawan penyiaran aka penerbit TV3, Mazidul merupakan yang tetap memperjuangkan isu-isu sebegini dan tidak pernah kenal penat dan gentar.

Bagaimanapun, adakah kuasa polis yang menangkap ribuan pelacur, ibu dan bapa ayam itu – mampu melumpuh atau setidak-tidaknya mengurangkan aktiviti tertua di dunia itu?

Dalam bahasa pasarnya – Takkan Hari-hari Nak Serbu.

Malam ini serbu, esok akan ada lagi kumpulan lain, di lokasi sama beroperasi.

Di manakah silapnya?

Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi sebagai rakyat, saya harus tahu apa yang dilakukan oleh pihak yang berwajib – adakah memadai atau sekadar melepaskan batuk di tangga?

Seawal jam 9 pagi tadi, saya bersama seorang rakan wartawan, mengambil keputusan untuk membuat tinjauan mengenai isu ini.

Ye, lokasi ini bersebelahan dengan Petaling Street.

Puluhan warga asing yang hampir kesemuanya adalah warga Bangladesh – yang saya yakin, hampir semuanya juga adalah berugama Islam.

Beberapa foto dirakamkan – dan lihatlah mereka ini – apakah mereka buat di sini?

Mereka sebenarnya menunggu giliran untuk melanggan pelacur ‘kelas bawahan’ – dan dengan bangganya bersalaman sesama sendiri apabila terserempak rakan mereka baru ‘selesai’ melanggan pelacur.

Kini giliran mereka pula untuk masuk, dan akan keluar  semula setelah selesai seawal 10 minit dan mungkin ada sehingga 30 minit.

Begitu mudah mereka masuk ke dalam pintu besi yang dikawal oleh bapak-bapak ayam tanpa banyak soal. Bapak ayam bersepah merata-rata tempat di lokasi ini.

Saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendekati kawasan ini setelah meletakkan kereta agak jauh.

Sempat menyapa beberapa lelaki warga Bangladesh terbabit yang mengaku sebagai Islam, dan apabila ditanya mengenai adakah mereka tahu, hari ini adalah Maulidul Rasul, mereka sekadar tersenyum.

Pergerakan saya dengan rakan mula dicurigai oleh kira-kira 20 bapak ayam yang menunggu di depan pintu besi ketika melalui di hadapan mereka.

Saya dan rakan memakai t-shirt dengan lagak seperti pekerja kontrak, tetapi agaknya kerana kasut yang agak tidak nampak seperti pekerja kontrak – cubaan saya untuk masuk , dihalang.

“Sori encik, lu orang Malaysia, tarak boleh masuk. Operasi banyak kuat. Bangla saja boleh masuk”

Benar, warga Bangladesh dan beberapa warga asing lain dari negara jiran dengan mudah dapat masuk tanpa banyak soal.

Ketika itu juga, beberapa lelaki Melayu bermotosikal turut berhenti dan ‘hampa’ kerana mereka juga tidak dibenarkan masuk.

Kehadiran saya dan rakan nampak tidak disenangi , menyebabkan saya mengambil keputusan untuk beredar ke lokasi lain.

Jam 12 tengahari, saya ke Jalan Thambypillai, Brickfields- yang kini sudah dikenali sebagai kawasan Little India.

Setelah meletakkan kereta kira-kira 500 meter jauhnya, saya berjalan kaki ke deretan bangunan ini – puluhan bapak ayam menunggu di luar pintu yang terbuka luas.

Kali ini saya menyamar dengan keadaan lebih selekeh dan memakai kasut sukan buruk sambil membawa suratkhabar lama – supaya kononnya saya dan rakan lebih mudah masuk.

Anggapan saya salah – kerana bapak dan mak ayam di sini amat peramah dan langsung tidak melihat sesuatu yang ganjil terhadap kami.

Pintu pertama saya masuk, terletak di tingkat atas, disambut seorang bapak ayam.

“Bang, mari-mari, 30 ringgit saja. China ada, Melayu ada. Tak payah kondom pun ada. Kasi baik punya servis.”

Saya mengintai bilik-bilik yang ada – ada yang sedang mengemas tilam, ada yang berdiri depan pintu , ada yang cuba menarik ke dalam bilik.

Saya terpaksa berpura-pura pening untuk memilih , walhal sebenarnya saya hampir termuntah dengan bau hanyir di dalamnya.

“Takpa, mau tengok-tengok dulu“, kata saya pada seorang apek , usia kira-kira 60 tahun.

Saya kemudian turun, dan masuk pula ke pintu sebelah – juga terbuka luas.

Kira-kira 5 wanita sedang duduk di kerusi dan saya terkejut melihat seorang wanita Melayu, usia kira-kira 25 tahun – tanpa mekap dan boleh memegunkan sesiapa jua yang tengok. Pakaiannya agak sopan.

“Bang, 30 ringgit   je.”

“Takpa, nak tengok-tengok dulu”

Saya masuk hingga ke belakang, ada kira-kira 20 bilik di kiri kanan yang setiap satu ada tilam tanpa cadar, kolah air dan lantai yang  kotor.

Bau tak payah cerita.

Ada yang dah pangkat ahsoo, ada ahmoi dan beberapa lagi dari negara jiran dan seorang wanita Melayu itu – dengan pelbagai bentuk rupa dan bentuk badan.

Ketika itu, pelanggan silih berganti keluar masuk beberapa bilik – kebanyakannya adalah lelaki Melayu yang saya anggarkan ada yang berusia lebih 60 tahun.

Keadaan amat sibuk sekali seolah-olah di dalam kawasan Bursa Saham.

Bapak ayam, mak ayam, anak ayam – semuanya peramah dan tidak mengesyaki apa-apa.

10 minit kemudian, saya keluar setelah kononnya hanya sekadar melihat-lihat dahulu sebelum pilih, dan pergi ke pintu sebelah pula.

Juga di sini, suasana lebih sibuk – dan saya hanya mengambil masa kira-kira 3 minit berada di dalamnya sebelum keluar kerana baunya yang amat hanyir.

Di kawasan ini. pelanggannya lebih ramai lelaki Melayu berbanding di kawasan Petaling Street.

Saya meninggalkan tempat itu dengan beribu persoalan.

Kawasan-kawasan tersebut bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 5 kali, bukan 10 kali, malah dianggarkan sudah puluhan kali diserbu dan pelacur-pelacur serta mak, bapak ayam ditahan.

Tapi, mengapa ia masih beroperasi?

Bagi saya, polis sudah melakukan tugas mereka, malah mereka mungkin sudah berapa kali termuntah hanya semata-mata untuk membanteras kegiatan itu.

Persoalan pokok sebenarnya ialah premis itu sendiri – tanpa premis, tidak mungkin mereka beroperasi di bawah pokok atau di sebalik tiang lampu.

Little India - Gambar Hiasan

Apakah kuasa yang ada pada pihak berkuasa tempatan – DBKL?

Perkara paling asas -Bekalan api, air – tidak dipotong malah ianya akan timbul semula hanya beberapa jam selepas polis mengangkut pelacur-pelacur itu.

Tinjauan di kala Maulidul Rasul – benar-benar membuktikan, pihak berkuasa tempatan hanya tutup sebelah mata, sedangkan mereka patut tahu, ketika itulah pihak-pihak begini akan lebih giat menjalankan aktiviti ini.

Manakah unit-unit risikan mereka , apa guna kerajaan membuang wang rakyat jutaan ringgit menggaji dan memberikan pelbagai kursus dan kemudahan – tetapi hasilnya menghampakan.

Saya tidak mahu mengaitkan dengan unsur rasuah kerana ia harus dibuktikan – namun, ia tidak  perlu peralatan canggih untuk menghapuskan kedua-dua tempat ini kerana ia boleh dilihat oleh sesiapapun tanpa perlu menyamar.

Di Petaling Street – warga Bangladesh, berugama Islam, dibiarkan melakukan maksiat  , di Brickfields, Melayu juga berugama Islam – juga dibiarkan melakukannya.

Bukankah lebih baik, dari menunjuk-nunjuk dalam perhimpunan Maulidul Rasul itu, pihak yang sepatutnya menjalankan tugas – lakukannya – kerana perkara sebeginilah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Islam – taktiknya, dengan melemahkan iman umat Islam itu sendiri.

Jika saya sebagai wartawan yang tiada imuniti jika apa-apa berlaku ketika penyamaran dilakukan, apatah lagi pihak berkuasa yang ada imuniti – tetapi mereka tidak lakukannya.

Rakyat sudah jelak dengan pelbagai alasan diberikan – kerana perkara semudah itu tidak dapat diselesaikan, maka jangan bermimpi untuk bercakap mengenai perkara lain.

Memang bercakap itu mudah, tetapi, saya khuatir, tiada tindakan tegas dilakukan, berkemungkinan ada pihak-pihak tertetnu yang berkepentingan dan menutup sebelah mata demi periuk nasi mereka sendiri.

Saya tidak akan bercakap mengenai pelacur-pelacur kelas atasan yang agak sukar dikesan/dibuktikan , tetapi yang di depan matapun tak terbuat, maka apa lagi yang boleh kita katakan?

Umat yang bersatu sekalipun, tetapi jika di’jajah’ oleh pihak lain, pasti akan menghancurkan jua.

Artikel ini mungkin tidak menyenangkan beberapa pihak , tetapi sampai bilakah ianya akan berakhir kerana kita sudah tidak sanggup lagi untuk menyerbu hari-hari, dan akan berulang semula ,dan lagi, dan lagi, dan lagi…

Post Lain Yang Berkaitan

50 Comments

  • Pada 2011.02.15 22:05, mafia87 menulis:

    Sysbas ODS… Pembongkaran yg bagus.. Kecewa dgn lifestyle umat Islam di Malaysia skarang…

    • Pada 2011.02.15 22:55, bzz menulis:

      Bro, ini sangat power… Bro bukan saja cameraman, photographer, wartawan malahan penyiasat juga! Congratz… semoga usaha bro diberkati Allah…

      ps- jgn la ada wartawan yg mengopy lg usaha ni.

      • Pada 2011.02.15 23:01, nur misnan menulis:

        itulah kan.. takan nak serbu selalu
        penat orang yg menyerbu tuh..

        harap2nya kes2 sebegini semakin berkurangan
        letih bila dengar ceceta maksiat nih…

        • Pada 2011.02.15 23:03, mdfaizal menulis:

          Bro sham, satu posting yg berharga, ulasan dan cadangan yang jelas dan padat. Tahniah saya ucapkan. Harap pihak2 berkenaan ambil tindakan dan buka mata.
          mdfaizal recently posted..Gamelorr- facebook games cara Malaysia!

          • Pada 2011.02.15 23:29, aemiez ezzany menulis:

            hebat!!>.hebat..!!N3 terhebat tahun 2011..apalagi yg ditunggu..’pihak-pihak’ berkenaan..sila jalankan tugas anda!
            aemiez ezzany recently posted..Anak dara saya dah besar

            • Pada 2011.02.16 00:20, Anyss menulis:

              Salam,
              Saya bukan nak rendahkan lelaki Bangladesh, tetapi di Dhaka sekalipun sangat KAYA dengan pelacur kanak-kanak yang diredhai masyarakat walaupun 90% penduduk negara itu Islam. malah, kami ni ditawarkan perkhidmatan tersebut tanpa segan silu…NGERI!

              Tahniah Bro…edisi siasat tu buatkan rasa teruja nak baca sampai habis
              Anyss recently posted..14 Februari- Mengenang Budi Menyanjung Bakti

              • Pada 2011.02.16 01:12, azrina nur rusly menulis:

                betul2. kat kawasan pudu membawa ke kawasan uda ocean belakang bus stand klang tuh, ramai sungguh ayam2 berkeliaran. ayam2 tua pulak tuh. ada juga ayam dua alam. bangsa asing mmg ramai la juga, pelanggan la agaknya tu. haish… kadang2, nak lalu situ pun takut. takut depa ingat kita pun sama ayam gak, kang tak pasal2 ada yg kena rodok perut.
                azrina nur rusly recently posted..Sardin Berkuah Mak Bedah

                • Pada 2011.02.16 01:35, Hazrey menulis:

                  Let me explain.

                  First, kau ada tanya apakah kuasa yang ada pada DBKL. Sebenarnya macam ni, setiap negeri mempunyai Majlis Keselamatan Negeri yang dianggotai pelbagai agensi penguatkuasa. Dan pembentangan agenda mesyuarat termasuk mengenai saranan dari agensi seperti PDRM kepada agensi terlibat untuk tidak lagi mengeluarkan lesen hiburan mahupun lesen mengurut.

                  Ada yang beroperasi disebalik iklan rumah urut. Ada yang beroperasi disebalik Kelas Belajar Menyanyi.

                  Sebenarnya, operasi seumpama ini takkan putus, antara faktornya ialah disebabkan permintaan, dan tak mustahil jika ada anggota penguatkuasa yang tidak amanah. Tak semua. Ingat tu, jangan melenting, tak semua. Hanya segelintir yang mungkin sudahpun dikenakan tindakan. Tapi jika kita ada maklumat, kita boleh sampaikan pada SPRM.

                  Sebagaimana Mazidul, di sini aku kerap, ok aku tukar perkataan kerap tu, menjadi sering – mengikut operasi pihak berkuasa sampaikan aku dah tahu apa kesalahan pelacur pelacur ni semua. Dan aku pernah bertanya kepada pegawai D7, larat ke kita nak hentam tiap tiap hari?

                  Jawapan dia mudah, selagi undang undang itu sudah diamanahkan, kita perlu lakukan. Tapi aku tahu, dia mesti kecewa, sebabnya – banyak lagi agensi yang boleh melakukan sesuatu sebagaimana yang kau sebutkan – TNB, PBT dan pembekal air.

                  Ada yang sudah bungkus, kalau dok kena hentam saban hari. Tapi adakah kita nak letakkan amanah ni pada D7 semata mata atau Jabatan Imigresen?

                  Kelmarin, aku menyertai serbuan Jabatan Agama, hasilnya ialah wanita warga Vietnam bekerja sebagai GRO. Tentulah tak ada permit. Hasilnya, serbuan itu jadi kecoh tapi aku tak ada liberty untuk bercerita di sini kerana ia MUNGKIN bakal menjadi siasatan polis.

                  Tempat itu sudah diserbu berkali kali dan ia turut diserbu D7 Bukit Aman. Hasilnya tetap sama. Mesti ada perempuan warga asing.

                  Dan seperti yang kau sebut, mesti ada elektrik dan air. I bet with my wife’s puding yang aku tengah makan sambil komen ni, mesti ada cukai pintu jugak.

                  So, takkan nak harap polis jek?

                  Kekadang aku nak tulis benda ni semua, tapi aku dah BOSAN. Sebabnya? Benda ni aku dah cakap berjuta tahun dulu tapi baguslah kalau kau berusaha jugak.

                  Good writing.

                  • Pada 2011.02.16 01:52, Peniaga Tokek menulis:

                    MasyaAllah, saya ucapkan tahniah pada abg sham, inilah blogger yg kita chari. Dalam sibuk pun sempat ada rasa cintakan Islam dan tulis kat blog.

                    Pendek kata, kerajaan salah. Orang atas tak buat kerja, terang2 di situ. Takkan hari2 nak serbuuuu. Tu kerja org bodoh, kerja org pandai mcm abg sham cakapla step mula,potong api air,owner tu pangkah terusss…takkan building xde owner kan..aduhla kerajaan.mana tindakan DBKL..takkan hari2 penguasa nak serbu

                    Ketahuilah rakyat Malaysia, semua ini terletak di bahu KERAJAAN iaitu pihak berkuasa. Nampaknya kerajaan masih lagi menghalalkan perkara yg haram, terang2. Serbuan tu sekadar syarat tuk mengaburi mata kita saja. Kalau ikhlas nak banteras, cari akarnya.. Kalau kerajaan yg sedia ada tak boleh ubah situasi ni, saya gesa, kita UBAH KERAJAAN pada PRU akan datang.
                    Peniaga Tokek recently posted..Cicak Tokek-Pokke untuk dijual

                  • Pada 2011.02.16 02:02, Sabahan Bloggers Club menulis:

                    Hmmmmmm.
                    Masalahnya ramai pihak di dalam kerajaan yang tutup mata tentang isu pelacuran ni bila ada di kalangan mereka yang di kacau-kacau oleh bapak ayam. Jika pemimpin sendiri pun tak betul, bagaimana nak mendidik anak buah di belakangnya.
                    Sabahan Bloggers Club recently posted..Google Sniper 20 is it real or scam

                    • Pada 2011.02.16 03:41, Mazidul menulis:

                      Sham, Hazrey dan semua.

                      Nama saya dicatatkan, saya terpanggil untuk bersuara.

                      Saya juga sudah muak membuat liputan kes pelacuran. For how long? 15 years. Yeah! 15 years.

                      Malam semalam saya bertanya kepada wartawan saya tugaskan untuk membuat liputan serbuan di pusat pelacuran di Brickfileds, Kuala Lumpur.

                      “Jom lah kita hentam lagi tempat tu. Deng donga ramai sangat orang berbogel di tempat tu,” kata DSP Razali Abu Samah.

                      DSP Razali, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian IPK Kuala Lumpur.

                      Premis dimaksukan itu pernah diserbu berulang kali sebelum ini.

                      Visual dirakamkan sama, bilik, tisu, kondom, toilet, lorong sempit, tilam nipis dan bantal CUMA pelacur sahaja berbeza. Menariknya, mereka 1Malaysia, Cina, Melayu dan India. Semua memperdagangkan tubuh tegang, hampir kendur dan kendur dengan bayaran serendah RM30 sahaja.

                      Let me cut it short.

                      Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, syarikat pembekal air dan elektrik, jalankan tugas secara lebih serius!

                      Roboh dan potong bekalan elektrik!

                      Polis sudah melaksanakan tugas mereka, engkau orang bila lagi?
                      Mazidul recently posted..Bunuh Bayi

                      • Pada 2011.02.18 23:38, adinda menulis:

                        best..tu yang saya fikir dari td abg mazidul..roboh

                      • Pada 2011.02.16 08:40, 9W2BZT menulis:

                        Ada sebuah sekolah menghantar surat untuk potong pokok yg membahayakan pelajar …tetapi PBT ni cakap kami potong pokok di luar kawasan sekolah saja…ada akai ka? ini bukan sekolah swasta ..sekolah bantuan penuh kerajaan ..sekolah rendah kebangsaan…agaknya nak tunggu ada yg
                        cedera dulu baru terhegeh hegeh nak potong…
                        9W2BZT recently posted..Kami Membekalkan Air Botol Oasis aka Long Chan

                        • Pada 2011.02.16 08:46, anjungsena menulis:

                          Masalah ini bukan baru…saya rasa bagus juga perkara ini didedahkan . Bukan org tak tahu..tapi buat-buat tak tahu. Kalau kita yang tak ada apa-apa kuasa hanya boleh pandang-pandang saja, bagaimana pihak berkuasa? justeru , pendedahan ini bagus untuk tatapan kami semua.
                          anjungsena recently posted..MILKADEAL

                          • Pada 2011.02.16 09:05, Kc menulis:

                            Syarikat pembekal utiliti ni saya rasa hanya blh potong bekalan bila ada arahan pihak berkuasa je kut.. mana boleh diaorg suka2 potong. Kalu ada arahan polis/mahkamah je kut baru diaorng boleh potong.. Sedangkan kes curi elektrik/air kat premis2 perniagaan biasa, nk g potong pn kena ugut dgn parang apa lagi le nk g sesaja kat tmpt2 yg sure ada tonto ni…tak pasal2 je kena pukul…

                            Tahniah pada pihak berkuasa yg amanah buat serbuan mcm ni. Moga dirahmati dan dilindungi Allah

                            • Pada 2011.02.16 10:02, anon menulis:

                              Sistem Islam yang dijalankan secara sempurna dapat mengurangkan gejala ini. Pemimpin-pemimpin juga mesti berjiwa Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad serta golongan yang mengikut jalan mereka.

                              • Pada 2011.02.16 10:02, uncledin menulis:

                                saya pnah pegi pusat pelacuran dkt petaling street yg bro pegi thn lps tu tp xde plak kena tahan. Naik je tgk2 ada gak yg offer rm20 tp da tua kerepot huhu.. nak amik gmbr tp mak ayam asyik usha.. Tp sy x langgan ha.. sy saja ikut member.

                                • Pada 2011.02.16 11:02, ahmad menulis:

                                  Menuduh orang Islam yg lain berzina tanpa 4 orang saksi hukumnya 80 sebatan. Kalau nak tuduh, tuduhla bersekedudukan ke, buat perkara sumbang ke.. bahaya tuduhan tu.. DOSA BESAR. sebab kita tak nampak apa yg sebenarnya diorang tu buat. Islam melarang tersebarnya kemungkaran, fitnah2, tuduh menuduh tanpa asas yg dibenarkan Islam. Saya bukan menyokong perbuatan tak bermoral, tp kene ada term yg dibenarkan sahaja bila nak tuduh orang berzina. sbb kita sememangnya tak nampak perbuatan tu.

                                  • Pada 2011.02.16 11:31, Kujie menulis:

                                    Post ini ada 1290 perkataan, saya check satu persatu tak jumpa pula perkataan zina dan pertuduhan zina di sini, jadi mana datangnya isu tuduh menuduh ni encik?

                                    MUngkin saya terlepas pandang lagi..saya guna ctrl + F untuk cari perkataan tersebut
                                    Kujie recently posted..Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara

                                    • Pada 2011.02.16 11:34, ahmad menulis:

                                      paham2 sendiri la encik. takkan nak guna perkataan zina. tuduh melanggan tu dah cukup

                                      • Pada 2011.02.16 11:44, Kujie menulis:

                                        terimakasih kerana terangkan term ‘melanggan’ tu bermaksud zina
                                        selalu jumpa ayat ‘melanggan’ ni dalam tajuk akhbar

                                        • Pada 2011.02.16 11:51, ahmad menulis:

                                          kalau ‘melanggan’ tu dimaksudkan ‘melanggan pelacur’, makna umumnya tu kira berzina bukan? itu yg kita dan pembaca2 yg lain akan fahami. ye mmg tuduh menuduh ‘berzina’ atau perlakuan mengaibkan yg tak patut dibuat tu lahir dari akhbar2 la.. sedia maklum. bukankah salah satu tanda kecil kiamat tu berkaitan dengan berita2 yg diputarbelit termasuk la berita2 yg pelik2 yg tak benar. kalaupun ia benar, dah jauh terbang dari fakta sebenar.

                                          klu tak pecaya, abang sham kita ni pasti tau orang2 akhbar yg ‘curi’ foto2nya kemudian melaporkan berita2 yg tak benar. itu yg kita tau. yg kita tak tau di luar sana? huhuhu

                                          • Pada 2011.02.17 01:41, issrahman menulis:

                                            kalau dah masuk rumah pelacuran tu takkan kan lah dia org nak pandang ajer..dgn kondom bersepah lagi tak boleh kata berzina ke?..ini bukan tuduhan… ini betul2 walau pun kita tak nampak apa yang masuk dan setakat mana benda tu masuk ..lepas “hashaf”ke tak..berzina lah tu..apa masalah yang sebenar nya ni en ahmad oii

                                          • Pada 2011.02.17 01:50, cikgu Nizar menulis:

                                            jangan mengaibkan pesalah? lawak sungguh!!
                                            cikgu Nizar recently posted..Perang Korea Kedua second korean war

                                      • Pada 2011.02.16 14:35, Hazrey menulis:

                                        Sebenarnya, untuk mendakwa berlaku perzinaan agak susah, apatah lagi kalau pelanggan dan yang memberi langganan tidak memberi kerjasama. Dan maksud langganan itu subjektif, melanggan mungkin khidmat seks oral semata mata.

                                        Terma melanggan yang disebutkan dalam entry ini adalah mendapatkan khidmat persundalan. Lazimnya, apabila ia melibatkan penguatkuasa agama, ia akan didakwa sebagai berkhalwat.

                                        Sekali lagi, melanggan tidak semestinya bermaksud berzina.

                                    • Pada 2011.02.18 03:11, ReentryCapsule menulis:

                                      Iyalah…Iyalah…susah jugak nak main tuduh-tuduh kan.Mungkin orang yang pergi pusat Persundalan tu nak belajar Tajwid dan Sirah Rasullah atau nak main PS3 kat sana.Betul tak?..ChaiiTT..!!!!

                                    • Pada 2011.02.16 11:46, Rosli menulis:

                                      Dulu saya dan adik selalu berulang dari Jalan Travers ke SM La Salle, tanpa rasa takut.

                                      Tak sangka akan jadi begini setelah 30 tahun. Mana perginya slogan Rakyat didahulukan???

                                      • Pada 2011.02.16 11:54, ahmad menulis:

                                        agak lucu jugak bila saya terbaca komen ni, dari sudut saya nak melawak – “rakyat didahulukan” ni boleh ke memberi maksud patut rakyat kita yg terlibat? dan bukan bangla? huhuhu.. melawak je eh.. jgn terasa

                                      • Pada 2011.02.16 12:23, Remy menulis:

                                        Salam,
                                        Masalah ini memang tidak ada kesudahan, kita mendengar, melihat dan membaca ribuan serbuan oleh pihak berkuasa semenjak bertahun-tahun yang lepas, namun saya tidak nampak ada penyelesaiannya disini.. Kenapa ini berlaku ?
                                        Pendapat saya, bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar, cuma sediakan tempat dan sedikit promosi jalanan..settel.
                                        Benar seperti pendapat salah seorang dari komentator disini, selagi ada permintaan, selagi itu ianya akan berterusan.

                                        Siapa dibelakang semua ini.. majoriti ialah taikun-taikun berbangsa cina yang licik kerana mereka sudah pastinya tidak mengenal dosa dan pahala. Kita yang berbangsa Melayu selalunya menjadi mangsa kepada mereka ini. Yang memperdagangkan tubuh ialah kerana mahu menjana pendapatan sampingan atau tetap manakala yang menjadi pelanggan ialah kerana ingin mendapat kepuasan ‘bersifat sementara’ hasil dari pujuk rayu dan kemahuan mereka sendiri… yang bertambah kaya ialah bapak2 atau ibu2 ayam, yang menjana dosa dan membuang duit ialah dari bang sa kita sendiri…

                                        Apa kerja pihak berkuasa berkenaan ? Ini yang dipersoalkan masyarakat.. Pihak polis ( D7 ) telah menjalankan kerja mereka, pihak perbandaran juga sebahagiannya telah menjalankan kerja mereka dengan merobohkan premis-premis dan menyita bangunan…tapi mengapa tidak ada penyelesaian lagi ? Inilah faktor yang perlu difikirkan oleh pihak kerajaan, mencari jalan dan idea yang bernas untuk membenteras masalah ini. Banyak duit rakyat telah dibazirkan untuk membayar gaji pihak penguatkuasa undang-undang untuk membuat kerja yang berulang-ulang ini, persoalannya…sampai bila ?

                                        Fikirkan jalan yang sebaiknya, semua pihak berkuasa yang berkenaan perlu bergabung, rancang satu flow yang berkesan bermula dari maklumat, intipan, perancangan, serbuan, menutup premis/merobohkan, hapuskan sumber air dan eletrik, pemantauan dan tindakan yang dapat mengelakkan daripada masalah ini daripada berulang…

                                        • Pada 2011.02.18 01:24, anon menulis:

                                          boleh dibuktikan-kah taikun bangsa cina adalah majoriti dlm bisnes ini? x perlu 1M’sia, dlm Dunia ni semua bangsa-t terlibat samaada sbg penjual atau pembeli. bisnes ini wujud sejak zaman jahiliah lagi & sukar utk dibanteras…

                                        • Pada 2011.02.16 13:09, dzul menulis:

                                          tu kena tukar kepimpinan tuu…

                                          • Pada 2011.02.16 13:45, ciantau menulis:

                                            bisnes di dahulu kan hehehe pe2 pun bro sham mmg hebat harap usaha abang ni di pantau2 oleh pihak berkenaan

                                            • Pada 2011.02.16 16:13, Hasmizal menulis:

                                              Assalamualaikum,

                                              Semoga segala usaha semua pihak untuk menghapuskan gejala pelacuran di Malaysia sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala.
                                              Hasmizal recently posted..BERKELAH DI PULAU PINANG FINAL EPISODE

                                              • Pada 2011.02.16 17:02, AnggotA 88 menulis:

                                                Masalah ini dah lama berlanjutan sehingga bapak2 ayam ni boleh tahu bila adanya OPERASI dan telah diberitahu awal sebelum OPERASI di lakukan…!!Apa maksud semua ini?Saya,selalu melakukan intipan sendiri,melihat kegiatan yang dilakukan di brickfil…Pihak berkuasa seolah2 menggalakkan kegiatan ini walaupun serbuan dah dilakukan…Siap guna uniform biru gelap lengkap lg,MAKAN,MINUM,BUAT RONDAAN di kawasan itu..Malu la mcm ni..Yang lain depa nampak,tapi yang terang lagi jelas tak nampak?Siap kejar lagi mamat2 motor yang buat WRONG WAY TURN,tapi yang memang salah pejam mata ke ape hah?..Tolong la selamatkan identiti malaysia..MAMPUKAH MALAYSIA capai WAWASAN 2020?Inikah peranan organisasi yang berkenaan tangani?Kalau motor salah PAKING atau kereta main hentam letak,cepat je nampak,cepat je SAMAN..Tapi isu ni apa cerita?Apasal ujudnya jurang pemerintahan…Semakin menjadi2 kawasan itu,bak cendawan tumbuh selepas HUJAN…Ini bukan soal BISNEZ..soal nya mana peranan organisasi berkenaan…CAra terbaik robohkan bangunan itu,nampak pun dah USANG…buat block baru,kenakan kadar sewa yang mahal…Tempat ini tak akan sudah..MOHON la pada yang berkenaan..Malu,surau terletak di belakang kawasan tu,sedang azan berkumandang,MAKSIAT sdg berlaku…

                                                • Pada 2011.02.16 17:08, Ahal menulis:

                                                  Saya berpendapat bahawa komitmen dari orang atasan tiada, maksudnya perancangan bersepadu tiada. Bermula dari perancangan seperti melibatkan peguam2 dari DBKL atau PBT, pegawai2 polis serbuan, DBKL dan agensi dari pembekal air dan letrik mesti duduk bersama. Jika sesuatu agensi saja yg membuat kerja2 benteras, ada ruang kosong/longgar atau dikenali sbgai ‘loophole’ yg akan dinikmati oleh pengusaha2 ‘ayam manusia’.

                                                  Perancangan -> serbuan/tangkapan -> sita/roboh premis -> dakwa bapa ayam, pelacur dan pemilik premis. Atas tuduhan apa, itulah gunanya peguam untuk meneliti segala aspek undang2. Bapa ayam ni selalunya ‘balaci2′ saja, kena tangkap ramai lagi dicari baru oleh tauke, jadinya tangkap sekali pemilik premis (mungkin juga tauke ayam). Jika lama2 pemilik premis takut tentunya tidak mahu sewakan.

                                                  • Pada 2011.02.16 17:09, mat motor x rempit menulis:

                                                    Satu artikel bernilai drpd seorang detektif F.O.C(Free of Charge)@seseorang yg ingin penambahbaikan dan pembaharuan dlm pada negara yg bakal menuju wawasan 2020. Kudos to you Dato’ Sham(pd pengamatan kami anda layak mndapat gelaran dato bdasarkan setiap saat/detik yg anda korbankan utk rakyat M’sia krn ianya tidak ternilai dgn wang ringgit) serta kejayaaan mengeluarkan info/maklumat berguna & memperjuangkan undang2 M’sia.Usaha murni anda hanya Tuhan yg dpt membalasnya. Tp harus diINGAT..Keselamatan & Kesihatan juga harus dititikberatkan dlm melaksanakan tugas & tanggungjwb. Saya salute dato’ dlm usaha2 sebegini..Sy agak bersetuju dgn pandangan dan komen positif dr komentar2 lain yg boleh digunapakai. Skadar bkongsi, sy juga byk terlibat dgn kerja2 amal & sukarelawan dlm memartabatkan golongan belia negara kita. Byk program, aktiviti, operasi sy cuba libatkan diri demi memastikan negara yg dicintai, aman, harmoni, dikagumi serata dunia dsb. Pd pandangan saya setiap masalah yg dtg mesti ada jln pnyelesaiaannya. Disini, sy mencadangkan agar Dato sham selaku seorg yg berkebolehan utk menjadi leader dalam mengumpulkan maklumat (gambar2, lokasi, & jenis kesalahan) utk dibekalkan kpd pihak yg bertanggungjwb spt pdrm, imegresen, pbt,Jab. Agama Islam, NGO2, persatuan2 yg memperjuangkan hak rakyat yg benci dgn segala aktiviti sosial yg meruntuhkan akhlak & imej negara M’sia(contoh paling dkat sptmana pndekatan dato dlm peraduan yg Dato buat utk menyedarkan org ramai mengenai kesalahan menyalahguna pili bomba).Pd saya Dato juga ada ‘strength’ tsendiri serta boleh mendapatkan survey/pandangan drpd ‘follower’ blog dato utk memperjuangkan isu2 yg mana dahulu(mngikut priority). Kerana agak sukar jika hendak menangani SEMUA isu2 yg ada dinegara kita samada dipelopori oleh anak bangsa M’sia sendiri mahupun pendatang2 yg kian bermaharajalela di Negara tercinta kita ini. Melihat pd aktiviti pelacuran ini..’Usahlah tggu Tsunami melanda negara baru kita semua ingin bermula mlakukan sesuatu dan sedar… krn Bala yg Turun Tidak mengenal sesiapa.. habis disapu kesemuanya..
                                                    Pendita bpesan ” Orang Tua Jalan Bertongkat… Rimba Jauh Nampak Dekat… Jika kita sudah sepakat… Harimau di Hutan Dapat DiIkat!!!..’
                                                    Ini sekadar pandangan peribadi saya yang cintakan keharmonian & pembangunan negara tercinta. Jika ada salah dan silap harap dimaafi..

                                                    • Pada 2011.02.16 19:33, Nolan menulis:

                                                      Sebelum pihak berkuasa nak tangkap pelacur, kena tangkap dulu penjawat awam yg perbelanjaan melebihi gaji..
                                                      dah tangkap mrk semua ni, baru la pelacur akan berkurang.

                                                      • Pada 2011.02.16 19:37, Kap menulis:

                                                        boleh tak bang saya cakap faktor desakan ekonomi.
                                                        manusia tamak eksploitasi manusia terdesak,
                                                        tak pun manusia yang berpura pura terdesak dan membenarkan dirinya kononnya tereksploitasi.
                                                        manusia kah mereka???

                                                        • Pada 2011.02.17 00:39, issrahman menulis:

                                                          kalau saya penguat kuasa bandaraya (dbkl)tak sanggup saya untuk terus memegang jawatan itu..sungguh memalu kan..makan gaji buta..tak tau apa yang dia org ni buat..sehingga perkara yang hina didepan mata pun tak boleh nak hapuskan..pada abg syam teruskan sindiran dan laporan begini .bior dia org ni sedor sikit..pegawai penguat kuasa kat malaysia ni sebenor nya memang tak berkuasa langsung..bukar sekadar pelacor tak boleh nak hapuskan…cina jual sex toy kat pasar road pun tak berani dia org nak cuit..bercakap buakan main lagi..buat serbuan bagi tau dulu ..dia org ni kemas barang pas tu baru lah dbkl buat serbuan..sampai bila pun takkan sattle..yang jelas nya dan pernah saya nampak pegawai dbkl tu sebenarnya dah cukup kamcing dgn peniaga2 tu semua.boleh tepuk bahu lagi..apa sebenar nya ni semua..pk-pk kan lah wahai pegawai2 penguat kuasa diluar sana..dah ada kuasa gunakan lah dgn sebaik2nya..semoga dapat gaji yang halal untuk anak bini..

                                                          • Pada 2011.02.17 09:03, anoy menulis:

                                                            sekadar berkongsi pendapat;

                                                            Sy rasa undang2 sedia ada perlu dirombak, diperkemas dan diperketatkan. Sebab harini kena tangkap esok keluar dah. Esok hari lagi dah boleh buat bisnes balik. Kalau kena denda pun mampu bayar. Kalau kena penjara pun kejab je. Tindakan penguatkuasa mmg ada cuma yg kurang disini adalah undang2 ke atas kesalahan tersebut. Langsung tidak terkesan kpd mereka.

                                                            Sy juga bukan arif nak berckp mengenai undang2, tp pemerhatian sy sehingga harini adalah begitu. Kegiatan ini boleh mengancam masyarakat jadi secara tidak langsung kita berada dlm keadaan yang tidak selamat.

                                                            Jadi tidak salah sekiranya undang2 yang sedia ada ini digunakan sehingga tahap yang max untuk membendung/menghapus terus kegiatan ini. Jika tidak perkara seperti ini memang tiada kesudahan. Pihak berkuasa buat operasi pun perlu kos, nak selesaikan kes mereka dimahkamah juga perlu kos (nak bayar hakim etc) dan seperti isu yang ditimbulkan saudara ODS, takkan hari2 nak serbu (kalau hari2 lagi byk kos). Takkan pihak berkuasa takde keje lain nak kena buat (yes itu juga sememangnya tugas hakiki mereka)

                                                            Pendapat sy begitulah, kalau pun hari2 serbu tp masih berlaku lagik carilah ‘solution’ lain. Atau belek balik akta. Mesti boleh dilakukan sesuatu.

                                                            TQ.

                                                            • Pada 2011.02.17 09:28, anoy menulis:

                                                              nak menambah sikit lagik,

                                                              jika warga asing yang ditangkap hantar saje lah mereka balik. blacklistkan nama mereka atau ape sahaja dari masuk negara ini semula. tidak perlu terlalu byk berkompromi dengan warga asing.

                                                              jika rakyat tempatan, kenakan hukuman lebih berat seperti mereka ini suatu ancaman kepada negara ( mmg iya pun). kalau simpan dan kenakan hukuman ringan pun buat ape, tak menyumbang kepada KDNK negara pun.

                                                              soalnya adalah berbalik kepada undang2.

                                                              TQ

                                                            • Pada 2011.02.17 09:59, siapatau menulis:

                                                              sebab ape kat petaling street hanye bangla dibenarkan? sebabnye.. hehehe.. saye tau… mate² byk sane..

                                                              kat brikfeld plak, ade sbb gak.. org india kan ramai kaye skarang.. siap pekan pun dpt naik taraf…

                                                              ade lg.. pudu.. jln cochrane.. dan beberape tmpat utk golongan sedang².. VVIP lak, ofkos kat hotel 5 bintang..

                                                              kenape sume nye belaku? sbb permintaan, slagi ade melanggan… selagi ramai org kluar mlm2… ade pro, ade contra.. ade masalah, ade setel masalah..

                                                              org asing pun ramai sini, xde tmpat puas nafsu, anak dara org dirogolnye..

                                                              • Pada 2011.02.18 01:16, anon menulis:

                                                                petaling street ka, brikfield ka bisnes tu bisnes lama, x perlu naik taraf tempat tu pun. kat hutan atau kampung pun bisnes ni boleh jalan.

                                                              • Pada 2011.02.17 13:11, Mohammad Suhaimi menulis:

                                                                ni semua ada kaitan supply and demand.
                                                                Jika takut akan ALLAH, takde akan jadi hal sebegini

                                                                • Pada 2011.02.17 18:14, mantoyo menulis:

                                                                  Banyak sangat pendatang asing di bumi tanah melayu ni .. penyakit pun dah masuk kelas ekslusif lagi .. tiada ubat. Penyakit bawaan pendatang asing fisikal dan moral .. jgn pikir wang sahaja, fkan ttg rakyat juga

                                                                  • Pada 2011.02.20 17:44, suwordowo menulis:

                                                                    rasuah.

                                                                    • Pada 2011.02.22 19:48, Believer menulis:

                                                                      You cannot stop prostitution.Where there is demand,there will definately be supply.

                                                                      Hey! At least they dont go around robbing people.I tell you ,the more you try to stop them,the more they will do it.

                                                                      Why cant you just let them enjoy themselves.Besides,they are harming nobody .Legalise prostitution then you will have less “anak dibuang” cases.You will have less rape cases.

                                                                      You cannot stop human sexual pleasures.Humans are all naturally built in with sexual desires.

                                                                      Seriously,if I were the government,I would legalise prostitution immediately.

                                                                      Look at Singapore,you dont get any “anak dibuang” cases there.How many rape cases happen there?

                                                                      The world is moving towards being more globalized.Stop being close minded with all your religious stuff and all.The more religious you be,the more people are going to go against you.

                                                                      Look at the middle east,strong religion but look at the mess it is now!If you think you can act holy and righteous all your live,go ahead but leave others alone.Dont drag others who are not like minded to go down with you.

                                                                      • Pada 2011.03.08 08:08, Ismail menulis:

                                                                        Sigh…Singaporeans! Can’t you see , prostitutions are the downfall of the immorality and respect of a nation. ‘LEGALISE PROSTITUTIONS’?!
                                                                        are so sinful that u think something horrible as that! Malaysia is one of the last safe haven for Muslims , and when u taint it with something like this where is the beauty of a pure human soul would be left. I’m not praising Malaysia to have high morality standards but without Islam Malaysia is NOTHING! And how keeping the purity of a nation by prohibiting sinful acts ‘close minded’?!! I hope u c the
                                                                        clear logic and wisdom in my BELIVES.

                                                                      You must be logged in to post a comment.